Showing posts with label MY JOB. Show all posts
Showing posts with label MY JOB. Show all posts

Sunday, 27 August 2017

Teknologi Makanan dan Makanan kita

Hai...


Tergerak hati untuk mengarang tentang teknologi makanan dan makanan kita. Ni semua gara-gara terbaca post di page iium confession tentang pengalaman budak Food technology. Sebab rata rata orang ramai tak pernah dengar atau jarang dengan tentang bidang ni. Dan bidang fodd tecnology ni pun tak la famous macam bidang perubatan, kejuruteraan, guaman dan sebagainya.

Tapi sebenarnya peranan teknologi makanan sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Masa mula-mula masuk bidang ni dulu pun aku macam tertanya-tanya jugak, tapi bila difikirkan balik 100% manusia hidup akan makan. Dan bidang makanan ni bukan hanya tertumpu untuk manusia sahaja, malahan makanan haiwan sekarang pun banyak menggunakan teknologi makanan dalam penghasilan makanan tersebut.

Bidang ni skopnya luas, iaitu merangkumi teknologi makanan itu sendiri, skop pemprosesan makanan itu, skop penghasilan atau pembenihan makanan, termasuk jugak dalam skop halal haram makanan dan pelbagai lagi.

Oleh kerana semua manusia makan, jadi teknologi makanan sikit sebanyak telah mempengaruhi dalam hidup mereka. Sebagai contoh, setiap makanan yang kita makan pasti telah diproses untuk capai beberapa kriteria umpamanya dari segi rasa, tektur, tempoh luput, rupa fizikal makanan tersebut dan termasuklah pembungkusannya.

Dengan adanya teknologi, makanan yang kita makan sekarang telah banyak berubah diperbaharui dan lebih panjang jangka hayatnya. Contohnya kalau dulu makanan kita cuma sekadar untuk hilangkan rasa lapar, bagi tenaga untuk tubuh dan sebagai untuk meneruskan kelangsungsang hidup, tapi lain pula pada masa sekarang. Kini makanan kita banyak lebih kepada unsur kepuasan, kepelbagaian dan kemeriahan.

Mungkin ramai orang yang tahu kandungan sebenar apa yang mereka makan. Kalau dulu banyak makanan yang dihasilkan dengan menggunkan bahan-bahan asas sahaja serta penghasilan atau proses memasak jugak ringkas. Contoh kalau dulu kita makan sayur campur, ramuanya hanya lah sayur semata mata dan dimasak terus atas dapur. Berbeza dengan sekarang, selaras dengan teknologi sayur sayur sudah boleh didapati dalam bentuk segera. Atau ada yang telah diproses, dibekukan dan dibungkus dengan menggunakan pembungkus yang telah diubahsuai supaya dapat mengekalkan kesegaran sayur tersebut untuk jangka masa yang lebih panjang. Dan proses memasaknya juga telah pelbagai umpamanya boleh di stim, kukus, atau dipanaskan menggunakan oven (ketuhar microvawe).

Kalau anda seorang yang teliti, anda pasti akan menetili setiap bahan yang terkandung dalam makanan yang bakal dibeli. Lambakan produk makanan segera dipasaran yang kebanyakanan telah melalui pelbagai jenis teknologi pemprosesan. Termasuklah penambahan bahan adatif yang berbeza beza dalam setiap makanan.

Adatif atau dalam bahsa yang mudah ialah bahan tambahan yang dicampurkan dalam makanan untuk merubah atau mengekalkal keadaan makanan asal tersebut. Termasuklah pengawet, agen microbial, pewarna, perisa, antipengoksida, kondisioner, nutrien yang ditambah dan sebagainya. Bertujuan untuk memastikan kualiti dan keenakan makanan itu.

Teknologi makanan jugak banyak mempengaruhi kandungan makanan seharian kita..

Untuk kupasan detail lagi nanti kita sambung part lain pulak lah ya. Bagi otak rehat kejap...huhu


Thursday, 13 April 2017

Kebersihana Makanan dan KIta



Hari tu aku ada terbaca dalam page iium confession, confessor ni bercerita tentang kebersihan tempat proses makanan. Atau lebih specifik lagi kilang proses makanan la.
Dari penceritaan nya, dia bagitahu yang kilang proses makanan yang dia pernah kerja tu kebanyakannya di monopoli oleh pekerja asing.
Dan kita pun sedia maklum kan, kalau dah nama pun pekerja asing, kebanyakannya yang kerje di kilang kilang ni memang langsung tak faham bahasa melayu atau inggeris. Dan lagi parah kebanyakannya adalah pengotor dan berperangai teruk.
Bukan semua yang macam tu, ada je yang ok tapi nak cari yang ok tu aku boleh cakap macam 1 dalam seribu kot.

Ada kebenaran jugak apa yang dia cakap tu, yang kebanyakan kilang  buat makanan ni kebanyakannya nampak je elok di luar tapi proses nya wallah'hualam lah. Hanya orang dalaman je tahu tahap mana kebersihan tempat proses tu dikawal.
Sebab tu la perlu ada QA/QC dalam sesebuah kilang makanan tu. Paling kurang pun kalau mereka ni ada, mereka boleh buat rules atau boleh kenakan tindakan kepada pekerja yang tak amalkan kebersihan.
Boleh je control mereka ni, asalkan kita tahu macam mana nak create sistem yang berkesan. Tak semua kilang yang punyai pekerja asing ni tak amalkan kebersihan dan tak jaga etika masa proses makanan tu.
Kawalan yang penting, tu peranan mereka yang bergelar QA/QC. Tapi bukan senang nak buat sistem untuk mantapkan amalan kebersihan tu, perlu kan komitmen yang tinggi dan sokongan padu dari pihak atasan baru la dapat dilaksanakan. Nak lagi nampak tegas, siapa yang didapati tak ikut arahan dan kantoi buat kerja kerja kotor potong gaji je. Diorang ni sebut je pasal gaji semua jadi ikut je.

Dan kalau nak kupas isu keselamatan dan kebersihan ni, bukan terhad pada kilang makanan je. Tu, kedai kedai makan, restoren, gerai gerai tepi jalan tu. Kalau diamati betul betul dari sudut kebersihan, memang out lah.
Pernah ke korang pergi ke tempat tempat ni dan korang perhatikan tingkah laku tukang masak tu, cara pelayan angkat makanan, keadaan premis kedai tu bersih ke tak, ada nampak lipas, lalat atau tikus berkeliaran tak?
Yang terang lagi bersuluh ni pun susah untuk dikawal, apa tah lagi yang tempat proses makanan yang terselindung dari orang awam macam kilang proses makanan tu.
Bukan nak kondem, cuma nak orang ramai ada kesedaran yang tinggi tentang aspek kebersihan ni. Bila ada yang cakap pernah kerja di kilang yang kotor, masin masing nak tahu nama kilang dan lokasi kilang. Just sebagai peringatan dan pesanan bersama, cuba amalkan tengok keadaan yang aku sebutkan tadi tu dulu. Cuba lepas ni korang try tengok balik aspek aspek seperti yang aku sebut tu, ada tak berlaku di kedai kedai atau gerai gerai yang korang selalu pergi makan tu?

Selagi kita tak ada kesedaran untuk tidak memilih kedai yang tak jaga atau amalkan kebersihan, selagi tu lah banyak je peniaga atau pengusaha makanan tak ambik port sangat aspek ni. Sebab diorang tahu, kotor ke bersih ke akan ada yang datang beli atau makan.

Jadi kesimpulan nya kat sini, aku nak ajak korang semua supaya timbul kesedaran bermula dari diri kita sendiri. Try untuk tidak masuk atau pergi ke kedai kedai yang memang nampak secara terang terangan kotor dan tak bersih, tapi makanan nya sedap.

Sunday, 9 April 2017

Pengalaman bagi Talks, Program di Sekolah

Hai...

Sekarang ni, macam makin banyak pulak terlibat dengan program bagi talks ni. Kalau ikutkan yang sebenarnya aku ni masih belum layak mana pun nak sampaikan taklimat atau ceramah kepada umum. Tapi atas tuntutan kerja sekarang ni, terpaksa jugak la meyakinkan diri sendiri untuk menyampaikan maklumat kepada orang awam..

Walau dah agak banyak kali jugak la aku terlibat bagi talks ni, tapi sampai sekarang perasaan gementar dan cuak tu masih ada. Masih kuat pulak tu.
Mungkin sebab ilmu belum cukup penuh didada, dan mungkin jugak memang gementar dan gemuruh tu akan ada kalau berdepan dengan orang ramai nak berada di hadapan orang ramai tu.

Kalau nak di ikutkan isi kandungan talks tu, semua sama je. Tiap kali pergi pun just sampaikan yang asas asa je, pengetahuan umum je. Tapi perasaan gemuruh tu tetap ada.

Kadang bila kita berdiri dihadapan orang ramai dan bersedia untuk bagi Talks, akan datang suatu perasaan yang mendebarkan pada saat mula mula nak start tu. Tu dari apa yang aku rasa la, tapi bila dah 10 ke 15 minit ucapan tu perasaan gemuruh dah berkurang sikit.
Tambahan pulak kalau yang hadir tu dari golongan yang prefesioanl atau golongan dewasa.
Cara nak kendalikan program antara pelajar sekolah dan orang dewasa agak berbeza sikit. 

Kalau pelajar sekolah ni, kita macam bebas nak cakap apa sekali pun. Nak bagi perumpamaan simple simple ke atau nak bagi soalan yang cliche pun tak ada masalah sangat. Sebab diorang ni biasanya akan layan je, dan main hentam jawab je tanpa rasa was was atau malu.
Lain pulak gayanya kalau berhadapan dengan golongan dewasa. Cara penyampaian memang akan berubah. Dan perumpamaan atau contoh contoh yang nak diberi pun kena tapis tapis jugak la. Agar kita tak nampak bodoh dan mereka dan merasa macam talks tu tak ada point.

Bagi aku dua dua golongan ni tetap jugak mencabar. Cabaran nya pulak berbeza beza antara golongan pelajar dan orang dewasa dan cara nak handle pun berbeza beza.
Kadang kena pandai pandai sesuai kan dengan keadaan dan suasana masa tu. Kadang aku sendiri pun boleh jadi blur.

Kalau deal dengan pelajar, kita memang kena banyak bersabar. Dan kalau boleh just gunakan perkataan atau ayat yang simple simple je. No jargon words or statement. Ayat ayat saintifik tu boleh tolak tepi. Kalau nak guna pun boleh, tapi kena bagi takrifan pada maksud ayat tersebut.

Perkara lain pulak, kalau deal dengan pelajar sekolah, tak sesuai sangat kalau nak masukkan banyak maklumat penting atau point utama dalam ucapan tu. Contoh jangan letak banyak sangat topik masa ucapan. Kena kurangkan topik semaksima mungkin, dan kena cuba olahkan topik tersebut dengan lebih detail, dan mesta beserta dengan contoh contoh yang relevent.
Sebab kalau masukkan terlalu banyak topik, mereka akan cepat bosan dan lastnya akan hilang kawalan.
Kalau kita masukkan point utama yang terhad, tapi banyakkan interaksi dengan mereka, jadi tumpuan mereka dapat dikawal dan kita pun senang nak sampaikan.

Dan kalau golongan dewasa pulak, cara pendekatannya agak berbeza sikit kalau dibandingkan dengan pelajar sekolah. Isi ucapan kena padat dan mestilah berinformasi. Tak boleh terlalu simple dan letak banyak banyak gambar macam pelajar sekolah tu.

Isi kena padat dan tepat. Dan kita jugak memang perlu banyak study tentang topik yang nak disampaikan tu. Kebanyakan nya mesti akan ada soalan soalan yang akan diutarakan oleh mereka. Kalau pulak time tu ada sorang dua perserta yang agak agresif aktif sensitif dan segala macam tiff fiff tu..haaa stanby la baik baik supaya nanti kita tak la nampak macam bodoh sangat kat depan diorang walaupun pada hakikatnya kadang kita pun lost dengan soalan tu...hiihih





Tiap kali buat program, kalau dapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai, kita akan rasa puas dan seronok. Ye lah, ingat senang ke nak jayakan sesuatu program tu, tentu tentulah akan melibatkan ramai pihak kan. Dan kerja keras dari pihak pihak yang terlibat sangat lah dihargai.

Kadang aku macam suka dengan kerja kerja ni, tapi kadang aku macam rasa ia umpama beban jugak la sebab nak kena bercakap depan orang ramai tu mood kita mesti lah kena jaga. Biasa la, ada masa kita stress banyak kerja lain yang tak settle lagi tapi dalam masa yang sama kena sampaikan maklumat kepada orang awam. Muka kena jaga, mood tak boleh nak swing sesuka hati je...huhu




LOVE,
Mcdaa

Sunday, 2 April 2017

Petrosains KLCC

Assalamualaikum...

Hujung bulan lepas, aku berkesempatan menjejakkan kaki ke Petrosains di KLCC. Tu pun sebab ada program anjuran dari Petrosains dan Jabatan dari negeri calonkan nama aku untuk turut sama join program tu. Rezeki aku kot untuk dapat pergi kesana. Sebab pada asalnya calon yang sepatutnya hadir ke program tersebut, terpaksa cancel disebabkan ada urusan keluarga.

Biasala kalau dah berusia begini, urusan keluarga memang akan jadi agenda utama lah. Bila dah bekerja macam ni, tiap tahun pun pasti akan ada peluang untuk menyertai berbagai aktiviti anjuran pihak jabatan. Jadi pilihan dia untuk utamakan keluarga tu kira pilihan terbaik la untuk beliau dan akhirnya buka peluang untuk aku yang agak jakun ni pergi sana..hihi

Oleh kerana kami berempat, jadi kawan aku decide untuk pergi dengan menaiki kapal terbang. Aku ni sebenarnya gayat yaaa ampunnn. Kalau sorang memang aku takkan naik lah. Tapi sebab ikut suara ramai kan, jadi suara aku yang sorang ni tewas la. Nak tak nak terpaksa jugak la naik. 
Dalam aku duk takut takut naik kapal terbang ni, sejak akhir akhir ni macam kerap pulak aku naik. Dah 4 5 kali dah aku naik kapal terbang sejak kebelakagan nih, pun tetap jugak ada perasaan takut cuak tu semua.
Mak aku selalu cakap, kalau dah jadi pegawai memang la akan kena hanta pergi kursus sana sini, aku pulak sampai bila nak rasa takut cuak gayat macam tu...nak tak nak kena belajar naik dan biasakan diri bila dah terbang.
Entah lah, aku 2 3 hari sebelum naik perasaan cuak tu dah mula datang dah..hahhah. kadang naik geram jugak dengan diri sendiri, apa la yang buat kan sampai aku rasa takut macam tu. Mati itu kan pasti....huhu






Oleh kerana program tu berlangusung selama 3 hari, jadi kawan aku dah siap siap booked kan tiket kapal terbang sekali dengan hotel, guna website treveloka. Katanya kalau check in hotel sekali dengan tiket kapal terbang tu boleh dapat diskaun untuk kedua dua tiket hotel dan kapal terbang.
Kami check in Hotel Le Apple, betul betul sebelah dengan KLCC. Jalan kaki tak sampai 10 minit je dari hotel ke KLCC.

Tapi aku pulak dapat experience yang tak begitu menyeronokkan masa check in di hotel tersebut. Ehh bukan aku je, tapi kami semua pun rasa benda yang sama. Masa nak check in kami pergi dekat service counter mintak resit, dengan muka macam berlagak gila dia jawab hotel tak keluarkan resit kalau beli guna treveloka, nak resit mintak dengan treveloka. Kerek gila cara dia jawab time tu..
Lepas dah hangin dengan service counter tu, masuk je hotel makkkaihhh bau asap rokok berkepul kepul haa..
Memang geram gila kot masa tu, dah la penat berjalan dari KLIA sampai ke KL ni, dengan bawak bag lagi hurmmm..nasib baik aku ni jenis easy going orangnya, jadi nak marah pun redha je lah. Kawan aku suggest kami request tukar ke bilik lain, tapi kalau dah awal awal pun ada pengalaman buruk dengan service counter tu, tak kuasa pulak aku nak mintak tukar bilik lain. Kan nanti tak pasal dia letak kami dalam bilik yang menyeramkan ke apa ke lagi teruk...huhu
Lastnya kami just request orang dia datang sembur bilik je la, bagi kurangkan bau asap rokok tu. Tapi still jugak masih ada kesan bau bau tu..Memang aku bagi 1 bintang je la untuk hotel tu..hahhhaha

Oleh kerana kami berempat belum pernah jejak kan kaki ke petrosains, maka bila ada peluang macam ni memang agak excited jugak la. Dah macam kanak kanak ribena pulak..hihi. Tapi jangan tak tau, orang dewasa pun yang datang sini pasti akan rasa keterujaan tu sama macam kami kami ni haa.

Sebab kat dalam Petrosains tu, ada pelbagai aktiviti aktiviti sains yang diorang sediakan kan dan pamerkan. Sebab ada aktiviti yang kita boleh hands on dekat dalam tu dengan dibantu oleh staf staf mereka.
Banyak jugak la aktiviti sains yang menyeronokkan dan mengujakan untuk dicuba. Kalau dah orang yang dewasa ni pun boleh teruja dengan aktiviti kat dalam tu, kalau kanak kanak memang toksah cakap lah memang gembira habis.

Masuk dalam tu, korang boleh terokai bermacam perkara perkara yang selama ni kita cuma tahu dan baca dari buku je. Tapi bila datang sini, ada perkara yang boleh di aplikasikan dan ada perkara yang kita selalu duk praktikkan atau selalu lakukan sebenarnya ada kejadian sains yang boleh dirungkaikan mengapa kejadian tu berlaku sedemikian.
Cakap panjang pun tak guna, kalau nak tahu dan merasainya sendiri kena lah datang. Dan bawak budak budak sekali datang sini, confirm meriah dan menyeronokkan. Masuk dalam duk berejam pun mesti korang tak sedar lah.













Dan program yang kami join ni pun tak kurang hebat jugak. Program ni dah sama level excited macam masuk dalam petrosains pun ya jugak..hihi. Sebab program ni lebih kepada perkongsian untuk sampaikan maklumat kepada adik adik atau dewasa. Tentang cara penyampaian maklumat yang lebih menyeronokkan dan interaktif. Kira perkongsian dalam mempelbagaikan lagi cara penyampaian maklumat.

Kalau yang belum pernah sampai tu sila la datang, tak rugi pun datang dengan anak anak sebab banyak benda boleh belajar kat sini.
Sekian dulu ya...



LOVE,
Mcdaa

Tuesday, 28 March 2017

Virus H5N1

Hai...

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak share sedikit tentang virus yang sedang melanda ni. Virus ni tak ada lah membahaya sangat kepada manusia sebab dia jarang merebak dalam kalangan manusia. Penyebaran virus ni lebih cepat hanya dalam kalangan unggas je. Tapi masih jugak suatu keadaan yang merbahayakan jika dah terkena dengan virus ni. Sebab virus ni boleh membawa maut.

Virus H5N1 adalah sejenis virus influenza yang menyebabkan penyakit Selsema
Burung (Avian Influenza) dalam kalangan unggas seperti ayam, itik dan burung.
Kebiasaanya, penyakit ini jarang menjangkiti manusia dan sukar berlaku jangkitan dari
manusia ke manusia.

Manusia boleh dijangkiti melalui:
 Kontak secara terus dengan unggas (ayam, itik dan burung) yang berpenyakit
serta hasilannya.
 Najis dari unggas berpenyakit
 Air yang tercemar dengan najis unggas yang berpenyakit
 Barang-barang dan pakaian yang tercemar dengan najis dari unggas yang
berpenyakit.

Tanda-tanda dan gejala dalam kalangan manusia:
 Demam tinggi (melebihi 38C),
 Sakit tekak,
 Batuk,
 Sakit kepala,
 Sakit otot,
 Sakit sendi
 Letih lesu.

Pengendalian ayam yang selamat di rumah:
 Pastikan daging ayam adalah segar di mana:
  •     Isi adalah pejal dan anjal
  •    Tidak berlendir
  •    Tidak berubah warna (lebam atau kehijauan)
  •    Tidak berbau busuk
  •    Kulit ayam cerah dan segar
  •    Jika ayam beku, pastikan ianya masih berkeadaan keras dan beku semasa membeli

 Proses pencucian menggunakan air yang bersih dan selamat.
 Mengelakkan pemprosesan ayam mentah bersentuhan dengan lantai
 Memastikan tiada sisa-sisa najis yang terlekat di daging dan juga peralatan memasak
 Mengamalkan kaedah mencuci tangan dengan air bersih sebelum dan selepas mengendalikan ayam
 Menggunakan peralatan yang bersih dan berbeza bagi mengendalikan ayam mentah dan ayam masak






Daging ayam berpenyakit (virus H5N1) selamat dimakan sekiranya dimasak dengan
sempurna iaitu:
  • Suhu memasak melebihi 70o C.
  • Masa memasak sekurang-kurangnya 30 minit.
  • Tiada kesan darah pada tulang atau isi ayam yang dimasak.
  •  Kuah atau air rebusan ayam mesti berwarna cerah.

Walaupun isi ni agak minor, tapi kesan nya kepada industri juga hampir terjejas. Contohnya industri sarang burung walid. Burung walid pun dalam kategori unggas jadi risiko untuk burung dari jenis ni untuk dijangkiti virus ni agak tinggi.
Tapi buat masa sekarang hanya 1 negeri sahaja yang terjejas dengan virus ni. Dan pihak pihak berwajib dan pihak bertanggungjawab telahpun dan sedang menjalankan kerja mereka untuk memastikan virus ini dihapuskan dan menyelamatkan yang lain lain.

Ayam atau sebarang unggus yang jika didapati ada kesan positif, semua unggas yang berada dalam radius yang ditetapkan perlu dihapuskan dengan segera supaya penyebaran virus ini dapat dihentikan dan tidak merebak.

disini juga aku share kan beberapa Q&A mengenai isu virus H5N1 ni.


Soalan:Bagaimana penyakit influenza H5N1 disebarkan kepada manusia?
Jawapan:
 Virus influenza didapati didalam cecair/lelehan mata, hidung dan mulut dan najis unggas yang dijangkiti.
Kebanyakan kes jangkitan influenza H5N1 kepada manusia dikaitkan hubungan rapat dengan unggas yang dijangkiti atau unggas mati dan persekitaran yang tercemar dengan virus influenza H5N1. Virus ini tidak menjangkiti manusia dengan mudah dan jangkitan dari manusia kepada manusia  adalah sangat jarang. Tiada bukti bahawa penyakit ini berjangkit melalui makanan yang dimasak.

Sebaran melalui;
        Kontak secara terus dengan unggas (ayam, itik dan burung) yang berpenyakit serta hasilannya.
        Najis dari unggas berpenyakit



Soalan: Mengapa perlu mengambil berat tentang influenza A(H5N1)? 
Jawapan:
Jangkitan Avian influenza A(H5N1) dalam kalangan manusia boleh menyebabkan kesan yang teruk dan mengakibatkan kadar kematian yang tinggi.

Jika virus influenza A(H5N1) berubah secara genetik dan memudahkan jangkitan sesama manusia seterusnya masih mengekalkan kapasiti untuk mengakibatkan kesan penyakit yang teruk; impaknya kepada kesihatan awam sejagat amatlah buruk.



Soalan: Apakah tanda-tanda gejala Avian influenza A(H5N1) di kalangan manusia?
Jawapan:
Gejala influenza A(H5N1) ialah demam (biasanya demam panas melebihi 38 ◦C), letih, batuk, sakit tekak dan sakit otot. Gejala awal yang lain ialah sakit perut, sakit dada,dan cirit birit. Penyakit ini boleh menjadi penyakit pernafasan yang teruk seperti kesukaran bernafas, pneumonia dan mengganggu paras kesedaran/ sawan.


Soalan: Jika saya mempunyai tanda-tanda dan gejala setelah berkunjung ke kawasan yang telah didapati positif H5N1, apa yang perlu saya lakukan?
 Jawapan:
 Anda perlu mendapatkan rawatan di hospital atau di klinik kesihatan yang berhampiran dengan kadar segera.

Soalan: Adakah selamat untuk makan ayam, bahan tenusu dan burung liar?
 Jawapan:
Ya, adalah selamat untuk makan ayam yang telah dimasak. Virus ini sangat sensitif apabila dipanaskan. Suhu yang digunakan untuk memasak (melebihi 70◦C) akan membunuh virus ini. Bagi mengelakkan ayam, bahan tenusu dan burung liar tercemar, penyediaan makanan mestilah dengan menggunakan amalan keselamatan makanan dan makanan dimasak dengan sempurna.

Sehingga kini, kebanyakan jangkitan virus influenza A(H5N1) di kalangan manusia dikaitkan dengan penyembelihan unggas dan kontak secara langsung dengan unggas yang sudah disembelih, sebelum proses memasak. Amalan sebegini merupakan faktor risiko tertinggi untuk berlakunya jangkitan di kalangan manusia.


Soalan: Bagaimana influenza A(H5N1) dirawat?
Jawapan:
Dalam kebanyakan kes, influenza A(H5N1) di kalangan manusia akan menjadi penyakit yang teruk dan memerlukan rawatan lanjut di hospital. Ubat antiviral, Osetalmivir/Tamiflu boleh mengurangkan risiko kes menjadi teruk dan kematian.





Semoga membantu.



LOVE,
Mcdaa