Thursday, 28 December 2017

SEJENIS Cendawan


Hai...assalamualaikum..

Hari ni just nak share sejenis kulat yang tumbuh meliar selepas hujan. Rezeki orang yang tinggal di kampung, lepas musim hujan mesti akan ada rezeki mencurah-curah datang selepas tu. Antaranya lepas hujan je sungai-sungai pasti akan dipenuhi dengan pelbagai jenis ikan sungai. Kadang yang beruntung tu dapat tangkap ikan kolam. Entah kolam siapa yang air penuh melimpah dan ikan ikan semua terlepas ke sawah atau sungai.

Rezeki lain macam dapat makan atau beli pelbagai jenis ubi. Dimusim hujan atau selepas hujan pasti akan muncul ramai peniaga ubi. Sebab ramai orang yang akan menculkan diri dan meniaga ubi, jadi harga ubi dipasaran akan lebih rendah berbanding di luar musim hujan.
Ya la, musim hujan kan sejuk, kena pulak dapat makan ubi rebus panas panas dengan air kopi..fuhhh makan tak ingat orang lain dah.

Dan tak lupa rezeki tumbuh tumbuhan kampung. Macam ulam, sayur,  cendawan dan lain lain pasti akan tumbuh dengan sihat dan jayanya. Masa ni jugak banyak peniaga jual pucuk pucuk kayu, kulat dan cendawan pada harga yang sangat murah.
Dan kebetulan hari tu ada pakcik sorang ni datang jumpa dengan nenek lepastu mintak nenek aku tolong jualkan cendawan yang dia kutip kat dalam hutan. Banyak jugak la hasil kutipan dia kat hutan tu.
Aku pulak aku pertama kali kenal cendawan spesis ni. Selalu duk jumpa cendawan tiram tu je, letak dalam tomyam perghhh sedapp tu. Yang cendawan spesis ni pulak aku tak pernah jumpa jadi memang tak pernah merasa pun.
Nenek aku cakap cendawan ni memang banyak kalau lepas hujan. Dan tempoh hayat dia tumbuh pun tak lama. Dalam 2 3 hari macam tu je. Kalau siapa yang jumpa memang rezeki sebab sekali tumbuh memang banyak boleh dapat.
Tapi tu lah, jarang orang boleh terjumpa dengan cendawan ni. Sebab tumbuh memang kat dalam hutan. Selalu lepas musim hujan, agak lama jugak masa penoreh akan bercuti dari masuk kebun atau hutan untuk menoreh...sebab pokok masih basah lagi, tambahan pulak time ni pacat masih giat dan aktif keluar mencari mangsa.








Ni cendawan yang belum masak / kembang sepenuhnya


Ni pulak rupa cendawan bila dah kembang.


Pakcik tu petik cendawan yang kepala dia msaih kuncup lagi. Belum terbuka. Tapi malam hari nya terus kepala cendawan tu dah start kembang sikit sikit. Sekejap je dia dah berubah, sebab tu la tempoh hayat dia singkat. Dan masa lepas dipetik dari hutan hingga ke nak makan pun agak singkat. Kira macam hari ni kutip, esok dah kena jual, paling lewat lusa dah kena masak kalau tak nanti cendawan akan berubah lembik dan dah tak boleh dimakan lagi.
Lain dari cendawan tiram tu, 2 3 hari lepas beli kalau simpan dalam peti sejuk masih ok lagi la.

Cendawan ni sedap buat masak sayur air macam tu je. Sebab rasa manis dari cendawan tu dah cukup rasa dah. Nenek aku siap masak satu periuk untuk buat makan, maklumla benda sedap tambah pulak susah nak jumpa. Alang dah ada tu pulun la makan sampai puas hati..

Sunday, 27 August 2017

Teknologi Makanan dan Makanan kita

Hai...


Tergerak hati untuk mengarang tentang teknologi makanan dan makanan kita. Ni semua gara-gara terbaca post di page iium confession tentang pengalaman budak Food technology. Sebab rata rata orang ramai tak pernah dengar atau jarang dengan tentang bidang ni. Dan bidang fodd tecnology ni pun tak la famous macam bidang perubatan, kejuruteraan, guaman dan sebagainya.

Tapi sebenarnya peranan teknologi makanan sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Masa mula-mula masuk bidang ni dulu pun aku macam tertanya-tanya jugak, tapi bila difikirkan balik 100% manusia hidup akan makan. Dan bidang makanan ni bukan hanya tertumpu untuk manusia sahaja, malahan makanan haiwan sekarang pun banyak menggunakan teknologi makanan dalam penghasilan makanan tersebut.

Bidang ni skopnya luas, iaitu merangkumi teknologi makanan itu sendiri, skop pemprosesan makanan itu, skop penghasilan atau pembenihan makanan, termasuk jugak dalam skop halal haram makanan dan pelbagai lagi.

Oleh kerana semua manusia makan, jadi teknologi makanan sikit sebanyak telah mempengaruhi dalam hidup mereka. Sebagai contoh, setiap makanan yang kita makan pasti telah diproses untuk capai beberapa kriteria umpamanya dari segi rasa, tektur, tempoh luput, rupa fizikal makanan tersebut dan termasuklah pembungkusannya.

Dengan adanya teknologi, makanan yang kita makan sekarang telah banyak berubah diperbaharui dan lebih panjang jangka hayatnya. Contohnya kalau dulu makanan kita cuma sekadar untuk hilangkan rasa lapar, bagi tenaga untuk tubuh dan sebagai untuk meneruskan kelangsungsang hidup, tapi lain pula pada masa sekarang. Kini makanan kita banyak lebih kepada unsur kepuasan, kepelbagaian dan kemeriahan.

Mungkin ramai orang yang tahu kandungan sebenar apa yang mereka makan. Kalau dulu banyak makanan yang dihasilkan dengan menggunkan bahan-bahan asas sahaja serta penghasilan atau proses memasak jugak ringkas. Contoh kalau dulu kita makan sayur campur, ramuanya hanya lah sayur semata mata dan dimasak terus atas dapur. Berbeza dengan sekarang, selaras dengan teknologi sayur sayur sudah boleh didapati dalam bentuk segera. Atau ada yang telah diproses, dibekukan dan dibungkus dengan menggunakan pembungkus yang telah diubahsuai supaya dapat mengekalkan kesegaran sayur tersebut untuk jangka masa yang lebih panjang. Dan proses memasaknya juga telah pelbagai umpamanya boleh di stim, kukus, atau dipanaskan menggunakan oven (ketuhar microvawe).

Kalau anda seorang yang teliti, anda pasti akan menetili setiap bahan yang terkandung dalam makanan yang bakal dibeli. Lambakan produk makanan segera dipasaran yang kebanyakanan telah melalui pelbagai jenis teknologi pemprosesan. Termasuklah penambahan bahan adatif yang berbeza beza dalam setiap makanan.

Adatif atau dalam bahsa yang mudah ialah bahan tambahan yang dicampurkan dalam makanan untuk merubah atau mengekalkal keadaan makanan asal tersebut. Termasuklah pengawet, agen microbial, pewarna, perisa, antipengoksida, kondisioner, nutrien yang ditambah dan sebagainya. Bertujuan untuk memastikan kualiti dan keenakan makanan itu.

Teknologi makanan jugak banyak mempengaruhi kandungan makanan seharian kita..

Untuk kupasan detail lagi nanti kita sambung part lain pulak lah ya. Bagi otak rehat kejap...huhu


Tuesday, 23 May 2017

Bila Tiada Lagi Peneman Setia

Hai...

Semalam kecewa bila period datang, hari ni mood sedih masih lagi bertandang di hati ni. Fasa sedih dalam kehidupan sedang berlangsung kot, sebab tu la lepas satu satu hal yang menyedihkan muncul.
Silih berganti kesedihan yang menerpa diri aku ni...huhu

Ada lah tu, mungkin Tuhan nak uji aku. Sebab kadang terasa macam nak meratap meraung raung dan menyalahkan takdir dengan apa yang jadi ni. Kadang macam tak redha terima dugaan dan kesedihan ni...
Semoga hati ni terus bertahan dan kuat, dan semoga aku tak kan sesekali lalai dari ketentuan ilahi.

Macam mana la sesebuah perhubungan tu nak bahagia kalau dia sefahaman, tiada tolak ansur, sifat bertimbangrasa pun kurang..
Semalam kami gaduh. Aku penakut...bila datang perasaan takut tu, memang aku perlukan teman. Bukan niat nak memaksa atau mengangu masa dia dengan kawan kawan lepak dia, tapi dah memang aku takut..malas aku nak ungkit dalam ni tentang hal semalam.
Dia mesti salahkan aku, dan aku tentu tentulah akan salahkan dia tentang hal semalam. Lastnya kami bergaduh, timbul perasaan benci pada dia.

Air mata yang jadi peneman semalam. Mengalir tanpa dipaksa, dah cuba tahan diri dan pujuk diri supaya bersabar, bertahan. Bukan sebab air mata ni mahal untuk dia, tapi sebab hari ni aku kena berhadapan dengan orang ramai.
Tapi kalah jugak dengan diri sendiri, bangun pagi tadi mata bengkak. Azabnya nak mengadap orang ramai nanti...

Tentang hubungan aku dengan dia...........

Banyak hal yang tak pernah dibincangkan dari hati ke hati. Banyak hal yang dipendam, dia memang pendendam dan perahsia. Jarang berkongsi rasa dengan aku, kalau terpaksa atau dipaksa baru dia bersuara. Lain dengan aku...
Tapi sekarang, aku dah mula memendam rasa. Kalau aku luah, aku yang akan dipersalahkan. Kalau aku tegur apa yang aku tak suka, aku jugak yang akan dipersalahkan..Lastnya...aku biarkan je selagi hari boleh bertahan.
Walaupun kadang tewas je, dan airmata terus mengalir umpama ingin melepaskan semua yang terbuku dihati.

Dah lama dia tak ambik tahu tentang hati aku, bicara hati ke hati...dah terlalu lama.
Sampaikan aku dah mula rasa terasing dengan dunia kami sendiri. Sampaikan kadang aku rasa segan untuk berbicara dari hati ke hati dengan dia.

Sejak dia bekerja ni, banyak hal yang tak dapat aku kongsikan dengan dia.
Dia makin sibuk, makin kurang masa dengan aku, makin kurang bicara dengan aku.
Kadang bukan nak bersikap kurang ajar dengan dia, tapi sebab dia yang makin kurang mengajar aku untuk jadi isteri terbaik...

Sampai satu tahap, kadang aku rasa biarlah dia dengan dunia dia dan aku dengan dunia aku. Urusan hidup berasingan pun aku dah macam tak kisah.
Langsung dah tak ada perasaan bahagia, bukan sebab aku tak bahagia dengan dia tapi sebab sikap dia yang menutup kebahagian itu.

Aku cuba kurangkan masa dengan phone, lebihkan masa untuk kami. Tapi dia tak pernah nak berusaha bersama, bila aku lalai dengan phone, dia tak pernah tegur. Dia biarkan...sedangkan dia ada hak, dia perlu tegur aku dan ingatkan aku bahawa aku sedang lalai..tapi tak. sebaliknya dia bagi peluang untuk aku terus dengan phone dan dia...sama.

Awal awal dia bekerja, tiap kali dia balik dari kerja aku akan pastikan makanan dah siap terhidang untuk dia. Aku gigihkan diri, balik kerja masak. Tapi bila banyak kali, aku yang masak, aku yang hidang, aku cedukkan, dan aku menunggu dia di meja makan...terasa macam langsung tak dihargai.
Tambahan sejak guna kereta, tak pernah balik awal. Banyak kerja katanya...ya kerja. kerja untuk sesuap nasi demi keluarga..
Sampaikan aku rasa geram dan timbul macam tak ikhlas, perlahan lahan aku kurang kan urusan makan dia. Dia tak pernah perasan pun. Lepas masak, hidang, aku biarkan dia ceduk makan sendiri, aku tak lagi teman dia di meja makan...Tapi dia tak pernah tegur pun, mungkin dia langsung tak pernah perasan pun perubahan tingkah laku aku tu...ya, memang kecewa. tapi aku biarkan......

Lepas selesai makan, mandi dan layan phone kerja dia...tiba masa lepak dengan kawan kawan dia. Tak selalu tapi sentiasa ada bersama kawan.
Kadang kalau tak lepak bersama kawan dia, kami tetap berasingan.
Dia dalam bilik saat aku di ruang tamu, aku masuk bilik dan kejap dia akan keluar ke ruang tamu. Dia tak perasan tapi aku perhati tindakan tu...
Bagi dia tiada hal pun tentang itu, tapi tak bagi aku.
Mungkin dia tiada perkara yang nak dibincangkan atau dibicarakan dengan aku.
Atau mungkin dia sibuk dengan urusan kerja yang tak sudah. Sebab phone kerja jarang berengang dengan dia. Sentiasa aktif, sentiasa berbunyi. Kadang dia senyum dengan phone, bukan dengan aku.
Ada je dia bergurau senda dengan aku, bertegur itu ini...tapi hanya yang luaran..langsung tak ada hal yang melibatkan hati.
Aku sunyi...dan aku pendam.

Akhir akhir ni banyak hal yang berlaku, hal yang aku pendam sendiri. Hal yang aku uruskan sendiri.
Sedangkan urusan anak pun perlu aku yang ingatkan, dalam fikiran aku macam belum pernah dia yang mulakan bertanya tentang urusan anak atau dia yang selesaikan tentang urusan anak.
Aku pernah suarakan nak beli Iqra untuk anak, aku sengaja tak usahakan cari dan beli sebab aku nak tengok sejauh mana dia betul betul prihatin dengan keperluan anak dia.
Ya, anak dia tetap boleh hidup dengan jaya walau tanpa Iqra, tapi makanan batil tu adalah tanggungjawab dia.
Tapi sampai sekarang dia anggap tu hal remeh, sampai sekarang jugak anak dia masih belum ada Iqra. Aku cuma suarakan yang anak dia perlu ada buku Iqra, senang nak mengajar dia nanti..tapi tengok la usaha dia, keprihatinan dia, kesungguhan dia tentang keluarga, tentang keutamaan hal keluarga dalam fikiran dia....tak...hanya sekadar mengiyakan. Selesai.
Aku perhati sampai bila........

Tentang urusan rumah pun sama, dia macam endah tak endah. Mungkin sebab aku yang pilih dan mulakan, dan loan pun atas nama aku. Jadi dia macam ambil ringan. Buktinya...selalu aku yang kena ingatkan dia, pesan pada dia, mintak tolong dengan dia untuk tolong urusankan apa yang aku rasa dia boleh tolong. Sebab tak pernah pun dia yang mula bertanya kan dulu apa yang boleh dia tolong, apa yang boleh dia usahakan.
Ya dia pernah carikan kontraktor lain, tapi bila aku mintak dia deal dengan kontraktor sedia ada, dia tak nak. Dia tak libatkan 100%, perlu aku jugak yang mulakan.
Dan urusan terakhir dengan konraktor, dah lama aku ingatkan...aku yakin yang sampai sekarang pun dia masih belum deal dengan kontraktor tu..
Aku perhati sampai bila baru dia nak mulakan...aku dah putus asa, dah malas nak ingatkan benda sama kalau dia tak pernah nak ingat hal yang penting.

Aku tak tahu apa yang ada dalam fikiran dia...
apa yang dia kejar dalam dunia ni, dalam hubungan ni...
aku tak tahu, mana letakkan aku sekarang...
sekadar isteri, jaga anak, tukang masak, teman tidur, teman berbicara sekali sekali.....
tak harap banyak...cukup dia boleh tegur aku bimbing aku. Aku tak kisah kalau pun dia yang tunggang terbalik tegur aku ke arah kebaikan....aku akan turutkan tanpa persoal sikit pun. Tapi tak...dia tak kan pernah nak ajar aku. Sebab bagi dia aku mungkin belum layak untuk diajar. mungkin bagi dia sebab aku dah ada akal sendiri, dah ada otak sendiri, dah boleh fikir baik buruk jadi kenapa perlu dia yang mengajar..

Aku tahu...dia tahu aku ada blog. dan aku tahu jugak dia tak pernah nak baca kisah kisah yang aku krang dalam ni. Sebab dia tak ada msa pun nak layan benda benda remeh ni. Tak penting pun. hanya bebelan kosong aku je............


Monday, 22 May 2017

Try To Conceive : kegagalan

Assalamualaikum..

Mood sekarang rasa sangat sangat lah kecewa. Sebab harapan dah tinggi mengunung dah. Kalau ikut tarikh period, memang hari ni la hari nya. Selalunya pagi pagi hari period datang, dengan tanda tanda sakit perut, dan jerawat naik di muka.
Dan selalunya mood sedih, mudah sentap, nak merajuk akan terjadi sehari dua sebelum period datang.
Tapi sehari dua ni mood ok je, takde sentap ke apa dengan suami. Perut pun tak sakit, dan jerawat pun macam tak berapa nak tumbuh. Jadi dalam hati dah macam mengunung lahir harapan tu.
Tambah pulak tadi ada yang tegur makin berisi, ke dah ada isi..
Berharap sangat sangat...

Tapi lastnya hampan jugak...
Kecewa jugak..
Aku dah macam nak putus asa, salahkan takdir.
Ya allah...aku tahu berdosa kalau berfikir macam tu, tapi aku tak kuat dah.
Semangat dah makin menghilang, sebab kecewa yang sering bertandang.

Rasa macam nak lari jauh jauh, nak menangis dan meraung sekuat hari. Nak lepaskan semua kekecewaan ni.
Terasa macam diri ni dah gagal untuk berusaha ke arah itu.

Cuba kira waktu dan tarikh tarikh subur, cuba berhubungan dengan suami pada tarikh tarikh tu. Disamping tu jugak dah minum habis sekotak susu kambing. Konon boleh suburkan wanita, sebagai langkah untuk ke arah itu..
Tapi bila dah gagal, terus rasa down, rasa macam sia sia je...dan rasa macam seorang yang...entah..
Sepatutnya bersyukur dengan kurnia yang dah diberikan kepada aku ni.

Kadang berfikir, aku tak subur dah ke?
Atau rahim aku dah tak kuat, rahim ada masalah ke?
atau pun suami aku yang tak subur, sebab merokok dan tak amalkan gaya hidup yang sihat?

Entah...faktor yang mana satu

Atau mungkin Allah swt nak uji kami suami isteri supaya lebih mendekatkan diri kepada nya...

Sekarang aku buntu..aku kecewa...terasa diri ni gagal. dan rasa nak meraung sekuat hati.
Sebab aku tak kuat dah...
Aku dah makin down...

Ya allah....ampun kan dosa aku. Berikan aku kekuatan. Kuatkan semangat aku untuk kearah itu.
Suburkan rahim aku, untuk ke arah itu.....


Sekali lagi aku kecewa.....

Sunday, 7 May 2017

Tentang Kehidupan

Hai....

Sekadar coretan luahan hati yang terbuku..
ewahhh ewahhh kemain dah macam nak bermadah pujangga la pulak...

Entah lah...kadang sejak dua menjak ni hidup macam terasa kosong. Macam to wishing for.
Its not that everything was complete, its because i know that it wont happen as i wish.

Nothing to wish, nothing to hope, nothing to eager with and just nothing to bother.
Its just nothing at all, that's it.

Like everything just go through like usual...nothing to ponder.
blank.....

Something like, hidup tapi tiada nyawa yang menghidupkan suasana atau keinginan tersebut. Jadi, jalan terbaik nya hanya lah ikut je apa yang terjadi, kemana yang akan dibawa tanpa sebarang arah tuju yang jelas.

If i plan for a trip, belum tentu it will happen. Because, im the one yang plan and im the one yang wish for that and there will be no one to blame if that would not happen. Sebab everything was on me.

Kadang sedih dengan keadaan sekarang, tapi kalau merungut umpama macam tak tahu nak bersyukur dengan apa yang ada. Please dont act too much, sebab ni bukan big deal pun. Just macam nak layan perasaan, macam nak happykan diri bukan dengan tujuan utama yang penting atau mustahak. Its like, tak buat pun tak apa, nothing yang akan terjejas.
Like, ada atau tak ada
buat atau tak buat
pergi atau tak pergi.....
nothing change...sama jeee...

That's why la lately dah macam give up untuk tonjolkan diri. Atau berpura pura menghappykan diri dengan suasana. Dah macam malas untuk mencuba, malas untuk berusaha, malas untuk be good like used to be dulu, malas to be like into it..
Mungkin kecewa kot..mungkin dah hilang seri dengan keadaan macam ni.
Something like too complicated to explained.
Seem to be like, no other person can really understand this situation. I also dont even know how to explained it or how to express about this situation.

Neither you or i can really understand this.

Day by day...just pass like a sun change to moon. like day turns to night....something to ponder...why why and whyyy..........

Until at one point, i found a situation that can really make me cheer up. Even though like something stupid, but yes its really work. and i dont care how stupid it is......
Once you feel like you have no one with you, creating some thing or other situation by your imagination

can actually comfort you and also can make you smile with no reason.
Yes its happen right now. im into it......

Entah la...kadang rasa bersalah jugak sebab macam lari dari kehidupan yang sebenar. Macam nak sembunyikan kewujudan diri ni. Sebab rasa macam tu lagi baik, boleh selesakan diri sendiri dan senangkan diri sendiri. Berlakon macam nothing to worries, macam biasa biasa...but inner side, like mountain waiting time to explode.

Bila saat rasa ada macam tiada, cakap macam tak cakap, bersama macam tak bersama, dekat tapi sebenarnya jiwa jauh sangat. One side usaha, one side stay cool, one side want to have a great moment while the other side...keep stay cool.
Terus rasa nak berputus asa, give up dan dah malas nak stay dan fikir baik baik je.
Hard to say...hard to believe...

Sampai satu tahap kadang fikir, ada sesuatu happen at my back?
Like impossible but it possible to happen. We never know.........or to be specific i will never know!

And after so much ignorance for me, my imagination keep disturbing my mind. I never expect that i could be this far. I mean at first just suka suka je, but now macam kelip kelip in my mind.
Macam susahnya nak buang, macam stain hard to removed.
Maybe because, it happen just right after my mind is empty or to be exec is my empty soul.
Once it has been Fill up by that crap imagination and now keep appear and disturbing me.


Lets see for how far this can really bother me....


 
 







Sunday, 30 April 2017

BNG4040

Hai...

Sejak dua menjak ni, macam tergangu pulak dengan kereta myvi nih. Haahahahah. Tergangu la sangatttt.
Entah datang dari mana, tiba tiba muncul di belakang. Bermula kisahnya sampai di pertengahan jalan aku nak datang kerja ni, tiba tiba myvi ni datang cucuk dari belakang.
Aku kalau time pagi pagi nak g kerja ni, kalau asal ada je kereta yang kemain cucuk di belakang...memang aku naik minyak nak main cucuk cucuk jugak..hihihi. sambil sambil buat ubat hilang mengantuk.

Bayangkan perjalanan 60 km sehala, lalu ikut jalan kampung dan jalan kat negeri ni pulak mana ada highway yang aku boleh drive sambil berangan. Jalan kampung lagi adventure kot, sebab mata kena sentiasa fokus dan tangkas perhati kiri kanan depan belakang. Banyak yang jenis drive nak masuk atau keluar simpang main terjah je. Yang paling buat aku hangin, bila aku tengan syok tekan minyak..tiba tiba ada kereta kat depan main masuk jalan je...dah kena tekan brek, pastu kemain tadi masuk jalan tu boleh pulak dia driev slow motion macam nak g makan angin. Tak lama kemudian, dia bagi signal nak masuk simpang atau nak berhenti di bahu jalan...ko rasa???

Kot ya pun nak masuk jalan, tengok la dulu. Kalau takat nak jalan dalam 100 200 meter tu, baik la bagi laluan kepada orang yang tengah straight ni jalan dulu...

Ehhh...terbebel pulak..hihi

Ok back to story, dah beberapa kali jugak la terserempak dengan kereta ni. Cermin pulak kemain gelap, nak skodeng orang kat dalam memang langsung tak dapat. Yang pastinya driver myvi tu laki. haaa...patut la duk cilok situ sini, pastu cucuk cucuk belakang, ikut rapat kot. Tapi kadang dia macam tertingal di belakang, pastu tak lama kemudian rapat kat belakang kete aku pulak.
Pernah aku bagi peluang untuk dia potong aku, tak pulak...Hahahah. tergelak aku dalam kete sambil drive. Nak je aku keluar kereta pastu say hai....hahhaha

Agak jauh jugak la dia duk follow belakang kereta aku. Tapi sampai dekat simpang nak menghala ke tempat kerja aku nih, dia pergi straight je.

Serius lah, teringin sangat nak tengok owner myvi tu. Tua ke muda ke, entah entah aku kenal ke. Sebab tak sangka ada jugak yang drive pergi kerja jauh jauh macam aku. Selalu, kalau ada aku main cucuk cucuk atau acah acah kejar mengejar tu, tak jauh sangat pun lastnya dia masuk simpang atau aku yang masuk jalan lain dia pulak pergi lurus je.
Yang ni pulak, aku belok dia belok, aku pergi lurus dia pun lurus, aku masuk simpang dia pun ikut jugak...dah jalan sehala memang la laluan yang sama..hihi

Tapi selalu terserempak dengan kereta tu waktu pagi je, petang belum pernah lagi. Dan bukan selalu terserempak pun, seminggu dua sekali je. Tapi bila terserempak tu...he made my day..hahahah.
Perjalanan jauh pun tak bosan dah...



LOVE,
Mcdaa

Tuesday, 18 April 2017

Pengalaman Bersalin C-zer

Hai...

Assalamualaikum...

July 2017 nanti genap la 3 tahun umur anak ibu, Muhammad Fir Ammar Fitri. Hari ni entah kenapa tiba tiba rasa macam nak bercerita dan mengimbas semula kenangan sewaktu nak lahirkan Ammar.
Mungkin sampai sekarang masih ada rasa terkilan nya sebab tak dapat peluang untuk lahirkan Ammar secara normal.
Tapi alhamdulillah sebab hingga kini, ibu dan Ammar sihat sejahtera dan tiada sebarang masalah. Ammar pun aku tengok membesar dengan elok dan hampir sempurna seperti kanak kanak lain yang sebaya dengan nya.

Mungkin tu bukan rezeki aku untuk bersalin secara normal. Bagi aku, ibu ibu yang dapat lahirkan anak mereka secara normal tu merupakan rezeki pemberian dari Allah. Tapi kena positif jugak, yang lahirkan anak secara c-zer atau pembedahan tu juga merupakan rezeki dari Allah swt, cuma nya rezeki tu berbeza.
Tapi ada ibu yang memang nak lahirkan anak secara c-zer, dengan alasan takut nak meneran atau takut rupa vegina dah tak sesempurna seperti sebelum melahirkan anak. Walau apa cara sekali pun yang menjadi pilihan ibu, terserah lah pada tanggapan dan justifikasi masing masing. Kita sendiri yang bakal menghadapinya dan kita sendiri yang tahu mana satu cara yang terbaik untuk diri kita sendiri, dengan ada nya bimbingan dari Allah swt.

Tapi kadang ada jugak masa masa aku akan berfikiran macam tak waras. Aku kata tak waras ni bukan bermaksud gila ya. Tapi lebih kepada sesuatu yang tak rasional, tapi kadang apa yang tak rasional tu mungkin ada betulnya...entah lah, bila datang waktu kusut semua nya jadi betul.
Tapi bila diri ini sedar akan kekuasaan Allah, baru lah kekusutan tu diterima dengan hati yang redha. Tapi kadang perkara atau pemikiran yang sama berulang kembali..entah untuk ke berapa kali pikiran kusut tu akan muncul dan akhirnya di sudahi dengan keinsafan dan keredhaan.

Macam aku, yang memang mengharapkan sangat dapat lahirkan anak secara normal tapi akhirnya pembedahan jugak yang terpaksa dipilih. Kadang redha kadang ada rasa menyesal dalam diri, kadang ada rasa ingin menyalahkan orang yang terlibat. Macam pemikiran nya naif, naif tentang hukum dan aturan Allah swt.

Bermula kisah bersalin aku ni macam ni, tarikh due lahir doktor bagi 28hb july, tapi 25hb tu dah rasa macam sakit sakit perut. Sebab tak pandai kan, sakit tu takde la sakit sangat pun sebenarnya sebab masih boleh berjalan, tapi bila dah ngadu sakit, laki aku terus bawak g hospital, dah kena tahan wad.
Tapi sebab masih belum ada tanda tanda nak bersalin, jadi esoknya 25hb boleh balik rumah.

Tiba tiba pagi 26hb tu sakit perut datang lagi, kali ni macam makin menjadi jadi sakitnya, terus g hospital jugak sebab dah ada tanda sakit sakit. Tapi masih boleh jalan, bergerak sana sini lagi. Kalau di ikutkan sebenarnya ni cuma sakit sikit je belum tahap nak bersalin pun lagi tapi macam aku cakap tadi ni pengalaman pertama memang pengetahuannya zero. Tambahan pulak aku ni penakut, memang terasa sunggunh insecure duduk kat rumah lagi selamat kalau stanby je dalap wad, senang kalau jadi pape dah ada kat hospital.
Nasib la laki aku time ni layan kan aje kehendak bini dia nih.
Lagi sekali check in wad pada pagi 26hb ni. Nurse check jalan bukaan, masih belum ada tanda lagi. Tapi kali ni sakit dia memang kejap datang kejap tak. Tapi kalau dah datang tu memang tak tahu nak buat apa dah, pusing kiri tak kena pusing kanan tak kena, duduk tak kena, baring tak kena..haihhh macam macam cara jugak la aku buat untuk kurangkan rasa sakit tu. Sambil dalam hati duk baca ayat ayat yang aku ingat.
Malam 26hb tu aku memang dah tak boleh tidur, lelap kejap datang sakit tu. Asal lelap kejap datang lagi sakit tu, memang tak selesa. Masa ni nak jalan ke toilet pun dah tak boleh tahan. Tapi gagah kan jugak jalan pelan pelan.
Dan pagi 27hb tu, badan dah memang tak tahan dah. Nurse datang check bukaan. Dah buka 2 cm, nurse mintak balik dekat katil dan rehat rehat, katanya dah tak lama dah tu. Aku terus call laki cakap dah masa nya ni. Dalam pukul 8 atau 9 pagi, laki dah ada kat luar wad tapi tak boleh masuk jumpa sebab bukan waktu melawat kan.
Dekat 9 lebih nurse check jalan dah buka 4 cm, terus dia tolak masuk labor room. Masa tu dah dekat 10 pagi, dapat call dan cakap dengan laki aku.
Dia mintak masuk nak jumpa dengan aku, tapi nurse tak bagi masuk. Suruh dia stanby je dekat ruang menunggu depan labor room.

Tinggal la aku sorang sorang dalam bilik tu, sambil menahan sakit sabil beristifar banyak banyak. Dah la tak sempat nak makan pagi tu, terus je kena tolak masuk labor room. Lepas dekat sejam lebih dalam tu nurse datang check lagi, bukaan masih 4 cm. Tunggu lagi. Dekat luar pulak, laki aku dengan mak aku masih sabar menunggu peluang untuk jumpa dengan aku. Tapi nurse tetap jugak tak bagi.
Siap cakap dengan mak aku, kalau nurse tak panggil nama tu tandanya belum nak bersalin lagi la, jadi tunggu je la kat situ.

Dah pukul 12 tengahari, pun masih sama jugak bukaannya masih 4 cm. Aku dah sakit ni memang tak tahu nak cakap macam mana dah. Dengan tak makan nya, mana la nak ada tenaga. Masa tu dahaga sangat, mintak dengan nurse nak minum air, tapi nurse tak bagi. Dia kata time time macam ni dah tak boleh makan minum lagi dah, kena tahan je rasa dahaga tu.. Ya allah...rasa macam kejam nya nurse ni, minum air sikit pun takkan la tak boleh.
Dah la muka laki aku pun tak sempat nak tengok, nak air pun tak dapat. Sebab tekak ni dah memang haus sangat sangat, dengan perutnya sakit sakit. Rasa macam nak terkencing terberak semua ada, tapi tak ada tempat nak melauh mengadu.
Aku masuk toilet, sakit perut ingat nak membuang tapi tak pun. Dah dahaga yang amat, aku teguk je air paip dalam tandas tu.
Sedih sangat masa tu, menitik air mata aku masa telan air paip tu. Kalau bukan sebab terdesak takde nya aku nak teguk air paip tu.
Aku tak tahu pun memang salah ke kalau minum air time dah dekat dekat nak bersalin ni..

Dah dekat pukul 2 petang, datang nurse dia check kan jalan. Pun sama jugak masih 4 cm, lepas tu terasa air mengalir keluar laju je. Aku tanya nurse tu kenapa, dia cakap dia dah pecah kan air ketuban aku. Kenapa dia pecahkan aku pun tak pasti, tapi dalam sakit tu aku masih sedar yang dia cakap dia pecahkan bukan pecah dengan sendiri.
2.30 petang nurse yang pecahkan air ketuban aku tu dah tamat shift kerja dia. Sekarang nurse lain pulak yang ambik alih uruskan aku.

Bukaan masih sama jugak 4 cm, dengan perut yang sakit dan tenaga dah makin kurang, time ni dah rasa lemah sangat. Dah macam tak ada upaya dan tenaga untuk teruskan. Pukul 4 nurse datang check lagi, aku tanya dia tak boleh ke masukkan ubat ke apa ke tak kan nak duduk macam ni je. Dah la air ketuban dah dipecahkan, nurse tu jawab dia tak ada kuasa nak masukkan ubat atau buat apa apa tanpa arahan dari doktor. Aku tanya mana doktor sebab aku dah tak ada daya dah, tenaga pun dah makin kurang.
Nurse cakap doktor yang ada bertugas tu sedang uruskan ibu dan anak di bilik sebelah yang lahir tak cukup bulan. Aku boleh dengar macam kecoh kecoh kat luar bilik labor room tu, rupanya diorang tengah uruskan baby yang tak cukup bulan tu untuk dihantar ke hospital daerah lain yang ada pakar. Tapi ada masalah sebab tong oxygen di situ tak berfungsi, atau macam ada masalah teknikal. Aku tak fokus sangat dengan kekecohan tu sebab fikiran aku time tu nak cepat cepat selesai kan urusan aku bersalin je.
Dekat pukul 5 doktor baru datang jengok keadaan aku. Nurse terangkan pada doktor, kemudian dia mintak tunggu je jalan terbuka. Langsung tak tanya keadaan aku, perasaan aku atau apa apa pun. Doktor muda.
Dah dekat pukul 6 lebih, nurse datang check bukaan jalan pun masih sama takada perubahan. Dia keluar dan terangkan kepada doktor muda tu. Aku dengar dengan jelas sebab meja diorang bertentangan dengan pintu bilik aku tu.
Doktor tu bagi tahu yang shift dia dah nak habis, siapa yang nak uruskan aku nanti dan bla bla.
Lastnya mintak nurse tanya aku nak dirujuk ke hospital mana sebab dia dah tak boleh handle.
Sebab jalan aku masih tak terbuka duk 4 cm tu je, lepastu air ketuban pun dah tak ada jadi perlu rujuk dengan pakar.
Bayangkan dia macam lepas tangan macam tu je, langsung tak datang terangkan dekat aku atau dekat laki aku yang ada duk menuggu dari pagi lagi kat depan tu.
Lepas macam macam kejadian, lastnya aku dihanta dengan ambulans ke hospital yang ada pakar.
Dalam 730 malam aku sampai hospital tu. Sampai je sana doktor terus check, pasang mesin cucuk jarum semua.
Doktor situ ada cakap, kena tak hanta awal awal case ni. Kenapa macam tak ada buat tindakan apa apa pun pada aku ni, doktor tu pun boleh agak yang aku macam terbiar agak lama sebelum dirujuk kesana.

Sampai hospital ni, doktor terus bagitahu yang dia akan masukkan ubat induce. Tak salah aku dua kali dia masukkan ubat, bukaan cuma buka sampai 6 cm je. Dia nak masukkan ubat lagi tapi oleh sebab air ketuban dah hampir kering, dan baby pun dah hampir nak makan najis kat dalam perut ni jadi terpaksa jugak jalankan pembedahan.
Doktor tu pun cakap sayang kalau nak buat pembedahan sebab aku masih muda dan tak ada sebarang penyakit pun.
Dalam pukul 10 aku ditolak masuk bilik bedah. Sebelum masuk tu sempat la jumpa dengan laki aku, mak dan ahli keluarga yang datang.
11.30 selesai pembedahan dan aku selamat lahirkan baby ammar dengan berat 3.2 kg.
 Alhamdulillah
Tapi Ammar terpaksa dimasukkan ke dalam wad untuk pemantauan lanjut, sebab doktor nak cek kalau kalau dia ada jangkitan ke apa ke sebab air ketuban dah kering.

Denagan pelbagai hal yang terjadi tu, aku malas nak fikir banyak. Kalau ikutkan nak je meroyan dan persoal tentang kejadian macam ni. Tapi sebab benda dah berlaku, aku cuma fikir ni bahagian aku rezeki aku untuk lalui semua ni.
Dah ditakdirkan benda nak jadi kan, jadi sebagai kesimpulan nya ambik pengajaran dari pengalaman ni. Kalau kalau diberi rezeki zuriat pada masa akan datang, insha allah dah tahu macam mana tanda tanda dah hampir bersalin, dah tahu cara nak handle, apa yang perlu aku buat.
Dan kadang tak salah pun kalau kita nak persoal kan tindakan nurse atau doktor tu kalau kita dah ada ilmu dan tindakan diorang tu boleh menimbulkan persoalan pada kita.
Doa yang baik baik aja..
Sekiannn...


LOVE,
Mcdaa


Monday, 17 April 2017

Tiramisu versi Tempatan...

Hai...

Alkisah viral punya pasal kan. Dengan aku sekali pun terjebak jugak..ya lah sekarang kan trend orang suka follow apa apa yang tengah in time tu. Tak kisah la dari segi fesyen ke, make up ke, gaya spek ke, life style la, makanan hipster la..boleh kata semua aspek kehidupan lah. Semua nya orang suka buat sesuatu yang berlainan dari yang lain, dan kalau berjaya akan menjadi ikutan pada yang lain.

Dan aku pun nak kata try to follow trend takde la sangat pun. Tapi sikit sikit tu ada lah. Contoh paling aku nak share kat sini mengenai makanan lah ya. Macam sekarang dah macam trend kan orang buat makanan yang colorful. Color yang diorang guna makkaihh menyerlah habis lah. Entah berapa kilo la pewarna yang diorang masukkan dalam makanan tu. 
Kadang makanan yang dah sinonim dengan color yang dari sejak azali tu tapi sebab trend boleh di pulak diorang perlbagaikan warna makanan tu, contoh macam roti jala, roti burger, laksa, laksam dan macam macam lagi lah...kalau nak disenaraikan sampai esok pun tak kan habis.

Dan sekarang jugak macam trend orang cipta makanan yang hipster dan trendy..dan paling penting cepat dan ringkas. Ada banyak page yang sekarang suka create video post tentang cara masak masak makanan yang simple. Memang cara diorang buat tu agak kreatif, nampak makanan tu sedap gila dan yang paling penting dan point utama diorang create video tu sebab nak tunjukkan cara yang ringkas dan mudah nak masak. Tapi mostly makanan ala ala western la. 
But ada jugak page yang macam baru baru wujud dan ajar cara masakan tempatan secara ringkas dan mengikut cara ala ala moden gitu.

Yang aku terjumpa ni pulak resepi tiramusi. Tapi sebenarnya tiramisu ni lebih kepada style tempatan. Resepi memang tak sama pun dengan tiramisu original tu. Sebab tu la aku kata tiramisu versi tempatan. Kalah ikut resepi tiramisu yang asalnya tu memang lain satu hal, cara pun lain, rasa pun lain. 
Aku pun keliru jugak sebenarnya, tang mana yang sama dengan tiramisu original tu. Mungkin sebab lapis lapis tu kot yang sama dengan tiramusi original...lain lain aku still mengkaji okehh..hihi





Meh lerr aku share sini resepi simple mudah dan cepat ni kat sini ya. Senang kalau kalau aku nak rujuk resepi ni nanti.

Bahan bahanya:
1 paket biskut tiger atau biskut kosong pun boleh jugak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
3 sudu tepung kastard
3 sudu gula
serbuk milo dan coklat chip sebagai hiasan.

Caranya pulak.
Dalam periuk, masukkan susu cair, susu pekat, tepung kastard dan gula. Kemudian panaskan atas api kecik, kacau hingga adunan jadi pekat.
Kemuadian dalam bekas lain, susun kepingan biskut pada dasar bekas, masukkan adunan kastard tadi hingga tutup permukaan biskut, tabur milo dan choc chips, kemudian ulang langkah yang sama untuk beberapa lapis biskut.
Dah siap susun dan lapis dengan kastard di lapisan atas, sejukkan di dalam peti ais untuk dapatkan hasil yang lebih umphhh.

Tapi kalau dah tak sabar sabar tu, makan time ni pun dah ok je..

Kalau tengok pada caranya tu, lebih kurang macam nak buat ciskut je nih. Cuma beza yang ni tak pakai cream cheese tapi pakai kastard. Dua dua pun sedap. Kalau yang tu namanya ciskut, yang ni kaskut la kan...pun bolehhh...hahahah

Tapi ni kalau yang tengah diet tu, resepi ni memang out lah. Bapak banyak gila kalori kot dalam menu ni..hihi.
sekian.


LOVE,
Mcdaa

Sunday, 16 April 2017

Lokan...dari spesis kerang kerangan


Hai...

Assalamualaikum..

Lokan ni asalnya dari spesis kerang kerangan jugak. Saiznya agak besar kalau nak dibandingkan dengan saiz kupang atau lala. Dan memang jauh besar kalau nak dibandingkan dengan remis atau etak..hiihi. Dan rasanya pulak agak berbeza dari rasa tiram atau rasa kupang atau rasa lala.

Sebab saiz nya yang besar tu, jadi isi kat dalam pun agak besar jugak la. Rasa lokan ni macam ada campuran rasa kerang sikit, tapi saiz besar. Kalau kerang yang warna putih tu kulitnya tu, yang selalunya orang buat masak sambal makan dengan nasi lemak tu..haaa rasa lokan ni lebih kurang macam kerang tu la.

Kadang orang yang suka makan kerang, tapi bila bagi rasa lokan yang rasanya sama macam kerang tapi sebab kan saiznya yang besar, orang akan rasa lokan macam tak sedap berbanding kerang. Faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni...hihi.
Nak lagi senang kalau nak tahu rasa detail nya macam mana, korang boleh cari dan rasa sendiri, baru boleh faham macam mana rasa lokan yang sebenarnya. 

Aku pun baru pertama kali kenal, jumpa dan makan lokan ni. Rasanya lokan ni hanya ada dikawasan pantai pantai belah timur je kot, entah tak pasti sangat. Tapi kalau di KL aku rasa macam mustahil la nak jumpa dengan lokan ni. Tapi kalau belah kuala selangor tak sure ada ke tak.

Asalnya aku tengok ada orang post lokan ni dalam FB. Penangan fb marketing la nih. Terus rasa macam sedap je dan teringin nak merasa. Dia jual 100 biji RM10. Sebab tak pernah beli dan tak pernah merasa jadi aku tak boleh nak komen tentang harga jualan tu. Kalau contoh macam lala aku tahu lah. Selalunya harga lala sekilo dalam rm5 ke rm6, tu kalau beli di kawasan dekat dekat area pantai la. Kalau jauh ke bandar sikit, tak pun di pasaraya harga lala dalam rm7 ke rm8 sekilo. Jadi harga lala ikut kawasan penjualan tu aku boleh la nak agak mahal atau murah sebab dah biasakan, kalau lokan memang tak tau langsung harganya..hihi

Mula tu bawak balik rumah mertua, tapi takde sorang pun yang nak makan lokan ni. Laki aku yang hantu dengan lala tu pun tak nak langsung rasa lokan ni. Katanya sebab besar sangat, macam menakutkan nak makan nya..boleh pulak macam tu..
Terus bawak balik rumah mak, kalau rumah mak pulak bagi je apa apa pun asalkan halal, asalkan itu adalah makanan semua boleh ngap..hihi
Maklum la, nenek aku pun ada sekali kan jadi pape makanan boleh rujuk dengan dia. Dia lagi banyak pengalaman dan pengetahuan tentang makanan ni, lagi lagi yang macam agak kekampungan macam ni lagi la dia tahu. Tapi jangan pulak bagi spagheti kat dia, yang ni memang sah sah la dia tak tau..hihi

Bila tunjuk dekat nenek lokan ni, terus macam macam cara dia explainkan untuk masak lokan ni. Antaranya masak lemak, masak berlada, bakar pun boleh jugak. Tapi yang paling mudah masak berlada la katanya. Boleh tahan sehari dua kalau nak dibandingkan dengan masak lemak kuning tu. 
Aku tak kisah masak apa pun, asal boleh makan je.



Ni rupa lokan yang aku beli tu. Saiz nya memang agak besar, kalau gengam dengan tangan boleh pegang dalam 2 3 biji je sebab besar. Kalau lala segengam tu boleh muat 10 ke 15 biji.

Sebelum masak lokan ni, kulit atau kerang diluar tu kena basuh bersih bersih dulu. Aku agak lokan ni ada di kawasan muara pantai atau sungai, sebab kulit dia tu macam ada lumut lumut sikit. Nak membersihkan kulit tu memang satu kerja yang melecehkan dan memenatkan tau.
Nasib baik saiz nya besar, jadi tak senang nak pegang dan gosok kulit tu pakai berus..

Lepas dah cuci kulit bersih bersih, baru la boleh rebus lokan ni. Masa rebusnya dalam 10 ke 15 minit je, tak lama pun. Nak tahu dah siap ke belum, kalau nampak semua lokan tu dah terngaga maksudnya dah masak la tu. Kalau nak kurang kan rasa atau bau hanyir tu, masa rebus ni pun dah boleh masukkan serai dan bawang putih.

Bila dah masak, baru lah ambik isi lokan tu keluarkan dari kerangnya. Masa kat rumah mertua tu sempat la aku ambik dalam 10 biji buat test masak. hihi..mana la tahu kot laki aku suka ke kan, belum cuba belum tahu. Jadi sebelum bawak balik rumah mak, aku try test la masak dulu masa kat rumah mertua ni. Aku masak black papper, sebab ringkas dan laki aku memang suka kalau masak dengan black papper ni. Tapi....cam hampa je. Sebab laki aku ni memang tak mau rasa langsung...sedih makk nak oiii..


Nampak tak isi lokan yang dah siap dimasak tu, saiz nya memang besar besar. Lagi besar dari bawang putih. Sebab makan sorang sorang, dan tak makan berebut jadi nikmat dia kurang la sikit...huhu

Tapi lokan masak lada yang nenek aku buat tu sedap. Boleh layan makan berkali kali, dan laki aku pulak sampai kesudah memang langsung tak sentuh atau rasa lokan ni..sebab kerang pun dia makan biasa biasa je. Lala je yang berhantu bagi dia, lala rasa macam ala ala tiram sikit. Lokan ni pulak rasa macam ala ala kerang. Haaa...ni perbandingan yang paling jelas aku boleh bagi..hihi
Sekiannn...



LOVE,
Mcdaa

Thursday, 13 April 2017

Kebersihana Makanan dan KIta



Hari tu aku ada terbaca dalam page iium confession, confessor ni bercerita tentang kebersihan tempat proses makanan. Atau lebih specifik lagi kilang proses makanan la.
Dari penceritaan nya, dia bagitahu yang kilang proses makanan yang dia pernah kerja tu kebanyakannya di monopoli oleh pekerja asing.
Dan kita pun sedia maklum kan, kalau dah nama pun pekerja asing, kebanyakannya yang kerje di kilang kilang ni memang langsung tak faham bahasa melayu atau inggeris. Dan lagi parah kebanyakannya adalah pengotor dan berperangai teruk.
Bukan semua yang macam tu, ada je yang ok tapi nak cari yang ok tu aku boleh cakap macam 1 dalam seribu kot.

Ada kebenaran jugak apa yang dia cakap tu, yang kebanyakan kilang  buat makanan ni kebanyakannya nampak je elok di luar tapi proses nya wallah'hualam lah. Hanya orang dalaman je tahu tahap mana kebersihan tempat proses tu dikawal.
Sebab tu la perlu ada QA/QC dalam sesebuah kilang makanan tu. Paling kurang pun kalau mereka ni ada, mereka boleh buat rules atau boleh kenakan tindakan kepada pekerja yang tak amalkan kebersihan.
Boleh je control mereka ni, asalkan kita tahu macam mana nak create sistem yang berkesan. Tak semua kilang yang punyai pekerja asing ni tak amalkan kebersihan dan tak jaga etika masa proses makanan tu.
Kawalan yang penting, tu peranan mereka yang bergelar QA/QC. Tapi bukan senang nak buat sistem untuk mantapkan amalan kebersihan tu, perlu kan komitmen yang tinggi dan sokongan padu dari pihak atasan baru la dapat dilaksanakan. Nak lagi nampak tegas, siapa yang didapati tak ikut arahan dan kantoi buat kerja kerja kotor potong gaji je. Diorang ni sebut je pasal gaji semua jadi ikut je.

Dan kalau nak kupas isu keselamatan dan kebersihan ni, bukan terhad pada kilang makanan je. Tu, kedai kedai makan, restoren, gerai gerai tepi jalan tu. Kalau diamati betul betul dari sudut kebersihan, memang out lah.
Pernah ke korang pergi ke tempat tempat ni dan korang perhatikan tingkah laku tukang masak tu, cara pelayan angkat makanan, keadaan premis kedai tu bersih ke tak, ada nampak lipas, lalat atau tikus berkeliaran tak?
Yang terang lagi bersuluh ni pun susah untuk dikawal, apa tah lagi yang tempat proses makanan yang terselindung dari orang awam macam kilang proses makanan tu.
Bukan nak kondem, cuma nak orang ramai ada kesedaran yang tinggi tentang aspek kebersihan ni. Bila ada yang cakap pernah kerja di kilang yang kotor, masin masing nak tahu nama kilang dan lokasi kilang. Just sebagai peringatan dan pesanan bersama, cuba amalkan tengok keadaan yang aku sebutkan tadi tu dulu. Cuba lepas ni korang try tengok balik aspek aspek seperti yang aku sebut tu, ada tak berlaku di kedai kedai atau gerai gerai yang korang selalu pergi makan tu?

Selagi kita tak ada kesedaran untuk tidak memilih kedai yang tak jaga atau amalkan kebersihan, selagi tu lah banyak je peniaga atau pengusaha makanan tak ambik port sangat aspek ni. Sebab diorang tahu, kotor ke bersih ke akan ada yang datang beli atau makan.

Jadi kesimpulan nya kat sini, aku nak ajak korang semua supaya timbul kesedaran bermula dari diri kita sendiri. Try untuk tidak masuk atau pergi ke kedai kedai yang memang nampak secara terang terangan kotor dan tak bersih, tapi makanan nya sedap.

Monday, 10 April 2017

Daging Masak Merah Simple

Hai....
Assalamualaikum...

Merah menyala lauk makngah hari ni oiii..hihi. Dah lama cuba resepi daging masak merah ni. Tapi yang aku selalu duk cuba buat tu semua resepi lebih kurang sama je. Dah resepi pun google kan, mesti la kebanyakan resepinya hampir sama je..
Tapi ada la beza dalam satu dua bahan tu.

Kebetulan pulak adik aku yang duk KL tu balik bercuti, dan dia belikan daging. Aku bab bab mengenal pasti bahagian bahagian daging lembu ni memang gagal seratus peratus. Memang tak pernah kenal biarpun dah bertahun tahun masak daging lembu nih.

Kalau bagi yang pakar, sekali imbas diorang dah boleh tahu part daging tu dari bahagian mana dan texture part tu pun dah boleh tahu dah.
Aku ingat nama nama bahagian je, tapi nak kenal pasti memang tak tahu la. Tahu nama bahagian ni pun sebab dulu dulu masa dekat uni memang kami belajar kenal bahagian bahagian haiwan ni. Contoh haiwan yang aku pernah belajar macam lembu, kerbau, ayam, ikan haaa...ni je yang aku dapat ingat yang lain lain dah kelaut dah semua tu.

Antara bahagian lembu yang aku ingat, tenderloin, rib eye, daging batang pinang, rib, dan yang lain lain tu dah lupa..hahhha
Dari apa yang aku belajar tu, ada bahagian lembu ni yang isi dia sangat la empuk dan tak liat. Ada jugak daging yang sangat liat, ada daging yang bersama dengan lemak hancur, lemak tak hancur pun ada.
Sesetengah bahagian lembu dijual pada harga yang berbeza beza tau. Kalau daging semata mata harga lain, kalau daging dengan lemak pulak harga lain. Kalau yang bahagian bahagian khusus tu pulak harga lain.
Selalu yang aku dengar ialah daging batang pinag. Daging batang pinang ni, bukan dari pokok buah pinang tu ya. Ada ke orang yang fikir macam tu?? hahhah. Daging batang pinang ni, macam nama jolokkan je. Untuk bahagian lembu yang dagingnya lembut dan tak liat.

Tapi kan, sepatutnya kita sebagai pengguna ni patut kena la ambik tahu jugak bahagian bahagian ni. Senang kalau nanti dapat daging dah boleh bajet bajet masak apa yang sesuai. Tak pun buat nya si suami atau mak mertua request nak makan lamb chop ke, meat grill ke haaa kan senang tu. Petik jari je dah dapat beli daging yang sesuai..ni tak, nak kena tanya orang situ sini dulu, nak kena survey dulu nak beli daging apa..aku lah tu.

Ehh...ehhh terbebel pasal lembu pulak dah. Takpe, ni ilmu masakkan mesti la kena ambik tahu jugak kan. Untuk peringatan diri sendiri jugak supaya lepasni kena ambik tahu hal hal bahagian daging ni semua, jangan tahu makan je...hhihihi.

Sebanarnya nak share resepi daging masak merah dari nenek saudara aku ni. ambik ko...nenek saudara aku lagi advance dalam masakan kalau nak dibandingkan dengan aku yang muda mudi nih...hahah.
Ni aku cakap dari segi masakan moden ye..bukan masakan tradisonal tu. Kalau nak bnadingkan dengan masakan tradisonal tu, antara aku dengan nenek saudara aku nih memang sah sah la dari awal lagi dah tersingkir. Sebab lagi lama usia orang tu, lagi banyak la resepi masakan tradisionalnya.

Ok berbalik pada resepi ni, dari sini la aku start suka makan daging masak merah ni. First try masakan dia punya, terus aku suka.
Kita yang muda ni, jarang nak menuntut ilmu masakan dengan orang lama. Kebanyakan nya lebih prefer nak google sendiri resepi tu. Aku lah tu. Tapi takde salah pun google, cuma kadang resepi dari orang lama la lagi asli dan berkhasiat. Masakan sekarang ni, banyak yang resepinya guna bahan bahan segera macam sos, perasa dan sebagainya.

Ni resepi daging masak merah cara nenek saudara aku.
Daging lembu
Pewarna merah
(Rebus daging lembu, nak rebus seketul boleh, nak potong siap siap pun boleh. Lagi cantik kalau rebus seketul daging sebab nanti warna merah tu macam akan ada layer dekat daging tu. Tak la merah menyala macam aku punya nih. Masukkan pewarna bila daging dah hampir masak)

Bawang besar,
Bawang merah,
Lada hijau,
Cuka,
Gula
(Bawang dan lada dipotong halus, kemudian jeruk sekejap dengan cuka dan tambah gula sikit)

Kemudian panaskan minyak dalam 4 5 sudu, dan masukkan daging. Bila daging dah dekat dekat nak masak, masukkan bahan jeruk dan masak.
Kalau nak ada kuah, masukkan air lebihan jeruk dalam daging tu sekali dan tambah jugak air rebusan daging tadi. Boleh perasakan ikut kesesuaian masing masing.

Tu je resepinya..simple kan.. Tak payah guna sos bagai tu. Simple, mudah dan sedap...







Daging masak merah ni memang kegemaran aku. Dan sekarang nih suami pun dah terjebak sekali. Senang je penyediaan nya dan tak banyak bahan pun. Ni kalau nak cepat dan malas buat kerja banyak, boleh la masak daging masak merah nih..hihi
Sekian dula...


LOVE,
Mcdaa

Sunday, 9 April 2017

Pengalaman bagi Talks, Program di Sekolah

Hai...

Sekarang ni, macam makin banyak pulak terlibat dengan program bagi talks ni. Kalau ikutkan yang sebenarnya aku ni masih belum layak mana pun nak sampaikan taklimat atau ceramah kepada umum. Tapi atas tuntutan kerja sekarang ni, terpaksa jugak la meyakinkan diri sendiri untuk menyampaikan maklumat kepada orang awam..

Walau dah agak banyak kali jugak la aku terlibat bagi talks ni, tapi sampai sekarang perasaan gementar dan cuak tu masih ada. Masih kuat pulak tu.
Mungkin sebab ilmu belum cukup penuh didada, dan mungkin jugak memang gementar dan gemuruh tu akan ada kalau berdepan dengan orang ramai nak berada di hadapan orang ramai tu.

Kalau nak di ikutkan isi kandungan talks tu, semua sama je. Tiap kali pergi pun just sampaikan yang asas asa je, pengetahuan umum je. Tapi perasaan gemuruh tu tetap ada.

Kadang bila kita berdiri dihadapan orang ramai dan bersedia untuk bagi Talks, akan datang suatu perasaan yang mendebarkan pada saat mula mula nak start tu. Tu dari apa yang aku rasa la, tapi bila dah 10 ke 15 minit ucapan tu perasaan gemuruh dah berkurang sikit.
Tambahan pulak kalau yang hadir tu dari golongan yang prefesioanl atau golongan dewasa.
Cara nak kendalikan program antara pelajar sekolah dan orang dewasa agak berbeza sikit. 

Kalau pelajar sekolah ni, kita macam bebas nak cakap apa sekali pun. Nak bagi perumpamaan simple simple ke atau nak bagi soalan yang cliche pun tak ada masalah sangat. Sebab diorang ni biasanya akan layan je, dan main hentam jawab je tanpa rasa was was atau malu.
Lain pulak gayanya kalau berhadapan dengan golongan dewasa. Cara penyampaian memang akan berubah. Dan perumpamaan atau contoh contoh yang nak diberi pun kena tapis tapis jugak la. Agar kita tak nampak bodoh dan mereka dan merasa macam talks tu tak ada point.

Bagi aku dua dua golongan ni tetap jugak mencabar. Cabaran nya pulak berbeza beza antara golongan pelajar dan orang dewasa dan cara nak handle pun berbeza beza.
Kadang kena pandai pandai sesuai kan dengan keadaan dan suasana masa tu. Kadang aku sendiri pun boleh jadi blur.

Kalau deal dengan pelajar, kita memang kena banyak bersabar. Dan kalau boleh just gunakan perkataan atau ayat yang simple simple je. No jargon words or statement. Ayat ayat saintifik tu boleh tolak tepi. Kalau nak guna pun boleh, tapi kena bagi takrifan pada maksud ayat tersebut.

Perkara lain pulak, kalau deal dengan pelajar sekolah, tak sesuai sangat kalau nak masukkan banyak maklumat penting atau point utama dalam ucapan tu. Contoh jangan letak banyak sangat topik masa ucapan. Kena kurangkan topik semaksima mungkin, dan kena cuba olahkan topik tersebut dengan lebih detail, dan mesta beserta dengan contoh contoh yang relevent.
Sebab kalau masukkan terlalu banyak topik, mereka akan cepat bosan dan lastnya akan hilang kawalan.
Kalau kita masukkan point utama yang terhad, tapi banyakkan interaksi dengan mereka, jadi tumpuan mereka dapat dikawal dan kita pun senang nak sampaikan.

Dan kalau golongan dewasa pulak, cara pendekatannya agak berbeza sikit kalau dibandingkan dengan pelajar sekolah. Isi ucapan kena padat dan mestilah berinformasi. Tak boleh terlalu simple dan letak banyak banyak gambar macam pelajar sekolah tu.

Isi kena padat dan tepat. Dan kita jugak memang perlu banyak study tentang topik yang nak disampaikan tu. Kebanyakan nya mesti akan ada soalan soalan yang akan diutarakan oleh mereka. Kalau pulak time tu ada sorang dua perserta yang agak agresif aktif sensitif dan segala macam tiff fiff tu..haaa stanby la baik baik supaya nanti kita tak la nampak macam bodoh sangat kat depan diorang walaupun pada hakikatnya kadang kita pun lost dengan soalan tu...hiihih





Tiap kali buat program, kalau dapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai, kita akan rasa puas dan seronok. Ye lah, ingat senang ke nak jayakan sesuatu program tu, tentu tentulah akan melibatkan ramai pihak kan. Dan kerja keras dari pihak pihak yang terlibat sangat lah dihargai.

Kadang aku macam suka dengan kerja kerja ni, tapi kadang aku macam rasa ia umpama beban jugak la sebab nak kena bercakap depan orang ramai tu mood kita mesti lah kena jaga. Biasa la, ada masa kita stress banyak kerja lain yang tak settle lagi tapi dalam masa yang sama kena sampaikan maklumat kepada orang awam. Muka kena jaga, mood tak boleh nak swing sesuka hati je...huhu




LOVE,
Mcdaa

Tuesday, 4 April 2017

Tahniah Farizan!! Majlis Kahwin BFF

Hai...

Asal kahwin je mesti ada ucapan tahniah tu. Nampak tak, itu tandanya sebagai bukti bahawa perkahwinan ni merupakan sebuah kejayaan dalam hidup seseorang...

Sama macam bila kita berjaya dalam akademik, atau berjaya dalam sukan...
atau berjaya di alam pekerjaan, atau berjaya dapat anak...semua pencapaian ni akan disusuli dengan ucapah tahniah..

Tahniah ni sebagai ucapan penghargaan jugak la kepada si penerima ucapan tersebut...
Aku ni kan, kadang macam rasa kesian dengan diri sendiri. Sebab apa...sebab kalau di kira kira dihutung dengan sebetulnya..aku takde BFF pun aka best friend forever...sebab aku no forever alone....

Entah lah, mungkin sebab aku ni tak pandai berkawan sangat kot. Aku jenis yang ok je dengan semua orang, ramah je dengan semua orang yang aku kenal. Semua pun aku boleh buat kawan, asalkan orang tu tak sombong dengan aku la. Aku kadang takkan mulakan dulu pergaulan sebab macam segan nak mula dulu. Tapi bila dah mula tu, hurmmm sepantas kilat je dah boleh beramah mesra.

Dan aku pulak bukan jenis someone yang caring and loving kot, thats why la aku not too close with  them. Ya la, kadang tarikh birthday diorang pun aku tak ingat. Dan kadang keluar dekat feeds FB pun aku boleh buat bodoh je, sebab malas nak melayan..hahhahha vongokkk kan.
Lagi parah, kadang msg dari kawan pun lambat di balas, lepastu kalau nak tungu aku yang mula mula bertanya khabar memang berjanggut la jawab nya.

Nampak tak, betapa tak mesra nya aku dengan kawan kawan. Kadang memang la teringin jugak nak ada bff ni. Nampak macam best je kalau ada bff ni. Sama sama kongsi suka duka, keluar sama sama ke hulu ke hilir. Boleh buat macam macam lagi perkara bersama. Tapi yang paling penting bff ni, dia sentiasa ada untuk kita share hal hal peribadi kita dengan dia.

Dah kalau kita ada kawan biasa biasa je, macam kadang rapat kadang tak, walau sekepala sekali pun, hal hal peribadi tak mungkin dapat dikongsikan dengan diorang kan. Macam pelik la kalau tiba tiba bercerita hal peribadi, dan mungkin cuma kita je yang akan buat macam tu pada dia, tapi side dia punya cerita pulak tak mungkin dia akan share dengan kita.

Tapi, walau takde istilah bff untuk kawan kawan aku ni still juga ada la yang baik dan rapat dengan aku. Yang aku takkan rasa malu kalau nak mintak pendapat atau pertolongan dari mereka ni.

Oleh sebab takde bff, jadi yang ada cuma kawan rapat je. BFF atau kawan karib la kalau dalam bahasa lainnya lain maksud dengan kawan rapat. Bagi pendapat aku kawan rapat ialah kawan yang kita dah biasa dengan dia. Tapi bukan macam bff yang memang dah kenal hati budi satu sama lain, dah masak dengan perangai kita.

Farizan ni pulak ialah kawan baik aku. Kawan rapat la zaman sekolah menengah dulu. Tapi bila dah makin meningkat usia, jarak la yang jadi penghalangnya. Dia bukan sekampung dengan aku, jadi kadang macam susah sikit nak berjumpa dengan dia. 
Time raya atau kalau ada apa apa majlis je la baru kami berjumpa. Kalau nak berjumpa semata mata nak berborak dengan aku tu, buat masa sekarang nih masih belum pernah terjadi lagi. Nampak tak beza bff dengan kawan rapat..hihi
Kami kenal pun masa aku dah form 1, dan sampai form 3 je kami sekolah bersama. Masuk form 4 aku dah transfer ke sekolah lain. 
Zaman aku dulu mana ada wechat ke whatapps ke apa, FB pun baru baru je nak tumbuh. Jadi pape hal dah susah nak share, dah susah nak kongsi bersama. Jadi bila dah kurang percakapan tu, sebab tu la persahabatan pun makin kurang.
Tapi masih jugak masing masing tahu perkembangan.

Aku pulak, alhamdulillah diberikan jodoh awal dengan suami aku nih. Tapi sebagai kawan, aku tak pernah putus doa kan semoga kawan kawan aku pun sama sama naik pelamin dan dapat jodoh awal.
Dah bertahun tunggu dan akhirnya dapat jemputan kahwin dari dia.
Syukur sangat akhirnya dia dah tamatkan zaman bujangnya, dan dapat merasai nikmat pernikahan sama macam apa yang aku rasa ni.

Sebagai kawan kan, mesti la kita nak tengok dia pun bahagia. Nak tengok dan mengharapkan dia dapat sama sama rasa apa yang kita dah rasa. Jadi baru la best kalau kita nak bercerita atau berkongsi kisah kehidupan kita dengan dia nanti. Dan kalau dah sama macam ni, maksud aku dah sama title bini orang, kalau la incase aku nak share atau bercakap hal hal rumah tangga or something else tentu la dia pun tak rasa janggal dengan kita kan.
Sebab kadang, bila kita lain title dengan kawan kita contohnya dia bujang tapi kita dah kahwin, tentu dia akan ada perasaan macam ada gap antara kami. Tentu cara pemikiran dan anggapan dia terhadap kita akan berbeza sebab berlainan title. Dan lagi sadis kalau dia ada perasaan macam rasa diri looser sebab tak sama dengan kita.
Tapi lain suasananya bila kita sama sama pegang pada title yang sama. Akan rasa kita ni sama taraf dan sekepala je kalau nak share pape pun..haaa lebih kurang macam tu lah. Tu pada pandangan dan pendapat aku la.








Kalau dah jodoh memang tak kemana. Sama jugak dengan kawan aku nih. Dia cakap hubungan dia dengan laki dia ni baru je lagi. Bukan yang dah bercinta berzaman zaman tu. Mungkin dalam setahun macam tu je kenal. Tapi kalau dah jodoh dia kan, akhirnya jadi suami isteri jugak mereka berdua ni.

Oleh kerana aku tak kenal pun laki dia, jadi takde la aku nak huha huha masa majlis tu. Just datang sebagai tetamu je...hahhaha. Nampak tak perbezaan bff dan kawan rapat. Kalau bff conform la dari malam semalam lagi dah datang tolong tolong apa yang patut kan...hihi
Tapi at least aku usahakan jugak datang majlis dia walaupun sebagai tetamu. Sebab aku angap dia kawan baik aku, dan majlisnya pun dalam kawasan sama je dengan rumah aku. Macam kejam pulak kalau aku tak pergi majlis tu..hihi

Kawan aku ni memang cantik dari dulu lagi. Muka tak pernah berubah, nampak macam biasa biasa tapi sebenarnya cantik orangnya...
Dapat pulak jodoh yang sama padan dengan dia...alhamdulillah kan.

Semoga dia dan pasangan tabah dan sabar mengharungi alam rumah tangga ni...amin.

Monday, 3 April 2017

Pengaruh dunia terhadap anak

Hai...

Sebagai seorang ibu muda, muda la jugak just baru menginjak ke umur 30 tahun dan anak pun dah berumur 3 tahun..hihi
Ibu yang baru anak sorang je pun, tapi terasa macam nak meluahkan dan share dalam belog ni tentang perkembangan anak aku sendiri. Betapa dunia disekeliling nya sangat mempengaruhi cara perwatakan, cara perlakuan dan cara pertuturannya.

Tambahan pula aku ibu yang bekerja, jadi masa aku dengan dia agak terhad jugak la kalau nak dibandingkan masa dia dengan dunia dia tanpa aku. Dunia dengan persekitaran bersama orang lain selain dari ibu dan abi dia.

Dari apa yang aku perhati, setiap perkara dia lakukan atau kecenderungan dia pada satu satu perkara akan lebih kuat jika dia berada dalam persekitaran sama dalam suatu jangka masa yang lama, macam persekitaran yang statik je tak ada banayk perubahan.

Contoh sekarang dia banyak habiskan masa dengan menonton tv, kartun kartun dan kartun. Sebab sekarang dia macam terkurung dalam rumah, takada ruang dan peluang untuk dia bermain main diluar rumah. Jadi aktiviti yang mampu dia lakukan ialah menonton tv.

Dan aku pulak bukan jenis yang suka laburkan duit untuk belikan anak mainan. Tapi bukan la langsung tak belikan, ada juga beli tapi tak banyak. Cara aku, biar dia habis explore dengan mainan yang satu tu je. Aku tak nak ajar dia dengan mainan yang banyak banyak, sebab bagi aku buat macam tu tak membantu perkembangan dia.

Tapi sebenarnya agak complicated untuk besarkan anak anak kita dengan acuan yang terbaik. Kadang kita rasa apa yang kita berikan tu dah sehabis baik untuk dia. Tapi bila dilihat dari sudut yang berbeza hasilnya bukan seperti yang kita sangkakan.

Macam contoh sekarang la, anak aku lebih banyak habiskan masa dalam rumah. Menonton tv rancangan kartun, dan akhirnya kartun tu dah mempengaruhi dia. Baik dari segi perlakuan, percakapan dan kadang gerak geri dia susah untuk dikawal.
Makin banyak dia terdedah dengan menonton tv, makin perangainya sukar untuk dikawal. Kadang jadi susah untuk dengar arahan. Aku bukan nak puji cara aku sebelum ni bagus, tapi kalau sebelum ni dia hanya menonton tv waktu pagi dan malam je. Tengahari dan petang waktu untuk dia bermain, bergerak ke hulu ke hilir dalam rumah. Itu lagi baik dari dia duduk statik sambil menonton tv, langsung tak merangsang daya pemikiran dia melainkan menyerap semua perlakuan dalam rancangan kartun tu.

Sama jugak dengan pendedahan pada mainan, kalau anak kita selalu diberikan dengan mainan yang pelbagai perasaan untuk dia bergaul dengan orang akan berkurangan. Dia lebih cenderung untuk berada dalam persekitaran dia bersama sama dengan mainan dia. Jarang untuk berkongsi masalah atau perkara lain dengan orang sekeliling, dia akan lebih cenderung fokus kepada mainan je sepanjang hari.

Nampak macam mudah kita nak didik dan bentuk anak, tapi realitinya tak semudah seperti yang kita harapkan. Semua ibu macam aku ni pasti akan mengharapkan yang terbaik untuk anak anak kita. Tambahan pulak aku macam susah untuk dapat zuriat lagi, jadi yang ada ni la satu satu nya zuriat yang aku nak bentuk hingga mampu menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat.

Sentuh bab berjaya dunia akhirat ni, pernah ada sorang jurujual datang promote barang yang dia jual. Something like talking pen sekali dengan buku. Bila tujukan pen pada ayat nanti akan automatik keluar suara spelling all those words. Dia cakap buku ni baik untuk bagi kat budak belajar, cepat faham. Aku bagitahu yang anak baru umur 3 tahun, jadi belum masa lagi untuk aku bagi semua ni pada dia. Terus dia macam tak puas hati, sambil buat mimik muka terkejut.

Aku kata..takpe la dulu, aku lebih prefer kalau anak aku ni belajar membesar dulu. Belajar kenal perkasa asas dulu seperti gelak tawa, luka dan darah, kotor dan comot jadi bila besar nanti dia akan lebih kuat dan ada daya tahan dirinya sendiri. Bagi aku la, pendapat personal aku kalau ada parents yang dah terapkan pembelajaran pada anak yang baru umur 2 3 tahun sebenarnya dia membebankan anak tu dan dia dah macam mengehadkan perkembangan anak tersebut.
Di awal usia macam ni, perkara macam bahasa, membaca dan sebagainya bukan objektif utama lagi. Yang utama nya anak tu tahu dan belajar untuk bawa diri dia. Biarkan dia comot, tak apa nanti kita cuci.
Biarkan dia bermain tanah dan pasir, kalau comot nanti kita bersihkan.
Biarkan dia melompat berlari dan berkejar, tapi kita kena sentiasa awasi dengan langkah langkah keselamatan dan pantau had lasak mereka, kalau luka nanti kita letakkan ubat.
Semua benda ni adalah pembelajaran yang semulajadi, tahan air angin api tu semua mengajar dia untuk jadi lebih kuat. Tapi kita kena awasi dan berpada pada la jangan la sampai membahayakan nyawa dia atau orang lain.

Mungkin pandangan dan cara aku agak kolot, agak ketinggalan macam dulu dulu, tapi tu pilihan aku untuk anak aku. Sebab bagi aku itu yang terbaik, kalau pun dia lewat untuk pembelajaran akademik, bagi aku tu bukan perkara yang membimbangkan.

Bagi aku, matlamat aku untuk dia adalah kejayaan akhirat nanti. Aku ni agak jahil, untuk belajar tentang agama yang lebih mendalam aku tak mampu. Lagipun aku bukan hidup dalam persekitaran orang orang yang alim. Jadi, didikan agama adalah perkara yang sangat penting bagi aku.

Nak komen banyak pun macam tak layak, sebab baru 3 tahun didik anak sendiri..



LOVE,
Mcdaa

Sunday, 2 April 2017

Petrosains KLCC

Assalamualaikum...

Hujung bulan lepas, aku berkesempatan menjejakkan kaki ke Petrosains di KLCC. Tu pun sebab ada program anjuran dari Petrosains dan Jabatan dari negeri calonkan nama aku untuk turut sama join program tu. Rezeki aku kot untuk dapat pergi kesana. Sebab pada asalnya calon yang sepatutnya hadir ke program tersebut, terpaksa cancel disebabkan ada urusan keluarga.

Biasala kalau dah berusia begini, urusan keluarga memang akan jadi agenda utama lah. Bila dah bekerja macam ni, tiap tahun pun pasti akan ada peluang untuk menyertai berbagai aktiviti anjuran pihak jabatan. Jadi pilihan dia untuk utamakan keluarga tu kira pilihan terbaik la untuk beliau dan akhirnya buka peluang untuk aku yang agak jakun ni pergi sana..hihi

Oleh kerana kami berempat, jadi kawan aku decide untuk pergi dengan menaiki kapal terbang. Aku ni sebenarnya gayat yaaa ampunnn. Kalau sorang memang aku takkan naik lah. Tapi sebab ikut suara ramai kan, jadi suara aku yang sorang ni tewas la. Nak tak nak terpaksa jugak la naik. 
Dalam aku duk takut takut naik kapal terbang ni, sejak akhir akhir ni macam kerap pulak aku naik. Dah 4 5 kali dah aku naik kapal terbang sejak kebelakagan nih, pun tetap jugak ada perasaan takut cuak tu semua.
Mak aku selalu cakap, kalau dah jadi pegawai memang la akan kena hanta pergi kursus sana sini, aku pulak sampai bila nak rasa takut cuak gayat macam tu...nak tak nak kena belajar naik dan biasakan diri bila dah terbang.
Entah lah, aku 2 3 hari sebelum naik perasaan cuak tu dah mula datang dah..hahhah. kadang naik geram jugak dengan diri sendiri, apa la yang buat kan sampai aku rasa takut macam tu. Mati itu kan pasti....huhu






Oleh kerana program tu berlangusung selama 3 hari, jadi kawan aku dah siap siap booked kan tiket kapal terbang sekali dengan hotel, guna website treveloka. Katanya kalau check in hotel sekali dengan tiket kapal terbang tu boleh dapat diskaun untuk kedua dua tiket hotel dan kapal terbang.
Kami check in Hotel Le Apple, betul betul sebelah dengan KLCC. Jalan kaki tak sampai 10 minit je dari hotel ke KLCC.

Tapi aku pulak dapat experience yang tak begitu menyeronokkan masa check in di hotel tersebut. Ehh bukan aku je, tapi kami semua pun rasa benda yang sama. Masa nak check in kami pergi dekat service counter mintak resit, dengan muka macam berlagak gila dia jawab hotel tak keluarkan resit kalau beli guna treveloka, nak resit mintak dengan treveloka. Kerek gila cara dia jawab time tu..
Lepas dah hangin dengan service counter tu, masuk je hotel makkkaihhh bau asap rokok berkepul kepul haa..
Memang geram gila kot masa tu, dah la penat berjalan dari KLIA sampai ke KL ni, dengan bawak bag lagi hurmmm..nasib baik aku ni jenis easy going orangnya, jadi nak marah pun redha je lah. Kawan aku suggest kami request tukar ke bilik lain, tapi kalau dah awal awal pun ada pengalaman buruk dengan service counter tu, tak kuasa pulak aku nak mintak tukar bilik lain. Kan nanti tak pasal dia letak kami dalam bilik yang menyeramkan ke apa ke lagi teruk...huhu
Lastnya kami just request orang dia datang sembur bilik je la, bagi kurangkan bau asap rokok tu. Tapi still jugak masih ada kesan bau bau tu..Memang aku bagi 1 bintang je la untuk hotel tu..hahhhaha

Oleh kerana kami berempat belum pernah jejak kan kaki ke petrosains, maka bila ada peluang macam ni memang agak excited jugak la. Dah macam kanak kanak ribena pulak..hihi. Tapi jangan tak tau, orang dewasa pun yang datang sini pasti akan rasa keterujaan tu sama macam kami kami ni haa.

Sebab kat dalam Petrosains tu, ada pelbagai aktiviti aktiviti sains yang diorang sediakan kan dan pamerkan. Sebab ada aktiviti yang kita boleh hands on dekat dalam tu dengan dibantu oleh staf staf mereka.
Banyak jugak la aktiviti sains yang menyeronokkan dan mengujakan untuk dicuba. Kalau dah orang yang dewasa ni pun boleh teruja dengan aktiviti kat dalam tu, kalau kanak kanak memang toksah cakap lah memang gembira habis.

Masuk dalam tu, korang boleh terokai bermacam perkara perkara yang selama ni kita cuma tahu dan baca dari buku je. Tapi bila datang sini, ada perkara yang boleh di aplikasikan dan ada perkara yang kita selalu duk praktikkan atau selalu lakukan sebenarnya ada kejadian sains yang boleh dirungkaikan mengapa kejadian tu berlaku sedemikian.
Cakap panjang pun tak guna, kalau nak tahu dan merasainya sendiri kena lah datang. Dan bawak budak budak sekali datang sini, confirm meriah dan menyeronokkan. Masuk dalam duk berejam pun mesti korang tak sedar lah.













Dan program yang kami join ni pun tak kurang hebat jugak. Program ni dah sama level excited macam masuk dalam petrosains pun ya jugak..hihi. Sebab program ni lebih kepada perkongsian untuk sampaikan maklumat kepada adik adik atau dewasa. Tentang cara penyampaian maklumat yang lebih menyeronokkan dan interaktif. Kira perkongsian dalam mempelbagaikan lagi cara penyampaian maklumat.

Kalau yang belum pernah sampai tu sila la datang, tak rugi pun datang dengan anak anak sebab banyak benda boleh belajar kat sini.
Sekian dulu ya...



LOVE,
Mcdaa