Saturday, 16 November 2013

THE RED WARRIOR

Hai....

Cerita yang berkurun terperap baru sekarang nak update. Ok sebenarnya entry kali ni nak cerita tentang pengalaman pergi stadium menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2013 antara Kelantan lawan Pahang. 
Dan seperti yang seluruh penghuni Malaysia sudah sedia maklum bahawa pemenang untuk perlawanan tersebut adalah milik negeri Pahang Darul Makmur. Tahniah dan syabas dari saya jiran negeri sebelah.
Walaupun kecewa tapi tu lah adat perlawanan kadang kita menang kadang kita kalah, jadi terima lah kekalahan dengan rela hati. Tak mau ngamuk ngamuk tak bagus untuk kesihatan...

Sebenarnya tu la pertama kali aku jejakkan kaki ke perlawanan akhir bola sepak. Sebelum ni cuma tengok kat dalam tv je. Dah banyak kali dah hajat hati nak kesana tapi semuanya tak kesampaian, tapi alhamdullilah akirnya sampai jugak. Tu pun sebab hubby kena tunaikan janji dia.

Alkisah malam perlawanan separuh akhir tu hubby ada cakap 'Baru je nak tempah tiket g final tapi nampak gaya mcam tak ada harapan je...' sambil muka sengih perli aku yang macam dah kebulur nak rasa kehangatan dan kemeriahan suasana kat stadium.
Sebab nya masa Kelantan main separuh akhir hari tu, memang dah macam tak ada harapan, masa awal game semua yang kat dalam rumah macam eksited gila Kelantan akan g final. Tapi bila separuh masa pertama pun masih kosong lagi, semua pun macam hampa. Masa tu pihak lawan dah ada mata terkumpul lebih 1 mata dari Kelantan. Dah masuk minit ke 80 baru la Kelantan masukkan gol dan sekaligus melayakkan Kelantan ke final..Memang macam suprise gila lah.


Ni muka masa baru sampai kat stadium shah alam. Masa ni hujan lebat gila dan terpaksa masuk bawah khemah gerai kat sekitar luar stadium tu. Semua pun duk berhimpit himpit macam sardin. Tapi nasib baik sebab tim kami masuk bawah gerai yang jual barang Kelantan dan Pahang. Jadi tak ada la rasa bersalah sangat.

Disebabkan dah tahu jalan jem teruk gila, kami pergi sana naik motor. Bayangkan masa tu baru pukul 3 petang tapi jalan dah jem teruk gila. Nasib dengan motor, walaupun jem jugak tapi tak ada lah stress macam orang yang kat dalam kereta.

Sampai sana terus hujan turun lebat gila. Masa ni kami belum ada tiket pun lagi...hahhaha. Memang gamble gila. Pusing sana sini, terjumpa la beberapa orang ulat yang jual tiket. Harga asal rm40 je, tapi ulat tu jual rm90. Gila mahal nak mampus kan. Pastu ada yang jual rm80, rata rata jual rate harga tu. Dan rezeki kami murah sikit kt, jumpa dengan geng ni nak jual tiket rm65 je. Agak mahal tapi time macam ni mimpi la nak dapat rm40. Tapi diorang cuma ada 2 je. Terus ambik sebab takut tak dapat dah harga rm65. Kami berempat kena cri lagi dua, last dapat jugak 2 keping rm130..

Masuk stadium punya la awal gila. Bayangkan pukul 4.30 masuk, seat belah penyokong Kelantan dah hampir penuh. Serius memeng dahsyat sangat. Game pukul 8.45 pm kira sendiri lah bapa jam aku duk terperap kat dalam stadium tu. Nak jalan pergi cari makanan pun tak berani sebab orang bersesak sesak, ramai lelaki pulak tu. Jadi duduk je la kat tempat tu, bukan atas kerusi ya tapi kat atas tangga sebab kerusi semua dah penuh.



Bila dah berejam kat dalam tu apa lagi aku dengan adik aku asyik duk osing je lah. Hubby pun layan sekali ya lah sebab bosan tak ada buat apa apa pun. Pastu kadan kadang ada la penyokong Kelantan dan Pahang duk bersorak menyanyi dan macam macam lah gelagat manusia dalam stadium tu.








Masa game bermula hujan memang lebat teramat sangat. Nasib baik kami duduk dekat tingkat atas ada lah jugak bumbung sikit kat atas kepala jadi tak ada lah basah lencun macam orang kat bawah yang memang berhujan dan basah kuyup...
Malam tu Kelantan macam main tak best je, dan langsung tak ada goal untuk Kelantan sampai la dekat minita akhir masih jugak kosong, hubby tanya nak tunggu samapi game tamat atau nak balik sekarang, kalau kelua sekarang jalan tak jem lagi, Kelantan dah memang kalah ni..haha
Lagi 15 minit game nak habis aku dengan hubby dah cabut, ingatkan kami je yang balik awal rupanya berlambak lagi yang dah dekat pintu keluar. Hahaha... kami pun terus berlari menuju ke tempat parking motor dan cepat cepat blah...

Memang agak kecewa jugak la malam tu. Dah la tu pertama kali aku tengok live kat stadium, dengan hujan jebat gila, berasak asak pastu tiket pulak mahal nak mampus, tapi last last kalah. Hampeh je rasa malam tu. Masa on the way balik, hubby tanya puas hati tak tengok game live kt stadium, aku cakap emm puas la boleh dengar dan tengok gelagat penyokong Kelantan yang dah macam penyokong kipas-susah-mati, sambil kami gelak gelak. Kemudian aku pulak tanya dia, puas hati tak, dia cakap...

'walaupun kecewa dengan team TRW tapi puas hati sebab dapat tengok dengan isteri tersayang'
.........
Terharu kejap bila dia cakap macam tu, terus peluk dia rapat rapat sebab masa tu tengah kat atas motor.
huhu....

Pertama kali dan terakhir kali pergi tengok bola dekat stadium.
Pape pun.. GOMO KLATE GOMO.

Cake Chocolate Caramel @ kek coklat puding

Assalam mualaikum....

Hai...

Today mood nak update entry pasal cooking. Actually kek tu buat minggu lepas. Tapi minggu ni baru nak update..huhu. nampak sangat gaya seorang pemalas, rajin hanya pada masa masa tertentu je. Apa apa pun tak kisah lah...

Kek ni sebenarnya request dari hubby. Masa tu dia duk syok layan fb, tetiba jumpa page yang p tayang gambar kek tu. Bila hantu coklet nampak coklet terus berhantu la jadi nya...(amboi ayat kutuk suami...hihihihi). Terus buat muka kesian dan simpati pastu cakap....

 'awak tengok kek ni...emmm sedap nya kalau dapat makan kek ni kan' sambil muka sengih sengih. Tengok muka pun dah boleh baca.

'awak nak makan ke?' aku pulak buat buat tanya.

'awak pandai buat ke? bahan bahan ada kat umah tak? betul ke awak boleh buat kek ni?'
Macam macam soalan dia tanya, dah memang sah la dia nak kek tu.

'kan kt fb page tu ada resepi dan cara nak buat, boleh la kot. Kek coklat dah penah buat, tapi gabungan macam tu belum penah buat lagi. Tapi tengok cara boleh kot....lagipun untuk awak, semua pun boleh'
cewah ayat...berlagak gila. hahhaha.. bajet semua boleh, padahal kek coklat yang aku buat sebelum tu, keras nak mampus, bantat dan langsung tak mengiurkan. Nasib la, bila bukan pakar yang buat tapi cuma berbekalkan kerajinan dan kemahuan untuk puaskan kehendak si suami.. poyo jap....

Meh kita tengok rupa kek t dulu, kemudian baru kita tengok resepi dan cara pembuatan nya okei.


Layer atas ialah puding gula hangus atau caramel. Yang ni sama macam puding gula hangus, cuma buat nipis sikit dari kek gula hangus sebab just nak jadikan macam topping je.


Ni rupanya setelah keluar dari pengukus dan diterbalik kan masa masih panas panas lagi sebab takut bila dah sejuk nanti susah nak keluarkan dan terbalik kan macam ni.


Waaahhh...serius sedap dan sangat super marveloss.


Kalau tak percaya akan kesedapannya sila la cuba buat sendiri. Memang tak rugi buat ni. Kos murah, senang cepat dan yang paling penting memang sedap untuk dijadikan sebagai santapan mulut korang. Serius..
Kt bawah ni resepi nya:

Bahan karamel:
2 sudu besar gula dijadikan karamel

Bahan Puding:
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji telur
sedikit esen
* Semua bahan di atas dipukul lembut.

Bahan kek:
Bahan A:
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
* Semua bahan di atas dimasak sebentar di atas api.

Bahan B:
11/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
* Semua bahan di atas diayak.

Bahan C:
3 biji telur - diblend.

Cara-cara:
1. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Ketepikan.
2. Masukkan bahan puding di dalam karamel. Kukus 20 minit dengan api sederhana.
3. Masukkan kesemua bahan kek ke dalam puding. Kukus 1jam atau sehingga masak.



Kan dah cakap bahan bahan nya sangat mudah untuk didapati. Selamat mencuba ya.

p/s: resepi dicedok dari fb Keloksi masakan. tq