Sunday, 16 April 2017

Lokan...dari spesis kerang kerangan


Hai...

Assalamualaikum..

Lokan ni asalnya dari spesis kerang kerangan jugak. Saiznya agak besar kalau nak dibandingkan dengan saiz kupang atau lala. Dan memang jauh besar kalau nak dibandingkan dengan remis atau etak..hiihi. Dan rasanya pulak agak berbeza dari rasa tiram atau rasa kupang atau rasa lala.

Sebab saiz nya yang besar tu, jadi isi kat dalam pun agak besar jugak la. Rasa lokan ni macam ada campuran rasa kerang sikit, tapi saiz besar. Kalau kerang yang warna putih tu kulitnya tu, yang selalunya orang buat masak sambal makan dengan nasi lemak tu..haaa rasa lokan ni lebih kurang macam kerang tu la.

Kadang orang yang suka makan kerang, tapi bila bagi rasa lokan yang rasanya sama macam kerang tapi sebab kan saiznya yang besar, orang akan rasa lokan macam tak sedap berbanding kerang. Faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni...hihi.
Nak lagi senang kalau nak tahu rasa detail nya macam mana, korang boleh cari dan rasa sendiri, baru boleh faham macam mana rasa lokan yang sebenarnya. 

Aku pun baru pertama kali kenal, jumpa dan makan lokan ni. Rasanya lokan ni hanya ada dikawasan pantai pantai belah timur je kot, entah tak pasti sangat. Tapi kalau di KL aku rasa macam mustahil la nak jumpa dengan lokan ni. Tapi kalau belah kuala selangor tak sure ada ke tak.

Asalnya aku tengok ada orang post lokan ni dalam FB. Penangan fb marketing la nih. Terus rasa macam sedap je dan teringin nak merasa. Dia jual 100 biji RM10. Sebab tak pernah beli dan tak pernah merasa jadi aku tak boleh nak komen tentang harga jualan tu. Kalau contoh macam lala aku tahu lah. Selalunya harga lala sekilo dalam rm5 ke rm6, tu kalau beli di kawasan dekat dekat area pantai la. Kalau jauh ke bandar sikit, tak pun di pasaraya harga lala dalam rm7 ke rm8 sekilo. Jadi harga lala ikut kawasan penjualan tu aku boleh la nak agak mahal atau murah sebab dah biasakan, kalau lokan memang tak tau langsung harganya..hihi

Mula tu bawak balik rumah mertua, tapi takde sorang pun yang nak makan lokan ni. Laki aku yang hantu dengan lala tu pun tak nak langsung rasa lokan ni. Katanya sebab besar sangat, macam menakutkan nak makan nya..boleh pulak macam tu..
Terus bawak balik rumah mak, kalau rumah mak pulak bagi je apa apa pun asalkan halal, asalkan itu adalah makanan semua boleh ngap..hihi
Maklum la, nenek aku pun ada sekali kan jadi pape makanan boleh rujuk dengan dia. Dia lagi banyak pengalaman dan pengetahuan tentang makanan ni, lagi lagi yang macam agak kekampungan macam ni lagi la dia tahu. Tapi jangan pulak bagi spagheti kat dia, yang ni memang sah sah la dia tak tau..hihi

Bila tunjuk dekat nenek lokan ni, terus macam macam cara dia explainkan untuk masak lokan ni. Antaranya masak lemak, masak berlada, bakar pun boleh jugak. Tapi yang paling mudah masak berlada la katanya. Boleh tahan sehari dua kalau nak dibandingkan dengan masak lemak kuning tu. 
Aku tak kisah masak apa pun, asal boleh makan je.



Ni rupa lokan yang aku beli tu. Saiz nya memang agak besar, kalau gengam dengan tangan boleh pegang dalam 2 3 biji je sebab besar. Kalau lala segengam tu boleh muat 10 ke 15 biji.

Sebelum masak lokan ni, kulit atau kerang diluar tu kena basuh bersih bersih dulu. Aku agak lokan ni ada di kawasan muara pantai atau sungai, sebab kulit dia tu macam ada lumut lumut sikit. Nak membersihkan kulit tu memang satu kerja yang melecehkan dan memenatkan tau.
Nasib baik saiz nya besar, jadi tak senang nak pegang dan gosok kulit tu pakai berus..

Lepas dah cuci kulit bersih bersih, baru la boleh rebus lokan ni. Masa rebusnya dalam 10 ke 15 minit je, tak lama pun. Nak tahu dah siap ke belum, kalau nampak semua lokan tu dah terngaga maksudnya dah masak la tu. Kalau nak kurang kan rasa atau bau hanyir tu, masa rebus ni pun dah boleh masukkan serai dan bawang putih.

Bila dah masak, baru lah ambik isi lokan tu keluarkan dari kerangnya. Masa kat rumah mertua tu sempat la aku ambik dalam 10 biji buat test masak. hihi..mana la tahu kot laki aku suka ke kan, belum cuba belum tahu. Jadi sebelum bawak balik rumah mak, aku try test la masak dulu masa kat rumah mertua ni. Aku masak black papper, sebab ringkas dan laki aku memang suka kalau masak dengan black papper ni. Tapi....cam hampa je. Sebab laki aku ni memang tak mau rasa langsung...sedih makk nak oiii..


Nampak tak isi lokan yang dah siap dimasak tu, saiz nya memang besar besar. Lagi besar dari bawang putih. Sebab makan sorang sorang, dan tak makan berebut jadi nikmat dia kurang la sikit...huhu

Tapi lokan masak lada yang nenek aku buat tu sedap. Boleh layan makan berkali kali, dan laki aku pulak sampai kesudah memang langsung tak sentuh atau rasa lokan ni..sebab kerang pun dia makan biasa biasa je. Lala je yang berhantu bagi dia, lala rasa macam ala ala tiram sikit. Lokan ni pulak rasa macam ala ala kerang. Haaa...ni perbandingan yang paling jelas aku boleh bagi..hihi
Sekiannn...



LOVE,
Mcdaa

2 comments:

  1. sedap ini, kepah nama nya kalau di tempat kita

    ReplyDelete
  2. Lokan ni paling sedap masak ala resipi perut air asam atau grill macam tiram (lemon + mozarella cheese/tabasco sauce)

    ReplyDelete