Thursday, 21 March 2013

Majlis Pertunangan Saya - Part 3

Assalam...
Entry kali ni nak cerita tentang majlis pertunangan aku yang dah lepas tu (1 March 2013 @ 1.3.13...cantik tak..hehe).
Sebenarnya tak banyak cerita pun yang nak di share kan. Sebabnya bila ingat balik masa majlis tu belangsung rasa macam nak ketuk ketuk je kepala adik aku dua orang tuh. Time majlis tu, tak ada sorang pun wakil dari keluarga aku yang tolong ambik kan gambar guna camera. Semua pun pakat duk snap guna henpon cap ayam.... Boleh plak adik aku bagi alasan yang dia lupa nak cas bateri camera. Dah tu bagitau aku lepas majlis dah berlangsung. Tu pun bila aku tanya kenapa aku macam tak Nampak diaorang ambik gambar aku. Aku dah pesan awal awal dah, lagi pun tak kan la boleh tak perasan lagi yang aku memang betul betul akan bertunang pada tarikh tersebut...hampeh gila alasan.

Ni nak cerita bab mini pelamin aku je lah....huhu. Kot2 la ada yang nak buat rujukan. Bajet macam la mini pelamin aku punya tu gempak sangat. Perasan je lebih. Tapi walaupun ia nya tak segempak seperti yang di harap harapkan tapi oleh aku, tapi aku puas hati sangat sangat dengan hasil nya serta kos penghasilan nya. Tu yang penting. Ingat tu, KOS... ya puan puan sekalian.
Asal nya aku nak mini pelamin aku macam yang tertera kat dalam gamabar kat bawah nih. Nak yang pakai kerusi...memang cun gila ahh. Yang ni baru la betul betul gempak.


Bajet nya nak D.I.Y je buat macam ala-ala mini pelamin dalam gambar tu. Tapi bila survey survey harga kerusi untuk sewa, punya la mahal. RM200 dan keatas hanya sewa kerusi sahaja. Tu belum campur dengan make up lagi, darab dengan bunga bunga serta hiasan mesti la cecah empat lima ratus jugak. Ohhh saya tidak sangup untuk belanja kan wang sebanyak itu... Tapi mak aku ad offer nak sponserkan mini pelamin untuk aku kalau aku setuju dengan pilihan dia. Masalahnya mini pelamin tu gempak gila kot, takut nanti orang kompius ni kawin ke tuning..heheh. Tapi bila fikir balik, macam rugi pulak tak terima je offer yang mak bagi tu...haihhh. Tak pe mak, simpan duit tu untuk sponser pelamin kahwin nanti ye...hehe
Mak aku cakap susah susah sangat pakai je sofa yang ada kat umah tu. Hahhaha..nak meraung aku bila dia cakap macam tu. Tak sangup lah guna sofa. Last minit cadangan, mak aku pergi sewa dengan mak andam.(.ehh jap yang make up tu bukan pompuan jadi gelaran mak andam adalah sangat tidak sesuai, mungkin bapuk andam kt..hehe. Jahat betul lah mulut minah ni kan. Tak baik tau suka suka hati bage gelaran macam tu kat orang. Dah laa dia dah tabor bakti kat kita dengan hasilkan solekan yang terbaik untuk kita..)


Majlis aku hari Jumaat, Khamis malam baru aku bertolak balik dari K.L ke Kelantan. Sampai umah dah pukul 6 am memang terbaik lah. Tak nak apply cuti punya pasal. Segala macam urusan untuk majlis aku serah kan mak adik dan ayah untuk tolong aku...huhu. Dah sampai je umah ni la rupa bakal mini pelamin aku...nak nangis tengok. Mata yang ngantuk bila tengok terus dah cerah balik, mata aku tak puas hati tengok rupa mini pelamin tuh..Jadi aku pun berhempas pulas lah berusaha untuk menyiapkan nya mengikut kehendak aku sendiri.



Simple kan...tapi not bad la hasil kerja dalam masa tak sampai setengah hari pun untuk siapkan semua tu. Kain tirai warna purple dan putih tu aku dah beli awal awal lagi. Murah je semester RM2.80. Tak sampai RM50 pun untuk tirai tu. Pastu mintak adik aku tolong buat kan bantal kecik kecik tu 6 biji. Pastu bunga, bantal, serta besi ala-ala pintu gerbang tu mak aku sewakan dengan bapok andam tu. Kos sewa termasuk make up Cuma RM150 je... Tu pun lepas aku suruh mak pujuk sampai dapat best price..hehe. Mak aku cakap aku nah banyak songeh, nak cantik tapi tak nak keluar duit lebih. Bijak atau kedekut...hehehe.


Sekian....
ehhh jap...layan lagi beberapa gambar ni ye.


Nanti cerita pasal majlis dan hantaran pulak ya..

p/s: all picture was taken from henpon cap ayam... 

4 comments:

  1. Lawok la mekda weh..apepom..bilo wat sdiri meme akan mendapat kepuasan yang amat2 terbaaaaaaaaaaikkk..ambe pom semua buat sdiri n xde sewa menyewa2...hihihi..gud job mekda!!!

    ReplyDelete
  2. tu la kan...tp xdea nk touch up lebih2 sebab xcukup masa...huhu

    ReplyDelete
  3. hop tu pom come doh eh..xlamo doh terrr...pahni preboh lembu sekor la plop...ko guane da weh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah...ore wt bulan 8 lepah raya. g deh...

      Delete