Monday 1 October 2012

PORTABLE SEWING MACHINE

Assalammualaikum.

Sejak semenjak kebelakangan ni, aku asyik duk berangan nak buat hobi baru je. Perkara yang tak pernah seumur hidup aku buat, menjahit...hahaha. Macam lawak lak bila cakap aku nak cuba menjahit, seluar koyak pun aku malas nak jahit, tapi sekarang ni ada hati nak cuba jahit tudung dan baju dengan tangan sendiri. Mampu kah?? Tepuk dahi tanya badan...hehe

Maklum la sekarang semua orang pun berfesyen dan bergaya. Masing masing ada gaya sendiri. Bagi golongan yang pandai menjahit, memang gempak la boleh reka dan cipta pakaian ikut imaginasi sendiri. Dan bagi yang mahir dan miliki minat yang mendalam dalam bidang jahitan, siap boleh buat bisnes tu.. Bunyi macam best je kan.. Caya la, mesti best gila la kalau sendiri pandai menjahit dan kreatif. Kadang kadang tu kita tengok kat kedai, fesyen baju yang jahitan nya punya la simple ringkas dan mudah, tapi harga pakaian tersebut punya la mahal nak mampos, dalam kepala otak mesti cakap ''baik buat sendiri dari beli, membazir je'' hehehe......

Sebenarnya, aku teringin nak buat shawl sendiri. Custom made shawl. Fuhhhyooo..Cayalahh beb.hehehe. Takpe, tiap perkara yang berlaku bermula dengan angan angan..(be positive). Aku tak penah pun beli shawl yang berharga lebih dari RM20. Sebab bagi aku, harga macam tu hanya membazirkan wang ringgit aku yang tak seberapa banyak ni. Yang murah murah berlambak, cuma nya kualiti je la yang kureng sikit..biasa la pros and cons.


Waaahhhh......pink gtu. sangat sangat cantik dan comel. memang terus terpikat untuk memiliki lah. Kalau boleh dapat yang kecik macam ni pun dah kira cukup bagus sangat dah.

Warna biru ni pun cantik, siap ada design Hello Kitty lagi kat mesin jahit. Ni kalau menjahit pakai mesin jahit yang ni, confirm hasil jahitan nanti akan kelihatan comel comel macam Hello Kitty tu. Ya la, sambil jahit sambil berimaginasi konsep yang comel comel. Suka suka...huuhu


Yang ni pulak nampak sangat simple dan nampak macam senang untuk digunakan. Ala ala mesra pengguna la. Tak payah nak tekan atau control itu ni. Saiz pun kecik, macam best je kalau boleh dapat yang ni.


Akhir sekali...tadaaaaa.......bapak punya simple gila yang nih. hahhhaha. yang ni pulak dah tak boleh di klasifikasikan sebagai sebuat mesin menjahit, ini adalah merupakan salah satu alatan menjahit. Yang ni memang 100% portable and usable lah. Siap boleh simpan dalam handbag dan bawak ke hulu ke hilir. heheh. Setakat nak jahit shawl simple memang dah memadai kot...

Best nya kalau boleh dapat mana mana satu kan...Teringan sangat dah nak ada satu. Sebab tak sabar nak buat eksperimen jahit menjahit. hehe... Bak kata boyfren aku 

'''aaiii, dah tukar bidang ke??''''
Hehehe....
Sebab, minat utama aku lebih kepada pastry.


p/s: serius cakap, selama aku hidup, sekali pun aku tak pernah jahit apa apa kain guna mesin jahit.

No comments:

Post a Comment