Wednesday, 25 April 2012

PAVLOVA....im in love only by the look.

Assalammualaikum...........

Hari ni hari Rabu, esok hari Khamis, lusa Jumaat dan tulat pastinya hari Sabtu.....Hari yang di tunggu tunggu. Nak balik kampung..Yeayyyy!!!. Tadi apply cuti dengan bos, Alhamdullillah. Walaupun terpaksa berdepan dengan muka dia yang tak leh blah tu, akhirnya dia approve jugak cuti aku (sehari je kot). Untuk pengetahua umum, bos aku tu memang susah sangat sangat nak bagi cuti untuk orang orang production, mesti banyak tanya dah tu bila kita explain kat dia sebab musabab kita nak cuti, mesti dia akan berbunyi begini :

'iakah?? ia meh??'

Adooiii..Stress aku dengar ayat macam tu, dah bunyi macam perli je. Ye lah, dah nama pun bos mesti dah banyak kali kena kelentong dengan pekerja pekerja dia. Hahahhhaha. Nasib ko la bos.


Back to the main topik, sebenarnya nak cerita tentang Pavlova nih, tapi terlebih melalut plak. Sekarang ni aku ada sikit ala ala demam buat bakery..Huhu. Sekarang, buka tenet je, tangan ni laju je naip keyword yang berkaitan makanan kat google search tu, dah tu mesti keluar macam macam jenis makanan. Pastu tak cukup dengan tengok tengok gambar dan baca baca maklumat tentang makanan makanan tu, siap buka youtube plak tengok cara masak lak cane diorang proses. Memang suka gila tahap yang membuak buak dah nh...

Aku nih agak tak berapa nak up-to-date sikit, so apa apa maklumat mesti lambat sampai kat 'brain store' nih. Pavlova ni aku tak tau la tengah fames amos ke atau pun dah lama fames, atau pun mungkn baru nak fames ke, yang ni aku memang tak tau. Pavlova adalah sejenis kek yang sangat gebu dan kandungan utamanya ialah telur. Saja rajin tangan google wiki Pavlova, wiki cakap (bukan manusia, sejenis web search engine) nama Pavlova ni bersempena dengan nama orang tertentu.

'Pavlova is a meringue-based dessert named after the Russian ballet dancer Anna Pavlova. It is a meringue dessert with a crisp crust and soft, light inside.'

Dan makanan ni just as dessert and was so popular among Australia and New Zealand. Makanan omputih tuu....

Dah tengok resepi dia, pun dah tengok cara cara pembuatannya. Bahan bahan sangat mudah untuk di temui di kedai kedai berhampiran. Malahan cara pembuatannya adalah sangat sangat senang mudah dan cepat. Kalau la aku ada mixer, dah lama dah aku buat Pavlova ni. Penggunaan mixer adalah tersangat penting dalam proses membuat kek nih. Nak putar whipping cream untuk letak kat atas kek nak kena pakai mixer, nak putar telur sampai jadi meringue tu pun sah sah lah kena guna mixer jugak.
Haa...ni la dia rupa Pavlova tu. Tipu la kalau korag tak terliur tengok rupa kek macam ni. Topping tu korang boleh la letak ikut suka hati. Kalau letak marshmellow pun cam besh jugak kan...huhu

Macam macam buah boleh sumbat kat atas kek tu. Sungguh colourful dan menggiurkan tekak aku..haisshhhh



Kat sini aku senaraikan bahan bahan untuk menghasilkan sebijik Pavlova nih:

BAHAN:
4 biji putih telur
1 cawan gula kastor
1 sd vanilla
1 sd cuka
1/2 sudu tepung jagung

( see see....like i told u earlier bahan2 sangat mudah di dapati kan kan)
Topping:
240ml Whipping cream
1/2 sd gula icing
1/2 sd vanilla

CARA:
1. Pukul putih telur guna mixer sampai jadi kembang sekembang nya. Pukul telur tu sampai korang terbalikkan bekas dan ianya tak tumpah (rupanya macam icing) atau dalam kata omputih 'soft peak' atau marigue
2. Kemudian masukkan gula serta vanilla. Pukul lagi marigue tadi.
3. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan cuka.
4. Kelurkan marigue dan letak kat atas loyang yang dilapik dengan kertas minyak (parchment paper)
5. Kemudian bakar. Bakar Pavlova ni ambik masa sikit. lebih kurang 1 jam suhu 150 degree.

Untuk Topping plak, korang buh jer bahan dalam mixer kemudian pukul la sampai jadi macam yang korang nak... (hahhhahha)



*gambar dicuri dari blog2 tepilih. Maaf yer. Terima kasih.*

Dan untuk pengetahuan umum jugak, dimaklumkan bahawa aku sebenarnya belum penah pun buat kek Pavlova nih apatah lagi merasai nya dengan lidah. Huuhuhu. Balik rumah kat kampung nanti memang aku akan buat lah kek nih. Tak sabar nak cepat cepat balik kampung. Hari tu dah penah pi survey herge mixer nih, mahal la..Saya tak mampu (padahal sayang nak keluarkan duit untuk beli mixer..hehe).

Nanti dah buat, akan ku pertontonkan kepada umum hasil nya. Dan sekiranya hasil tersebut berupa seperti Pavlova, boleh la sape2 yang berdekatan request dengan aku suruh buatkan kek ni. Aku memang suka kalau buat untuk bagi orang lain makan...Baik tak minah bajet cun nih...hehhhehehe.

okeh lah, tu jer.....sekian.






No comments:

Post a Comment