Wednesday, 28 March 2012

MY FAMILY

Assalammualaikum.....hai darl.

Tetiba je terasa rindu kepada keluarga di kampung. Untuk pengetahuan, dah hampir setahun aku bekerje di Selangor. Pejam celik dah setahun aku kt sini ye.. Kadang kadang rasa macam dah lama sngat tinggal kt tempat orang ni, tapi kadang kadang pulak rasa cam baru je datang Selangor nih...Tah la belalang, bapak pun ngak tahu...hehe...

Tapi kan, kadang kadang tu pulak rasa macam nak je balik kampung, cari kerje kt sana dan terus tinggal kat kampung, lagi best kt. Maklum la aku ni asal dari kampung, bukan budak KL.Sebab tu la kemana pun pergi mesti kampung halaman la paling di sukai dan di senangi...

Back to the story, last day my mom call. Here our short conversation
mom ; ida, cuti nanti balik kampung tak?
me : cuti apa mak?? bila? kenapa?
mom ; cuti hari pekerje, 1 mei nanti la, balik tah?
me : laaaaa.......ingat kan cuti apa, sekarang baru bulan 3 la mak...
adeiiii.............

Kesimpulan dari perbualan singkat antara aku dan mak aku tadi ialah, nampak sangat kan aku ni dah lama sangat sangat dah tak balik kampung. Dan betapa tak sabarnya mak aku menunggu kepulangan anak dia ni, Yelah sekarang baru je bulan 3, ada masa lagi sebulan lebih kt baru la dapat cuti 1 mei tu. Dalam masa sebulan ni, orang lain tentu dah patpulohpat kali balik jumpa mak ayah kt kampung kan kan.... sob sobb sobb sedih...bukan aku anak yang tak ingat keluarga, tapi masa tak mengizinan. Tapi tu semua alasan kan kan....Nak seribu daya tak nak seribu dalih la cik ida oii...sendiri mau ingat lah!!!

........the family.......

Rindu nya nak main main dengan budak 2 orang tu, si auni yang super duper garang lagi kuat merajuk dan kakak dia yang super duper suka buat kecoh, si farisha  Bila tengok gambar gambar budak 2 ni, rasa macam sekarang jugak nak balik kampung...kalau la boleh...hehe. Nenek kami masih sihat kuat dan cergas lagi. Sangat bangga dengan dia. Kami panggil dia 'mokwo'.. Sayang mokwo..huhu.


ni gambar kami 4 beradik..

Aku anak kedua dari 4 orang adik beradik. Boleh di kata kan aku nh anak kesayangan gak lah...ecececeehh perasan sendiri...huhu


okeyy... tu je lah
Lepas karang citer ni, terubat la sikit sikit kerinduan kt mereka semua...

Monday, 26 March 2012

First Second Third or Forth

Assalammualaikum.....hai Darl.

Akhirnya dapat jugak aku cipta semula diari alam maya nh... Seperti yang tertera diatas, sebenarnya ni tah blog yang ke berapa aku dah buat. Tapi semua nya dah terkubur almaklum lah jarang jarang ada masa nak online, ngadap lappy ni pun bukan nya selalu. Jadi kesemua blog yang dah penah buat tu dah tak boleh nak ekses lagi dah. Macam macam punca lah, ada yang aku sendiri tak ingat password, ada yang email dah tak valid, ada saje lah penyebab yang menghalang nya....

Bila dah ada acct baru nh, nanti lepas ni boleh la aku share cerita apa apa yang aku rasa nak share lah. Sebenarnya aku ni jenis yang suka bercerita (bukan bercerita macam penglipur lara tuuu yaa..), masalah nya aku tak banyak kawan yang sudi dengar ceritas dari aku, jadi terpaksa la aku cari alternative lain untuk menceritakan apa apa hal yang aku nak cerita... ahhh apa apa je lah...hhuhuh

okey, sekian sahaja untuk kali pertama intro dari aku...