Saturday, 28 April 2012

Perlu ke menipu?? -OFFICEMATE 1

Assalammualaikum...........

Hari ni sekali lagi sedang mengalami mood yang negative (ikutkan memang negative je memanjang). Hari hari mesti ada je hal yang boleh menyumbag kepada unsur unsur negative dalam hidup..haihhh. Sebenarnya sendiri pun tahu mengeluh tu tak baik, dari segi agama mahu pun kesihatan..huhu. Tapi, tu la kita, terutama aku, bila ada hal atau masalah tak sah kalau tak mengeluh. Tapi bukan macam keluhan macam apek yang tak mampu bayar hutang along tu ya. Biasa lah, dah lumrah. Mesti semua orang pun penah mengeluh gak, tipu sangat sangat la kalau cakap dia tak penah mengeluh. Penat buat kerja rumah pun boleh menghasilkan keluhan jugak...kan kan??...hehe.

Seperti yang para pembaca sedia maklum, atau jika ada yang masih belum mendapat apa apa makluman lagi, kat tempat kerja aku, aku dalam bahagian production @ QC dept. Office aku aras 2. Kat office tu cuma kami bertiga je la. Aku, si polan A dan si polan B. (sengaja tak mau tulis nama sebenar polan polan tersebut). Dua orang polan ni, berkawan sangat baik, dah macam adik dengan kakak. Tapi polan dua ni berlainan agama la. 1 Melayu dan 1 lagi Cina.

Dan kebanyakan masa, polan berdua ni selalu la duk berborak borak mereka berdua sahaja. Sampai kan kehadiran aku kt dalam office tu dah macam halimunan. Satu benda je yang aku tak paham, kenapa mereka tak suka bercakap atau bercerita dengan aku?? suka buat buat muka, kalau sibuk sangat pasti akan mengeluh bila tengok aku. Dan yang aku tak leh terima, kebanyakan hal hal kerja hanya polan berdua ni sahaja yang menguruskannya serta mereka selalu berbincang sesama mereka sahaja. Bergelak ketawa, kongsi makan minum bersama sama. Oitttt oittt...Jangan nak pikir yang aku ni jeles k.. Sikit pun tak. Serius cakap, sikit pun tak jeles la weiii...

Dah banyak sangat kejadian yang membuktikan mereka tu adalah sangat tidak suka kehadiran aku (mungkin, bukan perasaan sendiri semata mata). Penah je, mereka berdua sedang bercakap, aku turut menyampuk jugak, maklumla dah cakap dalam office tu kami bertiga dan lagipun aku ni tak pekak atau bisu, sudah pasti la akan menyampuk gak. Tapi, sorang pun tak layan percakapan aku. Buat buat tak dengar adalah, pastu gelak gelak. Memang sah la tak suka. Dan salah seorang polan tu, suka sangat cakap bohong, apa motif dia buat macam tu aku pun tak tahu. Kadang kadang penipuan yang...tah la cam senang cakap, tak ada motif!!

Salah satu contoh penipuan yang tak bermotif berlaku adalah seperti hari ini. Tadi, waktu pagi bos ada turun production, gaya macam ada perubahan untuk dia punya ramuan untuk buat minuman. Dia cuma berbincang dengan si polan A tu je, maklum la sama sama berbangsa cina dan lagipun A ni macam ketua production la. Kami kalau bos turun production, masing masing memang ketar lutut lah, tak tau apa nak buat. Dan bos aku memang sensitip bab bab kebersihan dalam kilang. Aku penah je dapat surat reminder dari dia sebab tak control orang bawah buat cleaning...Haahahhaha. Tak kisah pun, bak kata kawan aku (budak HR dept)...'alaaa, tu baru surat reminder dari bos je, bukan surat mahkamah, apa nak takut...) sempoi gila minah tu, tapi bila dah dengar ayat dia tu, betul jugak. Buat apa nak takut, cool sudaahhh.

Setelah bos selesai urusan dia kat production, terus dia naik menuju ke office dia. Dan aku rasa kedatangan dia bukan nak cari salah orang, jadi pagi tadi aku tak dengar pun berita tentang kemarahan bos. Si polan A dan B ni pulak, lepas je bos naik, bermesyuarat la mereka berdua kat lab. Sebab masa tu aku ada kat dalam office, nak privacy kot. Bila dah agak lama diorang kat sebelah, aku pun sengaja pi masuk lab, buat buat ada kerja. Masa tu aku tengok si B menangis, macam teruk jugak gaya dia menangis. Aku dengan perasaan ambil berat serta menyibuk buat manis mulut bertanya kenapa. Si B tak jawab 'tak de apa lah, tak ada pape pun' sambil senyum sinis. Si B pun sama lah. Dah orang tak nak cakap, biar je lah tak kan nak desak pulak. Tak lama kemudian A masuk office dan bagitau aku 'B tu nangis sebab bos la, bos marah dia sebab tak jaga kebersihan, tak buat cleaning elok elok'...... Perghhh.. ayat cam nak perli aku je, maklum la aku kan dah dapat reminder dengan bos. Bil dia cakap cam tu, kat dalam hati terus cakap,'' alah kena tegur dengan bos sikit pun dah nangis, bajet manja la tu. Aku ni siap kena reminder lagi, tapi still gak cool tak nangis pun''.

Kemudian, petang tadi masa kat production, aku agak bosan jadi aku pun pi la melayan pekerja kat bawah. Duk cakap cakap, tiba tiba si myanmar ni tanya B mana. Aku tanya la kenapa tanya B. Lantas dia pun cakap. Tadi masak kat dalam bilik filing jus minuman, si nepal ni hayunkan tangan kebetulan B lalu kat belakang, apa lagi tangan budak Nepal tu terkena kt punggung B lah. Kuat kot hayunan budak tu. Apa lagi, menempik la B marah kat budak tu. Nepal tu hanya mampu tersenyum sebab dia tak bersalah, itu adalah eksidennn semata. Hahhhahaha. Rupanya yang part menangis tu dia cerita tentang kejadian tersebut kat kakak dia.

Dari cerita kat atas, cuba korang pikir, apa motif sebenar dia cakap B kena marah dengan bos. Salah ke kalau cakap sebab yang betul. Sekurang kurang nya lain kali aku pun boleh berjaga jaga serta berhati hati agar kejadian sebegitu tak menimpa aku. Memang lepas tahu cerita sebenar aku tertanya kenapa dia perlu tipu. Padahal bukan benda besar pun. Not a big deal laa...... Dan aku terus tak ada mood serta perasaan untuk bercakap dengan mereka. Tahu la korang berdua kawan baik rapat tahap gaban, tapi agak agak la dengan orang sekeliling. Menyampah gila bila tengok mereka, yang aku paling tak suka bila aku ni dilayan macam halimunan. Mentang mentang la diorang ada geng....

Kalau nak di ceritakan, memang banyak la kejadian atau perkara yang melibat kan mereka berdua yang boleh buat perasaan tak best wujud dalam diri aku. Kat tempat kerja, memang jarang sangat aku nak stress dengan kerja, kebanyakan stress aku melibtkan mereka berdua. Bukan sengaja nak burukkan mereka, tapi memang hakikat apa yang aku rasa.

OKEH...SEKIAN. TERIMA KASIH =)

No comments:

Post a Comment