Showing posts with label Masak-masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-masak. Show all posts

Monday, 17 April 2017

Tiramisu versi Tempatan...

Hai...

Alkisah viral punya pasal kan. Dengan aku sekali pun terjebak jugak..ya lah sekarang kan trend orang suka follow apa apa yang tengah in time tu. Tak kisah la dari segi fesyen ke, make up ke, gaya spek ke, life style la, makanan hipster la..boleh kata semua aspek kehidupan lah. Semua nya orang suka buat sesuatu yang berlainan dari yang lain, dan kalau berjaya akan menjadi ikutan pada yang lain.

Dan aku pun nak kata try to follow trend takde la sangat pun. Tapi sikit sikit tu ada lah. Contoh paling aku nak share kat sini mengenai makanan lah ya. Macam sekarang dah macam trend kan orang buat makanan yang colorful. Color yang diorang guna makkaihh menyerlah habis lah. Entah berapa kilo la pewarna yang diorang masukkan dalam makanan tu. 
Kadang makanan yang dah sinonim dengan color yang dari sejak azali tu tapi sebab trend boleh di pulak diorang perlbagaikan warna makanan tu, contoh macam roti jala, roti burger, laksa, laksam dan macam macam lagi lah...kalau nak disenaraikan sampai esok pun tak kan habis.

Dan sekarang jugak macam trend orang cipta makanan yang hipster dan trendy..dan paling penting cepat dan ringkas. Ada banyak page yang sekarang suka create video post tentang cara masak masak makanan yang simple. Memang cara diorang buat tu agak kreatif, nampak makanan tu sedap gila dan yang paling penting dan point utama diorang create video tu sebab nak tunjukkan cara yang ringkas dan mudah nak masak. Tapi mostly makanan ala ala western la. 
But ada jugak page yang macam baru baru wujud dan ajar cara masakan tempatan secara ringkas dan mengikut cara ala ala moden gitu.

Yang aku terjumpa ni pulak resepi tiramusi. Tapi sebenarnya tiramisu ni lebih kepada style tempatan. Resepi memang tak sama pun dengan tiramisu original tu. Sebab tu la aku kata tiramisu versi tempatan. Kalah ikut resepi tiramisu yang asalnya tu memang lain satu hal, cara pun lain, rasa pun lain. 
Aku pun keliru jugak sebenarnya, tang mana yang sama dengan tiramisu original tu. Mungkin sebab lapis lapis tu kot yang sama dengan tiramusi original...lain lain aku still mengkaji okehh..hihi





Meh lerr aku share sini resepi simple mudah dan cepat ni kat sini ya. Senang kalau kalau aku nak rujuk resepi ni nanti.

Bahan bahanya:
1 paket biskut tiger atau biskut kosong pun boleh jugak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
3 sudu tepung kastard
3 sudu gula
serbuk milo dan coklat chip sebagai hiasan.

Caranya pulak.
Dalam periuk, masukkan susu cair, susu pekat, tepung kastard dan gula. Kemudian panaskan atas api kecik, kacau hingga adunan jadi pekat.
Kemuadian dalam bekas lain, susun kepingan biskut pada dasar bekas, masukkan adunan kastard tadi hingga tutup permukaan biskut, tabur milo dan choc chips, kemudian ulang langkah yang sama untuk beberapa lapis biskut.
Dah siap susun dan lapis dengan kastard di lapisan atas, sejukkan di dalam peti ais untuk dapatkan hasil yang lebih umphhh.

Tapi kalau dah tak sabar sabar tu, makan time ni pun dah ok je..

Kalau tengok pada caranya tu, lebih kurang macam nak buat ciskut je nih. Cuma beza yang ni tak pakai cream cheese tapi pakai kastard. Dua dua pun sedap. Kalau yang tu namanya ciskut, yang ni kaskut la kan...pun bolehhh...hahahah

Tapi ni kalau yang tengah diet tu, resepi ni memang out lah. Bapak banyak gila kalori kot dalam menu ni..hihi.
sekian.


LOVE,
Mcdaa

Sunday, 16 April 2017

Lokan...dari spesis kerang kerangan


Hai...

Assalamualaikum..

Lokan ni asalnya dari spesis kerang kerangan jugak. Saiznya agak besar kalau nak dibandingkan dengan saiz kupang atau lala. Dan memang jauh besar kalau nak dibandingkan dengan remis atau etak..hiihi. Dan rasanya pulak agak berbeza dari rasa tiram atau rasa kupang atau rasa lala.

Sebab saiz nya yang besar tu, jadi isi kat dalam pun agak besar jugak la. Rasa lokan ni macam ada campuran rasa kerang sikit, tapi saiz besar. Kalau kerang yang warna putih tu kulitnya tu, yang selalunya orang buat masak sambal makan dengan nasi lemak tu..haaa rasa lokan ni lebih kurang macam kerang tu la.

Kadang orang yang suka makan kerang, tapi bila bagi rasa lokan yang rasanya sama macam kerang tapi sebab kan saiznya yang besar, orang akan rasa lokan macam tak sedap berbanding kerang. Faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni...hihi.
Nak lagi senang kalau nak tahu rasa detail nya macam mana, korang boleh cari dan rasa sendiri, baru boleh faham macam mana rasa lokan yang sebenarnya. 

Aku pun baru pertama kali kenal, jumpa dan makan lokan ni. Rasanya lokan ni hanya ada dikawasan pantai pantai belah timur je kot, entah tak pasti sangat. Tapi kalau di KL aku rasa macam mustahil la nak jumpa dengan lokan ni. Tapi kalau belah kuala selangor tak sure ada ke tak.

Asalnya aku tengok ada orang post lokan ni dalam FB. Penangan fb marketing la nih. Terus rasa macam sedap je dan teringin nak merasa. Dia jual 100 biji RM10. Sebab tak pernah beli dan tak pernah merasa jadi aku tak boleh nak komen tentang harga jualan tu. Kalau contoh macam lala aku tahu lah. Selalunya harga lala sekilo dalam rm5 ke rm6, tu kalau beli di kawasan dekat dekat area pantai la. Kalau jauh ke bandar sikit, tak pun di pasaraya harga lala dalam rm7 ke rm8 sekilo. Jadi harga lala ikut kawasan penjualan tu aku boleh la nak agak mahal atau murah sebab dah biasakan, kalau lokan memang tak tau langsung harganya..hihi

Mula tu bawak balik rumah mertua, tapi takde sorang pun yang nak makan lokan ni. Laki aku yang hantu dengan lala tu pun tak nak langsung rasa lokan ni. Katanya sebab besar sangat, macam menakutkan nak makan nya..boleh pulak macam tu..
Terus bawak balik rumah mak, kalau rumah mak pulak bagi je apa apa pun asalkan halal, asalkan itu adalah makanan semua boleh ngap..hihi
Maklum la, nenek aku pun ada sekali kan jadi pape makanan boleh rujuk dengan dia. Dia lagi banyak pengalaman dan pengetahuan tentang makanan ni, lagi lagi yang macam agak kekampungan macam ni lagi la dia tahu. Tapi jangan pulak bagi spagheti kat dia, yang ni memang sah sah la dia tak tau..hihi

Bila tunjuk dekat nenek lokan ni, terus macam macam cara dia explainkan untuk masak lokan ni. Antaranya masak lemak, masak berlada, bakar pun boleh jugak. Tapi yang paling mudah masak berlada la katanya. Boleh tahan sehari dua kalau nak dibandingkan dengan masak lemak kuning tu. 
Aku tak kisah masak apa pun, asal boleh makan je.



Ni rupa lokan yang aku beli tu. Saiz nya memang agak besar, kalau gengam dengan tangan boleh pegang dalam 2 3 biji je sebab besar. Kalau lala segengam tu boleh muat 10 ke 15 biji.

Sebelum masak lokan ni, kulit atau kerang diluar tu kena basuh bersih bersih dulu. Aku agak lokan ni ada di kawasan muara pantai atau sungai, sebab kulit dia tu macam ada lumut lumut sikit. Nak membersihkan kulit tu memang satu kerja yang melecehkan dan memenatkan tau.
Nasib baik saiz nya besar, jadi tak senang nak pegang dan gosok kulit tu pakai berus..

Lepas dah cuci kulit bersih bersih, baru la boleh rebus lokan ni. Masa rebusnya dalam 10 ke 15 minit je, tak lama pun. Nak tahu dah siap ke belum, kalau nampak semua lokan tu dah terngaga maksudnya dah masak la tu. Kalau nak kurang kan rasa atau bau hanyir tu, masa rebus ni pun dah boleh masukkan serai dan bawang putih.

Bila dah masak, baru lah ambik isi lokan tu keluarkan dari kerangnya. Masa kat rumah mertua tu sempat la aku ambik dalam 10 biji buat test masak. hihi..mana la tahu kot laki aku suka ke kan, belum cuba belum tahu. Jadi sebelum bawak balik rumah mak, aku try test la masak dulu masa kat rumah mertua ni. Aku masak black papper, sebab ringkas dan laki aku memang suka kalau masak dengan black papper ni. Tapi....cam hampa je. Sebab laki aku ni memang tak mau rasa langsung...sedih makk nak oiii..


Nampak tak isi lokan yang dah siap dimasak tu, saiz nya memang besar besar. Lagi besar dari bawang putih. Sebab makan sorang sorang, dan tak makan berebut jadi nikmat dia kurang la sikit...huhu

Tapi lokan masak lada yang nenek aku buat tu sedap. Boleh layan makan berkali kali, dan laki aku pulak sampai kesudah memang langsung tak sentuh atau rasa lokan ni..sebab kerang pun dia makan biasa biasa je. Lala je yang berhantu bagi dia, lala rasa macam ala ala tiram sikit. Lokan ni pulak rasa macam ala ala kerang. Haaa...ni perbandingan yang paling jelas aku boleh bagi..hihi
Sekiannn...



LOVE,
Mcdaa

Monday, 10 April 2017

Daging Masak Merah Simple

Hai....
Assalamualaikum...

Merah menyala lauk makngah hari ni oiii..hihi. Dah lama cuba resepi daging masak merah ni. Tapi yang aku selalu duk cuba buat tu semua resepi lebih kurang sama je. Dah resepi pun google kan, mesti la kebanyakan resepinya hampir sama je..
Tapi ada la beza dalam satu dua bahan tu.

Kebetulan pulak adik aku yang duk KL tu balik bercuti, dan dia belikan daging. Aku bab bab mengenal pasti bahagian bahagian daging lembu ni memang gagal seratus peratus. Memang tak pernah kenal biarpun dah bertahun tahun masak daging lembu nih.

Kalau bagi yang pakar, sekali imbas diorang dah boleh tahu part daging tu dari bahagian mana dan texture part tu pun dah boleh tahu dah.
Aku ingat nama nama bahagian je, tapi nak kenal pasti memang tak tahu la. Tahu nama bahagian ni pun sebab dulu dulu masa dekat uni memang kami belajar kenal bahagian bahagian haiwan ni. Contoh haiwan yang aku pernah belajar macam lembu, kerbau, ayam, ikan haaa...ni je yang aku dapat ingat yang lain lain dah kelaut dah semua tu.

Antara bahagian lembu yang aku ingat, tenderloin, rib eye, daging batang pinang, rib, dan yang lain lain tu dah lupa..hahhha
Dari apa yang aku belajar tu, ada bahagian lembu ni yang isi dia sangat la empuk dan tak liat. Ada jugak daging yang sangat liat, ada daging yang bersama dengan lemak hancur, lemak tak hancur pun ada.
Sesetengah bahagian lembu dijual pada harga yang berbeza beza tau. Kalau daging semata mata harga lain, kalau daging dengan lemak pulak harga lain. Kalau yang bahagian bahagian khusus tu pulak harga lain.
Selalu yang aku dengar ialah daging batang pinag. Daging batang pinang ni, bukan dari pokok buah pinang tu ya. Ada ke orang yang fikir macam tu?? hahhah. Daging batang pinang ni, macam nama jolokkan je. Untuk bahagian lembu yang dagingnya lembut dan tak liat.

Tapi kan, sepatutnya kita sebagai pengguna ni patut kena la ambik tahu jugak bahagian bahagian ni. Senang kalau nanti dapat daging dah boleh bajet bajet masak apa yang sesuai. Tak pun buat nya si suami atau mak mertua request nak makan lamb chop ke, meat grill ke haaa kan senang tu. Petik jari je dah dapat beli daging yang sesuai..ni tak, nak kena tanya orang situ sini dulu, nak kena survey dulu nak beli daging apa..aku lah tu.

Ehh...ehhh terbebel pasal lembu pulak dah. Takpe, ni ilmu masakkan mesti la kena ambik tahu jugak kan. Untuk peringatan diri sendiri jugak supaya lepasni kena ambik tahu hal hal bahagian daging ni semua, jangan tahu makan je...hhihihi.

Sebanarnya nak share resepi daging masak merah dari nenek saudara aku ni. ambik ko...nenek saudara aku lagi advance dalam masakan kalau nak dibandingkan dengan aku yang muda mudi nih...hahah.
Ni aku cakap dari segi masakan moden ye..bukan masakan tradisonal tu. Kalau nak bnadingkan dengan masakan tradisonal tu, antara aku dengan nenek saudara aku nih memang sah sah la dari awal lagi dah tersingkir. Sebab lagi lama usia orang tu, lagi banyak la resepi masakan tradisionalnya.

Ok berbalik pada resepi ni, dari sini la aku start suka makan daging masak merah ni. First try masakan dia punya, terus aku suka.
Kita yang muda ni, jarang nak menuntut ilmu masakan dengan orang lama. Kebanyakan nya lebih prefer nak google sendiri resepi tu. Aku lah tu. Tapi takde salah pun google, cuma kadang resepi dari orang lama la lagi asli dan berkhasiat. Masakan sekarang ni, banyak yang resepinya guna bahan bahan segera macam sos, perasa dan sebagainya.

Ni resepi daging masak merah cara nenek saudara aku.
Daging lembu
Pewarna merah
(Rebus daging lembu, nak rebus seketul boleh, nak potong siap siap pun boleh. Lagi cantik kalau rebus seketul daging sebab nanti warna merah tu macam akan ada layer dekat daging tu. Tak la merah menyala macam aku punya nih. Masukkan pewarna bila daging dah hampir masak)

Bawang besar,
Bawang merah,
Lada hijau,
Cuka,
Gula
(Bawang dan lada dipotong halus, kemudian jeruk sekejap dengan cuka dan tambah gula sikit)

Kemudian panaskan minyak dalam 4 5 sudu, dan masukkan daging. Bila daging dah dekat dekat nak masak, masukkan bahan jeruk dan masak.
Kalau nak ada kuah, masukkan air lebihan jeruk dalam daging tu sekali dan tambah jugak air rebusan daging tadi. Boleh perasakan ikut kesesuaian masing masing.

Tu je resepinya..simple kan.. Tak payah guna sos bagai tu. Simple, mudah dan sedap...







Daging masak merah ni memang kegemaran aku. Dan sekarang nih suami pun dah terjebak sekali. Senang je penyediaan nya dan tak banyak bahan pun. Ni kalau nak cepat dan malas buat kerja banyak, boleh la masak daging masak merah nih..hihi
Sekian dula...


LOVE,
Mcdaa

Wednesday, 29 March 2017

NASI AYAM HAINAN

Hai...

Last week jumaat adalah hari yang paling dinanti nantikan oleh aku. Sebab hari cuti macam ni la aku berpeluang nak mencuba masak masakan yang a little bit complicated sikit dari masakan biasa. Tapi takde la yang too complicated yang macam dah pro tu. Sebab masih dalam proses pembelajaran lagi kan, jadi just masakan yang simple simple je dulu. Takrifan masakan simple dari pakar pakar masakan sedunia..cewahhh hahahah

Kalau hari biasa, balik kerja dan masak makanan malam tak mampu la aku nak mengexperimentasikan masakan. Sebab masa yang tak mengizinkan, mau pukul 12 malam kot baru dapat makan malam kalau aku bercita cita nak masak makanan yang complicated and sophisticated nih...hahhhah
Kalau hari biasa, masak yang simple simple sudah. Paling senang, mudah dan cepat penyediaanya. Dah masa limited kan, dah la kerja seharian balik rumah mesti perut dah lapar. Kalau makan malam nya berejam jam nak siap jawab nya laki aku tidur dengan perut kosong je la...

Laki aku ni suka sangat makan nasi ayam dekat Chicken Rice Shop tu. Tiap kali kalau pergi masuk mana mana mall, asal ada je kedai Chicken Rice Shop nih, kedai makan lain dia dah tak pandang dah. Aku la selalu yang kempunan nak mencuba makanan lain dari biasa. Tak kan nak makan asing asing pulak kan. Dah keluar sama sama jadi ikutkan je la citarasa dekak dia. Maklum la aku kan spesis bini mithali, apa yang suami nak, apa yang suami makan semua aku ikutkan je. Cuba kalau aku ajak laki aku pergi makan tempoyak ke budu ke haram kalau dia nak ikut...hampehh tul..huhu

Di Chicken Rice Shop ni pulak, dia selalunya suka pesan ayam stim, atau roasted. Tapi selalunya roasted chicken la yang paling dia gemar. Rasa ayam Chicken Rice Shop ni memang tak dinafikan la memang sedap. Ayam dia juicy dan kuah dari ayam tu memang full with flavor tu yang jadi macam tak puas makan sebab sedap sangat. Kalau nasi ayam dikedai biasa biasa ni selain dari CRS ni rasa ayamnya agak kering sikit dan kadang ayam macam tak berapa nak fresh.
 
Dulu pernah jugak sekali aku masak nasi ayam, tapi macam tak berapa nak ngam dengan laki aku. Dia makan sekali je lepastu dah mintak menu lain..hahah. Bila tanya ok tak, dia jawab ok je sedap. Tapi kalau tanya nak makan lagi tak dia terus jawab masak yang lain la tadi kan dah makan nasi ayam tu. Ok, baiklah..ni mesti ayat nak cover his real feeling kan pasal nasi ayam aku tu, tak nak bagi aku kecik hati..hahah
Aku agak mungkin nasi ayam yang aku masak ni sedap untuk dimakan sekali je kot bukan untuk dimakan berkali kali..

Dan kali ni gigihkan diri try masak nasi ayam lagi sekali. Bila godek godek dalam google keluar la macam macam resepi nasi ayam dan aku pilih untuk cuba masak nasi ayam hainan. Aku pun sebenarnya tak pasti apa yang bezanya nasi ayam biasa dengan nasi ayam hainan ni. Beza nasi kah, atau beza pada ayam kah, atau pada apa kah?? Oleh kerana malas nak google tentang perbezaannya jadi aku biarkan je persoalan tu..hihi






Ha...nampak tak, sekor ayam aku masak hari tuh. Sebab tengok dalam resepi dia memang guna ayam yang sekor seketul macam tu. Tak payah potong dah, just buang isi isi dalam perut ayam tu je. Basuh ayam bersih bersih kemudian terus masak.

Oopps...gambar nasi lupa nak snap..hihi.

Ni resepi Nasi Ayam Hainan simple :
Resepi Ayam
1 ekor ayam
1 gengam garam
halia
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Bersihkan ayam dan buang isi dalam perut tu. Lumurkan dengan garam. Guna periuk bersaiz besar dan panaskan air dalam periuk ni. Kemudian hiris halia dan bawang masukkan dalam periuk dan terus masukkan ayam. Masak dalam 30 minit hingga 45 minit, matikan api tunggu dalam 15 minit, keluarkan ayam dari periuk dan rendam ayam dalam bekas yang berisi ais. Untuk pastikan texture ayam tu tak overcooked dan untuk jadikannya lebih juicy.

Resepi nasi
4 cawan beras
6 cawan air rebusan ayam
1 helai daun pandan
2 sd minyak masak
4 ulas bawang putih
halia

Bersihkan beras, tumiskan bawang dan halia dan masukkan beras. kemudian masukkan air rebusan ayam dan semua bahan lain. Dan masak nasi macam biasa.

Resepi sos cili
cili merah
biji cili 
3 ulas bawang putih
halia
3 biji limau kasturi
2 sd cuka
4 sd air rebusan ayam
garam dan gula

Tumbuk cili hingga lumat, kemudian campurkan semua bahan bahan tersebut.

Resepi kicap
4 sd kicap cair
1 sd sos tiram
gula dan air panas secukupnya

Campurkan semua bahan, kalau nak kuah kicap banyak boleh tambahkan jumlah kicap dan perasakan ikut citarasa anda.


Kalau tengok resepi dan bahan bahan yang digunaka tu senang je kan. Tapi nak buat dan melaksanakannya agak renyeh sikit. Sebab banyak step yang nak kena buat. Dan agak makan masa jugak la kalau bagi mereka yang tak biasa macam aku nih.

Resepi ni ayam nya nanti akan jadi macam rupa ayam stim la. Tapi selalu kat kedai jarang orang jual nasi ayam yang ayam nya stim, selalunya mesti roasted atau pun goreng. Laki aku pun dah macam pelik bila tengok rupa ayam macam ni. Dia boleh pulak cakap, ayam memang macam ni ke...bukan ke nasi ayam selalu ayam nya warna gelap bukan cerah macam ni...aku mampu gelak je time tu.hahhah

Sebenarnya kalau masak macam ni, ayam lebih juicy dan lebih menyihatkan. Nak roasted macam mana kalau kat rumah takde oven....jadi makan macam ni je la sayang ya...
Kalau nak lagi sedap, masukkan dalam oven kejap kasi dia gelap gelap sikit baru umphhh...
Sekian sahaja dari aku...



LOVE,
Mcdaa




Tuesday, 28 March 2017

Homemade KFC versi Jimat

Hai...

Sekarang di Kelantan tengah heboh dengan penyebaran virus H5N1 dalam kalanggan unggas. Unggas ni termasuklah ayam, itik, burung dan segala haiwan yang sama spesis dengan yang disebut tu lah.

Virus ni merebak dengan sangat pantas, tapi dalam kalangan mereka je la. Dalam entry ni aku tak nak cerita panjang lebar atau detail tentang virus ni ya. Sebab sekarang ialah mood share resepi dan cara nak masak fried chicken di rumah ya. Bukan nak share cara cara nak elak virus ke apa..hihi

Zaman sekarang ni, kalau boleh semua benda aku nak buat sendiri, masak sendiri dan tanam sendiri supaya aku dapat berjimat dan tak terlampau boros sangat. Duit sekarang mengalir macam air paip je, asal bukak je keluar dan mengalir mencurah curah. Tapi datang nya macam hujan lebat, gedebuk datang bergolek golek duit masa dapat gaji. Tunggu sebulan lagi la baru gedebukk tu datang lagi.
Tapi air paip ni, hari hari duk main buka tutup buka tutup sampai kadang tak terkawal dan akhirnya kering sebelum gaji tiba...hihiih
Apake pelik sangat perumpamaan ni kan..hihi

Hari tu suami aku request nak makan KFC tapi sebab bini punya la berkira kira nak berjimat jadi datang la kerajinan untuk masak dan buat ayam goreng sendiri. Kita ni mak mak atau isteri mithali zaman sekarang nih, memang otak kena ligat tiap masa dalam apa jua perkara.
Bukan ligat apa, ligat untuk berfikir alternatif terbaik untuk cuba kurangkan penggunaan wang ringgit.
Kadang orang laki ni, sifat menyimpan dan berjimat cermat tu tak sama macam perempuan. Kita ni tiap masa fikir nak berjimat demi kelangsungan hidup. Tapi prinsip orang lelaki ni lain pulak kaedahnya. Diorang tahu cara nak mengurus masa masa tu je, dalam erti kata lain jarang yang berfikir kedepan. Contoh nya masa tu ada duit banyak, asal terlintas je apa apa kat fikiran mesti terus beli je tanpa berfikir panjang. Kalau perempuan spesis macam aku ni pulak, duk bertokok tambah dulu sorang sorang lepas tu baru buat keputusan beli ke tak.
Tapi tak dinafikan ada je lelaki yang tak macam tu. Yang jenis berfikir panjang dulu dan ambik kira pelbagai aspek sebelum buat keputusan untuk membelanjakan duit diorang. Sapa yang dapat laki macam ni sila jangan lepaskan ya, susah nak jumpa nih.

Mohlerr aku share cara aku masak ayam goreng rangup ni. Cara dan bahan dia senang je. Tentu tentu bahan ni ada kat dalam dapur korang. Tapi sebenarnya kalau nak dikira kira kan, bukan setakat jimat duit je kalau buat ayam goreng sendiri ni, dari segi keselamatan makanan dan kesihatan diri pun lebih terjamin. Sebab apa aku kata macam tu, sebab kita sendiri yang masak kita sendiri yang tentukan bahan bahannya dan kita sendiri yang kendalikan proses pembuatan dan jumlah kandungannya.

Dah kalau masak sendiri, jumlah garam boleh dikurangkan. Penggunaan minyak masak pun kita tahu dan boleh kawal, penambah perisa macam msg pun kita boleh skip dari makanan kita ni.




Bila suami dah tak sabar sabar nak merasa.

Kalau tengok yang real ni, serius korang akan lagi rasa more tempting then this one.

Bahan bahan ringkas untuk ayam goreng rangup ni ialah:

Ayam sekor yang dipotong ikut saiz kesukaan
Telur 2 biji
Tepung gandum secukupnya
3 sudu tepung beras
Serbuk kari
Serbuk lada
Lada hitam 
Garam

Sediakan magkuk dan campurkan semua bahan kering tepung, serbuk kari, lada dan lada hitam. Kemudian dalam mangkuk berasingan sediakan ayam yang bersih dan masukkan garam serta telur. Gaul sebati supaya ayam diselaputi dengan telur. Kemudian ambik ketulan ayam dan gaul dalam tepung. Golek golek dalam tepung hingga semua bahagian ayam diselaputi dengan tepung kemudian goreng dalam minyak yang panas.



Bila dah siap masak kalau nak lagi sedap taburkan dengan serbuk lada hitam sikit di permukaan ayam goreng tu. Memang rangup dan sedap. Tapi kalau nak lagi sedap boleh tambah serbuk paprika dalam adunan tepung tu nanti rasa dia lagi sedap.
Dan tambahan jugak, kalau nak ayam tu serap semua rasa rempah rempah tu, boleh perap ayam semalaman dan esok nya baru goreng. Tu adalah rahsia ayam goreng yang berempah dan rangup macam ayam KFC tu.

Untuk menu ayam goreng ni, semalam aku buat dalam separuh ayam je bukan sekor. Ayam sekor RM16 jadi baru RM8 dan tepung tepung serta rempah ratus yang memang sedia ada di dapur tu berapa ringgit je pun. Total semua tak sampai RM10 je, minyak masak pun masih boleh pakai lagi untuk buat goreng goreng. 

Tips jugak ni, lepas korang menggoreng ayam ni nanti minyak tu akan macam berkeladak sikit kat bahagian bawah. Itu biasa je, biarkan minyak tu dulu kemudian bila dah sejuk korang boleh tapis balik minyak tu guna penapis santan. Nanti minyak yang berkeladak tu akan clear semula dan masih boleh digunakan lagi.
Selamat mencuba.




LOVE,
Mcdaa



Sunday, 26 March 2017

2 in 1 BBQ GRILL & STEAMBOAT di rumah

Hai..
Assalamualaikum.

Entry yang dah agak lama terperap dalam draf, selalu tiap kali bukak je draf terus blur tak tahu dari mana nak mula. Tapi asal tutup je blog dan ruangan draf, berderet deret cerita keluar sedia untuk dikarang. Tapi tu lah, kalau dah tutup tak kuasa lah nak klik bukak draf balik. Jawabnya duk la dalam draf dan jadi pekasam kat dalam tuh, tunggu masa lain kali pulak la baru aku update balik..hihi.

Alkisahnya, adik kawan sekerja aku ni ada bukak kedai steamboat dan grill di Kelantan ni. Di bandar yang jaraknya dekat je dengan kawasan rumah aku. Kedai baru buka di bandar, tambahan pulak kedai steamboat grill yang boleh dibilang dengan jari je yang ada di Kelantan ni, tentu tentu lah menjadi tumpuan orang ramai untuk diserbu.

Dan tak ketinggalan jugak la kami sekeluarga pun sama, perasaan nak serbu kedai steamboat dan grill tu dah membuak buak pulak. Lagipun mak ayah aku macam tak pernah lagi kot makan di kedai steamboat grill macam ni. Orang kampung kan, mana nak pernah rasa makan dikedai pelik pelik macam ni. Lagipun diorang ni jarang travel ke tempat lain jadi memang tak pernah la nak ada peluang merasa.

Alang alang dah ada kedai steamboat grill dekat dengan kawasan rumah ni, aku dengan adik beradik dah plan nak bawak mak ayah dengan nenek sekali datang sini. Tapi, dia punya tempahan asyik fully booked je..huhu. Dah nenek aku pulak hujung minggu je dia boleh join, sebab kalau hari lain dia mengajar ngaji jadi memang tak kan kemana la kalau bukan hujung minggu.

Kedai baru bukak macam ni, hujung minggu sah sah lah sentiasa penuh dan kalau nak lebih selamat kena buat tempahan awal. Jadi masalah pulak bila adik aku cuma free time tu je, sebab minggu depannya beliau dah nak balik KL, kerja. Jadi kami agak kempunan jugak la nak merasa makan steamboat grill kat sini.

Bila dah macam excited sangat, aku pulak tah macam mana boleh terjumpa pulak dengan dapur 2 in 1 steamboat & grill ni dalam Lazada. Tengok harga macam murah je. Lepastu try survey dalam 11street pulak, harga lebih kurang. Terus beli 1 set untuk diri sendiri..hihi. godaan sungguh online ni kan.

Tunggu punya tunggu, dekat 3 minggu jugak barang aku baru sampai. Alkisah ni kalau diceritakan memang menyakitkan hati. Seller boleh pulak tersalah alamat, dah la tersalah alamat tapi seller langsung tak maklum kepada aku yang dia dah salah alamat. Dapat tahu pun sebab otak aku ni cerdik sikit boleh berfikir dengan betul.

Call customer service 11street, diorang cakap dah hantar tapi nanti dia nak rujuk balik dengan seller. Kemuadian dia kata seller salah alamat, kena tunggu seller call untuk pengesahan alamat. Tunggu punya tunggu seller tak call, godek2 website jumpa no phone seller, call diorang. Lepas tu baru seller ambik alamat lagi sekali dan baru post. Berjanggut jugak la baru sampai barang yang dipesan.

Sampai je barang tu, terus teruja gila. Tak sabar nak main masak masak dengan si kenit tu. Jadi hari tu just beli ayam je sekor untuk permulaan guna dapur steamboat grill tu..hihi

Patutnya kalau nak buat steamboat grill kena la beli bahan bahan macam ayam, daging, udang, sotong, dan bahan bahan steamboat tu, tapi dah tak sabar punya pasal skip je bahan bahan lain. Hari tu kami masak apa yang ada je.

Dah nama pun nak test main masak masak dengan budak kecik Ammar ni, jadi ayam sekor tu aku potong kecik kecik dan bahagikan kepada 3. Bahagi 3 bahagian sebab nak buat sos perapan yang berbeza. Haaa...kelas kau. Sempat jugak nak perap degan perapan yang berbeza beza.

Maka terhasillah tiga jenis perapan ayam yang berbeza. Perapan BBQ, Madu dan jugak temppayaki. Temppayaki tu yo yo aku je, padahal main tibai je bahan bahannya. Pun boleh asal sedap dan boleh ditelan..hahahah









Nampak tak, kemain meriah dan seronok lagi budak budak ni layan grill. Oleh kerana ayam tu dah dipotong kecik kecik jadi senang la nak grill. Dan masa grill pun kejap je, letak je atas grill balik balik dalam 3 4 minit dah siap.

Kuah pulak aku guna perencah tomyam segera adabi. Just masukkan perencah tomyam dalam kuah tu, biarkan je dalam periuk yang dah memang sekali dengan set dapur tu. Sengaja letak dapur ni kat bawah supaya budak budak tu senang nak masak.

Dapur ni takde la bahaya sangat sebab bahagian besi panas tu dilindungi dan kalau kita yang dewasa ni ada sekali awasi diorang insha allah selamat dan tak membahayakan. Dapur tu jugak macam ada timer atau dah disetkan. Bila suhu besi tu dah max, secara automatik dia akan off sendiri dan kemudian akan panas balik. Jadi tak payah risau takut terover heating ke apa ke sebab dia dah set kepada mood yang selamat.

Tapi satu je la, periuk yang datang sekali dengan set dapur ni agak low in quality sikit. Sebab periuk nya tersangatlah ringan dan masa terima hari tu pun dah ada kesan kemik. Tapi sebab dia nipis kan, jadi boleh ketuk balik part yang kemik tu. Nasib tak bocor je..hahhaha

Dan set dapur ni jugak senang dicuci. Part part dapur ni boleh diasingkan, bukak dan cuci bersih bersih.

Dengan Harga RM130 tak menyesal pun beli dapur ni. Ok la, saiz kecik sedang elok je untuk buat makan dengan keluarga. Harga macam ni takkan nak expect barang yang superb kan..yang ni pun dah kira berbaloi jugak la.

Sekian...


LOVE,
Mcdaa

Sunday, 5 March 2017

SOTONG GORENG TEPUNG SEDAP

Hai...

Hari ni aku nak cerita tentang sotong lagi. Hari tu aku ada cerita tentang ketupat sotong, dan hari ni sotong goreng tepung pulak..kalau dah penggemar sotong kan, macam macam menu sotong semuanya menambat hati.

Harga sotong pulak makin hari makin meningkat, makin mahal. Kadang nak beli sotong pun boleh berfikir dua tiga kali dulu sebelum beli. Ye lah, kalau sotong sekilo harga dalam RM20 - RM25, kalau nak dibandingkan dengan ayam sekor dalam RM14- RM18, untuk saiz ayam yang sedang sedang tu, rasanya lagi berbaloi beli ayam sekor dari sotong sekilo. Sotong kalau sekilo boleh tahan untuk sekali dua makan je, kalau ayam pulak boleh la tahan 3 ke 4 hari, lagi jimat kan..

Tapi untuk sekali sekala layan tekak ni ok la, kalau tiap minggu beli sototng macam beli ayam mak memang tak mampu la nakkk oii...hihi

Kebetulan pulak hari tu masa aku ke Pasar ikan Tok Bali, harga sotong sekilo dalam RM18 je tu yang seronok beli sotong. Dan boleh la buat masak sotong goreng tepung ni.
Aku selalu kalau pergi makan kat kedai ikan bakar, jarang nak order sotong tepung atau sotong bakar. Sebab harganya mahal yang bagi aku agak melampau..huh
Aku dah pernah kena sekali, atau 2 3 kali dah jugak sebenarnya...makan sotong yang agak mahal. Jadi bila keinsafan dah muncul supaya jangan membazirkan duit melampau lampau sangat maka sekarang dah kurang atau lebih tepat dah lama tak order sotong di kedai ikan bakar.

Maklum la zaman gawat macam ni, kita kena la berfikir fikir dulu sebelum melayan nafsu dunia kita ni. Tak kira la nafsu makan ke, nafsu shopping ke, nafsu pakaian ke dan apa apa nafsu yang berbayar lah.
Nasib baik jugak la nafsu ke alatan make up tu aku tak pernah terjebak...hihi
Ehh termelalut pulak, asal just nak cerita tentang sotong je pun..hahhha




Nampak tak rupa sotong goreng tepung aku nih. Bagi aku kejadiannya elok je, sedap mata memandang sedap lagi tekak merasa..ewahhhh..puji diri sendiri kejap.haha. Tapi memang menjadi pun guna teknik gorengan yang ni. Sampai kan laki aku pun tertanya tanya sotong ni beli ke buat sendiri..ehh ehh sampai macam tu sekali dia persoal tentang masakan kita ya..hamboiii hamboiiii.
Suka hati sesedap rasa je kan, kita kemain penat bermain masak masak boleh pulak dia soal macam tu..
Tapi walaupun disoal macam tu dalam hati sebenarnya seronok jugak. Ya la almaklum la kan masakan kedai kebanyakannya semua sedap sedap dan menjadi. Jadi kalau dia sampai tanya berkali kali buat ke beli tu tandanya sotong goreng tepung aku ni menjadi lah.

Pernah tak kalau ke kedai, order sotong goreng tepung lepastu yang datang bukan sotong goreng tepung rangup macam ni tapi yang macam rupa tempura tu..yang bersalut dengan tepung dah macam rupa kuih cekodok.
Aku dengan laki memang frust kalau mintak sotong goreng tepung, tapi yang datang rupa macam kuih cekodok tu. Memang terus tak rasa nikmat sotong tepung yang sebenar. Tapi mungkin ada sesetangan orang yang memang diorang lagi prefer yang ala ala macam cekodok atau macam tempura tu. Sebab masa makan rasa macam lembut lembut je, lepastu macam kuantiti sikit pun dah kenyang ya la sebab bulat gemuk macam cekodok tu.






Malam dah buat sotong goreng tepung ni dah, tapi sebab dapat pujian dari laki aku gigih pulak esok petang nya buat lagi. Tapi kali ni buat agak banyak jugak la. Dalam sepinggan jugak la aku masak dan jamu laki aku makan.
Kemain suka dia, makan sotong tepung ni dah macam makan jajan dah. ngap ngap...sekejap je licin dah makan kat dia sorang je.
Takpe, kita sebagai bini ni memang seronok sangat kalau dapat hidangkan makanan untuk suami. Lagi lagi kalau makanan yang kita hidang tu pulak boleh menambat hati dan selera makan dia lagi la kita happy. Penat lelah memasak tu semua terus hilang bila tengok pinggan yang berisi penuh dengan makanan masa dihidangkan dan kemudian dia bagi kita pinggan kosong licin. Bagi aku tu dah macam kepuasan pada diri sendiri jugak la..hahhaha. Macam takde motif surirumah tangga je kan..masak je pun..hahhhaha

Satu lagi, kalau buat sotong goreng tepung ni aku pulak lebih prefer guna sotong yang bersaiz kecik kecik. Tapi jangan la sampai yang anak anak sotong tu pulak. Maksud aku sotong kecik la bukan sotong laut yang besar panjang tu.
Kalau kecik kecik sangat nanti jenuh nak cuci dan bersihkan sotong tu pulak. Mau berejam la mengadap sotong kecik tu untuk dibersihkan dan buang sesungut di kepala sotong tu.

Sotong yang bersaiz sederhana je, yang ni saiz paling sesuai bagi aku. Masa makan pun senang je kecik kecik comel. Macam yang kat dalam gambar tu, kalau perasan saiz sotong kecik je tak besar sangat tapi takde la kecik sangat nanti tak puas makan pulak. Tapi apa apa saiz pun semua bergantung pada tekak masing masing la kan. Tak semestinya yang besar tu tak sedap dan tak semestinya yang kecik ni sedap. Tapi yang pasti sangat, harga sotong yang bersaiz besar tu memang tak sedap..hahahha

Meh aku nak share resepi dan cara nak sediakan sotong goreng tepung yang super duper easy and just like 1 2 3 gitewww. Part pertam sekali tentu tentu lah kena cuci dan bersihkan sotong ni sebersih bersihnya. Kalau kebetulan pulak sotong yang dibeli tu ada telur kat dalam perut dia, tak payah buang pun takpa. Kalau aku telur sotong tu aku suka, jadi aku biarkan je kat dalam perut tu. Just keluarkan tulang seketul kat dalam perut sotong tu, kemudian alirkan air dalam perut tu supaya dalam dia bersih tapi telur sotong masih utuh kat dalam perut tu.
Kalau sotong yang tak ada telur pulak, apa lagi korek korek la perut sotong tu sampai kehujung. sebab kadang dalam perut sotong ni masih ada jugak anak anak ikan yang tak sempat dicerna oleh sotong ni. Part kepala pulak kena buang sesungut atau yang macam sebiji putih kecik kat dalam kepala dia tu. Dan dia punya ink tu pun kena buang jugak dan bersihkan sebersihnya.

Dah siap cuci dan bersihkan, sotong tu kena potong bulat bulat. Jangan potong kecik sangat nanti tak sedap pulak. Kemudian bila semua sotong dah dipotong bulat bulat dah boleh sediakan bahan bahan salut.
Aku guna tepung gandum biasa je, lepastu masukkan lada hitam, garam dan serbuk kunyit dalam tepung gandum tu dan gaul sebati. Kalau nak lagi kick, boleh masukkan serbuk lada dalam campuran tepung ni.
Dalam bekas asing pecahkan telur dan kemudian gaulkan sotong dalam telur tu. Jumlah telur dengan sotong tu boleh agak sendiri, asalkan sotong dah tenggelam dalam telur tu dah ok la tu. Pastikan sotong dah bersalut dengan telur tu kemudian masukkan sotong ke dalam campuran tepung. Pastikan tepung menyaluti semua permukaan sotong tu dan kemudian goreng.
Kalau nak dapatkan sotong yang rangup, kena pastikan yang tepung tu dah bersalut keseluruhan permukaan sotong baru boleh goreng.

Resepi sotong goreng tepung:
Sotong
Tepung gandum
Serbuk lada hitam
Serbuk kunyit
Garam
Telur.

Pesanan dari aku masa menggoreng sotong tepung ni selalunya minyak akan terpercik keluar. Jadi kalau nak selamat dan tak kotorkan dapur, bila dah masukkan sotong dalam kuali tunggu sekejap kemudian tutup dengan penutup periuk yang ada pemegang kat atas kepala tu. Jadi takde la minyak terpercik dan kotorkan dapur.

Selamat mencuba..



LOVE,
Mcdaa

Wednesday, 1 March 2017

KETUPAT SOTONG KELANTAN

Hai....

Dah lama tak masak atau makan ketupat sotong ni. Ketupat sotong ni biasanya terkenal di Kelantan dan Terengganu, tapi ada jugak penggemar ketupat sotong ni yang bukan berasal dari Kelantan. Dalam keluarga aku pulak, boleh dikatakan semua pun suka dan gemar makan ketupat sotong ni. Ketupat sotong ni bahan utamanya ialah sotong, pulut, santan dan gula melaka. Mudah dan ringkas je bahan bahan untuk masak ketupat sotong ni.

Tapi tu lah, sotong sekarang mahal sangat. Kalau teringin nak makan ketupat sotong tu, sebaiknya buat sendiri lagi jimat dan boleh makan ramai-ramai. Selalu dalam bulan puasa banyak peniaga yang menjual ketupat sotong ni. Ya la, bulan puasa kan sotong macam ni senang sangat nak mengugat keimanan seseorang tu supaya membelinya..hihi

Pernah dulu aku beli ketupat sotong ni yang dah siap masak, 3 ekor yang besar sedang sedang je dah berharga RM7. Bagi aku harga ni agak mahal sangat kalau nak dibandingkan dengan harga sotong tu sendiri. Tapi ye lah, kalau dah teringin sangat nak makan sendiri boleh la beli sekali sekala. Tapi kalau untuk menjamu keluarga atau kawan kawan buat sendiri lagi terbaik dan puas hati.

Nak masak ketupat sotong ni bukan susah sangat pun. Cuma kena gigih dan sabar lebih. Sebab apa kena gigih dan sabar, sebab nanti nak kena isi dalam perut sotong tu dengan beras pulut dan kemudian kena ''pin'' kan kepala sotong tu balik setelah selesai isi perut sotong tu. Bab ni yang kena gigih dan berhati hati sikit, kalau jenis yang tak sabar memang akan mengaku kalah awal awal lagi. Banyak kot nak ini beras pulut lagi, nak main cucuk cucuk kepala sotong tu lagi, cucuk kepala sotong tu agak mencabar sikit sebab sotong kan licin jadi kena betul betul gigih.

Bagi pendapat aku kalau nak buat sotong ketupat ni, eloknya guna sotong yang saiznya sedang sedang je tak kecik dan tak terlalu besar. Tapi sesetengah orang tu ada yang gemar saiz sotong yang besar besar, kata diorang makan yang sotong besar ni baru puas hati. Tapi aku tak gemar sangat makan yang bersaiz besar. Sebab bila ketupat sotong ni dah masak, beras pulut yang kita masukkan dalam perut sotong tadi tu akan mengembang. Kalau guna sotong yang besar, isi pulut dalam sotong itu akan jadi banyak dan lastnya terasa macam makan pulut je sebab selaput luar sotong tu kecik banding dengan jumlah pulut. 
Korang faham ke tak eh..hihi



Ni gambar sotong yang dah siap dibersihkan dan disumbat dengan beras pulut. Sesetengan orang bila dia cuci sotong dia akan buang sekali kulit lapisan luar yang macam ada warna purple tu, jadi sotong tu akan nampak macam putih suci je kulit luar dia tu. Aku pulak tak suka buang selaput kulit luar ni, macam tak feel pulak kalau buang semua selaput kulit kat luar tu, jadi aku biarkan je sebab takde efek sangat pun buang atau tak selaput kulit luar sototng tu.
Kalau boleh nampak, di kepala sototng tu macam ada lidi kan. Ha..ni la bukti kegigihan nak mencantumkan balik kepala sotong yang kita dah cabut masa bersihkan sotong ni. Tujuan utama kita cucuk kepala sotong dengan lidi tu sebab nak pastikan pulut yang diisi dalam perut sotong tu tak terburai keluar je. Dan lagi satu untuk pastikan kejadian sotong tu sempurna dengan kepala..hihi





Perghhh...sedap sangat. Kalau yang dah pernah rasa mesti boleh bayangkan betapa sedap nya ketupat sotong ni. Satu lagi, ketupat sotong Terengganu dan Kelantan agak berbeza sikit dari segi warna dan rasanya. Kalau ketupat sotong Terengganu diorang tak masukkan gula melaka tapi guna gula putih yang biasa tu. Jadi warna ketupat sotong tu ialah putih bukan yang macam dalam gambar ni. Dalam gambar ni aku guna guna melaka atau orang Kelantan panggil nise.
Tapi aku pun belum pernah lagi cuba rasa ketupat sotong yang warna putih yang guna gula biasa tu. Mungkin rasanya tak jauh beza sangat kot, cuma mungkin yang guna gula melaka ni lebih terasa lemak berkrim berbanding yang gula biasa tu. Entah, nanti aku kena cuba bandingkan rasa dia.


Aku kasi close up sikit rupa ketupat sotong yang dah dipotong. Yang ni sotong yang bersaiz sedang sedang je tak kecik dan tak besar. Macam yang aku katakan tadi, bagi aku paling sedap makan ketupat sotong yang saiz sedang sedang macam ni. Sebab masa kita potong sotong ni, kalau saiz dia sedang elok je jumlah pulut yang diselaputi dengan sotong tu ngam ngam dimakan. Kalau sotong besar, kuantiti pulut tu akan jadi lebih banyak dan selaput sotong takkan memuaskan rasa tekak korang. Ha...lebih kurang gitu la perbandingannya. Tapi kalau sotong kecik kecik lagi best jugak, terus ngam je sekor sekor ketupat sotong tu...ni baru puas hati..hahhaha. Tapi time nak mengisi beras pulut dan nak mencucuk lidi la struggle sikit...hihi

Baiklah ni aku nak share resepi ketupat sotong versi mak aku ya. Bahan bahannya mudah je dan cara nak buat ketupat sotong ni pun boleh tahan senang je.

Resepi ketupat sotong.

Bahan-bahan.
1 kg Sotong
1 cawan Beras pulut
1/2 cawan Gula melaka @ gula perang @ gula pasir
2 cawan Santan kelapa
3 biji Bawang merah dimayang
Sedikit Halia dimayang
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan
Lidi @ pencungkil gigi

Caranya: 
Bersihkan sotong. 
Ambik beras pulut dan rendamkan dalam santan kelapa (rendam 30 minit). Masukkan sekali bawang merah dan halia yang dimayang halus.
Kemudian isi beras pulut dalam sotong dan pastikan jangan terlalu padat. Supaya ada ruang untuk beras pulut untuk mengembang. 
Ambil lidi cucuk kepala sotong supaya bercantum dengan sotong.
Susun sototng yang siap diisi dalam periuk.
Masukkan santan ke dalam periuk berisi sotong hingga menutupi sotong
Masukkan gula  dan garam, dan daun pandan kemudian masak atas dapur hingga pulut masak. 

Tuesday, 17 January 2017

Mini Burger guna homemade daging patty



Hai...

Assalamualaikum....

Di kelantan ni susah sangat nak cari kedai yang jual burger bakar. kebanyakan kedai burger sini cuma jual burger yang guna daging burger yang dah siap. mungkin ada je kedai yang jual burger bakar tu, tapi dalam 1 2 tempat macam tu je kot. tak banyak dan tak dikenali.

kalau kat kt kl kan banyak pilihan burger bakar yang ada dan tambahan pulak dia punya marketing kebabom senang orang nak ingat bila diperlukan. contoh burger abang burn, kaw-kaw burger, burger bakar dan macam macam brand lagi ada di kl. google je bersusun list pilihan burger bakar yang ada.

burger bakar selalunya diorang guna daging burger buatan sendiri. bukan yang siap frozen tu. bagi pendapat aku daging burger buatan sendiri lebih baik, sedap dan memuaskan hati masa makan tu. kalau kita buat sendiri ni selalunya kita guna daging kisar, lepastu ada tambahan serba sikit rempah ratus dalam daging burger tu. kalau yang dah siap frozen tu, daging burger tu ada campuran lemak dan jugak part-part dari daging yang berkualiti rendah.

aku pulak suka main campak je apa yang ada kat dapur tiap kali bila aku buat daging burger sendiri...hihi. kita yang nak makan, jadi ikut suka tekak la nak letak apa pun kan..
resepi yang aku guna hari tu ada kat bawah ni.

RESEPI:

Daging kisar (400 g)
bread crumb
1/2 biji bawang besar dicincang
1 biji telur
garam
gula
black pepper

campurkan semua bahan dan bentuk kan bulat bulat macam daging burger tu. kemuadian bakar atau grill.




Masa grill daging patty tu, aku tambah parutan mozarella cheese kat atas daging tu. nak guna cheddar cheese pun sedap jugak. bentuk dan rupa daging patty aku agak buruk sikit sebab maklum la main gentel gentel pakai tangan je. tak guna acuan pun, kalau korang ada acuan bulat yang macam mold besi tu lagi bagus. boleh bentukkan daging tu supaya nampak lagi kemas dan cantik.





Bila daging dah masak, boleh la hidang dengan roti burger atau bun kosong yang bulat kecik kecik tu. aku buat saiz kecik kecik ni senang nak bagi budak budak tu makan. takde la bersepah sangat dan boleh buat dalam kuantiti yang banyak..suka suka...hihi

memang puas hati sangat bila kita dapat hasilakan makanan dari air tangan kita sendiri. dan tambahan pulak makanan tu anak anak dan suami suka lagi la bertambah seronok kita nak masak.
zaman sekarang ni, makanan kat luar sana tu banyak sangat mengandungi bahan bahan kimia. walaupun dalam kuantiti yang tak membahayakan kita, tapi tak salah kan kalau sekali sekali kita elakkan dari beli makanan dari luar dan buat sendiri. itu lagi menjamin tentang keselamatan dan kebersihan makanan yang kita makan dan hidang untuk keluarga kita.



LOVE,
Mcdaa