Tuesday, 17 April 2012

PERKAHWINAN @ PENAMAT BUJANG

Assalammualaikum.......

Hanya untuk dikongsikan bersama sama mereka yang membaca belog ini (tertanya sendiri, wujudkan mereka itu???).... Masa blaja kat universiti dulu ( USM ), coursemate aku yang berasal dari Kelantan cuma sorang je. Ini bermaksud, dalam kelas tu cuma kami berdua jee lah yang berasal dari Kelantan. Orang Kelantan ni, bila dah berjumpa sesama Kelantan secara tak langsung kami akan rasa macam ada ikatan tak pun rasa cam secure untuk berdampingan. Dalam erti kata lain kami tak kekok la nak bercakap atau bercerita atau keluar makan atau apa apa lah aktiviti yang melibatkan percakapan dialet Kelate.

Jadi secara tak langsung lagi sekali kami pun rapat la jugak. Dan masa praktikal kami pun di tempatkan kat Pekan. Lebih kurang 5 bulan kot kami praktikal bersama sama. Susah payah suka duka kami hidup kat Pekan dah jadi memori yang tak dapat dilupakan. Tipu la kalau kami tak penah bermasam muka. Biasalah tu manusia, mesti ada yang tak puas hati sesama kita, tapi tak lah sampai caci mencari dan dendam berdendam antara satu sama lain.

Masa kat sana kawan aku ni mengalami dilema yang teramat ramat dahsyat. Kalau aku la kat tempat dia, mungkin...abaikan. Dilema yang dia alami melibatkan masalah kekeluargaan serta bersangkut paut dengan masa depan dia bersama dengan bakal suami dia@pakwe pada ketika itu (sekarang dah kawin pun). Antara pilihan keluarga atau pilihan hati. Orang kata pilihan keluarga banyak kebaikan dan kelebihannya, Tapi sebenarnya tak semua nya begitu. Orang tua dia nak bermenantukan pilihan hati mereka, tapi tu semua bersebabkan dari rasa terhutang budi atau rasa memang tu yang patut dibalas. Tapi kawan aku pulak rasa pilihan dia adalah muktamad dan dia yakin pilihan tu mampu bahagiakan dia serta keluarga dia...
Macam macam drama lah yang tercipta, air mata sentiasa saja membasahi pipi dia. Masa tu aku boleh rasa maha hebatnya dugaan percintaan mereka. Sampaikan dia sangup berkelahi dengan mak dia demi membela kekasih hati yang dia rasa adalah pilihan terbaik.
Dan Tuhan tu Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk hamba dia. Jika kita rasa pilihan tu adalah yang terbaik, jangan ragu mesti sentiasa yakin dengan keputusan yang kita buat.

Akhirnya mereka berkahwin jua dengan restu dari kedua dua belah pihak. Hidup mereka aman damai serta penuh dengan keharmonian (dari apa yang aku lihat kat page dia lah). Dan sekarang kawan aku dah pun menggandung. Sweet sangat sangat, tipu la kalau aku tak dengki dengan kebahagian sedemikian.

Dan aku pulak, masih disini, tetap begini dan akan terus terusan sebegini rupa. Dah bercinta hampir 4 tahun (tanam durian pun dah berbuah kott.!!). Aku dah lama tunggu saat yang paling di tunggu tunggu tuh. Tah bila akan muncul, aku tak tahu bila dan dia, lagi lagi lah tak tahu bila....
Broken Heart.

Bila difikirkan tetang pengakhiran cerita antara aku dan dia, aku terus rasa heart broken (crack crack) sebab memang tak kan ada jawapan untuk akhiri cerita tu. Dan dia pun tak suka kalau aku ungkitkan atau suarakan hal hal berkaitan pengakhiran.

Holding forever..yeahh bebeh!!!

Just like other normal couple, always hopping for the happy ending. And the most important is, may he will always hold my hand like this way, forever. Not only holding my hand, but also my heart, and my soul..

Mohd Firdaus @ my enhubby

FYI, dia tak suka aku expose dia kt page aku dan dalam masa yang sama dia pun tak suka expose aku kt page dia. Aku berani letak ni pun sebab aku tahu dan yakin yang dia tak kan ada masa lapang untuk layan baca belog merapu meraban aku nih. HAHAHA...


Okeh...Sekian.





No comments:

Post a Comment