Tuesday 23 May 2017

Bila Tiada Lagi Peneman Setia

Hai...

Semalam kecewa bila period datang, hari ni mood sedih masih lagi bertandang di hati ni. Fasa sedih dalam kehidupan sedang berlangsung kot, sebab tu la lepas satu satu hal yang menyedihkan muncul.
Silih berganti kesedihan yang menerpa diri aku ni...huhu

Ada lah tu, mungkin Tuhan nak uji aku. Sebab kadang terasa macam nak meratap meraung raung dan menyalahkan takdir dengan apa yang jadi ni. Kadang macam tak redha terima dugaan dan kesedihan ni...
Semoga hati ni terus bertahan dan kuat, dan semoga aku tak kan sesekali lalai dari ketentuan ilahi.

Macam mana la sesebuah perhubungan tu nak bahagia kalau dia sefahaman, tiada tolak ansur, sifat bertimbangrasa pun kurang..
Semalam kami gaduh. Aku penakut...bila datang perasaan takut tu, memang aku perlukan teman. Bukan niat nak memaksa atau mengangu masa dia dengan kawan kawan lepak dia, tapi dah memang aku takut..malas aku nak ungkit dalam ni tentang hal semalam.
Dia mesti salahkan aku, dan aku tentu tentulah akan salahkan dia tentang hal semalam. Lastnya kami bergaduh, timbul perasaan benci pada dia.

Air mata yang jadi peneman semalam. Mengalir tanpa dipaksa, dah cuba tahan diri dan pujuk diri supaya bersabar, bertahan. Bukan sebab air mata ni mahal untuk dia, tapi sebab hari ni aku kena berhadapan dengan orang ramai.
Tapi kalah jugak dengan diri sendiri, bangun pagi tadi mata bengkak. Azabnya nak mengadap orang ramai nanti...

Tentang hubungan aku dengan dia...........

Banyak hal yang tak pernah dibincangkan dari hati ke hati. Banyak hal yang dipendam, dia memang pendendam dan perahsia. Jarang berkongsi rasa dengan aku, kalau terpaksa atau dipaksa baru dia bersuara. Lain dengan aku...
Tapi sekarang, aku dah mula memendam rasa. Kalau aku luah, aku yang akan dipersalahkan. Kalau aku tegur apa yang aku tak suka, aku jugak yang akan dipersalahkan..Lastnya...aku biarkan je selagi hari boleh bertahan.
Walaupun kadang tewas je, dan airmata terus mengalir umpama ingin melepaskan semua yang terbuku dihati.

Dah lama dia tak ambik tahu tentang hati aku, bicara hati ke hati...dah terlalu lama.
Sampaikan aku dah mula rasa terasing dengan dunia kami sendiri. Sampaikan kadang aku rasa segan untuk berbicara dari hati ke hati dengan dia.

Sejak dia bekerja ni, banyak hal yang tak dapat aku kongsikan dengan dia.
Dia makin sibuk, makin kurang masa dengan aku, makin kurang bicara dengan aku.
Kadang bukan nak bersikap kurang ajar dengan dia, tapi sebab dia yang makin kurang mengajar aku untuk jadi isteri terbaik...

Sampai satu tahap, kadang aku rasa biarlah dia dengan dunia dia dan aku dengan dunia aku. Urusan hidup berasingan pun aku dah macam tak kisah.
Langsung dah tak ada perasaan bahagia, bukan sebab aku tak bahagia dengan dia tapi sebab sikap dia yang menutup kebahagian itu.

Aku cuba kurangkan masa dengan phone, lebihkan masa untuk kami. Tapi dia tak pernah nak berusaha bersama, bila aku lalai dengan phone, dia tak pernah tegur. Dia biarkan...sedangkan dia ada hak, dia perlu tegur aku dan ingatkan aku bahawa aku sedang lalai..tapi tak. sebaliknya dia bagi peluang untuk aku terus dengan phone dan dia...sama.

Awal awal dia bekerja, tiap kali dia balik dari kerja aku akan pastikan makanan dah siap terhidang untuk dia. Aku gigihkan diri, balik kerja masak. Tapi bila banyak kali, aku yang masak, aku yang hidang, aku cedukkan, dan aku menunggu dia di meja makan...terasa macam langsung tak dihargai.
Tambahan sejak guna kereta, tak pernah balik awal. Banyak kerja katanya...ya kerja. kerja untuk sesuap nasi demi keluarga..
Sampaikan aku rasa geram dan timbul macam tak ikhlas, perlahan lahan aku kurang kan urusan makan dia. Dia tak pernah perasan pun. Lepas masak, hidang, aku biarkan dia ceduk makan sendiri, aku tak lagi teman dia di meja makan...Tapi dia tak pernah tegur pun, mungkin dia langsung tak pernah perasan pun perubahan tingkah laku aku tu...ya, memang kecewa. tapi aku biarkan......

Lepas selesai makan, mandi dan layan phone kerja dia...tiba masa lepak dengan kawan kawan dia. Tak selalu tapi sentiasa ada bersama kawan.
Kadang kalau tak lepak bersama kawan dia, kami tetap berasingan.
Dia dalam bilik saat aku di ruang tamu, aku masuk bilik dan kejap dia akan keluar ke ruang tamu. Dia tak perasan tapi aku perhati tindakan tu...
Bagi dia tiada hal pun tentang itu, tapi tak bagi aku.
Mungkin dia tiada perkara yang nak dibincangkan atau dibicarakan dengan aku.
Atau mungkin dia sibuk dengan urusan kerja yang tak sudah. Sebab phone kerja jarang berengang dengan dia. Sentiasa aktif, sentiasa berbunyi. Kadang dia senyum dengan phone, bukan dengan aku.
Ada je dia bergurau senda dengan aku, bertegur itu ini...tapi hanya yang luaran..langsung tak ada hal yang melibatkan hati.
Aku sunyi...dan aku pendam.

Akhir akhir ni banyak hal yang berlaku, hal yang aku pendam sendiri. Hal yang aku uruskan sendiri.
Sedangkan urusan anak pun perlu aku yang ingatkan, dalam fikiran aku macam belum pernah dia yang mulakan bertanya tentang urusan anak atau dia yang selesaikan tentang urusan anak.
Aku pernah suarakan nak beli Iqra untuk anak, aku sengaja tak usahakan cari dan beli sebab aku nak tengok sejauh mana dia betul betul prihatin dengan keperluan anak dia.
Ya, anak dia tetap boleh hidup dengan jaya walau tanpa Iqra, tapi makanan batil tu adalah tanggungjawab dia.
Tapi sampai sekarang dia anggap tu hal remeh, sampai sekarang jugak anak dia masih belum ada Iqra. Aku cuma suarakan yang anak dia perlu ada buku Iqra, senang nak mengajar dia nanti..tapi tengok la usaha dia, keprihatinan dia, kesungguhan dia tentang keluarga, tentang keutamaan hal keluarga dalam fikiran dia....tak...hanya sekadar mengiyakan. Selesai.
Aku perhati sampai bila........

Tentang urusan rumah pun sama, dia macam endah tak endah. Mungkin sebab aku yang pilih dan mulakan, dan loan pun atas nama aku. Jadi dia macam ambil ringan. Buktinya...selalu aku yang kena ingatkan dia, pesan pada dia, mintak tolong dengan dia untuk tolong urusankan apa yang aku rasa dia boleh tolong. Sebab tak pernah pun dia yang mula bertanya kan dulu apa yang boleh dia tolong, apa yang boleh dia usahakan.
Ya dia pernah carikan kontraktor lain, tapi bila aku mintak dia deal dengan kontraktor sedia ada, dia tak nak. Dia tak libatkan 100%, perlu aku jugak yang mulakan.
Dan urusan terakhir dengan konraktor, dah lama aku ingatkan...aku yakin yang sampai sekarang pun dia masih belum deal dengan kontraktor tu..
Aku perhati sampai bila baru dia nak mulakan...aku dah putus asa, dah malas nak ingatkan benda sama kalau dia tak pernah nak ingat hal yang penting.

Aku tak tahu apa yang ada dalam fikiran dia...
apa yang dia kejar dalam dunia ni, dalam hubungan ni...
aku tak tahu, mana letakkan aku sekarang...
sekadar isteri, jaga anak, tukang masak, teman tidur, teman berbicara sekali sekali.....
tak harap banyak...cukup dia boleh tegur aku bimbing aku. Aku tak kisah kalau pun dia yang tunggang terbalik tegur aku ke arah kebaikan....aku akan turutkan tanpa persoal sikit pun. Tapi tak...dia tak kan pernah nak ajar aku. Sebab bagi dia aku mungkin belum layak untuk diajar. mungkin bagi dia sebab aku dah ada akal sendiri, dah ada otak sendiri, dah boleh fikir baik buruk jadi kenapa perlu dia yang mengajar..

Aku tahu...dia tahu aku ada blog. dan aku tahu jugak dia tak pernah nak baca kisah kisah yang aku krang dalam ni. Sebab dia tak ada msa pun nak layan benda benda remeh ni. Tak penting pun. hanya bebelan kosong aku je............


No comments:

Post a Comment