Sunday, 5 March 2017

TRY TO CONCEIVE part2

Hai....

Assalamualaikum...

Just another frustration regarding to me trying to conceive. hurmm. As my plan aku sebolehnya cuba untuk mengandung sebelum tamat bulan mac ni. Tapi sekarang dah tengah bulan mac dah pun, tanda tanda ke arah itu masih belum muncul lagi. Macam tinggal harapan je.

Adakah sebab aku sendiri yang kurang berusaha? atau usaha yang dah dilakukan tu tak seberapa sangat pun lagi, maksudnya perlu dipertingkatkan lagi usaha ni.
Entah lah...aku sendiri pun tak dapat jawab.

Walau jawapan yang pasti ialah kerana belum rezeki dari Nya lagi. Aku pilih sampai bulan mac sebab kalau ikut bajet perkiraan aku kalau aku nak anak lahir tahun ni jadi bulan mac bulan last untuk aku start mengandung. Ya lag, kalau mengandung bulan mac jadi anaknya akan lahir di hujung tahun 2017. Tapi kalau mengandung selepas bulan mac jadi anak yang bakal lahir tu akan lahir pada tahun 2018 bukan 2017. melainkan kalau kes lahir tak cukup bulan..

Sampai sekarang dah nak masuk 2 tahun 8 bulan sejak dari Ammar lahir hingga sekarang aku masih belum lagi ada tanda tanda untuk hamil. Kadang rasa agak kecewa jugak bila tiap kali datang period.

Tapi mungkin salah aku jugak sebab perancangan yang tak berjadual dan jugak gaya hidup pun macam tak berapa nak sihat je.

Dari pembacaan aku, banyak faktor yang mempengaruhi kesuburan seseorang wanita tu. Dan kesuburan jugak bergantung kepada hormon dan setiap wanita cara perembesan atau pengeluaran hormon masing masing tak sama.

Dan on top of that, tentu tentu lah rezeki zuriat setiap orang berbeza walau usaha yang dilakukan sama.

Nurse pun pernah bagi nasihat kat aku tentang bagaimana nak dapatkan waktu yang ideal untuk melakukan hubungan laki bini, dalam erti kata lain waktu subur wanita la. Selain dari 14 hari sebelum tarikh period akan datang tu.

Maksud 14 hari dari period akan datang ialah contoh kalau aku period 30hb setiap bulan (anggaran kasar la, mungkin kadang 29hb atau 31hb) jadi 14 hari sebelum sampai tarikh 30hb jatuh pada 16hb kan. Jadi pada tarikh 15hb, 16hb dan 17hb tu adalah merupakan tarikh yang paling subur bagi seseorang wanita yang normal.

Hari yang jatuh pada julat tarikh subur tu, sesuai sangat la kalau nak berhubungan intim dengan suami. Sebab masa selang 3 hari ni la peluang untuk berlaku persenyawaan tu agak tinggi.

Satu lagi cara nak detect waktu subur wanita ialah lepas seminggu dari tarikh period akan ada ketika tiba tiba kita terasa macam cecair keluar dari faraj. Macam keputihan tapi bukan keputihan. Cecair jernih yang takde bau dan agak banyak jugak la.
Tu tandanya waktu subur, dan seeloknya kena usaha bersama dengan pasangan kalau kita dah rasa seperti tanda tanda macam ni.

Tapi tu lah, kadang time time yang subur ni la ada je halangan yang muncul, kalau bukan sebab suami duk lepak dengan kawan kawan, mesti sebab bergaduh tak pun selisih faham. Kalau dah gaduh atau selisih faham, sah sah la malam tu tidur peluk bantal je...ehh ehhh..hal kelambu nih..hahhahaha

Lelaki pun salah satu faktor jugak sebenarnya, bukan nak kena tunggu waktu subur perempuan je. Lelaki pun kalau amalkan gaya hidup kurang sihat, umpamanya merokok dan badan penat pun boleh mempengaruhi tahap kesuburan mereka jugak.

Pernah teringin nak beli dan cuba beberapa produk yang ada duk jual dipasaran tu. Tapi aku takut pulak nak mencuba. Tambahan pulak tak tahu produk mana yang betul betul berkesan. Lagi satu aku ni pulak bukan jenis yang konsisten. Pernah beli produk kosmetik yang macam vitamin tu semua, tapi tak pernah nak habis makan, sehari dua je beriya lepas tu entah kemana dah. Last terbiar je macam tu, dah tu macam mana nak dapat hasilkan...huhu

Tak salah pun kalau nak berusaha dengan amalkan makan produk kesihatan yang dikhaskan untuk kesuburan wanita. Dan memang ada diluar sana produk yang betul betul berkualiti dan boleh meningkatkan tahap kesuburan suami dan isteri, cuma kena rajin mencari dan buat research dan yang paling penting kena la melabur sikit.

Macam aku nih yang tak berapa nak melabur guna je la teknik semulajadi...hihihi.



LOVE,
Mcdaa


No comments:

Post a Comment