Tuesday, 28 March 2017

Homemade KFC versi Jimat

Hai...

Sekarang di Kelantan tengah heboh dengan penyebaran virus H5N1 dalam kalanggan unggas. Unggas ni termasuklah ayam, itik, burung dan segala haiwan yang sama spesis dengan yang disebut tu lah.

Virus ni merebak dengan sangat pantas, tapi dalam kalangan mereka je la. Dalam entry ni aku tak nak cerita panjang lebar atau detail tentang virus ni ya. Sebab sekarang ialah mood share resepi dan cara nak masak fried chicken di rumah ya. Bukan nak share cara cara nak elak virus ke apa..hihi

Zaman sekarang ni, kalau boleh semua benda aku nak buat sendiri, masak sendiri dan tanam sendiri supaya aku dapat berjimat dan tak terlampau boros sangat. Duit sekarang mengalir macam air paip je, asal bukak je keluar dan mengalir mencurah curah. Tapi datang nya macam hujan lebat, gedebuk datang bergolek golek duit masa dapat gaji. Tunggu sebulan lagi la baru gedebukk tu datang lagi.
Tapi air paip ni, hari hari duk main buka tutup buka tutup sampai kadang tak terkawal dan akhirnya kering sebelum gaji tiba...hihiih
Apake pelik sangat perumpamaan ni kan..hihi

Hari tu suami aku request nak makan KFC tapi sebab bini punya la berkira kira nak berjimat jadi datang la kerajinan untuk masak dan buat ayam goreng sendiri. Kita ni mak mak atau isteri mithali zaman sekarang nih, memang otak kena ligat tiap masa dalam apa jua perkara.
Bukan ligat apa, ligat untuk berfikir alternatif terbaik untuk cuba kurangkan penggunaan wang ringgit.
Kadang orang laki ni, sifat menyimpan dan berjimat cermat tu tak sama macam perempuan. Kita ni tiap masa fikir nak berjimat demi kelangsungan hidup. Tapi prinsip orang lelaki ni lain pulak kaedahnya. Diorang tahu cara nak mengurus masa masa tu je, dalam erti kata lain jarang yang berfikir kedepan. Contoh nya masa tu ada duit banyak, asal terlintas je apa apa kat fikiran mesti terus beli je tanpa berfikir panjang. Kalau perempuan spesis macam aku ni pulak, duk bertokok tambah dulu sorang sorang lepas tu baru buat keputusan beli ke tak.
Tapi tak dinafikan ada je lelaki yang tak macam tu. Yang jenis berfikir panjang dulu dan ambik kira pelbagai aspek sebelum buat keputusan untuk membelanjakan duit diorang. Sapa yang dapat laki macam ni sila jangan lepaskan ya, susah nak jumpa nih.

Mohlerr aku share cara aku masak ayam goreng rangup ni. Cara dan bahan dia senang je. Tentu tentu bahan ni ada kat dalam dapur korang. Tapi sebenarnya kalau nak dikira kira kan, bukan setakat jimat duit je kalau buat ayam goreng sendiri ni, dari segi keselamatan makanan dan kesihatan diri pun lebih terjamin. Sebab apa aku kata macam tu, sebab kita sendiri yang masak kita sendiri yang tentukan bahan bahannya dan kita sendiri yang kendalikan proses pembuatan dan jumlah kandungannya.

Dah kalau masak sendiri, jumlah garam boleh dikurangkan. Penggunaan minyak masak pun kita tahu dan boleh kawal, penambah perisa macam msg pun kita boleh skip dari makanan kita ni.




Bila suami dah tak sabar sabar nak merasa.

Kalau tengok yang real ni, serius korang akan lagi rasa more tempting then this one.

Bahan bahan ringkas untuk ayam goreng rangup ni ialah:

Ayam sekor yang dipotong ikut saiz kesukaan
Telur 2 biji
Tepung gandum secukupnya
3 sudu tepung beras
Serbuk kari
Serbuk lada
Lada hitam 
Garam

Sediakan magkuk dan campurkan semua bahan kering tepung, serbuk kari, lada dan lada hitam. Kemudian dalam mangkuk berasingan sediakan ayam yang bersih dan masukkan garam serta telur. Gaul sebati supaya ayam diselaputi dengan telur. Kemudian ambik ketulan ayam dan gaul dalam tepung. Golek golek dalam tepung hingga semua bahagian ayam diselaputi dengan tepung kemudian goreng dalam minyak yang panas.



Bila dah siap masak kalau nak lagi sedap taburkan dengan serbuk lada hitam sikit di permukaan ayam goreng tu. Memang rangup dan sedap. Tapi kalau nak lagi sedap boleh tambah serbuk paprika dalam adunan tepung tu nanti rasa dia lagi sedap.
Dan tambahan jugak, kalau nak ayam tu serap semua rasa rempah rempah tu, boleh perap ayam semalaman dan esok nya baru goreng. Tu adalah rahsia ayam goreng yang berempah dan rangup macam ayam KFC tu.

Untuk menu ayam goreng ni, semalam aku buat dalam separuh ayam je bukan sekor. Ayam sekor RM16 jadi baru RM8 dan tepung tepung serta rempah ratus yang memang sedia ada di dapur tu berapa ringgit je pun. Total semua tak sampai RM10 je, minyak masak pun masih boleh pakai lagi untuk buat goreng goreng. 

Tips jugak ni, lepas korang menggoreng ayam ni nanti minyak tu akan macam berkeladak sikit kat bahagian bawah. Itu biasa je, biarkan minyak tu dulu kemudian bila dah sejuk korang boleh tapis balik minyak tu guna penapis santan. Nanti minyak yang berkeladak tu akan clear semula dan masih boleh digunakan lagi.
Selamat mencuba.




LOVE,
Mcdaa



No comments:

Post a Comment