Monday 20 February 2017

Brownies dan cream cheese buatan sendiri

Hai...

Agak lama tak post resepi masakan dalam blog ni. Sekarang baru ada kesungguhan sikit nak bercerita dalam belog ni. Selalu je buka blog tapi just masukkan gambar gambar dan save untuk diceritakan dikemudian hari...huhu. tu maknanya kering idea dan malas nak menaip.

Dan hari ni terajin pulak nak menaip dan bercerita maka bermula la karangan nya..
Hari tu aku ada buat experiment main masak masak ni. Cuba buat cream cheese sendiri di rumah. Entah macam mana tanpa sengaja aku ada tengok dalam youtube cara cara buat cream cheese sendiri. Senang je step nak buat cream cheese tu kalau korang tengok dalam youtube.
Tapi agak memerlukan skill dan kesabaran jugak la walaupun nampak je senang.

Kalau ikut macam dalam youtube tu tunjuk, nak buat cream cheese di rumah ni cuma guna susu segar dan cuka je. Atau ada sesetengah tu gantikan cuka dengan acid, yang ni mungkin boleh dapat hasil yang lebih berkualiti kot berbanding cuka. Entah lah aku sendiri pun tak pasti.

Dah terajin jadi kita try la buat sendiri. Didihkan susu segar dengan memasukkan sedikit cuka dalam susu segar tu. Sambil tu kacau hingga terjadi ketulan ketulan susu yang bergumpal. Nanti akan ada separation between susu gumbal dan air jernih. Air jernih yang terhasil tu lebih kurang macam buttermilk. Yang ni boleh simpan buat kek redvelvet, tapi aku buang je sebab tak tahu tahun bila baru nak buat kek tu..hihi.
Lepas susu dah bergumpal terus matikan api dan tapis guna kain. Supaya kita dapat kumpul gumpalan susu atau cream cheese yang terhasil tu dan sejatkan air dari gumpalan tu. Apa la berbelit belit ayat aku ni, harap faham la ya.
Gumpalan susu atau cream cheese tu dah hampir siap. Bila air dari gumpalan dah tersejat, ambik cream cheese tu simpan dalam peti ais sekejap supaya dia jadi lebih kental dan tak terburai.

Aku rasa experiment aku tu berjaya kot. cuma kuantiti cream cheese yang terhasil tak bnayak mana pun. Yalah experiment kan, buat banyak banyak nanti tak menjadi dalam tong sampah jugak penyudahnya. Tapi yang ni alhamdulillah tak ke tong sampah..hihi.

Lepas tu datang pulak idea buat browniest dan tambah la cream cheese yang aku buat sendiri ni. Mula nak buat cheese tart la sebab dah ada cream cheese, tapi dah kalau secoet macam tu berapa ketul cheese tart je yang dapat.




Mula mula buat adunan brownies dan bakar sekejap dalam 10 minit adunan tu, kemudian baru aku masukkan cream cheese yang dah dicampur dengan telur.
Tapi sebenarnya kalau nak lagi best, patutnya terus campurkan je adunan brownies dengan adunan cream cheese tu lepas tu baru la bakar. 






Kek tu naik membukit kau...huhu. Macam dia sedang membesar dengan jayanya kat dalam oven tu. Macam kulit lembu new zealand pun ada rupa permukaan kek aku ni. Kalau campur terus 2 adunan tu dah boleh dapat brownies cheese dah. 



Si Ammar ni suka betul dengan kek coklat atau brownies yang ibu buat. Selalu kalau baking dia tak sabar sabar nak makan. Bila oven bunyi ''tingggg'' laju je dia meluru sambil bawak pingan nak kek..huhu.



Ni la rupanya yang tak seberapa tu bila dah siap dibakar. Hidang masa panas panas pun sedap jugak ni. Tapi sebab cream cheese tu sikit je kan jadi cheese dalam brownies tu takde la meriah sangat. Nanti next time dah tahu beberapa tips yang boleh digunakan untuk dapatkan hasil yang lebih kebabomm gitewww...

sekian dulu ya...



LOVE,
Mcdaa

No comments:

Post a Comment