Tuesday 29 May 2012

MASJID JAMEK

Assalammualaikum.........

Cerita ni berlaku minggu lepas, dah lama nak cerita tapi disebabkan beberapa masalah teknikal yang menghalang, jadi cerita ni telah tertunda sehingga kina...hahhaha. Macam kebiasaannya, ayat tak leh blah.
K lah,tak nak mengarut panjang, cuma nak cerita je.

Kalau korang spesis yang suka membeli belah pakaian yang murah murah serta terkini tapi dengan harga yang berbaloi baloi, sudah pasti lah destinasinya Masjid Jamek. Serius cakap, orang memang sentiasa ramai datang untuk mendapatkan pakaian, tak kira lah, tudung, baju, kasut, macam macam lagi lah, dengan harga yang berpatutan. Telekong sembahyang pun murah murah kat sini. Tudung sah sah la murah, macam macam design plak tu.

Minggu lepas kawan aku, Ikin, ajak teman dia datang Masjid Jamek, dia cakap nak cari tudung empat segi yang trend sekarang tu. Yang colourful, dan macam macam corak ada kat. Kalau pergi kat pasar raya, atau pasar malam, harga tudung tu dalam lingkungan RM15-RM10. Paling murah pun RM8, tu pun lepas membelit belit lidah pujuk si bai jual tudung suruh kurangkan harga @ proses tawar menawar la...huhu

Ikin cakap, kat sana ada 1 kedai nih jual tudung empat segi tu murah gila. 1 helai cuma RM4.80. Murah kan..Kat mana lagi nak jumpa kedai yang jual tudung murah tahap gaban macam tu. Kedai tu ada jual macam macam lagi jenis tudung lain, bawal, selendang, pun ada jugak dan murah. Selendang pashmina pun cuma RM9.80. Kalau kat tempat lain dah berbelas belas hinggit dah....huhu
 Ni gambar masa kat depan kawasan membeli belah Masjid Jamek tu. Dengan muka tak malu berdiri kat tengah tengah alam pastu mintak orang ambik kan gambar aku...hahaha. memang tak ada kemaluan betul.

 Ikin tengah pegang plastik yang berisi tudung. Kami borong tudung semuanya 11 helai. Ambik ko. Seminggu ah tak payah cuci tudung, hari hari pakai warna lain lain...muka bahagia gila...huhu

 Ikin yang bermata bulat dan suka bajet tembam..tapi, memang agak laa...hehe


Gambar ni di ambil dalam shopping mall kalau tak silap aku, Semua House. Kalau ada yang mencari barang barang untuk persiapan majlis perkahwinan, kat sini ada 1 kedai yang jual pelbagai barangan hiasan. Dan yang penting, murah..........

***antara tudung yang dibeli kat masjid jamek tu

Lepas dah borong tudung kat Masjid Jamek, pastu pergi berangan angan konon tengah wat persiapan perkahwinan kat kedai hiasan dalam shopping mall Semua House, kaki pun dah penat kami pun pulang la. Maklum la, time ni masing masing pun dah kering...huhu

okei...sekian........

No comments:

Post a Comment