Assalamualaikum...
Hujung bulan lepas, aku berkesempatan menjejakkan kaki ke Petrosains di KLCC. Tu pun sebab ada program anjuran dari Petrosains dan Jabatan dari negeri calonkan nama aku untuk turut sama join program tu. Rezeki aku kot untuk dapat pergi kesana. Sebab pada asalnya calon yang sepatutnya hadir ke program tersebut, terpaksa cancel disebabkan ada urusan keluarga.
Biasala kalau dah berusia begini, urusan keluarga memang akan jadi agenda utama lah. Bila dah bekerja macam ni, tiap tahun pun pasti akan ada peluang untuk menyertai berbagai aktiviti anjuran pihak jabatan. Jadi pilihan dia untuk utamakan keluarga tu kira pilihan terbaik la untuk beliau dan akhirnya buka peluang untuk aku yang agak jakun ni pergi sana..hihi
Oleh kerana kami berempat, jadi kawan aku decide untuk pergi dengan menaiki kapal terbang. Aku ni sebenarnya gayat yaaa ampunnn. Kalau sorang memang aku takkan naik lah. Tapi sebab ikut suara ramai kan, jadi suara aku yang sorang ni tewas la. Nak tak nak terpaksa jugak la naik.
Dalam aku duk takut takut naik kapal terbang ni, sejak akhir akhir ni macam kerap pulak aku naik. Dah 4 5 kali dah aku naik kapal terbang sejak kebelakagan nih, pun tetap jugak ada perasaan takut cuak tu semua.
Mak aku selalu cakap, kalau dah jadi pegawai memang la akan kena hanta pergi kursus sana sini, aku pulak sampai bila nak rasa takut cuak gayat macam tu...nak tak nak kena belajar naik dan biasakan diri bila dah terbang.
Entah lah, aku 2 3 hari sebelum naik perasaan cuak tu dah mula datang dah..hahhah. kadang naik geram jugak dengan diri sendiri, apa la yang buat kan sampai aku rasa takut macam tu. Mati itu kan pasti....huhu
Oleh kerana program tu berlangusung selama 3 hari, jadi kawan aku dah siap siap booked kan tiket kapal terbang sekali dengan hotel, guna website treveloka. Katanya kalau check in hotel sekali dengan tiket kapal terbang tu boleh dapat diskaun untuk kedua dua tiket hotel dan kapal terbang.
Kami check in Hotel Le Apple, betul betul sebelah dengan KLCC. Jalan kaki tak sampai 10 minit je dari hotel ke KLCC.
Tapi aku pulak dapat experience yang tak begitu menyeronokkan masa check in di hotel tersebut. Ehh bukan aku je, tapi kami semua pun rasa benda yang sama. Masa nak check in kami pergi dekat service counter mintak resit, dengan muka macam berlagak gila dia jawab hotel tak keluarkan resit kalau beli guna treveloka, nak resit mintak dengan treveloka. Kerek gila cara dia jawab time tu..
Lepas dah hangin dengan service counter tu, masuk je hotel makkkaihhh bau asap rokok berkepul kepul haa..
Memang geram gila kot masa tu, dah la penat berjalan dari KLIA sampai ke KL ni, dengan bawak bag lagi hurmmm..nasib baik aku ni jenis easy going orangnya, jadi nak marah pun redha je lah. Kawan aku suggest kami request tukar ke bilik lain, tapi kalau dah awal awal pun ada pengalaman buruk dengan service counter tu, tak kuasa pulak aku nak mintak tukar bilik lain. Kan nanti tak pasal dia letak kami dalam bilik yang menyeramkan ke apa ke lagi teruk...huhu
Lastnya kami just request orang dia datang sembur bilik je la, bagi kurangkan bau asap rokok tu. Tapi still jugak masih ada kesan bau bau tu..Memang aku bagi 1 bintang je la untuk hotel tu..hahhhaha
Oleh kerana kami berempat belum pernah jejak kan kaki ke petrosains, maka bila ada peluang macam ni memang agak excited jugak la. Dah macam kanak kanak ribena pulak..hihi. Tapi jangan tak tau, orang dewasa pun yang datang sini pasti akan rasa keterujaan tu sama macam kami kami ni haa.
Sebab kat dalam Petrosains tu, ada pelbagai aktiviti aktiviti sains yang diorang sediakan kan dan pamerkan. Sebab ada aktiviti yang kita boleh hands on dekat dalam tu dengan dibantu oleh staf staf mereka.
Banyak jugak la aktiviti sains yang menyeronokkan dan mengujakan untuk dicuba. Kalau dah orang yang dewasa ni pun boleh teruja dengan aktiviti kat dalam tu, kalau kanak kanak memang toksah cakap lah memang gembira habis.
Masuk dalam tu, korang boleh terokai bermacam perkara perkara yang selama ni kita cuma tahu dan baca dari buku je. Tapi bila datang sini, ada perkara yang boleh di aplikasikan dan ada perkara yang kita selalu duk praktikkan atau selalu lakukan sebenarnya ada kejadian sains yang boleh dirungkaikan mengapa kejadian tu berlaku sedemikian.
Cakap panjang pun tak guna, kalau nak tahu dan merasainya sendiri kena lah datang. Dan bawak budak budak sekali datang sini, confirm meriah dan menyeronokkan. Masuk dalam duk berejam pun mesti korang tak sedar lah.
Dan program yang kami join ni pun tak kurang hebat jugak. Program ni dah sama level excited macam masuk dalam petrosains pun ya jugak..hihi. Sebab program ni lebih kepada perkongsian untuk sampaikan maklumat kepada adik adik atau dewasa. Tentang cara penyampaian maklumat yang lebih menyeronokkan dan interaktif. Kira perkongsian dalam mempelbagaikan lagi cara penyampaian maklumat.
Kalau yang belum pernah sampai tu sila la datang, tak rugi pun datang dengan anak anak sebab banyak benda boleh belajar kat sini.
Sekian dulu ya...
LOVE,
Mcdaa
No comments:
Post a Comment