Saturday, 5 October 2013

the hantarans


Assalammualaikum.....
Dear darl.. 

Today tetiba rasa nak wat review tentang hantaran kita masa kawin tempohari. Maklumla bila tetiba datang angin rajin menaip dan otak pulak tak berapa nak rajin fikir pasal kerje yang tah bila nak sempurna ni mula la rasa nak menaip dan membebel kar blog..huhu

Tadi duk tengok tengok gambar kat dalan handphone ni terjumpa la gambar hantaran masa kawin tempohari jadi kita rasa baik hati murah hati dan rajin nak mengulas tentang hantaran tu.

Tempohari kita punya hantaran 9 dulang balas 11 dulang. Asal nya nak buat 7 balas 7. Sama macam masa kita tunang dulu. Buat 7 dulang je senang. Sama adil la sebab masing masing dapat jumlah yang sama..hehe. nampak sangat kami ni spesis dari pasangan yang berkira...hahahha. lantak la peduli apa kan janji puas hati dan nanti takde la rasa macam tak puas hati dengan hantaran. Alaaa lagi pun makanan je pun yang duk atas dulang tu bukan barang yang mahal mahal pun. Jadi kalau yang sepatutnya pihak laki dapat lebih tu tapi yang terlebih lebih tu cuma makanan je buat apa...kan kan kan...pape pun tu adalah pandangan dari aku masing masing mungkin berbeza. Ada jugak yang aku dengar dengar bagi sesetengah  pasangan tu jumlah dulang lagi penting dari isi dulang.. jangan tak tau memang betul tau...kalau nak lebih sahih lagi korang rajin rajin la wat survey dengan orang sekeling korang...hehehe.

Tapi masa kawin hari tu macam ada perselisihan jugak la tentang jumlah hantaran ni. Mulanya berdasarkan kami punya saving guideline kami nak buat hantaran 9 balas 9 dulang je. Langgar adat la konon nya. Sebab kan selalu nya orang akan buat beza 2 dulang dan biasanya pihak lelaki la yang akan dapat lebih berbanding ngan pihak pompuan. Tapi bab ni kita rasa cam tak berapa nak best je kan sebab laki dapat lebih. Sape la yang cipta adat ni dulu dulu. Kenapa la di lebihkan untuk lelaki...hmmm

Dan....disebabkan adat la kami kena tukat bajet saving kami. Sebenarnya lebih kepada blah kita la... sebab yang kena tambahnya kita bukan dia. Atas sebab dan alasan yang tak dapat dielakkan kita terpaksa la ikutkan aje. Tak nak gaduh gaduh. Time tu banyak sangat hal hal kecik yang muncul. Makin nak dekat nikah makin banyak pulak yang timbul. Hal hal kecik pun kalau dah banyak sangat boleh naik stress jugak.

Okehh...jom kita tunjuk gambar hantaran kita tempohari. Layannnn.....
                                                                                                                  

1. Ni buah buahan untuk blah pengantin lelaki...


2. Ni pulak handphone yang kita belikan untuk dia. Yang ni sebenarnya pembelian last minute. Phone da pkai smggu tapi terpsksa letak kt atas dulang. Sebab nak tambah kan bilangan dulang.huhu


3. Yang ni plak set perfume Nina Ricci. Vip 212. Ntah betul ke tak ejaan tu. Yang ni si dia yang belikan sekaki dengan set untuk kita.


Atas ni gambaran dari depan.


4. Yang ni pun last minute beli. Tu pun mintak sepupu tolong belikan kt airport sebelum dia naik flight datang kenduri kita...huhu


5. Yang ni pulak jam tangan swatch. Pun pilihan dari si dia. Dia yang belikan satu set untuk kita sekali.


6. Naskah Al-quran. Yang ni pun pilihan last minute. Main ambik je. Pun dia yang tolong belikan. Hijau adalah warna kegemaran nya...


7. Baju tshirt pun pilihan si dia. Pun hijau jugakkk...


8. Set tali pinggan Dan wallet. Ni pun si dia yang beli sendiri jugak. Brand polo kot klo x silap...haha


9. Sunglass Ray Ban...pun pilihan dari dia. Yang ni pun muncul last minute jugak.


10. Tu dulang yang kosong tu adalah dikhas kan untuk kek. Takde gamba pulak. Kek pun beli last minute. Adik yang tolong belikan pagi aku nak sanding baru pegi beli. Gila gempak kan. Memang last Minute Gla...haha

11. Pulut. Tak de pulak gambar pulut kita..haihhh

Kat bawah ni pulak dari dia untuk kita.


1. Set telekung sembahyang yang mama dia belikan masa dia pergi bandung.


2. Yang ni pulak cotton english hadiah dari abang ipar kita.


3. Yang ni pulut kuning yang di ikat dalam plastik. Comel je. Senang nak agih bagi kat tetamu.


4. Guess...handbag untuk kita. Si dia yang belikan dan pilih untuk kita. Asalnya kita tawakal je apa yang dia beli. Nasib baik pilihan dia tak menghampakan.


5. Tadaaa...ni set nina ricci yang pompuan punya. Kita punya lah tu..


6. Yeayyy...kita pun dapat coklat emas tu jugak.


7. Ni pulak sejadah putih. Sayang nak guna takut kotor. Last last bagi kat mak pakai..huhu


8. Buah buahan untuk pihak kita. Anggur dia besar besar...jarang jumpa.


9. Ehhh...patut nya gambar kek lah. Tersalah upload pulak...hehe

Hantaran kita tu digubah oleh nenek saudara kita. Yang ni pun buat last minute jugak. Nasib baik la dulang tu dah cantik. Dah ada renda renda dah. Jadi hari tu kita cuma beli bunga dengan riben je. Jimat duit kita. Dulang pun pinjam dengan orang. Kalau beli membazir je. Guna sekali ni je pun.huhu...

Dan kebanyakan barang hantaran tu si dia yang belikan. Masa tu tak ada masa nak pergi beli. Jadi semuanya kita serah kan kt dia. Dia lagi pandai pilih dari kita. Kalau ikut kan kita punya taste memang fail la...taste kita kadang kadang tak ada kualiti sangat. Adik kita pun selalu je duk perli dan kutuk dengan taste kita...haha.

Ok lah...tu je yang larat kita cerita. Nanti kita sambung cerita hal lain pulak k...

:)


No comments:

Post a Comment