Thursday, 28 December 2017

SEJENIS Cendawan


Hai...assalamualaikum..

Hari ni just nak share sejenis kulat yang tumbuh meliar selepas hujan. Rezeki orang yang tinggal di kampung, lepas musim hujan mesti akan ada rezeki mencurah-curah datang selepas tu. Antaranya lepas hujan je sungai-sungai pasti akan dipenuhi dengan pelbagai jenis ikan sungai. Kadang yang beruntung tu dapat tangkap ikan kolam. Entah kolam siapa yang air penuh melimpah dan ikan ikan semua terlepas ke sawah atau sungai.

Rezeki lain macam dapat makan atau beli pelbagai jenis ubi. Dimusim hujan atau selepas hujan pasti akan muncul ramai peniaga ubi. Sebab ramai orang yang akan menculkan diri dan meniaga ubi, jadi harga ubi dipasaran akan lebih rendah berbanding di luar musim hujan.
Ya la, musim hujan kan sejuk, kena pulak dapat makan ubi rebus panas panas dengan air kopi..fuhhh makan tak ingat orang lain dah.

Dan tak lupa rezeki tumbuh tumbuhan kampung. Macam ulam, sayur,  cendawan dan lain lain pasti akan tumbuh dengan sihat dan jayanya. Masa ni jugak banyak peniaga jual pucuk pucuk kayu, kulat dan cendawan pada harga yang sangat murah.
Dan kebetulan hari tu ada pakcik sorang ni datang jumpa dengan nenek lepastu mintak nenek aku tolong jualkan cendawan yang dia kutip kat dalam hutan. Banyak jugak la hasil kutipan dia kat hutan tu.
Aku pulak aku pertama kali kenal cendawan spesis ni. Selalu duk jumpa cendawan tiram tu je, letak dalam tomyam perghhh sedapp tu. Yang cendawan spesis ni pulak aku tak pernah jumpa jadi memang tak pernah merasa pun.
Nenek aku cakap cendawan ni memang banyak kalau lepas hujan. Dan tempoh hayat dia tumbuh pun tak lama. Dalam 2 3 hari macam tu je. Kalau siapa yang jumpa memang rezeki sebab sekali tumbuh memang banyak boleh dapat.
Tapi tu lah, jarang orang boleh terjumpa dengan cendawan ni. Sebab tumbuh memang kat dalam hutan. Selalu lepas musim hujan, agak lama jugak masa penoreh akan bercuti dari masuk kebun atau hutan untuk menoreh...sebab pokok masih basah lagi, tambahan pulak time ni pacat masih giat dan aktif keluar mencari mangsa.








Ni cendawan yang belum masak / kembang sepenuhnya


Ni pulak rupa cendawan bila dah kembang.


Pakcik tu petik cendawan yang kepala dia msaih kuncup lagi. Belum terbuka. Tapi malam hari nya terus kepala cendawan tu dah start kembang sikit sikit. Sekejap je dia dah berubah, sebab tu la tempoh hayat dia singkat. Dan masa lepas dipetik dari hutan hingga ke nak makan pun agak singkat. Kira macam hari ni kutip, esok dah kena jual, paling lewat lusa dah kena masak kalau tak nanti cendawan akan berubah lembik dan dah tak boleh dimakan lagi.
Lain dari cendawan tiram tu, 2 3 hari lepas beli kalau simpan dalam peti sejuk masih ok lagi la.

Cendawan ni sedap buat masak sayur air macam tu je. Sebab rasa manis dari cendawan tu dah cukup rasa dah. Nenek aku siap masak satu periuk untuk buat makan, maklumla benda sedap tambah pulak susah nak jumpa. Alang dah ada tu pulun la makan sampai puas hati..

No comments:

Post a Comment