Tuesday 5 June 2012

Cinta itu INDAH.....kah??

When people are in love, every moment they treasure  was so wonderful and meaningful. Its like no other word can ever describe all those feeling that they were been through. No other things in this world that can replace those moment. And they will saying that no other person that can take place all those feeling that they feel towards their love one. Talking about love are just a great thing to get arise. Thinking about love will be able to cure all the disease from the inside out. Love is such a powerful miracle to people who just got into it. With no doubt at all.

Hanya yang mengalami mampu merasai keindahan perasaan cinta itu. Bila perasaan cinta lahir dari lubuk hati, fikiran hanya mampu berkisar tentang perasaan cinta. Hanya tertumpu pada perasaan yang teramat indah untuk diselami oleh setiap manusia. 

okeh....sekarang bab membebel untuk luah perasaan tak puas hati pulak. Bagi aku perasaan cinta sangat komplikated untuk dihuraikan. Lagi susah nak hurai kisah perasaan cinta aku berbanding nak huraikan ikatan kimia antara molekul molekul zarah zarah atom atom yang wujud dalam subjek kimia...hahhhaahha

Masa bab mula bercinta, perasaan cinta bukan main rancak gila bebeh. Tahap gaban pun ada. Mana tak nya asyik duk mesej serta calling calling je memanjang. Konon nak sangat tahu apa yang si dia duk buat sehari hari. Teringin nak tahu apa aktiviti dia, apa dia makan, pakai, dan macam macam lagi lah. Tu masa awal percintaan lah.

Tapi bila dah lama lama sangat, mungkin perasaan dah mula hambar kt. Aku hairan lah, pelik teramat kenapa perasaan boleh berubah?? dan memang susah gila nak mampus nak baca tentang perasaan seseorang terhadap kita. Last last aku bajet sendiri tentang perasaan orang terhadap aku, atau dalam erti kata bahasa melayu yang lain jugak ialah syok sendiri @ perasan sendiri. Contoh macam, kalau tengah duk jalan jalan kat mall atau mana mana shopping complex, tiba tiba ada pakwe hensem lalu kat sebelah (pastu mungkn dia terpandang aku sebab aku halang jalan dia) terus perasan macam nih..........'waahhhh mamat hensem tadi tengok aku, mesti sebab dia terkasima melihat kecunan aku...hehehhe' Itu adalah antara contoh kepada situasi bila berlaku perasaan syok sendiri...hehhehehe

Bila orang tengah duk syok bercinta, perasaan saat saat itu adalah yang terpaling indah untuk di ceritakan. Tapi, kalau dah frust tertongeng tongeng tak ada makna nya nak menilai balik perasaan macam best tu. Last nya terpaksa buang jauh jauh dari lubuk hati, Terus tukar tajuk cakap cinta itu tak indah tapi buta serta menyakitkan hati. Padahal hati sendiri yang cari penyakit tapi suka suka salah kan cinta plak. Dah lumrah manusia lah tu. Tak ikut lumrah manusia nanti jadi lain cerita plak....

Jadi hanya yang merasai tahu dan boleh menilai sendiri keindahan rasa cinta. Tapi kadang kadang kenapa aku terasa macam aku sorang je yang rasa berbunga bunga bila berhubung dengan dia, sedangkan dia boleh bersahaja macam langsung tak ada apa apa yang berlaku. Memang hampeh tahap gila bengong dah lah bila keadaa macam ni menimpa aku. 

Tapi masih ada tapi lagi. Tak semua penghujung kisah atau kat dalam kisah cinta tu terselit perasaan atau situasi yang tak best yang macam selalu aku alami dengan pasangan aku ni. Mesti ada ramai je kat dunia luar sana yang alami kisah cinta yang teramat indah sepanjang zaman. Mungkin berkat dari Allah, maka rasa cinta antara mereka kekal hingga hujung nafas. Dan selama bernafas pun tak mungkin akan tercalit atau terselit kekotoran dalam perasaan cinta yang putih suci lagi murni tersebut.. Tu lah kuasa serta kebesaran Ilahi yang manusia memang sah lagi sahih tak mampu tandinginya..................

Pertengahan cinta kadang kadang tak seindah seperti saat saat permulaan. Dan sebagai usaha kita perlu sentiasa berdoa agar penghujung kebahagian yang diharapkan akan muncul dan bersinar seindah sinaran pelangi pagi...........(wujudkan pelangi pagi?? main tibai ajaaa......)

okeh...........sekian.

No comments:

Post a Comment