Monday 23 April 2012

First attempt : Cream Puff

Assalammualaikum....Hai.

Sekarang ni dah laying on the bed, but sudden my mind and my hand become so rajin to berfungsi untuk menceritakan perihal tentang kejadian hari ni.. Today is Sunday, that mean holiday for working people like me. The day when all of us get ourself rest and chill out, rite??. But mine....ouhhh so sad. Being traped in this house with no one here to company me. Really really sad.

Kalua dah terperap kt rumah tu, apa lagi yang mampu dibuat selain dari tido, makan, facebook. Dah memang tu je yang mampu dilakukan kt dalam rumah nih. Sambil duk facebook tadi, saje saje la try google page masak memasak. Then jumpa page yang buat cream puff. Aku ni bab masak masak @ baking memang suka sangat sangat.

Tengok kat tenet, cara nak buat cream puff ni rupanya tak la susah sangat seperti yang digambarkan sebelum ni. Dulu penah la try buat ikut resepi kat dalam buku. Aku ingatkan macam baking kek je (pukul telur dengan majerin pastu tambah gula) rupanya ada teknik nya tersendiri. Tengok video cara orang masak baru la tahu teknik.

Tambahan pulak bahan bahan untuk buat cream puff ni simple jer, dan bahan tu dah memang tersedia ada kat dalam rumah ni jadi aku apa lagi bertambah rajin la nak membuat nya. Untuk pengetahuan umum, aku memang suka dan rajin buat benda alah macam nih (baking), tapi masalah besarnya ialah aku tak penah dapat kekalkan hasil. Maksud aku, contoh buat kek coklat. Buat hari ni jadi kek coklat yang super duper cantik gebu moist dan sedap, tapi bila aku buat lagi lain kali, masih menggunakan resepi yang sama hasilnya memang 80% tak kan sama dengan yang aku buat sebelum tu. Dalam erti kata lain, tak penah maintain lah.......Aku sendiri pun tak paham kenapa boleh jadi begitu. (atau mungkin sebab aku tak penah guna sukatan yang betul. maklumla tak penah sukat pun main agak agak jer..hhahahahhha).

eh eh...pic ni ada rupa cam cream puff ke?? *berfikir sejenak*




Tadaaa.....ni la dia cream puff aku yang tak berapa nak comel tu. First try kt.huhu. Ni pic puff yang tak de cream lagi.
Yang ni pun sama, kali close sikit shot puff yang baru keluar dari oven. huhu. (kalo perasan ni puff giant size)


Masa tengah duk syok buat cream puff tu, dan macam tahu tahu jer rancangan tv7 'Martha' program masakan tu, kebetulan hari ni menu dia pun cream puff jugak. Elok la tu, kena sangat sangat dengan aku hari ni yang tengah duk bakar cream puff.. Tapi yang si Marthe buat tu memang cream puff yang gempak la, siap ada whip cream bagai, Coklat ganache lah, gula tabur lah, macam macam filling lah ada. Semua filling tu yang best best and attempting.


Bila puff tu dah sejuk, next step ialah tebuk lubang kat tengah puff tu (sila jangan follow arahan ini..hhaha).Main main plak minah ni, sebenarnya tu la rupa kat dalam puff bila kita potong kat blah tepi, akan ada rongga udara kat dalam puff di bahagian tengah. Ia terbentuk ketika proses membakar tadi, tak payah nak korek korek sebab lubang tu dah memang ada.



Yang ni plak seri kaya. Tipu la. Ni la cream yang aku buat untuk disumbat ke dalam puff tadi supaya ianya bertukar nama menjadi cream puff...hehehe.


Begini la rupanya kuih crem puff setelah disumbat dengan seri kaya buatan sendiri.


Longgokan Cream Puff yang tersedia untuk di baham pada bila bila masa.

Ni plak gambar tukang buat cream puff.

Sebenarnya aku suka sangat dengan kuih ni, tapi bila aku buat sendiri terus dah jadi kenyang. huhu...Biasa la, aku kalau dah buat memang susah nak makan, bukan apa kenyang dengan bau dan keriangan membuat cream puff. (apa apa yang aku bake pun, memang untuk dihidangkan kepada mereka mereka yang terpillih, bukan untuk santapan sendiri sahaja...baik tak saya???)

Meh aku tulis sikit resepi2 nya:

untuk buat puff
500 ml air
200 gm mentega
250 gm tepung gandum
sedikit garam
(kalau atas api, sejuk kan then tamabah...)
4 biji telur ayam.
Canai, pastu bakar dalam oven guna suhu 250 degree. masa, tunggu hingga nampak kuning2 cam nak hangus, angkat lah. dalam 20-30min kt

untuk cream
(alamak...lupa sukatan la, tibai la agak2 ikut suka..huhu)
2 cwn susu
1 cwn air
14 gm majerin
2 sd tpg kastard
10 sd gula
(kacau atas api hingga liat)

Okeh......sekian........


No comments:

Post a Comment