Thursday 17 May 2012

STRESSS.........Di Pinggirkan

Assalammualaikum....

Malam Jumaat macam ni ada baik nya kalau kita semua pakat beramal. Maklum la malam Jumaat malam penghulu semua hari, kalau masa belajar dulu, kat surau Ustaz mesti buat bacaan Yasin beramai ramai. Tu masa dk asrama lagi. Bila dah masuk universiti, mula buat sendiri. Sebab dah terbiasa. Lepas tu, bila dah hujung hujung tahun pengajian, dah start skip daaa... Then sekarang, bila dah kerja bukan stakat skip lagi dah, tinggal terus kot...Astagfirrullahh mekda oiii. Sendiri pun tahu diri sendiri dah makin teruk. Tapi masih lemah lagi, sekarang masih dalam lautan noda....huuhuh.  (kalau masa belajar, mungkin seminggu sekali, tak pun 2 minggu sekali, sekarang sebulan sekali pun macam susah je...mungkin, 2 bulan sekali kot.)

Sebab tu lah hati selalu je rasa tak tenang serabut, cam kusut masai je. Dah hati tak pernah nak dicuci dengan ayat ayat suci Al-Quran, sah sah la hati tu tak cantik putih cam kain telekong.. Dah kalau tak cuci serta suci, mula la nak rasa Stress je memanjang. Ada saja hal yang boleh menstress kan kepala otak nah...

Kenapa ehh stress dan manusia memang tak boleh di pisah kan?? ada ke manusia kat bumi nih tak penah alami stress macam aku rasa nih?? Haihhh...tak tau nak komen daa. Pak mat tanam padi pun aka rasa stress jugak bila tuaian dia tak menjadi. Mok wo saya pun rasa stress bila budak budak yang sama duk ulang alik masuk kedai semata mata nak beli gula gula je. Tu semua antara contoh stress yang dialami oleh seorang manusia...huhu

Dan kenapa ehhh kita selalu akan teringat kan orang yang kita rasa best. Bia pun terang tang tang kita dah tau yang orang yang cam best tu langsung tak layan kewujudan kita. Cam hampeh je dapat kenal manusia macam nih. Pergi mampus lagi bagus kot. Buat sesak kepala otak aku je nak pikir tentang dia. Kalau la otak kita boleh berfungsi cam komputer ni berfungsi kan best. Kalau rasa ada part part yang tak penting, boleh delete je terus dari memori nih...wallalweiii..bagus gila. Banyak je benda yang aku nak delete. Terasa cam menyemak macam lalang yang tumbuh kat tepi jalan je. Lalang kat tepi jalan lagi tersusun cantik kot sebab ada orang yang datang potong, trim trim nampak kemas.

Tah lah...bila dah lama sangat sangat sekarang dah rasa macam sudah tiada arah tujuan lagi dah. Dan dia sendiri pun mengakui sudah tak ada arah nak tuju. Arah kutub utara ke selatan ke timur ke barat ke...dah tak tau.
Time otak serabut cam nih, layan lagu bingit macam The kooks, sum41, good charlotte, the used..memang best sangat lah!!!!

Kawan sekeliling selalu cakap, tak yah la aku duk cari dia lagi. Cuba untuk uruskan hal hal berkaitan dengan hidup aku sendiri. Memang la boleh je hidup walau tanpa bantuan dari dia. Macam makan kek coklat la, still rasa kek coklat biar pun kat atas kek tu ko tak buh coklat topping. Kalau kek ada topping tu, nampak best. Tu je bezanya.. Boleh plak guna kek sebagai perumpamaan kisah aku..hahhahah. Bajet creative betul minah comel nih..=)

Tapi yang sesungguhnya, walau apa pun yang terjadi...otak ni tak pernah berhenti walau seminit pun dari memproses data mengenai dia...Hebat kan otak bijak aku nih..

Okeh...itu sahaja yang aku nak sampaikan.

No comments:

Post a Comment