Tuesday 7 February 2017

Meatball Mat Bulat di Kelantan

Hai....

Meatball...ada ke orang yang tak pernah merasa makan meatball ni? meatball ada pelbagai jenis, jenama dan sudah tentu rasa jugak a bit different. tapi mostly mestilah rasa daging yang menjadi dominan dari rasa lain-lain tu.

Aku pulak memang terlajak suka dengan meatball ikea. memang sedap sangat hingga boleh termimpi mimpi. Kalau ke KL mesti aku akan ajak suami untuk pergi makan meatball ni. rugi la kan kalau dah sampai kl tapi tak pergi makan meatball, datang kl bukan selalu pun.





Ni rupa meatball yang dijual dekat ikea tu. Kuah dia sedap, rasa meatball pun kaya dengan daging dan ditambah pulak dengan sos bluberry kot, aku pun sebenarnya tak berapa nak pasti itu sos atau pun jem haha. rasa masam-masam manis sikit, tapi combinasi sos yang sangat sangat ngam dan sedap.

Meatball ikea ni boleh dijumpai atau dibeli di ikea je la. takde nya orang jual meatball ikea ni dekat mana mana mall atau pun pasar malam ke apa. sebab meatball ni memang exclusive gitu. walaupun masa nak makan meatball di ikea ni macam satu azab nak mencari tempat duduk. tiap masa meja penuh je dengan penjamu selera di ikea huhu.

Pernah sekali masa di Puncak Alam, ternampak gerai kecik di tepi jalan jual Meatball jenama Mat Bulat. Aku pun try la merasa meatball ni, not bad. bagi aku rasa daging dia ok, cuma kuah dia agak cair sikit. Ok la untuk makanan jalanan. 

Bila dah balik duk Kelantan ni, mimpi je la nak makan meatball ni. Bukan setakat meatball ikea, meatball mat bulat ni pun belum menapak lagi di Kelantan. Kalau dah teringin sangat cuma beli yang frozen tu je huuhu.

Tapi tak ku sangka rupanya Meatball Mat Bulat ni dah menapak di Kelantan ni. Cuma aku je yang tak tahu hihi. Ya lah, belum fames amos lagi meatball ni. Sekarang tengah trend dengan ayam gunting Uncle Bob tu je.

Rupanya Meatball Mat bulat dah buka cawangan di Kelantan. Tapi yang aku pasti gerai yang dah beroperasi ada di Pasir Putih. Dalam kawasan bandar Pasir Putih, depan 7E. Aku dan suami dah try yang ni, ok sama rasa dengan yang kami pernah makan di Puncak Alam. Sedap dan berbaloi.

RM5.90 ada 5 biji meatball dengan mash potato
RM9.90 ada 7 biji meatball dengan mash potato dan roti
RM11.90 ada 10 biji dengan mash potato dan roti.

Tu je produk yang diorang jual di gerai meatball ni. Fries ke wedges ke semua tu memang takde jual ya hihi..



Ni la rupanya Meatball Mat Bulat tu. aku beli yang 10 biji RM11.90. Habis makan 1 bekas ni memang kenyang la korang. aku makan share dengan suami pun dah cukup dah dengan 10 biji meatball tu. 
Tak rugi kalau nak mencuba, alternatif untuk meatball ikea..huhuhuhu.




LOVE,
Mcdaa.

No comments:

Post a Comment