Sunday 8 January 2017

Resepi Kek Pisang

Hai....
Assalamualaikum.
Kali ni nak share resepi kek pisang pulak kat sini. Untuk rujukan dimasa akan datang. Entah kenapa angin takde ribut pun takde tapi tetiba je rasa nak makan kek pisang. Nak kata aku ni penggemar kek pisang, tak pun. Tapi teringin nak makan tu lain macam je..hihi. dah kalau teringin sangat nak makan aku pun rajinkan la diri buat kek pisang tu.
Balik dari kerja terus pergi cari pisang kat market. Dalam banyak banyak jenis pisang yang ada kat muka bumi ni, hanya a few je yang aku boleh kenal pasti. Yang lain semua kelaut. Sebelum aku share resepi kek pisang simple mudah senang aku tu meh kita berkenalan dulu dengan jenis jenis pisang yang aku kenal ya.
Pisang yang paling aku kenal dan cam tentu lah pisang berangan. Sebab pisang ni kan sedap, lepas tu senang nak dapat. Pisang berangan ni makan macam tu pun best. Sama jugak dengan pisang mas. Pisang mas aku kenal sebab rupa dia. Pisang mas ni kecik molek je rupanya. Pun best jugak kalau buat makan terus.

Pisang kapas sapa tak kenal kan. Dia adalah pisang yang paling mudah dijumpai dan paling banyak kot. Pisang kapas pun antara pisang yang murah la kalau bak bandingkan dengan lain lain pisang. Pisang kapas ni boleh je kalau nak buat makan terus pun tapi rasa dia agak kurang sedap sikit la berbanding pisang mas dan pisang berangan.

Seterusnya pisang nangka, jangan ingat pisang nangka ni ada rupa macam nangka ya sebab ianya langsung takde kaitan. Pisang nangka ni tak sedap makan macam tu je tapi sedap kalau dibuat goreng pisang. Aku pun tak faham jugak sebenarnya kenapa bila jadi goreng pisang je rasa dia terus lain sedap kot. Dan last pisang yang aku kenal ialah pisang tanduk. Yang ni sah sah sebab senang nak cam. Pisang tanduk kalau nak kenal senang je, sebab dia paling panjang dan besar antara semua pisang. Yang ni nak makan macam tu je pun sedap nak buat goreng lagi la sedap buat pengat pun sedappp jugak. Pisang tanduk susah nak jumpa dah tu kalau jumpa harga dia pulak boleh tahan mahal la. Barang rare memang la macam ni kaedah nya...huhu
Perghh dalam tak kenal pisang tu tapi bila di list kan pisang pisang yang aku tahu boleh tahan banyak jugak kan.hahhaha...aku kenal pun sebab selalu jumpa atau beli pisang pisang ni yang tak kenal tu sebab tak femes macam pisang yang aku senaraikan tu.

Semua pendapat dan pandangan aku tentang pisang pisang ni adalah berdasarkan dari pandangan aku semata mata ya. Sebab lain orang mungkin lain pendapat dia. Aku cakap pisang kapas tak sedap sangat macam pisang mas, tapi mana la tau kan kot ada yang gemarkan pisang kapas dan rasa pisang kapas lagi sedap dari semua pisang..haaa..ikut pandangan masing masing la ye..
Panjang pulak intro pasal pisang ni ya. Dah macam cara mengenal pisang pulak. Huhu..baikla meh tengok resepi senang versi aku yang serba serbi nak senang tapi sedap dan menjadi.
Resepi kek pisang mudah.
5 6 biji pisang dan dilenyek
1 dan 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak (minyak masak pun ok je)
1/2 cawan gula (3 @ 4 sudu pun ok)
2 biji telur
1 sudu soda bikarbonate
1 sudu baking powded
Garam secubit
Mula mula lenyek kan pisang tu. Kalau nak bagi sedap lagi jangan bagi hancur sangat. Biarkan ada sikit sikit ketulan pisang tu supaya nanti bila makan ada pisang dalam kek tu. Lepastu buat macam lubang kat tengah mangkuk pisang lenyek tu masukkan 2 biji telur. Pukul telur kat dalam mangkuk tu kemudian gaul sekali dengan pisang lenyek tu. Lepastu masukkan gula, minyak, garam dan last sekali masukkan tepung, soda bikarbonate dan baking powder. Kalau adunan pekat masukkan 3/4 cawan air dalam adunan tu supaya dia tak terlalu pekat. Dah siap adunan masukkan dalam loyang, aku punya just letak dalam cup muffin. Sebab malas nak basuh loyang.hihi. last sekali boleh letak pisang kat atas sebagai hiasan. 

Lepastu terserah nak kukus atau bakar. Aku suka kukus sebab kek lebih moist. Bagi aku kek pisang kukus lebih sedap dari kek pisang yang dibakar.
Kalau bakar macam biasa la suhu 180°c selama 20-25 min.







Dah siap kukus aku bagi nenek aku try dia cakap sedap. Mak aku pulak ingatkan aku guna tepung kek pisang segera. Sebab sebelum ni aku dapat dari kawan tepung segera tu. Yang tu senang je bancuh nya just masukkan telur dan minyak je tak payah sukat tepung. Tapi apa la sangat kalau buat sendiri pun sebab bukannya banyak jenis tepung pun. Satu adunan ni kalau guna cup muffin tu boleh dapat dalam 10 biji je. Kalau banyak ni sekali hadap pun dah habis. Jadi kalau nak buat makan untuk ramai boleh la doublekan atau triple kan adunan tu..
Ok lah tu je nak share tentang resepi kek pisang ni.

No comments:

Post a Comment