Saturday, 13 April 2013

DOORGIFT.......Cake & Cookie in a jar

Salam...
Sekarang ni kepala otak duk fikir macam macam persiapan untuk majlis aku nanti yang tarikh nya masih belum lagi dikenal pasti..
Tarikh pun tak tahu bila, tapi otak dan fikiran sibuk sibuk je duk cari idea itu ini untuk majlis nanti...huhuhu. Tapi tak ada salah nya kalau kita buat persiapan dari awal awal lagi..(bajet macam la dah ada benda yang dah di buat, padahal asyik duk survey kt tenet je pun...)
Sekarang tengah mood mencari apa doorgift yang bakal diberikan untuk para tetamu kehormat saya nanti...heee. Sekarang macam tengah trend orang D.I.Y barang barang door gift, untuk jimat serta menunjukkan kreativiti masing masing.
Penah fikir nak bagi je manik tasbih, pastu letak kat dalam kotak comel comel. Tapi bila kira kos balik, agak mahal jugk. Yalah, kos kotak + manik tasbih tu dah berapa. Tapi kalau mampu buat dan bagi kat tetamu

Aku ada tengok tengok kat tenet, paling murah pun boleh dapat RM2. mahal tu...huhu. Yalah RM2 x 1000 kan dah jadi RM2000. Tak ke mampos poket aku nanti...Jadi, pemberian tasbih sebagai doorgift dibatalkan.
Kemudian terfikir lagi nak buat custom yasin...lepas dah survey tengok tengok design dan contoh contoh yasin yang dah di custom kan.....memang cantik sesangat lah. Paling murah boleh dapat RM2.50 untuk satu. Kalau nak murah ada je, tapi yang dah di print dengan design mengikut cita rasa tuan cetak...huhuh. Tapi nanti korang boleh la letak chop guna stamping nama korang yang di tempah khas dekat kedai. Tapi stamp ni agak mahal jugak kalau nak tempah... iiiisehhh. leceh lah sini mahal situ mahal. Tapi...tapi...yang mahal mahal macam nih sesuai la untuk diberikan kepada para tetamu kehormat merangkap VIP...heee.

Last last, dapat idea nihh....aku bercadang nak bagi jar. Hari tu dah survey dekat nilai 3. Tempat dimana segala macam barang barang perkahwinan untuk bakal bakal pengantin rambang mata... Boleh dikatakan kesemua kedai kat sini menjual barang barang yang bersangkut paut dengan majlis perkahwinan. Memang tak rugi la kalau datang sini. Tak percaya datang lah, mcam macam ada dari yang sekecil kecil barang sampai la ke sebesar alam, semua ada...gempak kan. (ter over gambaran pulak..heee)
Jar yang aku jumpa kat sini, memang murah. Satu jar dia jual RM1.20, tapi kalau beli borong 500 ke atas boleh dapat RM0.60..murah kan...Tu jar yang simple macam ada jual kat ikea tu...bulat comel comel. Tapi kalau nak yang cantik sikit, belian borong boleh dapat RM0.80. Masih dikira murah lagi, sebab yang ni design nya cantik...(sorry tak ada gambar nak tunjuk).
Tapi, penah gak aku baca kat blog yang bagitau dekat Puchong sana ada jual jar yang murah. Tak silap aku, kalau beli borong banyak banyak boleh dapat RM0.68 sen, jar bersaiz 200ml (kalau tak silap aku la). Nama kedai tu Quality Pack...nak tau lebih lanjut sila merajinkan diri mengoogle kay...
Back to my story....Lepas dah decide nak bagi jar, sekarang masa nak decide apa isi dalam jar pulak..heee. Ok, mula mula rasa nak buat macam kek dalam jar. Cantik sangat sangat. Dengan warna yang berselang seli memang nampak cantik dan menarik untuk dimiliki. Dan yang penting, lain dari yang lain.. Yang ni penting..hee.



Semua gambar diatas adalah hasil dari menciplak di internet...huuhu. Cantik kan. Sangat tau...Memang suka gila. Tapi masalah nya, kalau nak tempah mahal nih..Kalau nak buat sendiri pulak, makan masa yang teramat lah...Nak kena isi dalam seribu jar kot...pengsan la baru siap..

Dan kemudian terfikir pulak alternatif lain....Letak je biskut, lagi senang mudah dan praktikal..kan kan...Biskut boleh la aku baked dari awal lagi..Biskut boleh tahan lama kalau nak bandingkan dengan kek. Mungkin dua bulan sebelum majlis dah boleh baked...(bab merancang memang terbaikkk...bab nak laksana tu yang kureng sikit..hahhaha)


Haaaa..........Letak biskut macam ni kan cun gak. Pastu deko deko sikit jar tu kasi nampak lagi menarik..

Yang kat bawah ni pulak macam nak buat bagi hadiah kat kawan je...huhuhu. Nampak cantik.


Tapi persoalan nya sekarang nih.....Rajin kah saya untuk melaksanakan perancangan tersebut???.....
Tunggu dan lihat je lah apa kesudahan nya nanti....



p/s: sambungan kepada cerita ni ada disini RUJUK SINI

4 comments:

  1. hyeee.doorgift kite sama la. i pon planning nak buat cookies in a jar je. sng kan. sumbat2 je biskut tu. tp bab nak deco botol tu ngantuk je rasa. hehehe. ehh btw, i'm ieda. heeee :)

    ReplyDelete
  2. Hai sis . Boleh tau x name kedai yg sis g kt nilai 3 yg jual jar tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...sry sis da lama tak buka blog. rasanya tentu skrng sis dah berkahwin kan...huhu

      Delete
  3. Hi all, kalau berminat nak jadikan tasbih mini sebagai doorgift jemput la jenguk2 link ni ye. Cantik dan murah harganya. https://www.facebook.com/doorgiftmajlis.tasbih

    ReplyDelete