Wednesday 29 March 2017

NASI AYAM HAINAN

Hai...

Last week jumaat adalah hari yang paling dinanti nantikan oleh aku. Sebab hari cuti macam ni la aku berpeluang nak mencuba masak masakan yang a little bit complicated sikit dari masakan biasa. Tapi takde la yang too complicated yang macam dah pro tu. Sebab masih dalam proses pembelajaran lagi kan, jadi just masakan yang simple simple je dulu. Takrifan masakan simple dari pakar pakar masakan sedunia..cewahhh hahahah

Kalau hari biasa, balik kerja dan masak makanan malam tak mampu la aku nak mengexperimentasikan masakan. Sebab masa yang tak mengizinkan, mau pukul 12 malam kot baru dapat makan malam kalau aku bercita cita nak masak makanan yang complicated and sophisticated nih...hahhhah
Kalau hari biasa, masak yang simple simple sudah. Paling senang, mudah dan cepat penyediaanya. Dah masa limited kan, dah la kerja seharian balik rumah mesti perut dah lapar. Kalau makan malam nya berejam jam nak siap jawab nya laki aku tidur dengan perut kosong je la...

Laki aku ni suka sangat makan nasi ayam dekat Chicken Rice Shop tu. Tiap kali kalau pergi masuk mana mana mall, asal ada je kedai Chicken Rice Shop nih, kedai makan lain dia dah tak pandang dah. Aku la selalu yang kempunan nak mencuba makanan lain dari biasa. Tak kan nak makan asing asing pulak kan. Dah keluar sama sama jadi ikutkan je la citarasa dekak dia. Maklum la aku kan spesis bini mithali, apa yang suami nak, apa yang suami makan semua aku ikutkan je. Cuba kalau aku ajak laki aku pergi makan tempoyak ke budu ke haram kalau dia nak ikut...hampehh tul..huhu

Di Chicken Rice Shop ni pulak, dia selalunya suka pesan ayam stim, atau roasted. Tapi selalunya roasted chicken la yang paling dia gemar. Rasa ayam Chicken Rice Shop ni memang tak dinafikan la memang sedap. Ayam dia juicy dan kuah dari ayam tu memang full with flavor tu yang jadi macam tak puas makan sebab sedap sangat. Kalau nasi ayam dikedai biasa biasa ni selain dari CRS ni rasa ayamnya agak kering sikit dan kadang ayam macam tak berapa nak fresh.
 
Dulu pernah jugak sekali aku masak nasi ayam, tapi macam tak berapa nak ngam dengan laki aku. Dia makan sekali je lepastu dah mintak menu lain..hahah. Bila tanya ok tak, dia jawab ok je sedap. Tapi kalau tanya nak makan lagi tak dia terus jawab masak yang lain la tadi kan dah makan nasi ayam tu. Ok, baiklah..ni mesti ayat nak cover his real feeling kan pasal nasi ayam aku tu, tak nak bagi aku kecik hati..hahah
Aku agak mungkin nasi ayam yang aku masak ni sedap untuk dimakan sekali je kot bukan untuk dimakan berkali kali..

Dan kali ni gigihkan diri try masak nasi ayam lagi sekali. Bila godek godek dalam google keluar la macam macam resepi nasi ayam dan aku pilih untuk cuba masak nasi ayam hainan. Aku pun sebenarnya tak pasti apa yang bezanya nasi ayam biasa dengan nasi ayam hainan ni. Beza nasi kah, atau beza pada ayam kah, atau pada apa kah?? Oleh kerana malas nak google tentang perbezaannya jadi aku biarkan je persoalan tu..hihi






Ha...nampak tak, sekor ayam aku masak hari tuh. Sebab tengok dalam resepi dia memang guna ayam yang sekor seketul macam tu. Tak payah potong dah, just buang isi isi dalam perut ayam tu je. Basuh ayam bersih bersih kemudian terus masak.

Oopps...gambar nasi lupa nak snap..hihi.

Ni resepi Nasi Ayam Hainan simple :
Resepi Ayam
1 ekor ayam
1 gengam garam
halia
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Bersihkan ayam dan buang isi dalam perut tu. Lumurkan dengan garam. Guna periuk bersaiz besar dan panaskan air dalam periuk ni. Kemudian hiris halia dan bawang masukkan dalam periuk dan terus masukkan ayam. Masak dalam 30 minit hingga 45 minit, matikan api tunggu dalam 15 minit, keluarkan ayam dari periuk dan rendam ayam dalam bekas yang berisi ais. Untuk pastikan texture ayam tu tak overcooked dan untuk jadikannya lebih juicy.

Resepi nasi
4 cawan beras
6 cawan air rebusan ayam
1 helai daun pandan
2 sd minyak masak
4 ulas bawang putih
halia

Bersihkan beras, tumiskan bawang dan halia dan masukkan beras. kemudian masukkan air rebusan ayam dan semua bahan lain. Dan masak nasi macam biasa.

Resepi sos cili
cili merah
biji cili 
3 ulas bawang putih
halia
3 biji limau kasturi
2 sd cuka
4 sd air rebusan ayam
garam dan gula

Tumbuk cili hingga lumat, kemudian campurkan semua bahan bahan tersebut.

Resepi kicap
4 sd kicap cair
1 sd sos tiram
gula dan air panas secukupnya

Campurkan semua bahan, kalau nak kuah kicap banyak boleh tambahkan jumlah kicap dan perasakan ikut citarasa anda.


Kalau tengok resepi dan bahan bahan yang digunaka tu senang je kan. Tapi nak buat dan melaksanakannya agak renyeh sikit. Sebab banyak step yang nak kena buat. Dan agak makan masa jugak la kalau bagi mereka yang tak biasa macam aku nih.

Resepi ni ayam nya nanti akan jadi macam rupa ayam stim la. Tapi selalu kat kedai jarang orang jual nasi ayam yang ayam nya stim, selalunya mesti roasted atau pun goreng. Laki aku pun dah macam pelik bila tengok rupa ayam macam ni. Dia boleh pulak cakap, ayam memang macam ni ke...bukan ke nasi ayam selalu ayam nya warna gelap bukan cerah macam ni...aku mampu gelak je time tu.hahhah

Sebenarnya kalau masak macam ni, ayam lebih juicy dan lebih menyihatkan. Nak roasted macam mana kalau kat rumah takde oven....jadi makan macam ni je la sayang ya...
Kalau nak lagi sedap, masukkan dalam oven kejap kasi dia gelap gelap sikit baru umphhh...
Sekian sahaja dari aku...



LOVE,
Mcdaa




Tuesday 28 March 2017

Virus H5N1

Hai...

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak share sedikit tentang virus yang sedang melanda ni. Virus ni tak ada lah membahaya sangat kepada manusia sebab dia jarang merebak dalam kalangan manusia. Penyebaran virus ni lebih cepat hanya dalam kalangan unggas je. Tapi masih jugak suatu keadaan yang merbahayakan jika dah terkena dengan virus ni. Sebab virus ni boleh membawa maut.

Virus H5N1 adalah sejenis virus influenza yang menyebabkan penyakit Selsema
Burung (Avian Influenza) dalam kalangan unggas seperti ayam, itik dan burung.
Kebiasaanya, penyakit ini jarang menjangkiti manusia dan sukar berlaku jangkitan dari
manusia ke manusia.

Manusia boleh dijangkiti melalui:
 Kontak secara terus dengan unggas (ayam, itik dan burung) yang berpenyakit
serta hasilannya.
 Najis dari unggas berpenyakit
 Air yang tercemar dengan najis unggas yang berpenyakit
 Barang-barang dan pakaian yang tercemar dengan najis dari unggas yang
berpenyakit.

Tanda-tanda dan gejala dalam kalangan manusia:
 Demam tinggi (melebihi 38C),
 Sakit tekak,
 Batuk,
 Sakit kepala,
 Sakit otot,
 Sakit sendi
 Letih lesu.

Pengendalian ayam yang selamat di rumah:
 Pastikan daging ayam adalah segar di mana:
  •     Isi adalah pejal dan anjal
  •    Tidak berlendir
  •    Tidak berubah warna (lebam atau kehijauan)
  •    Tidak berbau busuk
  •    Kulit ayam cerah dan segar
  •    Jika ayam beku, pastikan ianya masih berkeadaan keras dan beku semasa membeli

 Proses pencucian menggunakan air yang bersih dan selamat.
 Mengelakkan pemprosesan ayam mentah bersentuhan dengan lantai
 Memastikan tiada sisa-sisa najis yang terlekat di daging dan juga peralatan memasak
 Mengamalkan kaedah mencuci tangan dengan air bersih sebelum dan selepas mengendalikan ayam
 Menggunakan peralatan yang bersih dan berbeza bagi mengendalikan ayam mentah dan ayam masak






Daging ayam berpenyakit (virus H5N1) selamat dimakan sekiranya dimasak dengan
sempurna iaitu:
  • Suhu memasak melebihi 70o C.
  • Masa memasak sekurang-kurangnya 30 minit.
  • Tiada kesan darah pada tulang atau isi ayam yang dimasak.
  •  Kuah atau air rebusan ayam mesti berwarna cerah.

Walaupun isi ni agak minor, tapi kesan nya kepada industri juga hampir terjejas. Contohnya industri sarang burung walid. Burung walid pun dalam kategori unggas jadi risiko untuk burung dari jenis ni untuk dijangkiti virus ni agak tinggi.
Tapi buat masa sekarang hanya 1 negeri sahaja yang terjejas dengan virus ni. Dan pihak pihak berwajib dan pihak bertanggungjawab telahpun dan sedang menjalankan kerja mereka untuk memastikan virus ini dihapuskan dan menyelamatkan yang lain lain.

Ayam atau sebarang unggus yang jika didapati ada kesan positif, semua unggas yang berada dalam radius yang ditetapkan perlu dihapuskan dengan segera supaya penyebaran virus ini dapat dihentikan dan tidak merebak.

disini juga aku share kan beberapa Q&A mengenai isu virus H5N1 ni.


Soalan:Bagaimana penyakit influenza H5N1 disebarkan kepada manusia?
Jawapan:
 Virus influenza didapati didalam cecair/lelehan mata, hidung dan mulut dan najis unggas yang dijangkiti.
Kebanyakan kes jangkitan influenza H5N1 kepada manusia dikaitkan hubungan rapat dengan unggas yang dijangkiti atau unggas mati dan persekitaran yang tercemar dengan virus influenza H5N1. Virus ini tidak menjangkiti manusia dengan mudah dan jangkitan dari manusia kepada manusia  adalah sangat jarang. Tiada bukti bahawa penyakit ini berjangkit melalui makanan yang dimasak.

Sebaran melalui;
        Kontak secara terus dengan unggas (ayam, itik dan burung) yang berpenyakit serta hasilannya.
        Najis dari unggas berpenyakit



Soalan: Mengapa perlu mengambil berat tentang influenza A(H5N1)? 
Jawapan:
Jangkitan Avian influenza A(H5N1) dalam kalangan manusia boleh menyebabkan kesan yang teruk dan mengakibatkan kadar kematian yang tinggi.

Jika virus influenza A(H5N1) berubah secara genetik dan memudahkan jangkitan sesama manusia seterusnya masih mengekalkan kapasiti untuk mengakibatkan kesan penyakit yang teruk; impaknya kepada kesihatan awam sejagat amatlah buruk.



Soalan: Apakah tanda-tanda gejala Avian influenza A(H5N1) di kalangan manusia?
Jawapan:
Gejala influenza A(H5N1) ialah demam (biasanya demam panas melebihi 38 ◦C), letih, batuk, sakit tekak dan sakit otot. Gejala awal yang lain ialah sakit perut, sakit dada,dan cirit birit. Penyakit ini boleh menjadi penyakit pernafasan yang teruk seperti kesukaran bernafas, pneumonia dan mengganggu paras kesedaran/ sawan.


Soalan: Jika saya mempunyai tanda-tanda dan gejala setelah berkunjung ke kawasan yang telah didapati positif H5N1, apa yang perlu saya lakukan?
 Jawapan:
 Anda perlu mendapatkan rawatan di hospital atau di klinik kesihatan yang berhampiran dengan kadar segera.

Soalan: Adakah selamat untuk makan ayam, bahan tenusu dan burung liar?
 Jawapan:
Ya, adalah selamat untuk makan ayam yang telah dimasak. Virus ini sangat sensitif apabila dipanaskan. Suhu yang digunakan untuk memasak (melebihi 70◦C) akan membunuh virus ini. Bagi mengelakkan ayam, bahan tenusu dan burung liar tercemar, penyediaan makanan mestilah dengan menggunakan amalan keselamatan makanan dan makanan dimasak dengan sempurna.

Sehingga kini, kebanyakan jangkitan virus influenza A(H5N1) di kalangan manusia dikaitkan dengan penyembelihan unggas dan kontak secara langsung dengan unggas yang sudah disembelih, sebelum proses memasak. Amalan sebegini merupakan faktor risiko tertinggi untuk berlakunya jangkitan di kalangan manusia.


Soalan: Bagaimana influenza A(H5N1) dirawat?
Jawapan:
Dalam kebanyakan kes, influenza A(H5N1) di kalangan manusia akan menjadi penyakit yang teruk dan memerlukan rawatan lanjut di hospital. Ubat antiviral, Osetalmivir/Tamiflu boleh mengurangkan risiko kes menjadi teruk dan kematian.





Semoga membantu.



LOVE,
Mcdaa