Hai...
Tergerak hati untuk mengarang tentang teknologi makanan dan makanan kita. Ni semua gara-gara terbaca post di page iium confession tentang pengalaman budak Food technology. Sebab rata rata orang ramai tak pernah dengar atau jarang dengan tentang bidang ni. Dan bidang fodd tecnology ni pun tak la famous macam bidang perubatan, kejuruteraan, guaman dan sebagainya.
Tapi sebenarnya peranan teknologi makanan sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Masa mula-mula masuk bidang ni dulu pun aku macam tertanya-tanya jugak, tapi bila difikirkan balik 100% manusia hidup akan makan. Dan bidang makanan ni bukan hanya tertumpu untuk manusia sahaja, malahan makanan haiwan sekarang pun banyak menggunakan teknologi makanan dalam penghasilan makanan tersebut.
Bidang ni skopnya luas, iaitu merangkumi teknologi makanan itu sendiri, skop pemprosesan makanan itu, skop penghasilan atau pembenihan makanan, termasuk jugak dalam skop halal haram makanan dan pelbagai lagi.
Oleh kerana semua manusia makan, jadi teknologi makanan sikit sebanyak telah mempengaruhi dalam hidup mereka. Sebagai contoh, setiap makanan yang kita makan pasti telah diproses untuk capai beberapa kriteria umpamanya dari segi rasa, tektur, tempoh luput, rupa fizikal makanan tersebut dan termasuklah pembungkusannya.
Dengan adanya teknologi, makanan yang kita makan sekarang telah banyak berubah diperbaharui dan lebih panjang jangka hayatnya. Contohnya kalau dulu makanan kita cuma sekadar untuk hilangkan rasa lapar, bagi tenaga untuk tubuh dan sebagai untuk meneruskan kelangsungsang hidup, tapi lain pula pada masa sekarang. Kini makanan kita banyak lebih kepada unsur kepuasan, kepelbagaian dan kemeriahan.
Mungkin ramai orang yang tahu kandungan sebenar apa yang mereka makan. Kalau dulu banyak makanan yang dihasilkan dengan menggunkan bahan-bahan asas sahaja serta penghasilan atau proses memasak jugak ringkas. Contoh kalau dulu kita makan sayur campur, ramuanya hanya lah sayur semata mata dan dimasak terus atas dapur. Berbeza dengan sekarang, selaras dengan teknologi sayur sayur sudah boleh didapati dalam bentuk segera. Atau ada yang telah diproses, dibekukan dan dibungkus dengan menggunakan pembungkus yang telah diubahsuai supaya dapat mengekalkan kesegaran sayur tersebut untuk jangka masa yang lebih panjang. Dan proses memasaknya juga telah pelbagai umpamanya boleh di stim, kukus, atau dipanaskan menggunakan oven (ketuhar microvawe).
Kalau anda seorang yang teliti, anda pasti akan menetili setiap bahan yang terkandung dalam makanan yang bakal dibeli. Lambakan produk makanan segera dipasaran yang kebanyakanan telah melalui pelbagai jenis teknologi pemprosesan. Termasuklah penambahan bahan adatif yang berbeza beza dalam setiap makanan.
Adatif atau dalam bahsa yang mudah ialah bahan tambahan yang dicampurkan dalam makanan untuk merubah atau mengekalkal keadaan makanan asal tersebut. Termasuklah pengawet, agen microbial, pewarna, perisa, antipengoksida, kondisioner, nutrien yang ditambah dan sebagainya. Bertujuan untuk memastikan kualiti dan keenakan makanan itu.
Teknologi makanan jugak banyak mempengaruhi kandungan makanan seharian kita..
Untuk kupasan detail lagi nanti kita sambung part lain pulak lah ya. Bagi otak rehat kejap...huhu
Showing posts with label INFO KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label INFO KESIHATAN. Show all posts
Sunday, 27 August 2017
Thursday, 13 April 2017
Kebersihana Makanan dan KIta
Hari tu aku ada terbaca dalam page iium confession, confessor ni bercerita tentang kebersihan tempat proses makanan. Atau lebih specifik lagi kilang proses makanan la.
Dari penceritaan nya, dia bagitahu yang kilang proses makanan yang dia pernah kerja tu kebanyakannya di monopoli oleh pekerja asing.
Dan kita pun sedia maklum kan, kalau dah nama pun pekerja asing, kebanyakannya yang kerje di kilang kilang ni memang langsung tak faham bahasa melayu atau inggeris. Dan lagi parah kebanyakannya adalah pengotor dan berperangai teruk.
Bukan semua yang macam tu, ada je yang ok tapi nak cari yang ok tu aku boleh cakap macam 1 dalam seribu kot.
Ada kebenaran jugak apa yang dia cakap tu, yang kebanyakan kilang buat makanan ni kebanyakannya nampak je elok di luar tapi proses nya wallah'hualam lah. Hanya orang dalaman je tahu tahap mana kebersihan tempat proses tu dikawal.
Sebab tu la perlu ada QA/QC dalam sesebuah kilang makanan tu. Paling kurang pun kalau mereka ni ada, mereka boleh buat rules atau boleh kenakan tindakan kepada pekerja yang tak amalkan kebersihan.
Boleh je control mereka ni, asalkan kita tahu macam mana nak create sistem yang berkesan. Tak semua kilang yang punyai pekerja asing ni tak amalkan kebersihan dan tak jaga etika masa proses makanan tu.
Kawalan yang penting, tu peranan mereka yang bergelar QA/QC. Tapi bukan senang nak buat sistem untuk mantapkan amalan kebersihan tu, perlu kan komitmen yang tinggi dan sokongan padu dari pihak atasan baru la dapat dilaksanakan. Nak lagi nampak tegas, siapa yang didapati tak ikut arahan dan kantoi buat kerja kerja kotor potong gaji je. Diorang ni sebut je pasal gaji semua jadi ikut je.
Dan kalau nak kupas isu keselamatan dan kebersihan ni, bukan terhad pada kilang makanan je. Tu, kedai kedai makan, restoren, gerai gerai tepi jalan tu. Kalau diamati betul betul dari sudut kebersihan, memang out lah.
Pernah ke korang pergi ke tempat tempat ni dan korang perhatikan tingkah laku tukang masak tu, cara pelayan angkat makanan, keadaan premis kedai tu bersih ke tak, ada nampak lipas, lalat atau tikus berkeliaran tak?
Yang terang lagi bersuluh ni pun susah untuk dikawal, apa tah lagi yang tempat proses makanan yang terselindung dari orang awam macam kilang proses makanan tu.
Bukan nak kondem, cuma nak orang ramai ada kesedaran yang tinggi tentang aspek kebersihan ni. Bila ada yang cakap pernah kerja di kilang yang kotor, masin masing nak tahu nama kilang dan lokasi kilang. Just sebagai peringatan dan pesanan bersama, cuba amalkan tengok keadaan yang aku sebutkan tadi tu dulu. Cuba lepas ni korang try tengok balik aspek aspek seperti yang aku sebut tu, ada tak berlaku di kedai kedai atau gerai gerai yang korang selalu pergi makan tu?
Selagi kita tak ada kesedaran untuk tidak memilih kedai yang tak jaga atau amalkan kebersihan, selagi tu lah banyak je peniaga atau pengusaha makanan tak ambik port sangat aspek ni. Sebab diorang tahu, kotor ke bersih ke akan ada yang datang beli atau makan.
Jadi kesimpulan nya kat sini, aku nak ajak korang semua supaya timbul kesedaran bermula dari diri kita sendiri. Try untuk tidak masuk atau pergi ke kedai kedai yang memang nampak secara terang terangan kotor dan tak bersih, tapi makanan nya sedap.
Tuesday, 28 March 2017
Virus H5N1
Hai...
Assalamualaikum...
Hari ni aku nak share sedikit tentang virus yang sedang melanda ni. Virus ni tak ada lah membahaya sangat kepada manusia sebab dia jarang merebak dalam kalangan manusia. Penyebaran virus ni lebih cepat hanya dalam kalangan unggas je. Tapi masih jugak suatu keadaan yang merbahayakan jika dah terkena dengan virus ni. Sebab virus ni boleh membawa maut.
Virus H5N1 adalah sejenis virus influenza yang menyebabkan penyakit Selsema
Burung (Avian Influenza) dalam kalangan unggas seperti ayam, itik dan burung.
Kebiasaanya, penyakit ini jarang menjangkiti manusia dan sukar berlaku jangkitan dari
manusia ke manusia.
Manusia boleh dijangkiti melalui:
Kontak secara terus dengan unggas (ayam, itik dan burung) yang berpenyakit
serta hasilannya.
Najis dari unggas berpenyakit
Air yang tercemar dengan najis unggas yang berpenyakit
Barang-barang dan pakaian yang tercemar dengan najis dari unggas yang
berpenyakit.
Tanda-tanda dan gejala dalam kalangan manusia:
Demam tinggi (melebihi 38C),
Sakit tekak,
Batuk,
Sakit kepala,
Sakit otot,
Sakit sendi
Letih lesu.
Pengendalian ayam yang selamat di rumah:
Pastikan daging ayam adalah segar di mana:
Proses pencucian menggunakan air yang bersih dan selamat.
Mengelakkan pemprosesan ayam mentah bersentuhan dengan lantai
Memastikan tiada sisa-sisa najis yang terlekat di daging dan juga peralatan memasak
Mengamalkan kaedah mencuci tangan dengan air bersih sebelum dan selepas mengendalikan ayam
Menggunakan peralatan yang bersih dan berbeza bagi mengendalikan ayam mentah dan ayam masak
Daging ayam berpenyakit (virus H5N1) selamat dimakan sekiranya dimasak dengan
sempurna iaitu:
Walaupun isi ni agak minor, tapi kesan nya kepada industri juga hampir terjejas. Contohnya industri sarang burung walid. Burung walid pun dalam kategori unggas jadi risiko untuk burung dari jenis ni untuk dijangkiti virus ni agak tinggi.
Tapi buat masa sekarang hanya 1 negeri sahaja yang terjejas dengan virus ni. Dan pihak pihak berwajib dan pihak bertanggungjawab telahpun dan sedang menjalankan kerja mereka untuk memastikan virus ini dihapuskan dan menyelamatkan yang lain lain.
Ayam atau sebarang unggus yang jika didapati ada kesan positif, semua unggas yang berada dalam radius yang ditetapkan perlu dihapuskan dengan segera supaya penyebaran virus ini dapat dihentikan dan tidak merebak.
disini juga aku share kan beberapa Q&A mengenai isu virus H5N1 ni.
Semoga membantu.
LOVE,
Mcdaa
Assalamualaikum...
Hari ni aku nak share sedikit tentang virus yang sedang melanda ni. Virus ni tak ada lah membahaya sangat kepada manusia sebab dia jarang merebak dalam kalangan manusia. Penyebaran virus ni lebih cepat hanya dalam kalangan unggas je. Tapi masih jugak suatu keadaan yang merbahayakan jika dah terkena dengan virus ni. Sebab virus ni boleh membawa maut.
Virus H5N1 adalah sejenis virus influenza yang menyebabkan penyakit Selsema
Burung (Avian Influenza) dalam kalangan unggas seperti ayam, itik dan burung.
Kebiasaanya, penyakit ini jarang menjangkiti manusia dan sukar berlaku jangkitan dari
manusia ke manusia.
Manusia boleh dijangkiti melalui:
Kontak secara terus dengan unggas (ayam, itik dan burung) yang berpenyakit
serta hasilannya.
Najis dari unggas berpenyakit
Air yang tercemar dengan najis unggas yang berpenyakit
Barang-barang dan pakaian yang tercemar dengan najis dari unggas yang
berpenyakit.
Tanda-tanda dan gejala dalam kalangan manusia:
Demam tinggi (melebihi 38C),
Sakit tekak,
Batuk,
Sakit kepala,
Sakit otot,
Sakit sendi
Letih lesu.
Pengendalian ayam yang selamat di rumah:
Pastikan daging ayam adalah segar di mana:
- Isi adalah pejal dan anjal
- Tidak berlendir
- Tidak berubah warna (lebam atau kehijauan)
- Tidak berbau busuk
- Kulit ayam cerah dan segar
- Jika ayam beku, pastikan ianya masih berkeadaan keras dan beku semasa membeli
Proses pencucian menggunakan air yang bersih dan selamat.
Mengelakkan pemprosesan ayam mentah bersentuhan dengan lantai
Memastikan tiada sisa-sisa najis yang terlekat di daging dan juga peralatan memasak
Mengamalkan kaedah mencuci tangan dengan air bersih sebelum dan selepas mengendalikan ayam
Menggunakan peralatan yang bersih dan berbeza bagi mengendalikan ayam mentah dan ayam masak
Daging ayam berpenyakit (virus H5N1) selamat dimakan sekiranya dimasak dengan
sempurna iaitu:
- Suhu memasak melebihi 70o C.
- Masa memasak sekurang-kurangnya 30 minit.
- Tiada kesan darah pada tulang atau isi ayam yang dimasak.
- Kuah atau air rebusan ayam mesti berwarna cerah.
Walaupun isi ni agak minor, tapi kesan nya kepada industri juga hampir terjejas. Contohnya industri sarang burung walid. Burung walid pun dalam kategori unggas jadi risiko untuk burung dari jenis ni untuk dijangkiti virus ni agak tinggi.
Tapi buat masa sekarang hanya 1 negeri sahaja yang terjejas dengan virus ni. Dan pihak pihak berwajib dan pihak bertanggungjawab telahpun dan sedang menjalankan kerja mereka untuk memastikan virus ini dihapuskan dan menyelamatkan yang lain lain.
Ayam atau sebarang unggus yang jika didapati ada kesan positif, semua unggas yang berada dalam radius yang ditetapkan perlu dihapuskan dengan segera supaya penyebaran virus ini dapat dihentikan dan tidak merebak.
disini juga aku share kan beberapa Q&A mengenai isu virus H5N1 ni.
Soalan:Bagaimana penyakit influenza H5N1
disebarkan kepada manusia?
Jawapan:
Virus influenza didapati didalam cecair/lelehan mata, hidung dan mulut
dan najis unggas yang dijangkiti.
Kebanyakan kes jangkitan influenza H5N1 kepada manusia dikaitkan
hubungan rapat dengan unggas yang dijangkiti atau unggas mati dan persekitaran
yang tercemar dengan virus influenza H5N1. Virus ini tidak menjangkiti manusia
dengan mudah dan jangkitan dari manusia kepada manusia adalah sangat
jarang. Tiada bukti bahawa penyakit ini berjangkit melalui makanan yang
dimasak.
Sebaran melalui;
• Kontak secara terus dengan
unggas (ayam, itik dan burung) yang berpenyakit serta hasilannya.
• Najis dari unggas
berpenyakit
Soalan: Mengapa perlu mengambil berat
tentang influenza A(H5N1)?
Jawapan:
Jangkitan Avian influenza A(H5N1) dalam kalangan manusia boleh
menyebabkan kesan yang teruk dan mengakibatkan kadar kematian yang tinggi.
Jika virus influenza A(H5N1) berubah secara genetik dan memudahkan
jangkitan sesama manusia seterusnya masih mengekalkan kapasiti untuk
mengakibatkan kesan penyakit yang teruk; impaknya kepada kesihatan awam sejagat
amatlah buruk.
Soalan: Apakah tanda-tanda gejala Avian influenza
A(H5N1) di kalangan manusia?
Jawapan:
Gejala influenza A(H5N1) ialah demam (biasanya demam panas melebihi 38
◦C), letih, batuk, sakit tekak dan sakit otot. Gejala awal yang lain ialah
sakit perut, sakit dada,dan cirit birit. Penyakit ini boleh menjadi penyakit
pernafasan yang teruk seperti kesukaran bernafas, pneumonia dan mengganggu
paras kesedaran/ sawan.
Soalan: Jika saya mempunyai tanda-tanda
dan gejala setelah berkunjung ke kawasan yang telah didapati positif H5N1, apa
yang perlu saya lakukan?
Jawapan:
Anda perlu mendapatkan rawatan di hospital atau di klinik kesihatan yang
berhampiran dengan kadar segera.
Soalan: Adakah selamat untuk makan ayam,
bahan tenusu dan burung liar?
Jawapan:
Ya, adalah selamat untuk makan ayam yang telah dimasak. Virus ini sangat
sensitif apabila dipanaskan. Suhu yang digunakan untuk memasak (melebihi 70◦C)
akan membunuh virus ini. Bagi mengelakkan ayam, bahan tenusu dan burung liar
tercemar, penyediaan makanan mestilah dengan menggunakan amalan keselamatan
makanan dan makanan dimasak dengan sempurna.
Sehingga kini, kebanyakan jangkitan virus influenza A(H5N1) di kalangan
manusia dikaitkan dengan penyembelihan unggas dan kontak secara langsung dengan
unggas yang sudah disembelih, sebelum proses memasak. Amalan sebegini merupakan
faktor risiko tertinggi untuk berlakunya jangkitan di kalangan manusia.
Soalan: Bagaimana influenza A(H5N1)
dirawat?
Jawapan:
Dalam kebanyakan kes, influenza A(H5N1) di kalangan manusia akan menjadi
penyakit yang teruk dan memerlukan rawatan lanjut di hospital. Ubat antiviral,
Osetalmivir/Tamiflu boleh mengurangkan risiko kes menjadi teruk dan kematian.
Semoga membantu.
LOVE,
Mcdaa
Subscribe to:
Posts (Atom)