Tuesday, 21 February 2017

Keluarga Bahagia yang Aku impikan

Hai....

Bila dah berkahwin, dah ada suami dan ada anak sebagai seorang isteri selalunya hidup dia akan berkisar tentang keluarganya sahaja. Kalau dulu masa sebelum kahwin sebelum bergelar isteri kepada firdaus, asal hujung minggu je otak sibuk berfikir nak berjalan nak melepak dan paling penting nak ke shopping mall mana..hihi
Tapi setelah berkeluarga ni, semua tu dah jadi no.2. kawan kawan pun dah jarang contact sebab banyak masa nak fikirkan tentang keluarga dari orang lain dah. Tu la apa yang aku alami sekarang ni. Rasanya ramai jugak kot isteri isteri dan ibu ibu lain yang alami situasi yang sama.
Bila dah kahwin ni, suami dan anak je la kawan kawan ibu...huhu



Alhamdulillah dapat suami yang...nak kata sempurna tak pun...romantik lagi la tak...penyayang...ya mungkin... dan kadang garang serta cepat naik angin...tapi takde la marah tengking tengking atau sampai naik tangan...garang yang masih lagi di tahap normal..dia ni suka buat mimik muka. kalau ada je yang tak kena, teruk buat muka masam mencuka lepas tu tarik muka kelat dia....sakit nya hati dennn oiiii...tengok muka kelat dia pun dah boleh buat kita nangis tau...huhu

Walau pun dia tak sempurna macam mr.perfect dalam drama pukul 7 tv3 tu atau tak seromentik pelakon hero dalam drama tu....tapi yang penting dia utamakan keluarga. Kami sempat berpjj atau berhubungan jarak jauh. Sorang di Kelantan sorang di KL tu semua sebab atas urusan kerja. Ya lah demi mencari rezeki. Tapi dia tak boleh nak teruskan kehidupan sorang sorang tanpa ada anak isteri disamping dia. Last berhenti kerja dan balik tinggal bersama kami. Dia sanggup lepaskan kerja semata mata nak balik dan tinggal bersama keluarga.




Buat masa ni...ni la satu satunya harta dunia akhirat ibu dan abi. Si botak Ammar Fitri...sekarang dah masuk 3 tahun...bulan 7 nanti birthday dia...insha allah nanti kita celebrate ya sayang. Mulut dah selalu duk potpet potpet ada saja perkara yang nak dibualkan.
Panjang akal jugak budak ni, dan paling ibu suka rajin je tiap kali ibu mintak buat kerja atau ambikkan itu ini. Dah hampir faham semua arahan, cuma sebab masih kacik lagi kan kadang tak dapat capai, kalau tak dah boleh suruh tolong ibu buat kerja rumah dah...hihi




Alhamdulillah...akhirnya suami dah dapat kerja tetap selepas dia berhenti kerja di KL hari tu. Hampir 5 bulan jugak dia menggangur, tapi bukan duk goyang kaki je. Dia rela meniaga barang barang bundle asalkan dapat cari duit sikit sikit. Aku pulak, tak kisah pun dia nak buat pekerjaan apa sekali pun. Asalkan halal dan tak menyusahkan orang sekeliling...

Love u bie.....



LOVE,
Mcdaa

Monday, 20 February 2017

Brownies dan cream cheese buatan sendiri

Hai...

Agak lama tak post resepi masakan dalam blog ni. Sekarang baru ada kesungguhan sikit nak bercerita dalam belog ni. Selalu je buka blog tapi just masukkan gambar gambar dan save untuk diceritakan dikemudian hari...huhu. tu maknanya kering idea dan malas nak menaip.

Dan hari ni terajin pulak nak menaip dan bercerita maka bermula la karangan nya..
Hari tu aku ada buat experiment main masak masak ni. Cuba buat cream cheese sendiri di rumah. Entah macam mana tanpa sengaja aku ada tengok dalam youtube cara cara buat cream cheese sendiri. Senang je step nak buat cream cheese tu kalau korang tengok dalam youtube.
Tapi agak memerlukan skill dan kesabaran jugak la walaupun nampak je senang.

Kalau ikut macam dalam youtube tu tunjuk, nak buat cream cheese di rumah ni cuma guna susu segar dan cuka je. Atau ada sesetengah tu gantikan cuka dengan acid, yang ni mungkin boleh dapat hasil yang lebih berkualiti kot berbanding cuka. Entah lah aku sendiri pun tak pasti.

Dah terajin jadi kita try la buat sendiri. Didihkan susu segar dengan memasukkan sedikit cuka dalam susu segar tu. Sambil tu kacau hingga terjadi ketulan ketulan susu yang bergumpal. Nanti akan ada separation between susu gumbal dan air jernih. Air jernih yang terhasil tu lebih kurang macam buttermilk. Yang ni boleh simpan buat kek redvelvet, tapi aku buang je sebab tak tahu tahun bila baru nak buat kek tu..hihi.
Lepas susu dah bergumpal terus matikan api dan tapis guna kain. Supaya kita dapat kumpul gumpalan susu atau cream cheese yang terhasil tu dan sejatkan air dari gumpalan tu. Apa la berbelit belit ayat aku ni, harap faham la ya.
Gumpalan susu atau cream cheese tu dah hampir siap. Bila air dari gumpalan dah tersejat, ambik cream cheese tu simpan dalam peti ais sekejap supaya dia jadi lebih kental dan tak terburai.

Aku rasa experiment aku tu berjaya kot. cuma kuantiti cream cheese yang terhasil tak bnayak mana pun. Yalah experiment kan, buat banyak banyak nanti tak menjadi dalam tong sampah jugak penyudahnya. Tapi yang ni alhamdulillah tak ke tong sampah..hihi.

Lepas tu datang pulak idea buat browniest dan tambah la cream cheese yang aku buat sendiri ni. Mula nak buat cheese tart la sebab dah ada cream cheese, tapi dah kalau secoet macam tu berapa ketul cheese tart je yang dapat.




Mula mula buat adunan brownies dan bakar sekejap dalam 10 minit adunan tu, kemudian baru aku masukkan cream cheese yang dah dicampur dengan telur.
Tapi sebenarnya kalau nak lagi best, patutnya terus campurkan je adunan brownies dengan adunan cream cheese tu lepas tu baru la bakar. 






Kek tu naik membukit kau...huhu. Macam dia sedang membesar dengan jayanya kat dalam oven tu. Macam kulit lembu new zealand pun ada rupa permukaan kek aku ni. Kalau campur terus 2 adunan tu dah boleh dapat brownies cheese dah. 



Si Ammar ni suka betul dengan kek coklat atau brownies yang ibu buat. Selalu kalau baking dia tak sabar sabar nak makan. Bila oven bunyi ''tingggg'' laju je dia meluru sambil bawak pingan nak kek..huhu.



Ni la rupanya yang tak seberapa tu bila dah siap dibakar. Hidang masa panas panas pun sedap jugak ni. Tapi sebab cream cheese tu sikit je kan jadi cheese dalam brownies tu takde la meriah sangat. Nanti next time dah tahu beberapa tips yang boleh digunakan untuk dapatkan hasil yang lebih kebabomm gitewww...

sekian dulu ya...



LOVE,
Mcdaa

Tuesday, 7 February 2017

Putra Valley Tanah Merah

Hai...

Assalamualaikum.

Baru baru ni kami ke Putra Valley di Tanah Merah. Budak budak bosan duk kat rumah je, jadi aku pun bawak la diorang datang sini. Nak bawak pergi mandi pantai macam bahaya sebab kebetulan masa ni suami pulak keluar ada hal dia.

Kalau nak mandi pantai kena bawak orang yang pandai berenang in case kalau apa apa la kan. tapi dah takde suami jadi bawak la diorang datang sini.

Kat sini pun dekat je dari rumah kami, dan dah biasa datang jadi ok je la main kolam pun. Kami sampai pukul 11 pagi. Nak masuk mandi kolam ni berbayar ya. walaupun tak menginap disini, diorang buka je peluang untuk orang awam datang mandi di kolam ni. 

Ingat kan kami je yang macam jakun nak main air kolam sampaikan datang time time panas macam ni. sekali datang orang dah ramai dah, dan penggunjung pun makin bertambah. jadi takde la rasa macam kami je yang over mandi time tengah tengah hari macam ni.

Bayaran nak mandi kolam berbeza ikut peringkat umur. Kalau bawah 6 tahun RM6, umur 6 - 12 tahun RM10 dan dewasa RM12. 
Bagi aku harganya agak mahal jugak la sebab dia just kolam semata je pun. Tak de gelongsor atau pun air pancut pun di dalam kolam tu. tapi kolam agak besar dan ada 2 bahagian iaitu bahagian dewasa dan kanak-kanak diasingkan. yang dewasa pulak dalam air nya cuma paras pinggan orang dewasa je.








Disini jugak boleh berkelah dengan keluarga. Tapi kalau nak buat BBQ tu aku tak pasti lah pulak sama ada dibenarkan atau tak. Disekeliling kolam tu ada disediakan khemah dan kerusi, untuk ibu bapa atau penjaga nak rehat rehat sambil perhatikan budak budak main air.
Tempat persalinan dia pulak agak selesa la, sebab terlindung, bilik persalinan pun bersih dan bekalan air pun ok.

Disini jugak ada disediakan sewa pelampung dan ada gerai yang jual air dan makanan ringan. Tapi kalau bawak pelampung sendiri pun takde masalah, pihak diorang benarkan je.
Nak berkelah bawak makanan sendiri pun boleh, takde halangan pun.

Dekat pukul 2 lebih jugak baru budak budak ni berhenti main kolam. punya lah berejam duk berendam dalam tu. bukan main seronok lagi diorang. lepastu siap ajak pulak nanti datang lagi kat sini.
Baiklah nak...tunggu ibu dapat gaji dulu ya hihi....



LOVE,
Mcdaa

Meatball Mat Bulat di Kelantan

Hai....

Meatball...ada ke orang yang tak pernah merasa makan meatball ni? meatball ada pelbagai jenis, jenama dan sudah tentu rasa jugak a bit different. tapi mostly mestilah rasa daging yang menjadi dominan dari rasa lain-lain tu.

Aku pulak memang terlajak suka dengan meatball ikea. memang sedap sangat hingga boleh termimpi mimpi. Kalau ke KL mesti aku akan ajak suami untuk pergi makan meatball ni. rugi la kan kalau dah sampai kl tapi tak pergi makan meatball, datang kl bukan selalu pun.





Ni rupa meatball yang dijual dekat ikea tu. Kuah dia sedap, rasa meatball pun kaya dengan daging dan ditambah pulak dengan sos bluberry kot, aku pun sebenarnya tak berapa nak pasti itu sos atau pun jem haha. rasa masam-masam manis sikit, tapi combinasi sos yang sangat sangat ngam dan sedap.

Meatball ikea ni boleh dijumpai atau dibeli di ikea je la. takde nya orang jual meatball ikea ni dekat mana mana mall atau pun pasar malam ke apa. sebab meatball ni memang exclusive gitu. walaupun masa nak makan meatball di ikea ni macam satu azab nak mencari tempat duduk. tiap masa meja penuh je dengan penjamu selera di ikea huhu.

Pernah sekali masa di Puncak Alam, ternampak gerai kecik di tepi jalan jual Meatball jenama Mat Bulat. Aku pun try la merasa meatball ni, not bad. bagi aku rasa daging dia ok, cuma kuah dia agak cair sikit. Ok la untuk makanan jalanan. 

Bila dah balik duk Kelantan ni, mimpi je la nak makan meatball ni. Bukan setakat meatball ikea, meatball mat bulat ni pun belum menapak lagi di Kelantan. Kalau dah teringin sangat cuma beli yang frozen tu je huuhu.

Tapi tak ku sangka rupanya Meatball Mat Bulat ni dah menapak di Kelantan ni. Cuma aku je yang tak tahu hihi. Ya lah, belum fames amos lagi meatball ni. Sekarang tengah trend dengan ayam gunting Uncle Bob tu je.

Rupanya Meatball Mat bulat dah buka cawangan di Kelantan. Tapi yang aku pasti gerai yang dah beroperasi ada di Pasir Putih. Dalam kawasan bandar Pasir Putih, depan 7E. Aku dan suami dah try yang ni, ok sama rasa dengan yang kami pernah makan di Puncak Alam. Sedap dan berbaloi.

RM5.90 ada 5 biji meatball dengan mash potato
RM9.90 ada 7 biji meatball dengan mash potato dan roti
RM11.90 ada 10 biji dengan mash potato dan roti.

Tu je produk yang diorang jual di gerai meatball ni. Fries ke wedges ke semua tu memang takde jual ya hihi..



Ni la rupanya Meatball Mat Bulat tu. aku beli yang 10 biji RM11.90. Habis makan 1 bekas ni memang kenyang la korang. aku makan share dengan suami pun dah cukup dah dengan 10 biji meatball tu. 
Tak rugi kalau nak mencuba, alternatif untuk meatball ikea..huhuhuhu.




LOVE,
Mcdaa.

Typical people with Typical things

Hai...

Assalamualaikum...

Typical people with typical things...
Hari ni rasa macam nak membebel pulak, membebel tentang typical people which is living with their typical things.

Like modern people or people with glam, all those their stuffs mostly to common and very typical one. to be exact, living with all those glam things.

Tak semua orang living typical way, tapi ada la sesetengah orang yang think they are up to date, or glam or lebih tepat kebanyakkan perkara yang mereka lakukan lebih kepada mengikut trend or persekitaran.

Typical things yang selalu aku boleh relate kan ialah kalau ke kedai or market untuk stock up barang barang keperluan harian, mostly they tend to buy something in common and never give a chance to try a new brand or new product. 

Makan roti...brand Gardenia
Sardin....Ayam Brand
Nugget...Ayam mas
Ubat gigi...Colgate
Sabun....Dettol
Mee segera...Maggi
Sos cili...Kimball 
Gula....Prai
Tuala wanita...Kotex
Teh uncang....Lipton
 

And the list continue....
Haa...ni lah yang aku maksud kan a very typical living style. Semua benda mesti la berkait dengan sesuatu yang well known and kualiti sudah semestinya.
Mungkin kadang diorang pernah cuba sesuatu yang lain dari kebiasaan, tapi bila dah terbiasa dengan yang kebiasaan tu, its really hard to change it without any rigid reason.
Lastnya kembali kepada yang dah biasa tu.

Brand ni memang akan gah la sebab jualan mereka akan sentiasa up and keep on continue sebab dah ada pengguna setia. Dan lebih untung untuk diorang sebab brand tu dah jadi sinonim dengan produk.

Paling untung dan dah boleh dikatakan macam telah mengelirukan pengguna ialah bila nama brand yang dijadikan sebagai nama produk tu. Mee segera, jarang digunakan sebab typical people tend to said it is Maggi.

Produk yang baru nak bertapak pasti akan dibayangi dengan produk pesaing yang dah well known. Walaupun mee segera yang dibeli tu ialah brand mee segera lain tapi people will keep saying it as maggi.

Kadang dah macam jadi norm for people to kept all those typical things for their living. Dan tak ada masalah pun untuk mereka terus kekal macam tu.

Cuma dizaman serba gawat ni, sometime for a good reason we need to switch with different things. Who knows maybe other non-typical things actually works well with you. Thus, help yourself to try a new things and give a chance to new experience. 

At the end....its all about your satisfaction.



LOVE,
Mcdaa