Thursday, 22 November 2012

DURIAN CREPE





Assalammualaikum.......

Sekarang tengah rajin mengarang dan memasak, jadi apa lagi update blog lah..huhu.. Hari ni tiba tiba ada mood durian plak, jadi layan aje nafsu selera yang membuak buak nak makan durian. Tak guna punya adik laki aku, semalam tetiba send msg kat aku yang berbunyi ''fuhh..pekena pulut durian boh'' mau tak bengang aku dengan dia. Sengaja nak buat kakak dia nih terliur sampai termimpi mimpi dapat makan durian. Siot je budak nih...
ni la rupa pulut durian yang menyebabkan aku telan air liur je..huhu. durian yang dimakan bersama pulut, dan berkuah kan santan kelapa. sedap sangat.

Kebetulan pulak time lunch tadi akak tempat kerje aku duk bercerita tengang fenomena makanan baru yang femes serta meletop letop sekarang nih....Durian crepe..huhu. Sebenarnya aku macam pernah dengar kuih nih, tapi belum pernah selidik asal usul kejadian crepe durian nih. Balik kerje terus menuju ke gerai jual durian.. rembat la beberapa biji.
Aku nih hantu durian, memang suka gila makan durian. Tapi, walaupun aku pengemar durian yang tegar, taste aku agak rendah sikit. Maksud aku, bagi mereka penggemar durian, mesti suka makan durian yang besar besar yang warna kuning ala ala warna emas tu, xsilap aku D24 kt, tah aku tak tau. Tapi aku pulak xsuka yang tu, setakat merasa boleh lah, tapi kalau nak makan sampai sebijik durian D tu memang tak la kot. Tak begitu menarik perhatian taste bud aku, better durian yang kecik kecik comel comel tu..haaaa yang tu aku suka, durian kampung yang tumbuh kat dalam hutan atau bukit bukit, sedap tak terhingga u....huhu. Orang suka yang mahal mahal tapi pulak layan durian yang dijual selonggok rm10...hahhhaha.

RM10 je...berbaloi baloi sebab sedap..nyumm2

Ok back tu kuih... Meh aku tunjuk aksi aksi yang berlaku semasa proses pembuatan ini Durian crepe. Bagi pandangan aku la, benda alah nih sebenarnya macam ala ala roti jala, tak pun macam kuih ketayap tu, cuma inti kepala dalam kuih ketayap tu diganti kan dengan inti ala ala moden sikit, ada inggeris fusion lah katakan...sebab digantikan dengan whipping cream tak pun pastry cream pastu campur dengan fresh durian yang dah dikupas isi.

3 watak utama dalam cerita crepe durian...1. lempeng atau pastry. 2. whipping cream, sepatutnya diputer hingga bertanduk, tapi aku tak ada mixer jadi aku buat inti cara aku sendiri. 3 atak terakhir dan terpenting ofkos la derian mek oiii,,,huhu



Terbalik kan kulit luar kuih tu, letak inti sebelah yang ada kesan hangus. Masa masak kulit nih, tak yah terbalikkan masak satu side je, jadi side yang kat belah atas akan nampak cantik dan licin serta mengiurkan mata memandang..huhu.
Dah masuk inti kemudian nak gulung ke lipat ke kuak lentang ke joget berirama ke...suka hati lah.

Waaahhhh...........nampak tak inti crepe durian kat dalam tu. Sedap. Tapi ilustrasi adalah sangat tidak cantik. Ini kerana itu percubaan pertama. Dan entah sama ke tidak dengan yang crepe durian yang ada di jual di pasaran. sebab aku tak pernah nampak atau beli pun lagi benda alah nih....hahhaha

Ni la hasil setelah bertungkus lumus di dapur...Buat ni pun sebab mak buyung kat ofis request nak merasa. Jadi aku dengan bangga serta tekun menyiapkan nya hingga bersekang mata update kat blog sebab nak show off punya pasal...hahhahaha.

ok lah...selamat mencuba.

p/s: aku memang hantu duriantegar, tapi bila durian di olah bertukar rupa tidak seperti durian yang lahir dari pokok, tekak aku nih tak berapa nak terima kehadiran nya dalam mulut aku...tahhapahapaakumelalot...huhu

No comments:

Post a Comment