Friday 3 August 2012

SAYA SAYANG AWAK

SAYA SAYANG AWAK......
saya sayang awak.......
SaYa SaYaNg AwAk.......
SAYA sayang AWAK..........
saya SAYANG awak......

Tengok lah betapa saya teramat menyanyangi awak. Saya harap sangat yang awak tahu dan sedar betapa saya sangat menyanyangi awak dengan sepenuh hati saya. Saya tahu kadang kadang awak lupa yang saya sayang awak, tapi saya tak pernah lupa dan saya tak mungkin akan lupa kan tentang perasaan sayang saya untuk awak. Awak tak kan tahu betapa saya sayangkan awak hingga lah bila awak kehilangan saya nanti. Mungkin masa tu awak akan sedar dan nampak dengan mata hati awak sendiri betapa selama ini saya teramat sayang kan awak dengan sepenuh hati..

Hati awak tak siapa yang tahu. Mungkin kadang kadang awak sendiri pun tak pasti dengan hati awak, tentang perasaan hati awak untuk saya. Bila awak kesunyian dan bila awak rasa kehilangan baru awak akan sedar sendiri yang selama ini awak mensia sia kan perasaan saya terhadap awak.
Saya tak mungkin tinggalkan awak, sebab awak sebahagian dari hidup saya. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup saya, adalah berkaitan dengan hidup awak. Itu lah apa yang selama ini saya rasakan. Tapi, bagi awak pula semua itu sebaliknya. Saya masih bukan lagi sebahagian dari hidup awak, saya hanya lah sandaran untuk seketika sahaja bukan untuk sepanjang masa. Sayang awak untuk saya mungkin tak kan sama dengan sayang saya untuk awak. Sebab awak tak mungkin boleh mencintai saya seperti saya mencintai awak.

Hati seseorang tak siapa boleh paksa, hati seseorang jugak tak siapa pun boleh duga. Kekadang hati kita sendiri pun kita kurang pasti tentang perasaannya. Namun percaya lah, jika hati fikiran serta perasaan sentiasa bersatu, pasti tak kan timbul keraguan dalam soal cinta. 
Saya cinta kan awak,dan saya akan sentiasa begitu. Awak mungkin lemas atau bosan dengan kata kata cinta saya, tapi percaya lah suatu hari nanti andai awak kehilangan cinta saya, awak pasti akan sedar akan kesilapan awak kerana mensia sia kan cinta saya.

Saya tahu awak tak mungkin mampu sentiasa mencintai saya serta menyanyangi saya, sebab itulah saya sering luah kan kata kata cinta untuk awak, agar awak tak mudah lupa dengan cinta saya untuk awak. Tiap saat ingin saya ungkapkan pada awak 'saya sayang awak' agar awak sentiasa diselubungi dengan rasa cinta dari saya......

Itu luahan rasa cinta dan sayang saya untuk awak. Tapi saya sama macam manusia lain jugak, sebab perasaan manusia adalah sama. Kita semua miliki rasa cinta, sayang, marah, benci dan bermacam macam lagi. Bila hati saya dilukai, saya benci awak. Saya tak mahu ungkapkan kata kata cinta untuk awak. Saya hanya akan mendoakan yang terburuk untuk awak. Saya tak mahu melihat atau menyebut nama awak, walaupun hanya dalam mimpi. Saya akan jadi teramat benci pada awak. Sesaat pun saya tah mahu hati atau perasaan saya memikirkan tentang awak. Dan saya mahu hapuskan serta merta semua kenangan dan kata kata manis awak untuk saya. Saya benci awak. Saya mahu tinggalkan awak dan padam awak dari ingatan saya, hapuskan semua yang berkaitan dan semua perkara yang melibatkan awak.

Lihat lah sendiri betapa saya boleh menyanyangi awak dengan sepenuh hati dan betapa saya juga boleh membenci awak dengan sepenuh hati........................................................



p/s: membebel tak tentu arah hala lepas baca beberapa artikel cinta kat facebook. ilham cinta yang tah apa apa, layan baca je lah ye...ok bye.



2 comments:

  1. hi , jom follow blog saya dan main mesej dekat cbox jom http://shafidotdot.blogspot.com . btw saya dah follow blog awak :))

    ReplyDelete