Thursday, 12 April 2012

THE JAKUNNES: Part 1

Assalammualaikum...Hai Darl.

Sekarang ni im about to sharing story of mine as stated on the title 'The Jakunnes'.. Sapa tak tau apa itu yang dimaksudkan dengan 'Jakun'?? Okeh, jakun ni bermaksud perlakuan, atau keadaan, atau situasi atau apa apa saja lah yang mentafsirkan tentang sesuatu yang kita tak pernah alami atau lalui atau temui atau apa apa saja lah. Korang paham tak dengan apa yang aku cuba sampaikan nih?? Tak paham?? OMG,,Saya tak salah kan kamu kalau tak paham pun dengan penerangan tersebut, sebab saya sendiri pun tak paham apa sebenarnya yang saya cuba sampaikan..hikhikhik. Tapi takpe, jagan risau okey..Mungkin lepas baca kisah saya nanti secara otometik korang akan paham dengan sendiri apa itu Jakun.

11hb bersamaan dengan hari rabu lepas, saya dengan rajinnya mengajak kawan sekolah dulu keluar teman saya perfoya foya di kolumpur. Maklum la hari tu kan cuti sempena dengan birthday agung. Asalnya saya ajak diorang datang subang, nanti saya pick up dirang dengan White LOLA. Tapi diorang tak nak datang sini, sebaliknya saya yang kena pegi kolumpur sana. Okey fine, tak kisah lah. Lagipun pi kolumpur sana lagi best kt, lagi lagi kalau pi shopping pakaian atau tudung dekat Masjid Jamek...marvolusssss u!! huhu.....

Al kisahnya, saya tak reti nak drive sorang sorang pi kolumpur sana tu. Dah la tak tau jalan, jalanraya kat belah belah sana plak dah confirm la sesak nafas tahap gaban. Jadi saya pun cakap la dengan diorang saya naik train je. Diorang plan nak jumpa kt Pavillon. Fuhhyooo.....Pavi tu. Serious wa cakap lu, seumur hidup wa ada kat Selangor nih wa  belum penah kt jejakkan kaki putih+kecik+cantik wa nh kt sana. Lalu depan pun tak penah kt....(haaa..kan dah terserlah betapa jakun nya saya). Awal awal lagi diorang dah sampai. Saya plak masih lagi terkial kial duk tunggu train kt stesen sg.Buloh. Diorang tanya tau tak macam mana nak pi sana sebab diorang dah sampai sana. Saya dengan berbesar hati menjawab, 'tak sure tapi tau tau, nanti sampai KL sentral saya msg'...Sebenarnya tak biasa sangat pun, sampai je KL sentral, lutut dah mula ketar, hati debar debar, takut tersalah jalan, maklumla jalan sorang sorang. Tapi masa tu buat buat maca orang dah biasa. Tangga pun tak tau belah mana, keluar train saya ikut je crowd, sebab dah tentu la orang ramai akan menuju ke arah pintu keluar.huhuuhu..

Kawan saya tu dah penat sangat tunggu ketibaan saya, jadi diorang pun dengan baik hati cakap yang diorang akan datang kat saya (masa tu masih kat KL sentral lagi). Okey fine. Bagus lah kalau diorang datang jemput. Maklum la i kan Datin perasan Diva, mesti la berjemput baru la kelas uuu......(terbajet sudaaa). Minah tu plak cakap jumpa kt stesen putra. Adeiii.. Blah mana plak dah, jenuh gak saya duk pusing pusing jalan jalan kat depan tu cari mana pintu nak masuk stesen putra. Last last tersesat kat dalam gerai gerai menjual pakaian. Sempat lagi saya singgah beli sehelai baju..hahhaha. Dah penat jalan dan dah tak tau arah tuju, buat muka tak malu pi tanya awek sale marketing product telecommunication mana arah nak pi stesen, rupa rupanya masa tu dah berdiri kat depan kaunter tiket pun. Bapak malu gila. haha... Kemudian pi la beratur nak beli tiket, sampai je depan kaunter tiket yang saya nak tu terpaksa beli dengan mesin.. Adeiii... Ternganga saya kt situ sebab tak tau macam mana nak guna mesin tu. Apa lagi buat muka tak malu seruh orang kat depan tolong buatkan lah...hikhik. Malu kt sebab berderet orang duk beratur kat belakang tengok kejakunan saya menggunakan mesin beli tiket tersebut.. Sadis betul la kalau jalan sorang sorang kat tempat orang penuh sesak macam kat situ.

Nak masuk stesen tu satu hal plak, tiket tak pakai kad yang macam naik train KTM tu tapi guna coin. Coin yang macam orang guna untuk bermain kat funfair tu. Sebijik macam tu lah. Lagi sekali saya tak tau macam mana nak guna. Tapi kali ni saya dah tak tanya orang lagi dah. Masa nak masuk tu, saya buat buat duk texing someone using my phone, padahal mata duk perhati kan orang macam mana diorang masuk guna coin tersebut. Rupa rupa nya scan je coin kt tempat yang tertera gambar coin tu. Senang je...hehehehe. Pada hari tersebut saya berasa tersangatlah jakun nya saya menggunakan kenderaan awam kt Malaysia nh. Tu blum masuk bab mana Lrt, mana monorel lagi. Yang saya tahu hanya la KTM sahaja.....

Tapi jakun sekali tak bermakna akan jakun selamanya. Sekali dah merasai lain kali dah tak kekok atau blur blur lagi dah kalau nak naik kenderaan sedemikian. K lah, cerita sudah, meh kita cuci mata tengok gambar saya yang suka bajet lawa cantik kurus nh...hehe

Teh o ais adalah feberet saya, Tapi ini bukan minuman saya pada hari itu. sekian


 Tak penah kt pose dekat sign brand guess. =)




Cik adik comel ni la yang terang kan satu satu tentang kenderaan pada hari tersebut. Tyvm!


Ni kat depan Midvalley, tunggu teksi, pun jakun jugak. Tapi bukan sorang sahaja. Kami tak tau pun kt stu kana beratur ikut turn baru boleh dapat teksi. Ikutkan nak main masuk je teksi yang ada kt depan kami tu...hhuhuuu


Stress sebab tak mampu nak beli handbag yang cun melecun tu..

Ni gambar masa makan kt Warung dalam Midvalley. Cik adik comel sebelah saya tu yang belanja. Tyvm dear!

Okey lah...eh eh jap. Kalau korang nak tahu punya la banyak jalan hari tu, masa dalam perjalanan nak balik rumah, wedges saya putus...hahhhahaha. Tapi nasib baik masa kt Vincci tu beli kasut, selamat lah...heheh.

Sekian...........


1 comment:

  1. Ida...=D ƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑ=D
    Baik punye entry...

    ReplyDelete