Wednesday 3 July 2013

KAD JEMPUTAN SAYA

Assalam mualaikum.....

Hai....dah lama tak update blog. Apa boleh buat banyak sangat hal hal yang perlu diuruskan, diselesaikan dan difikirkan... penat otak nak kena selesaikan hal hal tu semua. Jadi, blog tolak tepi dulu, biarpun hati dan perasaan ni rasa macam membuak buak dah nak menaip dan bercerita serta membebel tah apa apa macam yang sedang aku buat sekarang nih...hahahaha.

Okeh...back to motip. Sebenarnya entry kali ni nak cerita tentang urusan perkahwinan aku yang tinggal lagi beberapa hari je. 39 days to go...OMG!! CEHHH...bajet terkejut pulak minah ni. padahal dah lama dah sedar dan sengaja pulak buat buat tak sedar dengan langsung tidak serius dalam menguruskan persiapan perkahwinan tersebut. Memang rilek dan sangat sempoi persiapan nya...

Entry ni nak cerita pasal kad kahwin aku. Ok, meh kita kira dan hitung sama sama ek. Bayangkan sekarang ni tinggal lagi 39 hari je sebelum majlis. Dan jugak, tinggal kurang sepuluh hari je lagi kita bakal melalui bulan Ramadhan iaitu bulan puasa. Dimana pada bulan ini orang ramai akan tumpukan perhatian untuk meraih pahala dengan melakukan bermacam amal kebaikan, tuntut ilmu agama, dan sebagainya. Orang dah kurang nak layan hal hal dunia nih. Ok, kad jemputan pulak aku baru je tempeh, dan mungkin dekat nak masuk bulan Ramadhan baru la kad tu boleh siap.
Mak ayah pulak dah bising bising pasal kad jemputan. Kalau boleh sebelum puasa diorang dah nak pergi edarkan kad jemputan tu. Masuk bulan puasa memang susah dan memenatkan lah...hmmm..

Ni la akibatnya bila terlampau cerewet sangat. Nak cantik, nak murah, nak lain dari yang lain, dan akhirnya sendiri yang susah...padan muka. Sekarang tiba tiba dah mula rasa cuak tahap gaban dah..

Banyak sangat duk cari dan cari kad jemputan yang murah, akhirnya aku jumpa jugak macam yang aku nak kan tu.  Murah dan aku rasa berbaloi sangat lah, biarpun kad belum dapat lagi, tapi dah rasa puas hati jugak lah.
Aku tempeh kad jemputan dekat blogkadkahwin. Memang murah, kad berbentuk poskad kalau tempeh 1000 ke atas boleh dapat 19sen je satu. Murah kan. Tapi kena tempeh dalam gandaan 500 la. Disebabkan nak jimat sangat, jadi aku design sendiri supaya satu kad boleh buat dua jemputan, tapi masih menggunakan kad yang berbentuk poskad. Jadi semua tempahan adalah 1500 untuk dua jemputan. Darab kan 1500 dengan 19sen, masih murah dan berbaloi.

Tapi alkisah nya aku kena drafkan macam mana nak masukkan dua jemputan dalam satu kad.




Sebenarnya agak sangat leceh jugak bila nak kena design sendiri. Dah la aku ni lembap sikit bab bab seni computer nih. Tapi sebab kan kemahuan yang tinggi jadi aku pun usahakan lah jugak. Dah banyak design yang aku buat, tapi dah banyak yang kene rejek...hehhehe.

Lepas dah buat draf, aku send dekat vendor yang buat kad jemputan tu mintak dia tukarkan draf tu menjadi rupa seperti kad jemputan yang aku pilih.


 Okeh, kat atas tu adalah rupa contoh kad yang menjadi idaman hati. Tapi yang sebenarnya bukan la idaman hati aku sangat pun, dah pak cik sorang tu suka design macam kat atas tu, jadi terima dan ikut je la. Malas nak gaduh gaduh sebab kad, dah banyak hal lain yang lagi besar yang memerlukan pergaduhan antara aku dengan dia. Kalau yang ni pun nak buat gaduh jugak, memang penat kepala otak lah...


Haaaa......ni la contoh kad yang aku berkenan. Tapi telah direjek oleh beliau yang berkenaan..huhuhuhu
Contoh kad kad jemputan tu diambil dari blog kad kahwin. Kalau nak kad murah murah dan cantik, rajin rajin la pergi melawat page diorang...


Tadaaaaa..........Ni la rupanya kad jemputan kepunyaan aku. Tengok kat bahagian belakang, aku sendiri request nak letak dua jemputan dan direka oleh aku. Tapi di translate kan oleh beliau iaitu tuan kad punya kedai....apa apa je la.

Tapi....kad jemputan tu belum siap pun lagi. Baru draf je. Hehehehe....

Okeii....sampai sini dulu cerita saya ya.... =)