Tuesday, 22 May 2012

GIVE HIS HEART A BREAK

Assalammualaikum..........

'Meraka minta agar saya tidak menggangu mereka buat masa terdekat ini. Meraka hanya mahu menghabiskan masa bersama sama dan tidak mahu sebarang gangguan dari saya. Baik lah, kerana menghormati mereka saya akur dengan kehendak mereka. Saya janji tak akan mengganggu masa masa bahagia mereka. Tapi yang pasti, saya sentiasa ada di sini, mereka harus tahu yang saya sentiasa menuggu peluang untuk bersua muka lagi....'

Tah apa2 lah yang aku duk merepek kat atas tuh...main taip je apa yang terlintas kat dalam kepala otak nih.hahaha. Suka berkhayal dengan kata kata, boleh tak macam tu?? ada tak orang buat macam yang aku buat sekarang nih?? hahhaha....sendiri pun dah tahu jawapannya. Tentu lah tak ada, mana la ada manusia yang otak patpolohpat jam asyik duk heng heng je kerja nya....

Ni bila dah mula melalut nih, yang sebenarnya dalam hati tengah serabut+sedih+kecewa+marah+macam macam lagi lah perasaan negative. Maklumla aku dengan unsur unsur ni dah memang tak boleh dipisahkan, bagai langit dan awan...huhu

Kadang kadang, hati ita pun perlukan rehat jugak, perlukan masa untuk ketenangan. Tapi bukan lah jenis ketenangan yang kekal abadi (dalam erti kata lain, meninggal lah weiiii). Hati pun kadang penat untuk berfungsi mengikut kehendak otak. Mentafsirkan perasaan yang dijana oleh otak, perlukan hati yang berfungsi dengan baik. Tapi bila dah terlebih muatan, yang ada cuma tumpangan ehsan dalam hati je (contoh, dalam hati dah ada ruang untuk yang tersayang, jadi golongan yang bukan tersayang tu hanya mampu menumpang ehsan dari hari tu sahaja lah)...paham?? tak mau paham pun tak kesah. Sebab ni segmen membebel bukan segmen belajar subjek pemahaman...

Bila aku dah umumkan yang aku bagi hati dia masa untuk berehat, jadi aku dengan baik hati serta rela hati serta dengan berbesar hati tak akan dan tak mungkin akan ganggu kehidupan dia lah. Bagi dia masa yang secukupnya untuk membelai hati dia, agar dia pasti dengan kehendak hati dia tu. Kalau dah hati pun tengah duk serabai serabut macam otak aku nih, sah sah la asyik tak tenang je, lepas tu mula la dapat aura negative seperti busuk hati, keras hati dan akhirnya akan jadi hati batu macam yang selalu terjadi (hanya aku yang tahu betapa keras nya hati tu bila dah bertukar jadi batu).

Bila dah dapat masa yang secukupnya untuk hati tu, mungkin lepas ni nanti hati tu dah boleh berfungsi dengan baik. Dan akhir sekali, dapat la buat keputusan yang sewajarnya bila timbul hal hal yang melibatkan hati. Bukan nak mengalah dari berada dalam hati, tapi mungkin ni masa sesuai untuk betul kan keadaan dengan rehatkan hati tu dulu. Agar keputusan yang bakal dibuat kelak, lahir dari hati yang benar benar suci.

Hati tak mungkin berbohong. Hati jugak tak kan mampu menutup semua perasaan. Hati akan bergelora, hati juga akan hancur...dan yang pasti hati akan kosong tanpa getaran kalau otak tersalah mentafsir......

Jadi ambil la masa sebanyak mana pun, tenangkan jiwa dan sanubari.....suatu hari yang pasti, akan muncul jawapan untuk semua persoalan.....................Tiada keraguan lagi.


p/s: membebel tanpa motif aku sendiri dah pening bila baca balik...well, its free rite?? =)

No comments:

Post a Comment