Friday 1 June 2012

LONG TERM vs SHORT TERM - relationship

HAI.................

This story is all about love. A different acceptance of long term relationship versus short term relationship. some people may rely on long term, because time had showed to them everything about their spouse. But there still got some kind of people who rely on short term relationship. For them short time is not a big matters to think for, time can passed by and yet they still will be able to create their own way of relation with something that bond them together. Enough!!!!!!

Enough mean 'sila guna bahasa melayu lah pulak.hehhehe 
Saya nak kongsi cerita yang berkaitan perihal masa perhubungan antara pasangan. Saya nak bagi contoh contoh yang saya sendiri lihat depan mata lah.

Biasa lah, hubungan cintan cintun antara pasangan kekasih ada masa nya bahagia ada masa jugak duka ada masa jugak gembira ada masa jugak lara dan nestapa serta nescafe. Apa apa masa yang mereka pilih sekali pun, tu semua hal hidup mereka, jadi orang yang tak berkaitan sila jangan masuk campur. Kalau tak tau hujung pangkal tentang hubungan pasangan tersebut, macam mat salleh cakap kalau tak duduk dalam kasut dia, mana kita nak tahu apa yang sebenarnya mereka alami. (in their shoes).

Ada pasangan yang menjalin hubungan cinta yang agak lama. Bertahun tahun duk kapel dua orang tu je, tapi akhirnya boleh akhiri kisah cinta tersebut dengan sebuah perkahwinan. Tapi jangan tak tau pulak, ada jugak yang bercintan cintun dekat patpolohpat bulan (bersamaan dengan, kira sendiri 44 / 12 bulan), siap rancang majlis kawin bagai, tapi tup tap tup tap tali kasih sayang putus begitu je sebab ikat pakai tali rapia je (ada ke yang tak tau tali rapia tu ape?? lantak korang lah)

Mungkin bila masa perhubungan tu teramat panjang, sampaikan akhirnya meraka atau salah seorang dari mereka akan mula rasa hubungan sudah hambar, atau bosan dah duk layan karenah pasangan yang sama je dari mula kenal sampai lah sekarang dah bertahun tahun kenal. Atau mungkin ada sebab lain, contohnya selepas menjalin hubungan sekian lama akhirnya mereka mendapati pasangan yang selama ini di anggap sempurna rupanya ada kekurangan yang mereka sendiri tak boleh nak terima. Atau mungkin sebab tiada ikatan yang lebih kukuh dari ikatan tali rapia, jadi mereka mudah terputus dan mula menyambung tali rapia tersebut dengan tali lain yang mereka baru jumpa dan mendapati tali tu lagi kukuh, selamat dan stabil dari tali yang sebelum nya.. Tu semua kita tak tahu, sebab mana ada orang suka suka hati pergi cerita kat orang lain kenapa dia tinggalkan pasangan dia. Itu peribadi.. Tapi, at the end its all about Allah fate. Takde sape boleh ubah ketentuan yang ditetapkan Ilahi........

Panjang panjang huraian kat atas tentang hubungan yang telah lama terjalin boleh disimpulkan seperti berikut:
Long term relationship nih ada baik dan buruknya. Biasa la tu apa apa hal mesti ada kontra nya. Tak kan nak yang baik baik je.. Yang baiknya ialah, makin lama masa hubungan tu, makin banyak hal yang kita boleh selongkar tentang dia. Dan bila dah selongkar masa tengah sayang, kemungkinan besar masa tu kita dah boleh terima atau akan cuba terima dengan sebaik mungkin. Sayang punya pasal kan. Dah bnyak lalui suka duka susah senang bersama, dah banyka cerita tercipta, jadi tak kan kita nak sia sia kan kenangan semua tu. Kalau nak kawin pun kita dah tak perlu ambik masa untuk kenal hati budi lagi dah, apa apa hal yang berlaku lepas kahwin tak ada lah mengujutkan kita, sebab sudah pasti sendiri sudah boleh baca sikap serta perangai pasangan masing masing.
Dan bahagian yang tak baik tentang long term ialah, kemugkinan orang sekelilng sudah tahu tentang hubungan kita, jadi kalau ada masalah atau terputus di tengah jalan, tak ke memalukan diri sendiri je. Pastu terus terasa hampeh seumur hidup sebab pasti akan ada bayang bayang pasangan kita walaupun masa tu kita dah bina hidup dengan orang lain. Mana tak nya, dah bertahun kt dah terbiasa dengan cara hidup serta layanan dari si dia, tapi akhirnya berubah. Nak padam tak boleh, sebab sistem otak tak ada komponen yang boleh tolong padam memori dalam otak.

Okeh, sekarang short term pulak. Yang nih paling ekspress macam makan maggi cup yang tambah air panas je. Baru kenal, jalin hubungan cinta dan kemudian terus ke langkah seterusnya. Selalunya yang short term nih ada berkaitan dengan kerelaan serta perasaan kecewa dengan perasaan. Akhirnya menerima takdir ketentuan Ilahi dengan rela hati tanpa terlampau memkirkan hal hal yang tak pasti. Hubungan yang ni, akan nampak manis sweet macam gula perang. Semua akan jadi teramat indah. Dan hubungan yang nih dah tak guna tali rapia dah, pakai welding terus. Lagi kukuh dan confirm tak kan putus. Pastu kat bahagian welding tu tulis, 'together ever after'
Oleh kerana ini bahagian ekspress jadi cerita pun dah jadi ekspress serta berterabur bagai. Selalunya perasaan cinta yang mendalam akan cepat terjalin antara pasangan yang akhirnya bawa ke jinjang pelamin. Lepas tu baru lah masing masing mengenal hati budi pasangan. Mula la proses suai kenal antara pasangan, kebanyakan suai kenal antara pasangan akan berakhir dengan persefahaman yang utuh. Tak banyak pasangan yang goyah dengan hubungan bermula dengan short term. Tapi ada je yang putus di tengah jalan sebab akhirnya baru tahu mereka tak ngam bersama....
JUST LIKE I SAID BEFORE, ALL THIS THINGS ALL WILL END UP WITH 
KETENTUAN DARI ILLAHI....wallahhualam....


p/s: hubungan cinta aku peliks tapi benar, jadi tak leh pakai 'term'.......... =)

No comments:

Post a Comment