Wednesday 23 October 2013

the pregnancy

Hai….

Tak tahu dari mana nak mulakan dulu. Ada jugak perasaan macam tak payah nak cerita dulu, tapi ada jugak perasaan yang nak sangat sangat luahkan apa yang terbuku kat dalam kotak fikiran ni…Sekarang ni apa yang berada kat dalam fikiran tu, sentiasa menyelubungi hidup ni.. ayat tak leh blahhh dah keluar…huhu
Malas nak mengarut panjang terus direct to story je lagi senang cepat dan mudah untuk di mengertikan. 

Harap harap lepas dah taip ni lepas la sikit beban kat dalam fikiran aku ni.. tapi tapi..benda ni bukan lah terbeban yang macam tak tertanggung tu, yang ni beban ringan ringan je..
Cerita mengenai kemungkinan aku mengandung….ya mengandungkan bayi kat dalam perut comel ni. Tak pe la nak mengandung pun kan dah ada bapak yang sah…huhu

Cerita bermula masa balik kampong untuk sambut Hari Raya Aidiladha tempohari la. Kami suami isteri ni bertolak balik pada malam Jumaat bersamaa dengan 11hb Oct. Masa sehari sebelum nak balik tu tiba tiba badan ni rasa macam tak sihat. Rasa mual, nak muntah, pastu pening pening kepala, macam orang yang nak demam la.. Raya Aidilfitri lepas pun macam ni jugak, dua tiga hari sebelum raya pun aku ada alami benda yang sama. Badan rasa lemah, tak sihat, macam macam lagi lah. Terus aku fikir ooohh demam raya kot.
Sampai kat umah dah 12 hb, kalau ikut jadual period aku patutnya dah sampai tarikh haid dah. Tapi tak dating haid. Tapi tu normal je lewat sehari dua. 16hb aku ikut mak mertua @ mama, pergi kedai, kawan mama ada tanya aku ni dah ada isi ke??
Balik je rumah mama cakap dengan kakak ipar @ kakak kot. Pastu boleh pulak suami aku cakap betul kot sebab aku belum period lagi bulan Oct ni. Ditambah pulak dengan keadaan aku yang lesu lemah dan tak bermaya tu, memang kene dengan keadaan lah.

Terus la duk bajet aku ni mungkin ada isi. Tapi aku tak nak letak harapan lagi, usia perkahwinan kami baru je dua bulan. Aku tak nak terlampau berharap takut nanti kecewa, tapi kalau betul sah sah la akan buat aku rasa happy tahap dewa gaban…hehehhehe.

Dah balik KL, 18hb aku buat test UPT. Result nya entah tak sure. Jalur kedua tu macam ada tapi samar samar. Tunjuk kat suami dia pun cakap Nampak dan jalur tu Cuma Nampak sikit je tak terang sangat. Ok. Aku dah mula nak rasa nebes…nebes sebab ada baby kat dalam peryt nih…ohhh ohsem sangat.

Suami aku tu pun mula la berangan nak jadi bapak budak. Gaya nya dah macam tak sabra benar nak dapat baby. Bila tengok keadaan dan gaya dia yang eksited macam t uterus aku mula rasa macam risau pulak. Ya la belum sah lagi aku ni betul betul mengandung. Test pun buat sendiri pastu result pulak samar samar je. Takut nanti dia akan kecewa kalau result sebenarnya tak seperti yang diharapkan.

Awal awal aku pesan dengan suami tolong jangan post atau bagitau dengan orang lagi tentang khabar ni. Takut sangat nanti benda ni sebenarnya tak berlaku dan akhirnya dia dan aku akan kecewa.

Dan akhirnya…semalam, 22hb aku dah period.  Maka tamat lah sebuah episode cerita mengenai kehamilan aku. Teantang suami aku, penerimaan nya….sah sah la tersangat kecewa….adeiiiiii.


SEKIAN.

No comments:

Post a Comment