Tuesday, 24 July 2012

Sekeping HATI....

Bila hati rasa sesuatu, teringat plak lirik lagu nasyid zaman dulu dulu yang penah guna ayat sekeping hati. Kalau tak silap 'sekeping hati dibawa berlari, jauh menuju jalan yang sepi, ada ujian yang datang melanda ada perangkap menunggu mangsa'....tah betul ke tak lirik lagu tu..redah aje...huhu

Motif entry ni bukan nak cerita tentang lagu nasyid atau tentang lirik lagu tapi nak berkongsi dengan orang yang membaca blog ni tentang hati dan perasaan. Maklum lah hati dan perasaan tak mungkin dapat dipisahkan. Hati tak mungkin berfungsi tanpa perasaan. 

Kebenaran.........Kadang kadang kebenaran boleh membawa seribu makna dalam kehidupan seseorang. Kebenaran tentang sesuatu perkara yang baru diketahui. Kadang kadang kebenaran yang terbongkar boleh memberikan kebahgian tapi boleh juga memberikan kesedihan, kehancuran, kesengsaraan, kebencian dan bermacam macam 'ke' lagi lah......

Kadang kadang ada kebenaran yang ingin kita ketahui, namun ada juga dalam sesetengah perkara yang kita sendiri mahu sembunyikan tentang kebenaran tersebut. Bergantung pada situasi atau pada perkara yang melibatkan kebenaran tersebut..

Sekali kebenaran terbongkar, tak mungkin lagi untuk di sembunyikan lagi. Kadang kadang ia boleh membawa kebahagian bila kebenaran itu berpihak pada kita. Namun jika kebenran yang terbongkar itu bukan berpihak pada kita, hanya kehancuran serta kedukaan yang bakal muncul dan menghantui hidup seseorang tersebut....

Tah apa yang aku melalut kat atas tu.. cuma nak cakap yang aku baru sahaja menemukan suatu kebenaran yang selama ini tersimpan kemas oleh dia. Atas kecuaian diri sendiri akhirnya semua kebenaran yang selama ini tersembunyi, terbongkar hanya dalam sekelip mata sahaja. Aku pun tak pasti sama ada kebenaran yang aku bongkar tu adalah sesuatu yang perlu atau hanya menyusahkan hidup aku. Kalau aku tak bongkar dan ketahui tentang kebenaran tersebut......aku akan terus terusan dibperbodohkan tanpa aku sedari. Tapi bila kebenaran yang terbongkar tu teramat menyakitkan hati ini, terasa lebih baik aku tak perlu tahu lengsung akan kebenaran tersebut....Tah lah, aku sendiri pun tak pasti....Namun yang pasti semua nya kini sudah jelas lagi terang........

Terasa dunia aku gelap, tiada arah tujuan yang pasti....Selama ni aku ada tujuan dan matlamat hidup yang jelas tersemat dalam fikiran ni. Namun, bila semua nya sudah jelas tentang apa yang sedang berlaku dalam hubungan ni semua matlamat dan hala tuju hidup padam dengan serta merta. Yang tinggal hanya rasa hampa dan kecewa. Umpama usaha yang di tabur selama ini hanya lah sia sia belaka. Baru kini aku tahu erti keperitan tentang kebenaran yang melukan hati.......Aku tahu tiada yang mampu mengubah kebenaran tersebut, dan aku sendiri tak mungkin akan menerima dengan seadanya. Cukup la selama ini aku perbodohkan diri sendiri tanpa mengetahui tentang kebenaran tersebut, kini bila semua nya jelas tak perlu lagi untuk aku terus terusan di perbodohkan atau memperbodohkan diri sendiri demi orang yang sememang nya selama ini sanggup mempermain kan hati dan perasaan ini............

Bila diri sendiri pun tak pasti dengan hati serta perasaan sendiri, jangan lah sesekali mengharapkan hati lain untuk memahaminya. Biarlah hati sendiri betul betul pasti dengan perasaan sendiri dahulu sebelum mengharapkan hati dan perasaan orang lain untuk terima dan menyayangi kita... 

p/s: mood jiwang tiba tiba muncul, umpama perkara itu realiti, namum aku sendiri pun tak pasti. Realiti kah ia???  huhu........

Sunday, 1 July 2012

BISKUT RAYA

Assalammualaikum......

Sekarang baru je masuk bulan Julai @ Shaaban, next month Ramadhan.....huhu. Tapi alkisah nya aku sekarang ni dah mula terasa bahang nak buat biskut raya. Gila melampau awal kan kan...hahhaha. Dalam kepala otak ni dah plan macam macam jenis biskut raya dah.
Haishhh...Aku ni memang hantu buat biskut raya. Kalau buat bisnes okeh jugak kan. Yalah dah hantu buat biskut, buat banyak banyak pastu jual. Mana tahu kalau dapat sambutan.......masyukkk lah raya nanti. hhuhuhu. Tapi berangan je la, tahap kerajinan belu sampai tahap yang boleh buat biskut sampai berozen dozen dan kalau mampu buat sekali pun, belum tentu biskut yang aku buat tu akan mendapat sambutan. Silap haribulan orang campak dalam tong sampah sebab cakap makan biskut aku macam makan tepung gandum bakar. Baik makan biskut tawar cap Ping Pong @ Hup Seng lagi bagus kot. Hahahhhaha.

Tapi, tiap tiap tahun aku tak pernah termiss buat biskut Tart nenas. Ni memang feberet mak dan adik lelaki aku. Tak buat biskut ni memang tak sempurna la raya aku. Tengok, sampai tahap tu sakali dow....hehe

Next time aku aku kongsi resepi biskut yang bakal aku buat ek...
okeh...........sekian.