Hai...
Terasa
nak menulis tentang pengalaman menjadi seorang penceramah. Bukan nak
riak ke apa cuma nak tulis pengalaman sendiri macam mana aku boleh
terjebak dengan aktiviti ini. ehh ehh bunyi macam aktiviti pelik je
kan...hihi
Dulu
aku ni jenis yang sangat gemuruh dan jarang muncul ke depan. Bukan dulu
je sekarang pun masih jugak ada gemuruh, takut dan malu tu. Tapi
alkisahnya bermula bila dah sandang jawatan sekarang nih.
Atas
tuntutan kerja semata-mata, aku terpaksa memberanikan diri muncul ke
depan dan bagi taklimat atau berdiskusi dalam kumpulan pengurusan
tertinggi. Kauuu rhaseeee...mula-mula tu memang cuak yang amat bila aku
diarahkan bagi ceramah. Dah la ilmu baru secoet je, lepastu nak kena
ngadap dengan audien yang dewasa dan berpengalaman. Memang terasa sangat
sangat mencabar dan dalam masa yang sama menakutkan jugak lah.
Tapi,
aku kena jugak berani kan diri dan berlagak cool je depan audien. Kalau
aku menggelabah semacam tak tau lah apa akan jadi. Tapi untuk jadi cool
tu bukan senang dan tak semudah abc 123 tau. Ada cara-cara dan amalan
yang perlu dipraktikkan dulu sebelum kita mula bagi taklimat atau
ceramah tu.
Untuk
aku yang baru setahun jagung sandang jawatan ni, dan dalam masa setahun
jagung ni jugak aku ditugaskan untuk bagi taklimat kepada orang awam,
meh aku kongsikan serba sedikit apa yang boleh dipraktikkan untuk nampak
kan diri kita ni cool je bila duk kat depan audien sambil pegang
microphone..
Pertama
sekali mestilah kena buat persediaan yang secukupnya. Persediaan dari
segi ilmu tentang tajuk ceramah yang akan disampaikan tu. Sebelum
sampaikan ceramah tu pastikan kita dah 2 3 kali tengok slide
pembentangan yang nak digunakan. Supaya kita tahu gambaran keseluruhan
ceramah hari tu. Disamping tu jugak membantu kita untuk dapatkan idea
tiap kali kita nak tukar ke next slide. Jadi takde la kering sangat idea
masa kita duk berceloteh tu.
Persedian
kedua ialah peralatan yang berkaitan. Contoh kalau kita ada risalah
atau hadiah untuk kuiz spontan dan sebagainya. Kalau nak lagi selamat
sediakan risalah dan edarkan kepada peserta atau audien jadi takde la
diorang bosan sangat dan segala maklumat boleh disampaikan dengan jelas.
Pastikan jugak slide tu berbentuk interaktif. Ada gambar yang boleh
tarik perhatian audien.
Dan
dari pemerhatian aku sepanjang duk bagi ceramah ni, audien lebih
tertarik bila kita kaitkan maklumat dalam slide tu dengan isu semasa
atau isu disekeliling. Bila aku bagi contoh je, semua macam terus bagi
perhatian penuh dan kadang ada maklum balas spontan dari audien.
Persedian
seterusnya ialah penampilan dan pemakaian. Tak dinafikan lagi, cara
penampilan dan pemakaian kita banyak beri kesan terhadap keyakinan diri
kita semasa berada dihadapan audien. Kalau hari tu pakai baju baru atau
tudung baru, keyakinan yang ada tu lain macam sikit...hihhihii.
Dan
yang terakhir aku selalu buat ialah sebelum mula tu aku akan baca ayat2
penenang hati. Beristifar banyak-banyak, selawat dan baca la apa sahaja
ayat-ayat suci yang terlintas masa tu. Ada je ayat-ayat khas untuk
dibaca, kalau yang memang dah hafal bagus la. Tapi bagi orang yang macam
aku ni pelupa boleh amalkan baca apa-apa je insha allah tenang. Dan
kalau dah kedepan tu muka tu jangan la ketat sangat. Bila kita awal-awal
dah muka ketat, sepanjang proses pun audien akan turut buat muka ketat
dan kalau boleh nak cepat-cepat habis...hahhahah
Time ni kena buat pembentangan dengan budak-budak lantikan batch aku. Last minit buat slide, memang teruk gila rasa...huhu |
Ni bagi ceramah dekat budak-budak sekolah. Kalau dengan diorang memang kena sediakan banyak hadiah untuk buat kuiz spontan. |
Tu
je yang aku nak share dekat sini tentang bagaimana nak nampak cool bila
kena bagi ceramah atau taklimat. Sebenarnya bergantung pada orang tu
jugak. Kalau jenis dari zaman sekolah lagi memang suka pegang mic dan
duduk di hadapan, setakat bagi ceramah macam ni apadehal kan...small
matter je ni bagi korang. Tapi bagi yang gemuruh macam aku nih, its a
big issue!!
Sebenarnya
serius never expecting yang jawatan nya perlukan aku untuk menjadi
pencerah. Ingatkan dapat pergi consult orang je, sekali rupanya
macam-macam lagi unexpected task yang bakal ditempuhi...huhu.
LOVE,
Mcdaa
No comments:
Post a Comment