Wednesday 1 March 2017

KETUPAT SOTONG KELANTAN

Hai....

Dah lama tak masak atau makan ketupat sotong ni. Ketupat sotong ni biasanya terkenal di Kelantan dan Terengganu, tapi ada jugak penggemar ketupat sotong ni yang bukan berasal dari Kelantan. Dalam keluarga aku pulak, boleh dikatakan semua pun suka dan gemar makan ketupat sotong ni. Ketupat sotong ni bahan utamanya ialah sotong, pulut, santan dan gula melaka. Mudah dan ringkas je bahan bahan untuk masak ketupat sotong ni.

Tapi tu lah, sotong sekarang mahal sangat. Kalau teringin nak makan ketupat sotong tu, sebaiknya buat sendiri lagi jimat dan boleh makan ramai-ramai. Selalu dalam bulan puasa banyak peniaga yang menjual ketupat sotong ni. Ya la, bulan puasa kan sotong macam ni senang sangat nak mengugat keimanan seseorang tu supaya membelinya..hihi

Pernah dulu aku beli ketupat sotong ni yang dah siap masak, 3 ekor yang besar sedang sedang je dah berharga RM7. Bagi aku harga ni agak mahal sangat kalau nak dibandingkan dengan harga sotong tu sendiri. Tapi ye lah, kalau dah teringin sangat nak makan sendiri boleh la beli sekali sekala. Tapi kalau untuk menjamu keluarga atau kawan kawan buat sendiri lagi terbaik dan puas hati.

Nak masak ketupat sotong ni bukan susah sangat pun. Cuma kena gigih dan sabar lebih. Sebab apa kena gigih dan sabar, sebab nanti nak kena isi dalam perut sotong tu dengan beras pulut dan kemudian kena ''pin'' kan kepala sotong tu balik setelah selesai isi perut sotong tu. Bab ni yang kena gigih dan berhati hati sikit, kalau jenis yang tak sabar memang akan mengaku kalah awal awal lagi. Banyak kot nak ini beras pulut lagi, nak main cucuk cucuk kepala sotong tu lagi, cucuk kepala sotong tu agak mencabar sikit sebab sotong kan licin jadi kena betul betul gigih.

Bagi pendapat aku kalau nak buat sotong ketupat ni, eloknya guna sotong yang saiznya sedang sedang je tak kecik dan tak terlalu besar. Tapi sesetengah orang tu ada yang gemar saiz sotong yang besar besar, kata diorang makan yang sotong besar ni baru puas hati. Tapi aku tak gemar sangat makan yang bersaiz besar. Sebab bila ketupat sotong ni dah masak, beras pulut yang kita masukkan dalam perut sotong tadi tu akan mengembang. Kalau guna sotong yang besar, isi pulut dalam sotong itu akan jadi banyak dan lastnya terasa macam makan pulut je sebab selaput luar sotong tu kecik banding dengan jumlah pulut. 
Korang faham ke tak eh..hihi



Ni gambar sotong yang dah siap dibersihkan dan disumbat dengan beras pulut. Sesetengan orang bila dia cuci sotong dia akan buang sekali kulit lapisan luar yang macam ada warna purple tu, jadi sotong tu akan nampak macam putih suci je kulit luar dia tu. Aku pulak tak suka buang selaput kulit luar ni, macam tak feel pulak kalau buang semua selaput kulit kat luar tu, jadi aku biarkan je sebab takde efek sangat pun buang atau tak selaput kulit luar sototng tu.
Kalau boleh nampak, di kepala sototng tu macam ada lidi kan. Ha..ni la bukti kegigihan nak mencantumkan balik kepala sotong yang kita dah cabut masa bersihkan sotong ni. Tujuan utama kita cucuk kepala sotong dengan lidi tu sebab nak pastikan pulut yang diisi dalam perut sotong tu tak terburai keluar je. Dan lagi satu untuk pastikan kejadian sotong tu sempurna dengan kepala..hihi





Perghhh...sedap sangat. Kalau yang dah pernah rasa mesti boleh bayangkan betapa sedap nya ketupat sotong ni. Satu lagi, ketupat sotong Terengganu dan Kelantan agak berbeza sikit dari segi warna dan rasanya. Kalau ketupat sotong Terengganu diorang tak masukkan gula melaka tapi guna gula putih yang biasa tu. Jadi warna ketupat sotong tu ialah putih bukan yang macam dalam gambar ni. Dalam gambar ni aku guna guna melaka atau orang Kelantan panggil nise.
Tapi aku pun belum pernah lagi cuba rasa ketupat sotong yang warna putih yang guna gula biasa tu. Mungkin rasanya tak jauh beza sangat kot, cuma mungkin yang guna gula melaka ni lebih terasa lemak berkrim berbanding yang gula biasa tu. Entah, nanti aku kena cuba bandingkan rasa dia.


Aku kasi close up sikit rupa ketupat sotong yang dah dipotong. Yang ni sotong yang bersaiz sedang sedang je tak kecik dan tak besar. Macam yang aku katakan tadi, bagi aku paling sedap makan ketupat sotong yang saiz sedang sedang macam ni. Sebab masa kita potong sotong ni, kalau saiz dia sedang elok je jumlah pulut yang diselaputi dengan sotong tu ngam ngam dimakan. Kalau sotong besar, kuantiti pulut tu akan jadi lebih banyak dan selaput sotong takkan memuaskan rasa tekak korang. Ha...lebih kurang gitu la perbandingannya. Tapi kalau sotong kecik kecik lagi best jugak, terus ngam je sekor sekor ketupat sotong tu...ni baru puas hati..hahhaha. Tapi time nak mengisi beras pulut dan nak mencucuk lidi la struggle sikit...hihi

Baiklah ni aku nak share resepi ketupat sotong versi mak aku ya. Bahan bahannya mudah je dan cara nak buat ketupat sotong ni pun boleh tahan senang je.

Resepi ketupat sotong.

Bahan-bahan.
1 kg Sotong
1 cawan Beras pulut
1/2 cawan Gula melaka @ gula perang @ gula pasir
2 cawan Santan kelapa
3 biji Bawang merah dimayang
Sedikit Halia dimayang
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan
Lidi @ pencungkil gigi

Caranya: 
Bersihkan sotong. 
Ambik beras pulut dan rendamkan dalam santan kelapa (rendam 30 minit). Masukkan sekali bawang merah dan halia yang dimayang halus.
Kemudian isi beras pulut dalam sotong dan pastikan jangan terlalu padat. Supaya ada ruang untuk beras pulut untuk mengembang. 
Ambil lidi cucuk kepala sotong supaya bercantum dengan sotong.
Susun sototng yang siap diisi dalam periuk.
Masukkan santan ke dalam periuk berisi sotong hingga menutupi sotong
Masukkan gula  dan garam, dan daun pandan kemudian masak atas dapur hingga pulut masak. 

No comments:

Post a Comment