Hai….
Tak tahu dari mana nak mulakan dulu. Ada jugak perasaan
macam tak payah nak cerita dulu, tapi ada jugak perasaan yang nak sangat sangat
luahkan apa yang terbuku kat dalam kotak fikiran ni…Sekarang ni apa yang berada
kat dalam fikiran tu, sentiasa menyelubungi hidup ni.. ayat tak leh blahhh dah
keluar…huhu
Malas nak mengarut panjang terus direct to story je lagi
senang cepat dan mudah untuk di mengertikan.
Harap harap lepas dah taip ni
lepas la sikit beban kat dalam fikiran aku ni.. tapi tapi..benda ni bukan lah
terbeban yang macam tak tertanggung tu, yang ni beban ringan ringan je..
Cerita mengenai kemungkinan aku mengandung….ya mengandungkan
bayi kat dalam perut comel ni. Tak pe la nak mengandung pun kan dah ada bapak
yang sah…huhu
Cerita bermula masa balik kampong untuk sambut Hari Raya
Aidiladha tempohari la. Kami suami isteri ni bertolak balik pada malam Jumaat
bersamaa dengan 11hb Oct. Masa sehari sebelum nak balik tu tiba tiba badan ni
rasa macam tak sihat. Rasa mual, nak muntah, pastu pening pening kepala, macam
orang yang nak demam la.. Raya Aidilfitri lepas pun macam ni jugak, dua tiga
hari sebelum raya pun aku ada alami benda yang sama. Badan rasa lemah, tak
sihat, macam macam lagi lah. Terus aku fikir ooohh demam raya kot.
Sampai kat umah dah 12 hb, kalau ikut jadual period aku
patutnya dah sampai tarikh haid dah. Tapi tak dating haid. Tapi tu normal je
lewat sehari dua. 16hb aku ikut mak mertua @ mama, pergi kedai, kawan mama ada tanya
aku ni dah ada isi ke??
Balik je rumah mama cakap dengan kakak ipar @ kakak kot.
Pastu boleh pulak suami aku cakap betul kot sebab aku belum period lagi bulan
Oct ni. Ditambah pulak dengan keadaan aku yang lesu lemah dan tak bermaya tu,
memang kene dengan keadaan lah.
Terus la duk bajet aku ni mungkin ada isi. Tapi aku tak nak
letak harapan lagi, usia perkahwinan kami baru je dua bulan. Aku tak nak
terlampau berharap takut nanti kecewa, tapi kalau betul sah sah la akan buat
aku rasa happy tahap dewa gaban…hehehhehe.
Dah balik KL, 18hb aku buat test UPT. Result nya entah tak
sure. Jalur kedua tu macam ada tapi samar samar. Tunjuk kat suami dia pun cakap
Nampak dan jalur tu Cuma Nampak sikit je tak terang sangat. Ok. Aku dah mula nak
rasa nebes…nebes sebab ada baby kat dalam peryt nih…ohhh ohsem sangat.
Suami aku tu pun mula la berangan nak jadi bapak budak. Gaya
nya dah macam tak sabra benar nak dapat baby. Bila tengok keadaan dan gaya dia
yang eksited macam t uterus aku mula rasa macam risau pulak. Ya la belum sah
lagi aku ni betul betul mengandung. Test pun buat sendiri pastu result pulak
samar samar je. Takut nanti dia akan kecewa kalau result sebenarnya tak seperti
yang diharapkan.
Awal awal aku pesan dengan suami tolong jangan post atau bagitau
dengan orang lagi tentang khabar ni. Takut sangat nanti benda ni sebenarnya tak
berlaku dan akhirnya dia dan aku akan kecewa.
Dan akhirnya…semalam, 22hb aku dah period. Maka tamat lah sebuah episode cerita mengenai
kehamilan aku. Teantang suami aku, penerimaan nya….sah sah la tersangat kecewa….adeiiiiii.
SEKIAN.
No comments:
Post a Comment