Sekarang mood mau balik kampung sudah menebal. Aku kerja 6 hari seminggu, sabtu pun full day. Kadang kadang tak puas hati gak, maklumla orang lain best je dapat rehat rehat kat rumah hujung minggu, aku pulak hujung minggu cam hampeh je. Mana tak nya, sabtu kerja full day, dah tu kalau keluar Ahad pergi membeli belah atau cuci mata tengok pakwe hensem atau pergi bersiar siar kat kota raya habis kan minyak kereta, bila masa nak rehat plak?? tak ke hampeh kehidupan macam nih. Boleh buat otak aku rasa stress.
Motif cerita lain, bukan nak cerita pasal hari kerja pun. Sabtu ni @ esok adalah cuti umum. Sempena harijadi Agong, tu pun kalau tak silap lah. Jadi aku plan nak balik kampung, sebab tu la sekarang nih berada dalam mood nak balik. Tetiba teringat plak cerita kejakunan aku dengan ada aku yang telah terjadi pada bulan April lepas...huhu
Awal bulan April lepas, aku dapat call dari kampung bagitahu yang nenek saudara aku tengah nazak. Masa tahu berita tu memang terkejut gila gila lah. Sebab setahu aku dia memang sihat wal'afiat. Tapi ayah call cakap dia ada kt ICU. Pastu saudara semua dah dalam perjalanan balik kampung, saudara kat kampung pun dah siap berkumpul ramai ramai baca Yasin untuk dia. Nak tak nak aku pun kena balik jugak la.
Sepupu aku yang tinggal KL pun call pagi tu jugak cakap diorang nak balik kampung. Aku cakap la nak join balik sekali, dengan adik aku sekali. Tapi, rupanya diorang ni balik naik flight............adeiiii, mampus aku. Apa lagi call mak lah tanya macam mana, mak aku pulak cakap...alaaaa, ikut je la, takut nanti tak sempat kalau naik bus (6 ke 7 jam baru boleh sampai ke Kota Bharu kalau ikut bus)... Terpaksa la ikut.
FYI, saat ini adalah kali yang pertama aku menaiki kapal yang boleh terbang kat udara...syok pun ada berdebar pun ada (masa kecik2 umur 4 5 tahun dulu penah la naik, sebab ayah ditugaskan kat Sabah). Oleh kerana aku tak pernah uruskan hal perihal macam mana nak naik kapal terbang, semua hal aku serah kan kt sepupu, aku ikut je mana mana pun.
Kami berjumpa kat KL Sentral, dia beli tiket kat sana. MAS doww. Masuk je kat kaunter tiket, sepupu aku tempah tiket flight ke Kota Bharu, on the spot kot. Aku dah bajet kat dalam kepala otak dah, mau kena 2 3 ratus nih. hmmm memang sah sah lah RM306 per person. Rasa macam nak pitam je bila dengar orang kaunter tiket tu sebut harga....hahhahaha. Aku dengan adik aku saling pandang memandang antara satu sama lain dan diam seribu bahasa. Dua orang dah RM612, SEHALA!! Tak ke mampos kalau harga macam tu, kalau balik ikut bus tah tah boleh ulang alik ke Kelantan 4 kali sebulan kt........
Melayang duit gaji aku, buat shopping kan beshhhh......tapi apa boleh buat, emergency case, bukan selalu (ayat mak aku nak sedap kan hati aku..huhu).
Biasa lah, kalau dah nama nya JAKUN, memang tak hairan lah kalau aku asyik duk suruh adik aku tolong snap kan gambar. Maklum la, sampai kampung nanti nak cerita dengan orang kat rumah yang kami balik naik flight tuuu....hahahah (orang kampung yang jauh dari kota memang macam ni gaya nya)
Yang duk beratur kat depan aku tu ialah sepupu (silap2, mak sepupu tapi diorang lagi rapat dengan kami berbanding dengan sepupu sebab tu anggap sepupu, lebih rapat ikatan) dan nenek saudara aku. Ni masa nak masuk KLIA, kat pintu checking. Tah apa nama nya, well jakun tak tau apa apa pun, ikut je...
Haaa...seperti yang tertera kat belakang aku tu 'Perlepasan Dalam Negeri'. Orang tengok aku duk pose kat depan tu slamber je buat tak layan, jakun punya pasal. Kau ada?? hehe
Ni sepupu aku yang gaya dia ala ala mat salleh gitu. Cantik sangat. Tapi bila sampai kampung terus bertukar jadi macam anak dara kampung, boleh adaptasi dengan keadaan....
Duk menuggu kapal yang boleh terbang tu muncul. Lama betul menuggu nya, apa lagi pose lah kerja nya...
Sebab saya jakun tak penah naik kapal besi yang boleh terbang nih, jadi saya tanpa segan silu menunjukkan bukti saya memiliki tiket kapal boleh terbang yang sah. hehhehehe
Dua tiket yang hampir sama. Tapi harga bagi kedua dua tiket tersebut adalah tersangat sangat berbeza....beza yang melampau dowww.....
Tadaaa........berada dalam kapal yang akan terbang tak lama lagi. Muka suka yang amat sebab budak jakun akan terbang balik Kelantan.
Ni la adik aku yang dari awal sampai akhir asyik cakap lepas nih dah tak mau naik lagi dah sebab dia gabra berada kat atas awan tinggi tinggi...huhu. tak padan dengan saiz badan, tapi penakut.
Yeayyy.........akhirnya selamat jua tiba ke Kota Bharu setelah meredah awan biru selama 45 min sahaja. Kalau naik bus, confirm 6 7 jam baru akan sampai.
Tu la cerita jakun aku masa naik kapal terbang tempohari (dah sebulan berlalu sekarang baru nak cerita). Yang nih lagi gempak. Kan aku cakap tiket aku bapak mahal gila nak mampos. Masa kat dalam kapal terbang tu boleh plak aku cakap sorang sorang kat dalam hati
' kat dalam kapal ni, setiap orang kat sini tentu harga tiket mereka berbeza. contoh aku yang beli on the spot, rm306, tapi bagi mereka yang dah tempah sebulan awal atau tempah on line mungkin harganya tak sampai 2 ratus kt, sedangkan perjalanan nya sama, '
Nak tahu apa aku buat untuk lepaskan rasa tak puas hati aku nih??? Aku apa lagi, dengan muka tak puas hati serta bermuka tebal, suruh adik aku mintak selimut dengan pramugara kat dalam tu...hahhhaha. Dan nasib baik sangat sangat dia tak malu kan budak jakun nih, terus dengan baik hati bagi sehelai sorang selimut MAS..hehehe.
Well....Aku ada, kau ada???
Sekian..........
No comments:
Post a Comment