Assalamualaikum....Hai Darl.
Last weekend, aku pi Pulau Pinang. Pi sana sebab kawan baik aku dari Sarawak datang semenanjung. Nama dia Norizah Hossen, dia ni kawan aku masa kt USM dulu. Kami memang ngam sangat sangat lah, semua hal kami boleh masuk (maksud aku kami sekepala la, jarang sangat aku berbahas dengan dia, ye lah semua hal boleh dikatakan kami memang sependapat). Sempena dengan tu kami pun buat la ala-ala mini reunion budak-budak FoodTech USM 2006/2010. Ikutkan hati aku macm malas je nak pi sana, almaklumla pertemuan tu diadakan hujung bulan (poket tengh npis...hehe). Disebabkan tak mau hampa kan dia, lagi pun lepas ni nanti kompem susah nak jumpa lagi, ku gagahi jua pi Pulau Pinang semata mata untuk tak menghampakan dia. Baik kan kawan macam aku nih..ekekkkeke. Dan yang terbaiknya aku siap apply cuti dengan Bos aku lagi....waaaaahhhh sangat bersungguh untuk bertemu kawan baik...kan kan kann...
Ni la kawan aku Norizah aka Izah tu. Gambar ni diambil ketika kami berada di USM cawangan Nibong Tebal. Suka sangat gambar ni, sweet sangat...huuhu
Asalnya aku janji dengan kawan yang sorang lagi, bajet nak drive pi sana, tapi minah tu palak cancel last minute, alang-alang dah dapat cuti, terus beli tiket bus pi Penang...huhu
Yang lawak nya time tu aku gaduh dengan enhubby, dengan muka tak malu aku msg minta tolong dia hantarkan kt stesn bus..hehe. Tak malu betul minah nh, dah marah marah orang pastu wat muka seposen mintak tolong...hishhh. Lantak lah, dah keadaan terdesak masa tu...
Tungu enhubby datang tolong hanta kan kt stesen bus Shah Alam. Time ni kalo tau jalan kompem aku pi sendiri ja...hehehe
Hari tu enhubby kerje half day, so terpaksa la menunggu beliau balik rumah, salin baju uniform dia dulu, dekat 30min jgk lah aku menunggu ketibaan dia. Sebab nak mintak tolong dari dia, 2 jam tunggu pun aku terpaksa redha....sayang punya pasal kan...
Time ni duk pikir, nak tunggu dia kt dalam kereta ke atau nak keluar pusing pusing kt Ole-ole dulu?? ( Lupa nak cakap, rumah sewa enhubby aku terletak di kawasan perumahan berhampiran dengan pasaraya Ole-ole. ) Dah lama sangat tunggu kt dalam kereta akhirnya aku pun keluar tunggu kt luar plak..hoho
Haaa... ni la dia kami yang join ala-ala reunion mini tu...Aku tahu budak Izah mesti rasa kecewa sebab ada la 3 4 orang lagi batch kami jugak yang tidak mononjolkan diri di perjumpaan tersebut. Aku pun tak faham mengapa kejadian sebegitu rupa boleh berlaku...ahhhh lantak lah, yang penting hari tu kami happy...yeayyy
Tak banyak aktiviti yang kami sempat lakukan. Masa singkat sangat la, laju je masa tu berdetik memang tak puas hati. Sampai je sana malam tu terus pi Night Market kt Batu Fringgi. Sampai sana pun dah lewat, kedai pun dah banyak yang nak tutup...so, pusing pusing je la. Tak sempat nak beli apa-apa pun.
Kemudian esok nya pi piknik kt Miami Beach. Pantai ni bukan kt negeri omputih sana tu, pantai Miami ni terletak di kawasan menuju ke Batu Fringgi. Sorry la tak ada gambar plak, pantai kt situ ok la sangat sesuai untuk santai santai atau lepak lepak sambil berkelah, tapi sangat tak sesuai untuk mandi manda, sebab ombak kt situ agak kuat jugak lah...
Lepas dah kenyang makan makan kt situ, kami pun pi Queenbay Mall. Gambar tu di ambil semasa kami melalak di pusat Karoake Neway...hahahah....
Tentang Neway....ada cerita yang mesti aku ceritakan, tapi bukan sekarang...huhuhu
Okey, itu dulu untuk kali ni, sambung lagi next time...
mmg da tau ramai xnk dtg pon. takpe, kita2 je pon da cukup havoc. haha.. tq ida
ReplyDelete