Thursday, 17 May 2012

Cream Cheese

Assalammualaikum....

Apakah itu Cream Cheese?? aku pun sebelum ni tak tau tentang kewujudan cream cheese, apatah lagi untuk mengetahui tentang kegunaan nya. Setakat cheece slice tu aku tahu lah, yang selalu orang letak dalam burger. Aku tak lah eksited sangat dengan burger cheese nih. Lemak tuu, kolesterol pun boleh naik..huhu.

Cream Cheese jenama Philadelphia adalah yang paling dikenali, mungkin kerana kehalusan, creamy serta kesedapannya kot. Sebab aku sendiri pun belum penah membezakan rasa jenama ni dengan yang lain. Tapi rasanya kebanyakan cheese cake mesti pakai jenama nih. Bahan ni salah satu dari produk tenusu. Lemak tak lah tinggi sangat, tinggi kalsium adalah.

****Cream cheese is one of America's most widely-consumed cheeses. Its soft creamy texture gives richness to cheesecake, frosting, bagel-toppers, and dips and makes wonderfully light and flaky pastry crusts. Along with these more well-known uses, cream cheese is a main ingredient in many savory dishes as well as desserts.

Mat salleh banyak lah guna bahan ni dalam makanan seharian mereka. Dan penghasilan cream cheese di Malaysia adalah sangat terhad. Tak banyak pun pengusaha yang hasilkan produk ni dalam pasaran mereka. Sebab market Malaysia tak masyuk macam kat negeri matsalleh sana tu. Tak berbaloi pengusaha nak ambik risiko hasilkan bahan nih. Lagipun mungkin raw material kat negara kita tak mencukupi serta mahal untuk diperolehi.... cehhh, cam bagi tulis report plak..hahahhah. Well, im Food Technologist u...huhu.

Sebenarnya apa yang aku cuba nak sampai kan adalah megenai kekecewaan aku pada hari ini. Bajetnya malam ni nak pi tengok wayang. Maklum la hari rabu kan tiket murah, dah kebetulan pulak production kt kilang tak banyak, kerja tak penat pun. Tapi yang hampeh cam tong gas kosong nya, kawan aku yang aku duk beriya ajak, tetiba cakap ada hal malam nih..Aduuiiii. Memang rasa geram gila. Sabar je lah. Ok la fine kalau dia ada hal, aku ada back up plan in case kalau this situation happen Plan nak buat cream cheese cake...hhuhuuuhu.

Dah plan nak buat kek, apa lagi lepas habis kerja terus menuju ke pasaraya berdekatan untuk mencari bahan bahan yang diperlukan. Bahan terpenting adalah Cream Cheese. Mula mula aku pi Econsave, (kat kelantan plak Econjaya) kat sini banyak jugak la jual barang barang basah seperti, ikan, sayur, ayam dll. Tapi malang nya, pasaraya nih tak jual apa yang aku cari. Hampehhhh...

Ok fine, pi plak pasar raya borong Segi (macam NSK), kat sini banyak jual borong. Sekali pandang nampak cam gudang la. Macam macam ada, kat dalam hati duk berdoa apa yang dicari akan dijumpai disini. Pun tak jual jugak.

Dalam perjalanan balik rumah jumpa lagi pasaraya mini macam Segi dan Econsave tu, nama nya Pasaraya Big. Aku tak tau nak kata apa, rasa macam nak hentak hentak kaki kat dalam kedai tu nak mengamuk marah tak puas hati sebab pehal tak mau jual Cream cheese kat dalam kedai tu... Nasib baik masih waras yang aku nih dah tua dah tak sesuai buat macam tu...huhu

Last last balik rumah dengan perasaan kecewa hampa. DOUBLE FRUSTRATION lorrr... Ingatkan duk kat kampung je susah nak cari benda alah nih, tapi rupanya kat bandar sini pun susah jugak..

mood: frust teramat.....

No comments:

Post a Comment