Saturday, 16 November 2013

Cake Chocolate Caramel @ kek coklat puding

Assalam mualaikum....

Hai...

Today mood nak update entry pasal cooking. Actually kek tu buat minggu lepas. Tapi minggu ni baru nak update..huhu. nampak sangat gaya seorang pemalas, rajin hanya pada masa masa tertentu je. Apa apa pun tak kisah lah...

Kek ni sebenarnya request dari hubby. Masa tu dia duk syok layan fb, tetiba jumpa page yang p tayang gambar kek tu. Bila hantu coklet nampak coklet terus berhantu la jadi nya...(amboi ayat kutuk suami...hihihihi). Terus buat muka kesian dan simpati pastu cakap....

 'awak tengok kek ni...emmm sedap nya kalau dapat makan kek ni kan' sambil muka sengih sengih. Tengok muka pun dah boleh baca.

'awak nak makan ke?' aku pulak buat buat tanya.

'awak pandai buat ke? bahan bahan ada kat umah tak? betul ke awak boleh buat kek ni?'
Macam macam soalan dia tanya, dah memang sah la dia nak kek tu.

'kan kt fb page tu ada resepi dan cara nak buat, boleh la kot. Kek coklat dah penah buat, tapi gabungan macam tu belum penah buat lagi. Tapi tengok cara boleh kot....lagipun untuk awak, semua pun boleh'
cewah ayat...berlagak gila. hahhaha.. bajet semua boleh, padahal kek coklat yang aku buat sebelum tu, keras nak mampus, bantat dan langsung tak mengiurkan. Nasib la, bila bukan pakar yang buat tapi cuma berbekalkan kerajinan dan kemahuan untuk puaskan kehendak si suami.. poyo jap....

Meh kita tengok rupa kek t dulu, kemudian baru kita tengok resepi dan cara pembuatan nya okei.


Layer atas ialah puding gula hangus atau caramel. Yang ni sama macam puding gula hangus, cuma buat nipis sikit dari kek gula hangus sebab just nak jadikan macam topping je.


Ni rupanya setelah keluar dari pengukus dan diterbalik kan masa masih panas panas lagi sebab takut bila dah sejuk nanti susah nak keluarkan dan terbalik kan macam ni.


Waaahhh...serius sedap dan sangat super marveloss.


Kalau tak percaya akan kesedapannya sila la cuba buat sendiri. Memang tak rugi buat ni. Kos murah, senang cepat dan yang paling penting memang sedap untuk dijadikan sebagai santapan mulut korang. Serius..
Kt bawah ni resepi nya:

Bahan karamel:
2 sudu besar gula dijadikan karamel

Bahan Puding:
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji telur
sedikit esen
* Semua bahan di atas dipukul lembut.

Bahan kek:
Bahan A:
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
* Semua bahan di atas dimasak sebentar di atas api.

Bahan B:
11/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
* Semua bahan di atas diayak.

Bahan C:
3 biji telur - diblend.

Cara-cara:
1. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Ketepikan.
2. Masukkan bahan puding di dalam karamel. Kukus 20 minit dengan api sederhana.
3. Masukkan kesemua bahan kek ke dalam puding. Kukus 1jam atau sehingga masak.



Kan dah cakap bahan bahan nya sangat mudah untuk didapati. Selamat mencuba ya.

p/s: resepi dicedok dari fb Keloksi masakan. tq

No comments:

Post a Comment