Tuesday 24 September 2013

Cerita Kit KAT dan saya

Kit kat..
Assalam mualaikum....darl
Just nak share dengan u'ol alkisah sebuah drama yg melibatkan antara...aku...hubbu..kit kat...manusia mesteri...hahhh...ambik ko. Kisah ni agak sispen la jugak sikit sikit. Tak yah risau la tahap kesuspenan nya masih berada di tahap yang terkawal. Tahap budak tadika je kot...huhu.
Kisahh nya bermula dengan pemberian kit kat dari ofis mate aku nih. Ok. Wife dia keje kat mesir pastu bwak balik coklat kat malaysia. Some femes brand tapi tau tau la kadang tu manufacturer dia just produce ntk different state je. Jadi bagi kit kat yg aki xpenah jumpa dan tak penah rasa. Yang kita biasa duk makan tu coklat dia dari keluarga chocolate milk. Ada rasa manis dan flavor choc dia masih tahap mild lagi. Lain dari yg aku dapat tu. Yang ni dia guna dark chocolate. Rasa biterness of the chocolate tu still there. Bagi yg tak berapa nak gemar chocolate macam aku nih ofkos la rasa nya tak berapa nak menambat hati kalbu. Biasa je. Tapi setakat nak merasa tu boleh la layannn....
Pastu biasa la tahap kejakunan aku kan agak tinggi gak ditambah pulak dengan sekarang tengah duk syok guna instagram, dengan rajin nya aku pun upload la dekat insta gmba kit kat yang baru pertama kali aku jumpa tu.
Kebetulan pulak hubby aku memang hantu chocolate. Memang suka gila gaban tahap fanatik lah. Tak ada ayat yang sesuai la nk jelaskan betapa intim nya dia dengan chocolate. Semua kejadian makanan yang berunsurkn chocolate dia tibai. Tak pernah di tolak walau pun sekali.

Bila dah upload kat insta tu. Memang sah la dia akan nampak tengok lihat dan mula la bajet untuk turut merasai chocolate tersebut. Tambahan pulak dia tengok rupa kit kat tu gelap semacam je dia dah boleh agak bagaimana rasa dark chocolate tu. Tapi malang nya aku cuma dapat satu jewww... tu pun orang bagi. Balik je rumah hubby tanya mana kit kat nya nak rasa jugak. Aduiiih...kesian pulak aku dekat dia. Teringat pulak yang dia nih hantu chocolate terasa bersalah pulak sebab tak bagi dia merasa... haaaahhh kan dah kantoi. Nampak sangat bini dia nih jenis makan tak ingat suami. Hahhhaha..
Dan terpaksa la aku buat muka sedih dan bersalah sambil cerita kat dia yang semua tu aku dah selamat telan masuk mulut aku sorang..huhhu
Tapi seminggu kemudian ofia mate terjumpa balance satu bar kit kat yang tu. Apa lagi aku dengan muka tak malu pun menagih simpati mintak bar yang last tu. Dan akhirnya dapat jugak. Masa tu rasa macam sekarang jugak aku nak balik rumah jumpa dengan hubby dan bagi kt dia...punya la ekstrim eksited aku nih.hahhhaha. eksited je lebih tapi tak buat pun macam tu. Ko nak mampus kalo betul betul balik sah nanti kena marah dengab bos. Tak pasal kena kutuk perli satu dunia.hahahahh...
Bila dah dapat dan tambah pulak dengan perasaan eksited aku letak kit kat tu kat atas meja. Betul betul kat bawah monitor pc yang aku duk ngadap hari hari tu. Kebetulan kawan aku nampak terus dia pesan supaya simpan kat dalam laci takut nanti ada yang ambik.

Tapi aku ni selalu je pikir baik tentang orang lain. Aku cakap dengan dia ehh tak pe la letal dalam laci nanti takut lupa pulak nak bawak balik. Maklum la tengah eksited nak bagi kat hubby kan. Terus ignore pesanan kawan tu dan selamba je letak kat atas meja kerja bawah monitor pc.
Tapi....seperti apa yang dikata akhirnya ia terbukti berlaku dan terjadi betul betul seperti yang dikata...ohhh hoiii...sedih sedih sesih..
Kerana kewujudan manusia misteri tersebut yang tergamak gila makan makanan orang lain tanpa meminta terlebih dahulu. Gila teruk kan perangai orang. Boleh dia telan makanan yang tak berapa nak halal tu. Produk tu halal je tapi sebab kan tu kepunyaan aku dan dia makan tanpa mintak dari aku. Jadi aku klasifikasikan sebagai makanan yang tak berapa nak halal..hehhheeheh.
Tapi serius memang perangai teruk gila tahap gaban babun kat dalam hutan yang bangang....hahhhaha. marah ni.
Last last kawan aku ni baik hati mintak kawan dia tolong carikan kit kat tu untuk aku...hehhhehehe
Tenkiu kawan. Tapi yang sebenarnya nasib jugak aku tak ada pun bagitau hubby yang aku nak bagi kat dia rasa kit kat tu. Kalau tak sah sah dia kempunan plus kecewa sebab tak dapat apa yang aki cuba berikan..
Akhir kata...manusia sekarang ni sangat sangat lah merbahaya dan jangan anggap semua orang ada hati perut usus limpa jantung sama macam yang kita punya. Lain bebenor... huhuhu 


Ni la rupanya benda alah tersebut........hewhewhew...

No comments:

Post a Comment