Thursday, 26 January 2017

Brownies RM10

Hai....

Semalam singgah ke kedai kek Mek Siti di Bachok ni. Kedai yang sekarang tengah viral dengan kek RM1 sepotong. Murah kan, dan yang pasti rasanya jugak sedap. Berbaloi la dengan bayaran RM1 dengan rasa dan tekstur kek tu.

Alkisahnya sebab aku terasa macam baik hati nak sponser sikit makanan untuk majlis Farewell bos hari ni. Jadi teringat la kedai kek yang murah tu, terus whatapps owner dia dan mintak untuk buat tempahan brownies. Alhamdulillah owner yang baik hati tu boleh buatkan tempahan tu walaupun order last minit. Aku tempah brownies 4 biji pagi semalam, petang semalam dah boleh ambik tempahan tu.

Brownies yang aku tempah ni kira murah jugak la. Sebijik brownies ni, saiz 6 inc, dia potong 16 pcs harganya cuma RM10 sahaja. murah kan kalau nak dibandingkan dengan harga biasa. Tapi 6 inc ni tak la besar mana pun saiz nya. kecik molek je, tapi ok la jugak dengan harga tu. Rasanya pun boleh tahan, sedap dan berbaloi..hihi





Ni gambar aku cedok dari FB kedai kek ni. Nama fb kedai ni Mek Siti, dalam fb diorang ada banyak lagi senarai kek kek yang diorang hasilkan. Kalau nak yang saiz besar pun ada. nak tempah dengan tema pilihan pun boleh dan semuanya dengan harga yang sangat murah. 



Semalam aku tempah 4 biji, 2 biji brownies nutty dan 2 biji lagi brownies chocorich. Total 4 biji ni RM40, dah sibijik rm10 x 4 kan...hihih. Rasa dia memang ada rasa brownies lah. walaupun tak chewy sangat macam yang selalu aku makan tu, tapi yang ni not bad la.

Kedai ni jugak selain jual brownies 6 inc ni ada jugak yang bersaiz 9 inc, tapi harga dia mahal sikit RM35. Dah saiz berbeza harga pun mesti la berbezakan, cuma rasanya jangan risau ya sebab rasa tak berubah mengikut saiz kek itu. semua saiz tetap dapat rasa brownies yang sama je. hihi...

Selain brownies ada pelbagai jenis kek lagi yang dijual dikedai ni. Ada kek chocolate, red velvet, cheese, blueberry dan bermacam lagi lah tak larat aku nak list kan semua. Nak detail boleh wassap owner dia, kalau malas nak wasap wasap nih boleh belek belek fb diorang sebab kat situ pun ada list kek yang boleh dipilih.

Aku sekarang ni tak rajin nak buat brownies sebab leceh sikit kerjanya. nak kena cairkan coklat dulu la, cairkan butter la, tak kuasa pulak aku. kalau kek coklat moist tu senang sikit, boleh masukkan semua bahan sekali terus lepastu terus kukus atau bakar. senang kerja tak payah guna banyak alatan, takde la berlambak barang nak kena cuci. dan kok kek coklat pun lagi murah berbanding dengan brownies.
Aku ada share resepi kek coklat mudah kat sini :


Ok lah...sekian dulu dari untuk kali ni...
LOVE,
Mcdaa

Monday, 23 January 2017

Permulaan untuk Diet

Hai....

Assalamualaikum..

Ni bukan aku sorang je yang duk berangan nak diet, rasanya dah sebati kot wanita dan diet berpisah tiada...hihi. boleh dikatakan hampir semua wanita ada azam nak diet, yang bezanya berjaya atau tak. dan berterusan atau tak azam diet mereka dan paling penting hati mau kental.

Bukan perkara yang mudah kalau betul betul berazam nak diet ni. sebab bukan sekadar ucapan dimulut je, minda, fikiran dan badan kena turut sama mainkan peranan dalam proses diet yang sedang berlangsung ni.

Selalunya diet ni lebih kepada mereka yang obes atau berat yang dah terlebih, jadi program diet sesuai untuk pastikan mereka yang dah obes ni boleh kembali kepada keadaan normal. kalau nak tahu korang dalam kategori kurus, atau normal atau obes, boleh rujuk carta BMI badan korang. dari situ kira boleh kira dan tahu kita ni tergolong dalam kategori yang mana satu.

Sebenarnya program diet hanya untuk kurus semata mata tak kan bagi hasil yang memuaskan pun. cara yang betul kalau kita sunguh sunguh berazam untuk diet adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. gaya hidup sihat merangkumi cara pemakanan kita, cara pengambilan makanan, cara hidup kita dan cara kita berazam akan mempengaruhi keseluruhan proses diet tu sendiri.

Pertama sekali kita kena tahu apa matlamat dan tujuan kita untuk melaksanakan program diet tersebut. jika sekadar untuk mendapatkan bentuk tubuh yang cantik, kemungkinan kita akan kecundang atau gagal dipertengahan jalan, kalau berjaya pun kita tak mampu untuk kekalkannya. matlamat utama kita haruslah untuk mendapatkan gaya hidup yang sihat dan menjamin kesihatan tubuh badan kita.

Bila kita setkan matlamat diet adalah untuk dapatkan tubuh yang sihat, bertenaga dan bebas dari sebarang risiko penyakit, kita sebenarnya sudah berada dilandasan yang betul. Seterusnya kita perlu la cari ilmu tentang diet, ilmu mengenai pemakanan yang sihat, seimbang dan betul. dan disamping itu juga kita perlu juga tahu tentang senaman yang sesuai dengan fizikal badan sendiri, keadaan yang sesuai untuk senaman, waktu yang sesuai dan kelebihan kelebihan dari setiap jenis senaman yang ada.


Semuanya bergantung pada diri sendiri bagaimana cara kita untuk melaksanakannya. jangan kita lupa, sebagai seorang yang beragama islam, sunat berpuasa juga merupakan salah satu amalan untuk kita berdiet.

Tu adalah intro yang aku share untuk tatapan sesiapa yang berhajat untuk melaksanakan program diet korang. sebab aku sendiri pun baru bermula minggu ni. hihi

sedikit perkongsian cara yang aku amalkan sekarang dan akan datang...harapnya boleh lah kekalkan kerajinan dan kesungguhan ni hingga matlamat dicapai.
Berat Jan 2017 62 kg, tinggi 153 cm.

- mulai sekarang makan malam hanya sebelum pukul 8 malam sahaja
- makanan bergoreng adalah dilarang sama sekali
- kurangkan makan lunch dengan nasi, hanya roti, buah, biskut atau apa sahaja asalkan bukan nasi di tengahari
- minuman bergas dilarang sama sekali
- senaman sehari paling kurang 20 minit adalah wajib

.........................tbc


LOVE,
Mcdaa

KEK COKLAT MOIST KUKUS ATAU BAKAR


Hai
Assalamualaikum....

Musim tengah gawat ni otak kena sentiasa ligat untuk fikirkan cara cara penjimatan yang berkesan...hihi. dah la bertembung pulak dengan musim hujan, suami yang berniaga tu memang tak dapat nak keluar cari rezeki la nampak gaya nya.

Maka sebagai seorang isteri yang solehah dah jadi tanggungjawab untuk si isteri membantu kewangan keluarga agar rumah tangga sentiasa dalam suasana harmoni. jangan tak tahu ya, masalah kewangan antara suami isteri boleh menjadi salah satu punca pergaduhan. nampak macam biasa, tapi sebenarnya tu la hakikat orang yang merasa..

cewah...bermotivasi pulak aku hari nih...hahhhaha. sebenarnya just nak share yang aku buat kek coklat moist untuk suami je. dah agak lama jugak lah aku tak buat kek kesukaan beliau nih. dah kebetulan pulak birthday anak buah suami mak dia buat makan makan, jadi aku pun sponser la kek coklat sebijik. sambil beramal sambil menjamu suami makan..hahhah. terbaik punya plan.

ya la, zaman zaman gawat ni memang kena berjimat. ingat murah ke kek coklat moist yang ada tema birthday. paling kurang pun rm40 - rm50. kalau kek dari secret recipe lagi la mau dekat seratus, tak kan la nak beli yang slice pulak kan. ada je kek rm10 yang tengah viral sekarang ni, tapi rasanya tak memenuhi citarasa suami aku. dah niat sediakan kek pun untuk jamu suami, mesti la bagi yang ikut sedap tekak dia bukan tekak orang lain. haaa baru la sampai motif utama tu..hihihi

akhirnya, atas dasar penjimatan yang dilakukan terhasil la sebijik kek super jimat dan super duper sedapp...sedap ni memang tak tipu ya, memang sedap sungguh kek coklat moist ni kalau ikut ramuan dan step yang aku guna ni. selalu pun memang aku akan guna resepi ni je, dah la sedap, senang je sukatan nya dan memang sah sah akan menjadi.

RESEPI KEK COKLAT MOIST 

1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak (cooking oil boleh, vegetable oil boleh, corn oil boleh...asalkan minyak)
1/2 cawan gula
1 cawan air suam
2 biji telur
1 cawan tepung
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonate
garam secubit

Mula mula kacau sebati semua bahan cecair (susu, air, minyak, telur) kemudian bila dah sebati masukkan kesemua bahan kering / tepung. tapis adunan guna penapis santan tu supaya tak ada ketulan tepung dalam adunan. kemudian kukus atau bakar.
kukus = 20 - 25 min
bakar = 25 - 30 min, suhu 180 C. 

CHOCOLATE TOPPING

1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan corn oil atau pape minyak
1/2 cawan serbuk koko

kacau atas api / dapur hingga adunan sebati dan likat seperti topping / ganache.




Nampak tak hasilnya yang sangat sangat moist and dark. kalau korang tak nak rasa koko tu kuat, boleh kurangkan jumlah serbuk koko tu sama ada dalam adunan kek atau topping. setengan orang suka yang kaw kaw dan ada rasa macam pahit pahit sikit. tapi ada setengah orang suka yang rasa koko mild je. nak buat kek tu tengok la sape tukang makan nya dan bagaimana selera orang nya. baru la kita tahu hasil yang macam mana yang kita nak.




Sejukkan kan kek tu dulu, baru la keluarkan dari loyang. dan bila dah sejuk sikit boleh la letak topping kat atas kek tu. nak lagi sedap, kalau kek korang tinggi, boleh potong 2 kat tengah tu lepastu layer dengan topping. masa poting nanti akan nampak la ada lapisan topping kat tengan kek tu.
dan tuk hiasan aku letak apa yang ada dalam almari time tu, coklat rice, manik manik tu dan coklat chip. tabur je ikut suka hati. kalau kreatif boleh la hias hias sikit supaya lebih menarik. aku tak rajin sebab tu main tabur je. dan jugak tak kreatif langsung....





Nampak kan kek tu moist dan fluffy gitu. kalau yang tak pandai buat kek sekali pun, bila korang ikut resepi ni confirm akan menjadi. rahsianya kalau nak lagi selamat lebihkan sikit baking powder atau guna double action baking powder, confirm kek korang nanti tak kan bantat...

Resepi ni jugak sesuai sangat sama ada untuk bakar atau kukus, dua dua kaedah ni pun tetap akan bagi hasil yang sama.


Sekian dulu untuk perkongsian hari ini.



LOVE,
Mcdaa

Wednesday, 18 January 2017

TRY TO CONCEIVE

HAI...

Assalamualaikum...

Ku sangkakan ada sinar rupanya hanya silau cahaya...huhu. bermadah dipetang hari yang dingin la pulak. sebenarnya just nak luahkan tentang rasa kecewa yang teramat. penantian belum ada pengakhiran lagi, maknanya penantian masih berterusan entah bila baru berjaya.

Dah hampir 2 tahun aku tinggal kan ubat pil perancang, dah hampir 2 tahun jugak la aku berusaha untuk hamil, tapi tu lah kita merancang AllaH swt pun merancang jugak. tapi dia lah perancang agong, maha mengetahui tentang setiap perkara yang berlaku.

Mungkin usaha aku dan suami masih belum berhasil lagi. mungkin allah swt nak dengar kami memohon merayu dan meminta dariNya. kerana dia maha pemurah lagi maha pengasih. dia maha pendengar dengan rintihan hamba hambanya.

Tapi buat masa sekarang ni, hanya aku sorang je kot yang duk berusaha gigih untuk cuba hamil. ehhh jap...apa ya cubaan yang aku dah buat tu...
awal hari tu beli fosforik asid, konon baik dan sesuai kalau bercadang nak hamil. makan tak sampai separuh dah stop.
kemudian cuba produk mamadil, pun sama separuh jalan je amalkan makan supplement tu.
kemudian try ikut tarikh tarikh subur untuk bersama dengan suami. tapi kadang time tarikh subur tu ada je perkara yang menghalang..hurmmm

mungkin tu semua adalah antara faktor aku atau kami masih lagi belum berjaya hingga la ke saat ini.
banyak cara yang boleh diusahakan untuk hamil. cuma setakat mana kerajinan, kesungguhan dan istiqamah kita dalam melaksanakannya.

Sama kes masa mengandungkan si Ammar dulu. kalau tak salah aku dalam 3 hingga 5 bulan lepas kahwin baru aku hamil. agak lama jugak la dan pernah kecewa jugak sebab aku lambat period ingatkan dah hamil tapi rupanya period yang lambat keluar.
sama kes dengan yang ni. kalau di kira lewat 5 hari dari tarikh yang sepatutnya, tapi last last dia datang jugak....hampa nya lahaiiiii.....

Pegang pada satu je....ada hikmah kenapa Allah lambat kan kami untuk dapatkan zuriat lagi.. aku kena perbanyakkan muhasabah diri dan lakukan perkara perkara yang sepatutnya. supaya dengan izin Allah swt nanti, di suatu saat pasti sinar yang ditunggu tu akan tiba jua.

Cuma jangan pernah berputus asa. Allah maha mendengar dan maha mengasihani hamba nya. teruskan berusaha berdoa dan tawakal. dan paling penting aku sendiri yang perlu berusaha lebih supaya hajat aku ni akan tercapai..


Bila kah saat itu akan muncul?......hanya Allah swt yang mengetahuinya...........


LOVE,
Mcdaa

Tuesday, 17 January 2017

Mini Burger guna homemade daging patty



Hai...

Assalamualaikum....

Di kelantan ni susah sangat nak cari kedai yang jual burger bakar. kebanyakan kedai burger sini cuma jual burger yang guna daging burger yang dah siap. mungkin ada je kedai yang jual burger bakar tu, tapi dalam 1 2 tempat macam tu je kot. tak banyak dan tak dikenali.

kalau kat kt kl kan banyak pilihan burger bakar yang ada dan tambahan pulak dia punya marketing kebabom senang orang nak ingat bila diperlukan. contoh burger abang burn, kaw-kaw burger, burger bakar dan macam macam brand lagi ada di kl. google je bersusun list pilihan burger bakar yang ada.

burger bakar selalunya diorang guna daging burger buatan sendiri. bukan yang siap frozen tu. bagi pendapat aku daging burger buatan sendiri lebih baik, sedap dan memuaskan hati masa makan tu. kalau kita buat sendiri ni selalunya kita guna daging kisar, lepastu ada tambahan serba sikit rempah ratus dalam daging burger tu. kalau yang dah siap frozen tu, daging burger tu ada campuran lemak dan jugak part-part dari daging yang berkualiti rendah.

aku pulak suka main campak je apa yang ada kat dapur tiap kali bila aku buat daging burger sendiri...hihi. kita yang nak makan, jadi ikut suka tekak la nak letak apa pun kan..
resepi yang aku guna hari tu ada kat bawah ni.

RESEPI:

Daging kisar (400 g)
bread crumb
1/2 biji bawang besar dicincang
1 biji telur
garam
gula
black pepper

campurkan semua bahan dan bentuk kan bulat bulat macam daging burger tu. kemuadian bakar atau grill.




Masa grill daging patty tu, aku tambah parutan mozarella cheese kat atas daging tu. nak guna cheddar cheese pun sedap jugak. bentuk dan rupa daging patty aku agak buruk sikit sebab maklum la main gentel gentel pakai tangan je. tak guna acuan pun, kalau korang ada acuan bulat yang macam mold besi tu lagi bagus. boleh bentukkan daging tu supaya nampak lagi kemas dan cantik.





Bila daging dah masak, boleh la hidang dengan roti burger atau bun kosong yang bulat kecik kecik tu. aku buat saiz kecik kecik ni senang nak bagi budak budak tu makan. takde la bersepah sangat dan boleh buat dalam kuantiti yang banyak..suka suka...hihi

memang puas hati sangat bila kita dapat hasilakan makanan dari air tangan kita sendiri. dan tambahan pulak makanan tu anak anak dan suami suka lagi la bertambah seronok kita nak masak.
zaman sekarang ni, makanan kat luar sana tu banyak sangat mengandungi bahan bahan kimia. walaupun dalam kuantiti yang tak membahayakan kita, tapi tak salah kan kalau sekali sekali kita elakkan dari beli makanan dari luar dan buat sendiri. itu lagi menjamin tentang keselamatan dan kebersihan makanan yang kita makan dan hidang untuk keluarga kita.



LOVE,
Mcdaa

Tuesday, 10 January 2017

Petua atasi masalah tercekik tulang ikan

Hai...

Assalamualaikum...

Nak share dengan korang cara untuk mengatasi kesakitan dan hilangkan tulang ikan yang tercekik dalam tekak. alkisahnya sebab semalam masa tengah duk syok melayan makan ikan bakar cicah air asam sampai tercekik tulang ikan tu.

aku memang faberet sangat kalau dapat makan ikan bakar lagi-lagi cicah dengan air asam. perghhhh bertambah tambah makan nasi tu. sebab tu la aku kadang stress jugak kalau mak atau mak mertua masak ikan bakar dengan pencicah ni. sebab bila makan tu memang tak beragak dah..sedapppp

dah terlampau mencekik sangat ikan bakar tu lastnya tercekik tulang. tapi bukan 1 ketul tulang je tau, macam 2 3 ketul tulang ikan yang melekat tersangkut kat dalam tekak aku ni. masa tu ya allah rasa macam nak nangis je. mak mertua aku pun naik heran macam mana la aku makan sampai boleh tercekik tulang. ikan yang dia bakar bukan ikan banyak tulang pun, ikan jaket @ ikan cencaru je pun..hahah. nampak benau menantu dia ni gelojoh.

aku apa lagi duk main telan air liur la sambil berharap tulang tu akan meluncur sekali dengan air liur masuk dalam salur tekak tu. tapi tak jugak menjadi. dah panik dah, asal telan air je terasa pedih tekak tu.
terus teringat petua mak aku. mak aku ni pun penggemar ikan, kalau dia makan ikan tu tulang memang bersih langsung takde isi yang melekat. kadang sampai kepala ikan pun dia tibai sekali. yang ni bukan kes gelojoh ya, yang ni ada 2 kes. kes pertama mak aku memang suka makan ikan, dan kes kedua katanya sayang tak nak membazir...hahhhhah. aku follow kes no.2

oleh kerana dia dah selalu sangat dah tercekik tulang ikan ni, jadi dia dah biasa la macam mana nak bagi tulang ikan menyusur masuk dalam tekak. caranya ambik nasi putih, gumpal gumbal supaya bulat kemudian telan. ulang banyak-banyak kali sampai la rasa tulang ikan tu dah hilang.

kes aku semalam pulak, dah telan nasi gumpal tu. tapi masih jugak terasa tulang tu. tak jalan sangat, jadi kena telan lagi. jangan kunyah ya. tapi masa nak telan lagi sekali aku ternampak pisang kat dapur. terus ambik pisang dan telan-telan macam tu je. tak kunyah, tapi telan dalam keadaan pisang tu small portion la. kang tercekik pisang pulak dah jadi kes lain pulak.

habis sebijik pisang berangan tu, terus rasa macam tulang tu dah hilang.....alhamdulillah. lega sangat sebab berjaya buang tulang yang melekat di tekak tu. kalau tak memang terasa cuak gila.

sedikit perkongsian dari saya....hihi

Tahniah Faiz Subri

Hai...

Assalamualaikum....

Hari ni aku rasa macam kecoh 1 malaysia kot dengan kejayaan pemain bola sepak negara kita. sejujurnya aku bukan la dari golongan peminat bola sepak. tak kira la bola sepak negara atau luar negara sekali pun. memang aku tak minat, dah kalau tak minat nama pemain bola lagi la aku tak kenal.

tapi macam bohong pulak kalau sorang pun tak kenal kan...hahhhaha. ada la yang aku kenal antaranya apek, mat yo, safi sali, pia dan beberapa lagi. dah kalau yang peringkat luar negara pulak tentu la ronaldo, david backhem dan michel owen tu je yang aku kenal...lain tak kenal dah.hihi

sebenarnya nak bagitahu yang kemenangan faiz subri di FIFA puskas award 2016 ni sangat sangat lah membanggakan seluruh rakyat malaysia. pagi tadi masa tengah driving dengar radio era duk bercerita tentang topik kemenangan faiz subri ni. meremang bulu roma masa dengar diorang puji tentang kejayaan yang membanggakan ni.

mana tak bangga wakil malaysia juara dunia kot. pulak tu melayu islam lagi lah bangga sangat dan boleh buat meremang bulu roma...kemenangan tu dah siap kalahkan pemain bertaraf dunia dah tu. lepastu majlis tu pulak majlis paling grand dalam arena bola sepak dunia. memang terhebat la dapat jadi juara.

apa yang aku tahu tentang kemenangan ni ialah, si faiz subri ni pemain pulai pinang. masa dalam perlawanan liga malaysia tahun lepas dia ada buat sepakan gol tercantik yang pernah berlaku dalam sejarah bola sepak. kalau korang tengok, sepakan bola dia tu melencong, bukan lurus. masa kejadian tu mungkin nasib dia dapat buat sepakan lencong tu. sebab bukan senang nak buat sepakan lencong macam tu.

sepakan gol dia tu terus jadi viral dan termasuk dalam senarai gol terbaik dunia. lepastu FIFA buka undian untuk gol terbaik dunia. jadi undian yang paling mendapat hit tertinggi akan dinobatkan sebagai juara. dan terbukti gol hasil dari sepakan faiz ni memang gol terbaik. berjuta tahniah untuk beliau.....

tapi ada jugak part yang tak best, bila scroll di facebook komen-komen banyak yang macam pertikaikan pengguna bahasa dia masa bagi ucapan atas pentas kemenangan tu. dah korang nak persoalkan bende remeh tu kenapa, ada yang cakap lagi respect kalau cakap bahasa malaysia la, ada yang kutuk sleng mat salleh dia berterabur la dan macam-macam lagi lah. geram pulak aku dengan diorang ni. korang ingat dia tu siapa nak expect macam macam bahasa je pun.
ni aku yang masuk universiti yang dah bekerja ni pun belum tentu lagi dapat cakap mat salleh dengan sleng ya betul.

dia dah dapat naik stage, sebut assalamualaikum dan alhamdulilah pun dah cukup cukup bagus. pentas dunia tu, bukan pentas ajl ke abpbh ke apa. majlis formal yang dihadiri oleh orang prefesional seluruh dunia kot. alah yang menang anugerah meletop pun berlambak yang speaking. rilek je takde yang komen...geram gila aku bila baca komen yang spesis macam nih...

dah dah sila buang jauh jauh aura negetif yang tak elok tu. tarik aura positif balik...sambung balik. family faiz, anak isteri mak bapak dan saudara mara dia mesti bangga dengan dia kan. bertuah dapat ahli kelurga yang berjaya bawa nama hingga ke persada dunia. tak kisah la dari bidang apa sekali pun, yang pasti ia di peringkat dunia.

dengan kejayaan dia tu diharap dapat la menaikkan semangat kepada pemain bola sepak negara. dan dijadikan sebagai dorongan untuk diorang mencipta kejayaan yang luar biasa. dan akhirnya menaikkan nama pasukan harimau malaya.

akhir kata dari saya....majulah sukan untuk negara.hihihi

Chronology toward a dream house 2017

Hai...

Just a brief to whats going on with my plan of getting our dream house. its start on last year, to be exact is on the early of the year. then it keep drag and drag to finally end of the year than only it start to really happen.

for the first step of course it should be a land, then a contractor and then architecture and then district approval and then loan and then list go on....

each step might required a lots of time lots of energy and of course need lot of money. dont you get it.
and the most difficult and hardest thing is it need more and more patience from me.

building a dream house even though it just a small one, it is still not a simple thing to do. i need to study about a house, gain as much knowledge regarding construction and design, finding a good contractor and trusted lawyer, and so on. this is such a big deal to me with zero knowledge.

right now, i manage to buy a land for the house. also done with the house's design and now waiting for district approval on our house's plan. now on january 2017 i proceed with the loan approval.

let them do their job and i will waiting for next step before i will being busy later. before its get start, nothing much i can do because most of the starting procees reaaly need time to be approved.



Monday, 9 January 2017

Doorgift Perkahwinan

Hai....

bila tengok balik entry yang lepas-lepas yang pernah aku post, entry tentang idea doorgift paling hot. ni ceritanya RUJUK SINI masa aku buat entry tentang doorgift ni masa ni aku belum kahwin pun lagi. sekarang meh aku share sikit sambungan tentang kejadian selepasnya ya.

ni la hasil doorgift yang telah dibuat dilaksanakan dan dah selamat diedar kepada tetamu dah. haritu doorgift ni aku siapkan dalam 1000 botol jugak lah. bajet ramai tetamu yang datang je kan, last-last banyak jugak yang lebih tak terbagi. adala dalam seratus lebih kot. tapi kami kat kampung ni, lagi-lagi kelantan, kenduri dah habis seminggu dah tapi masih ada lagi yang datang hulur duit kenduri (orang kelantan panggil duit ngele). sebab kita dah jemput diorang, tapi pada hari kejadian diorang tak dapat hadir atas sebab-sebab tersendiri, jadi bila ada kelapangan diorang akan datang jugak sebab nak bagi duit ngele tu.

mak aku pun takde la rasa bersalah sangat nak terima duit tu sebab masih ada lagi baki doorgift yang boleh dihulurkan kepada diorang..jadi takde la membazir sangat pun. baik kita sediakan lebih dari tak cukup kan.




Jenuh jugak la aku nak mengisi jar tu dengan biskut comel comel tu. lepastu nak kena hias sikit jar tu sebab tak nak nampak togel je nanti. pening jugak nak fikir macam mana nak hias. cari idea dalam google last-last buat macam tu je. senang dan cepat. just lilitkan tali di sekeliling kepala penutup tu je. lepastu letak dolly papper atas muncung jar tu supaya nampak lagi cantik dan menarik. dolly papper ni murah je.




 Ni hasil tangkapan masa shopping barang-barang kahwin di Nilai 3. sana ada pelbagai barang-barang untuk persiapan kahwin. cakap je apa yang korang nak, boleh dikatakan semua ada kat sana. boleh rambang mata jugak la masa aku pergi cari barang kat sini dulu. tapi korang kalau dah datang sini kena la rajin survey banyak kedai. sebab akan ada kedai yang letak harga mahal dan ada yang murah. kena rajin rajin la ya. kalau boleh sebaiknya bawak teman yang sama naik suka bab-bab survey ni, sebab kalau tak nanti teman korang tu mesti bosan. last-last main beli je asal jumpa.

Di Kelantan belum ada lagi tempat macam kat nilai 3, one stop center for wedding. jadi semua ni aku terpaksa angkut dari KL bawak balik kelantan. memang penuh satu kereta tu dengan barang-barang kahwin aku..hahhaha



Masa ni cuma aku dan anak buah aku yang 7 dan 8 tahun tu je yang tolong siapkan doorgift ni..hahhhah..gigih gila masa tu nak siapkan semua ni dalam masa yang singkat. adik aku masa ni belum balik lagi, kakak aku pulak sebuk dengan apa tah. jadi terpaksa la aku berkorban diri siapkan jugak dengan bantuan si kecik 2 orang tu.

nak lagi senang siapkan doorgift, mula-mula aku isi biskut dulu dalam jar tu. lepastu letak dolly papper dan tutup. senang nak bajet beli biskut kalau tak cukup boleh mintak sape-sape tolong pergi belikan.
bila semua jar dah terisi dengan biskut dan dah ada dolly papper tu baru la aku glukan tali riben tu pada penutup jar. dah siap semua baru masukkan dalam papper bag dan susun dalam kotak untuk diagihkan kepada tetamu nanti.

PIXAJOY...Ohh pixajoy..

Hai...

Fuhhhh...akhirnya setelah sekian lama dapat jugak aku bukak balik blog yang dah berkurun nih. ni la masalah utama bagi pelupa tahap nak masuk kronik dah ni, ehhh jap pelupa bab nombor-nombor je ya. bab lain tu insha allah masih segar dalam ingatan..hihi.
sebenarnya dari dulu sampai la sekarang aku ni kalau bab nombor dan nama orang memang pelupa. makanya password nak log in blog sendiri pun boleh lupa. 

ni ha bukti tahap pelupa aku tu dah kritikal, last update blog ni masa tahun 2014 sekarang dah 2017 dah hampir 2 tahun blog aku ni terbengkalai. dah buat blog baru dah pun..huhu.
sebab aku suka menaip dan membebel sorang-sorang atau dalam erti kata lain bermonolog sendiri sebab tu la blog peribadi sangat penting bagi aku. boleh je taip-taip cerita atau pengalaman dalam dairi betul atau dalam microsoft word pastu simpan, tapi masalahnya bila nak throwback balik punya la siksa jiwa raga. kalau dalam blog ni senang je, just googling...hahhhah

eh...motip asal nak cerita tentang pixajoy ni sebenarnya. awalnya saja-saja tekan link ke website pixajoy tu. kebetulan masa tu ada promosi murah gila dari pixajoy. lepastu senang je nak buat photobook ni. just downloads apps dari website diorang, lepastu upload gambar korang then edit-edit sikit ikut cita rasa sendiri. dalam apps tu ada bermacam design yang boleh dipilih untuk bagi nampak gambar lebih cantik menarik. lepas dah selesai edit, terus je send photobook yang dah siap di ciptakan tu kepada pixajoy lepastu buat payment. nanti pixajoy akan postkan photobook tu kepada kita. senang kan...

tak silap aku, masa tahun aku buat ni masa tu pixajoy masih baru kot. hot trending jugak masa tu kot, entah la aku tak pasti ramai ke tak yang buat atau tempah dengan pixajoy ni, tapi kalau tengok iklan di facebook masa tu memang hot la....




Ni la hasil photobook yang aku create dan tempah dengan pixajoy. nampak tak jari tu masih merah dengan inai....tu tandanya saat ni masih lagi dalam mood honeymoon...hihi





Aku ni takde la pandai sangat dengan apps apps ni tapi step yang ditunjukkan dalam website pixajoy tu memang mudah nak follow. kalau tengok dari photobook tu pun dah boleh nampak simple gila aku punya design..haha. takde edit sangat pun masa ni, just ambik gambar yang aku rasa ok dan sesuai, compile then send. ada jugak la part part dalam gambar yang gagal dan tak cantik. sebab aku tak edit bagi gambar duk center dan ada jugak yang gamber berulang. patutnya double check dulu gambar-gambar tu sebelum send. tapi takpe la, benda murah kan tak payah nak cerewet sangat lah...hahahha

dan sampai sekarang photobook ni masih dalam keadaan yang elok dan baik. sebab material yang diorang guna tu boleh tahan elok jugak. boleh la setakat nak buat simpanan untuk suka-suka tu. tapi kalau korang nak buat yang betul-betul macam album perkahwinan yang grand tu pun boleh jugak. cuma kena rajin kan diri mengodek godek website pixajoy la. macam aku ni malas, dapat yang simple macam ni pun dah cukup baik dah. lagipun album kahwin dari photographer yang kami tempah tu dah ada, yang tu kira yang rasmi la sebab cantikkk...hihi

Sunday, 8 January 2017

Resepi Kek Pisang

Hai....
Assalamualaikum.
Kali ni nak share resepi kek pisang pulak kat sini. Untuk rujukan dimasa akan datang. Entah kenapa angin takde ribut pun takde tapi tetiba je rasa nak makan kek pisang. Nak kata aku ni penggemar kek pisang, tak pun. Tapi teringin nak makan tu lain macam je..hihi. dah kalau teringin sangat nak makan aku pun rajinkan la diri buat kek pisang tu.
Balik dari kerja terus pergi cari pisang kat market. Dalam banyak banyak jenis pisang yang ada kat muka bumi ni, hanya a few je yang aku boleh kenal pasti. Yang lain semua kelaut. Sebelum aku share resepi kek pisang simple mudah senang aku tu meh kita berkenalan dulu dengan jenis jenis pisang yang aku kenal ya.
Pisang yang paling aku kenal dan cam tentu lah pisang berangan. Sebab pisang ni kan sedap, lepas tu senang nak dapat. Pisang berangan ni makan macam tu pun best. Sama jugak dengan pisang mas. Pisang mas aku kenal sebab rupa dia. Pisang mas ni kecik molek je rupanya. Pun best jugak kalau buat makan terus.

Pisang kapas sapa tak kenal kan. Dia adalah pisang yang paling mudah dijumpai dan paling banyak kot. Pisang kapas pun antara pisang yang murah la kalau bak bandingkan dengan lain lain pisang. Pisang kapas ni boleh je kalau nak buat makan terus pun tapi rasa dia agak kurang sedap sikit la berbanding pisang mas dan pisang berangan.

Seterusnya pisang nangka, jangan ingat pisang nangka ni ada rupa macam nangka ya sebab ianya langsung takde kaitan. Pisang nangka ni tak sedap makan macam tu je tapi sedap kalau dibuat goreng pisang. Aku pun tak faham jugak sebenarnya kenapa bila jadi goreng pisang je rasa dia terus lain sedap kot. Dan last pisang yang aku kenal ialah pisang tanduk. Yang ni sah sah sebab senang nak cam. Pisang tanduk kalau nak kenal senang je, sebab dia paling panjang dan besar antara semua pisang. Yang ni nak makan macam tu je pun sedap nak buat goreng lagi la sedap buat pengat pun sedappp jugak. Pisang tanduk susah nak jumpa dah tu kalau jumpa harga dia pulak boleh tahan mahal la. Barang rare memang la macam ni kaedah nya...huhu
Perghh dalam tak kenal pisang tu tapi bila di list kan pisang pisang yang aku tahu boleh tahan banyak jugak kan.hahhaha...aku kenal pun sebab selalu jumpa atau beli pisang pisang ni yang tak kenal tu sebab tak femes macam pisang yang aku senaraikan tu.

Semua pendapat dan pandangan aku tentang pisang pisang ni adalah berdasarkan dari pandangan aku semata mata ya. Sebab lain orang mungkin lain pendapat dia. Aku cakap pisang kapas tak sedap sangat macam pisang mas, tapi mana la tau kan kot ada yang gemarkan pisang kapas dan rasa pisang kapas lagi sedap dari semua pisang..haaa..ikut pandangan masing masing la ye..
Panjang pulak intro pasal pisang ni ya. Dah macam cara mengenal pisang pulak. Huhu..baikla meh tengok resepi senang versi aku yang serba serbi nak senang tapi sedap dan menjadi.
Resepi kek pisang mudah.
5 6 biji pisang dan dilenyek
1 dan 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak (minyak masak pun ok je)
1/2 cawan gula (3 @ 4 sudu pun ok)
2 biji telur
1 sudu soda bikarbonate
1 sudu baking powded
Garam secubit
Mula mula lenyek kan pisang tu. Kalau nak bagi sedap lagi jangan bagi hancur sangat. Biarkan ada sikit sikit ketulan pisang tu supaya nanti bila makan ada pisang dalam kek tu. Lepastu buat macam lubang kat tengah mangkuk pisang lenyek tu masukkan 2 biji telur. Pukul telur kat dalam mangkuk tu kemudian gaul sekali dengan pisang lenyek tu. Lepastu masukkan gula, minyak, garam dan last sekali masukkan tepung, soda bikarbonate dan baking powder. Kalau adunan pekat masukkan 3/4 cawan air dalam adunan tu supaya dia tak terlalu pekat. Dah siap adunan masukkan dalam loyang, aku punya just letak dalam cup muffin. Sebab malas nak basuh loyang.hihi. last sekali boleh letak pisang kat atas sebagai hiasan. 

Lepastu terserah nak kukus atau bakar. Aku suka kukus sebab kek lebih moist. Bagi aku kek pisang kukus lebih sedap dari kek pisang yang dibakar.
Kalau bakar macam biasa la suhu 180°c selama 20-25 min.







Dah siap kukus aku bagi nenek aku try dia cakap sedap. Mak aku pulak ingatkan aku guna tepung kek pisang segera. Sebab sebelum ni aku dapat dari kawan tepung segera tu. Yang tu senang je bancuh nya just masukkan telur dan minyak je tak payah sukat tepung. Tapi apa la sangat kalau buat sendiri pun sebab bukannya banyak jenis tepung pun. Satu adunan ni kalau guna cup muffin tu boleh dapat dalam 10 biji je. Kalau banyak ni sekali hadap pun dah habis. Jadi kalau nak buat makan untuk ramai boleh la doublekan atau triple kan adunan tu..
Ok lah tu je nak share tentang resepi kek pisang ni.

Pengalaman bagi Talks atau Ceramah

Hai...

Terasa nak menulis tentang pengalaman menjadi seorang penceramah. Bukan nak riak ke apa cuma nak tulis pengalaman sendiri macam mana aku boleh terjebak dengan aktiviti ini. ehh ehh bunyi macam aktiviti pelik je kan...hihi
Dulu aku ni jenis yang sangat gemuruh dan jarang muncul ke depan. Bukan dulu je sekarang pun masih jugak ada gemuruh, takut dan malu tu. Tapi alkisahnya bermula bila dah sandang jawatan sekarang nih.
Atas tuntutan kerja semata-mata, aku terpaksa memberanikan diri muncul ke depan dan bagi taklimat atau berdiskusi dalam kumpulan pengurusan tertinggi. Kauuu rhaseeee...mula-mula tu memang cuak yang amat bila aku diarahkan bagi ceramah. Dah la ilmu baru secoet je, lepastu nak kena ngadap dengan audien yang dewasa dan berpengalaman. Memang terasa sangat sangat mencabar dan dalam masa yang sama menakutkan jugak lah.

Tapi, aku kena jugak berani kan diri dan berlagak cool je depan audien. Kalau aku menggelabah semacam tak tau lah apa akan jadi. Tapi untuk jadi cool tu bukan senang dan tak semudah abc 123 tau. Ada cara-cara dan amalan yang perlu dipraktikkan dulu sebelum kita mula bagi taklimat atau ceramah tu.

Untuk aku yang baru setahun jagung sandang jawatan ni, dan dalam masa setahun jagung ni jugak aku ditugaskan untuk bagi taklimat kepada orang awam, meh aku kongsikan serba sedikit apa yang boleh dipraktikkan untuk nampak kan diri kita ni cool je bila duk kat depan audien sambil pegang microphone..

Pertama sekali mestilah kena buat persediaan yang secukupnya. Persediaan dari segi ilmu tentang tajuk ceramah yang akan disampaikan tu. Sebelum sampaikan ceramah tu pastikan kita dah 2 3 kali tengok slide pembentangan yang nak digunakan. Supaya kita tahu gambaran keseluruhan ceramah hari tu. Disamping tu jugak membantu kita untuk dapatkan idea tiap kali kita nak tukar ke next slide. Jadi takde la kering sangat idea masa kita duk berceloteh tu.

Persedian kedua ialah peralatan yang berkaitan. Contoh kalau kita ada risalah atau hadiah untuk kuiz spontan dan sebagainya. Kalau nak lagi selamat sediakan risalah dan edarkan kepada peserta atau audien jadi takde la diorang bosan sangat dan segala maklumat boleh disampaikan dengan jelas. Pastikan jugak slide tu berbentuk interaktif. Ada gambar yang boleh tarik perhatian audien. 
Dan dari pemerhatian aku sepanjang duk bagi ceramah ni, audien lebih tertarik bila kita kaitkan maklumat dalam slide tu dengan isu semasa atau isu disekeliling. Bila aku bagi contoh je, semua macam terus bagi perhatian penuh dan kadang ada maklum balas spontan dari audien.

Persedian seterusnya ialah penampilan dan pemakaian. Tak dinafikan lagi, cara penampilan dan pemakaian kita banyak beri kesan terhadap keyakinan diri kita semasa berada dihadapan audien. Kalau hari tu pakai baju baru atau tudung baru, keyakinan yang ada tu lain macam sikit...hihhihii.

Dan yang terakhir aku selalu buat ialah sebelum mula tu aku akan baca ayat2 penenang hati. Beristifar banyak-banyak, selawat dan baca la apa sahaja ayat-ayat suci yang terlintas masa tu. Ada je ayat-ayat khas untuk dibaca, kalau yang memang dah hafal bagus la. Tapi bagi orang yang macam aku ni pelupa boleh amalkan baca apa-apa je insha allah tenang. Dan kalau dah kedepan tu muka tu jangan la ketat sangat. Bila kita awal-awal dah muka ketat, sepanjang proses pun audien akan turut buat muka ketat dan kalau boleh nak cepat-cepat habis...hahhahah






Time ni kena buat pembentangan dengan budak-budak lantikan batch aku. Last minit buat slide, memang teruk gila rasa...huhu

Ni bagi ceramah dekat budak-budak sekolah. Kalau dengan diorang memang kena sediakan banyak hadiah untuk buat kuiz spontan.



Tu je yang aku nak share dekat sini tentang bagaimana nak nampak cool bila kena bagi ceramah atau taklimat. Sebenarnya bergantung pada orang tu jugak. Kalau jenis dari zaman sekolah lagi memang suka pegang mic dan duduk di hadapan, setakat bagi ceramah macam ni apadehal kan...small matter je ni bagi korang. Tapi bagi yang gemuruh macam aku nih, its a big issue!! 

Sebenarnya serius never expecting yang jawatan nya perlukan aku untuk menjadi pencerah. Ingatkan dapat pergi consult orang je, sekali rupanya macam-macam lagi unexpected task yang bakal ditempuhi...huhu.



LOVE,
Mcdaa