Tuesday, 28 March 2017

Virus H5N1

Hai...

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak share sedikit tentang virus yang sedang melanda ni. Virus ni tak ada lah membahaya sangat kepada manusia sebab dia jarang merebak dalam kalangan manusia. Penyebaran virus ni lebih cepat hanya dalam kalangan unggas je. Tapi masih jugak suatu keadaan yang merbahayakan jika dah terkena dengan virus ni. Sebab virus ni boleh membawa maut.

Virus H5N1 adalah sejenis virus influenza yang menyebabkan penyakit Selsema
Burung (Avian Influenza) dalam kalangan unggas seperti ayam, itik dan burung.
Kebiasaanya, penyakit ini jarang menjangkiti manusia dan sukar berlaku jangkitan dari
manusia ke manusia.

Manusia boleh dijangkiti melalui:
 Kontak secara terus dengan unggas (ayam, itik dan burung) yang berpenyakit
serta hasilannya.
 Najis dari unggas berpenyakit
 Air yang tercemar dengan najis unggas yang berpenyakit
 Barang-barang dan pakaian yang tercemar dengan najis dari unggas yang
berpenyakit.

Tanda-tanda dan gejala dalam kalangan manusia:
 Demam tinggi (melebihi 38C),
 Sakit tekak,
 Batuk,
 Sakit kepala,
 Sakit otot,
 Sakit sendi
 Letih lesu.

Pengendalian ayam yang selamat di rumah:
 Pastikan daging ayam adalah segar di mana:
  •     Isi adalah pejal dan anjal
  •    Tidak berlendir
  •    Tidak berubah warna (lebam atau kehijauan)
  •    Tidak berbau busuk
  •    Kulit ayam cerah dan segar
  •    Jika ayam beku, pastikan ianya masih berkeadaan keras dan beku semasa membeli

 Proses pencucian menggunakan air yang bersih dan selamat.
 Mengelakkan pemprosesan ayam mentah bersentuhan dengan lantai
 Memastikan tiada sisa-sisa najis yang terlekat di daging dan juga peralatan memasak
 Mengamalkan kaedah mencuci tangan dengan air bersih sebelum dan selepas mengendalikan ayam
 Menggunakan peralatan yang bersih dan berbeza bagi mengendalikan ayam mentah dan ayam masak






Daging ayam berpenyakit (virus H5N1) selamat dimakan sekiranya dimasak dengan
sempurna iaitu:
  • Suhu memasak melebihi 70o C.
  • Masa memasak sekurang-kurangnya 30 minit.
  • Tiada kesan darah pada tulang atau isi ayam yang dimasak.
  •  Kuah atau air rebusan ayam mesti berwarna cerah.

Walaupun isi ni agak minor, tapi kesan nya kepada industri juga hampir terjejas. Contohnya industri sarang burung walid. Burung walid pun dalam kategori unggas jadi risiko untuk burung dari jenis ni untuk dijangkiti virus ni agak tinggi.
Tapi buat masa sekarang hanya 1 negeri sahaja yang terjejas dengan virus ni. Dan pihak pihak berwajib dan pihak bertanggungjawab telahpun dan sedang menjalankan kerja mereka untuk memastikan virus ini dihapuskan dan menyelamatkan yang lain lain.

Ayam atau sebarang unggus yang jika didapati ada kesan positif, semua unggas yang berada dalam radius yang ditetapkan perlu dihapuskan dengan segera supaya penyebaran virus ini dapat dihentikan dan tidak merebak.

disini juga aku share kan beberapa Q&A mengenai isu virus H5N1 ni.


Soalan:Bagaimana penyakit influenza H5N1 disebarkan kepada manusia?
Jawapan:
 Virus influenza didapati didalam cecair/lelehan mata, hidung dan mulut dan najis unggas yang dijangkiti.
Kebanyakan kes jangkitan influenza H5N1 kepada manusia dikaitkan hubungan rapat dengan unggas yang dijangkiti atau unggas mati dan persekitaran yang tercemar dengan virus influenza H5N1. Virus ini tidak menjangkiti manusia dengan mudah dan jangkitan dari manusia kepada manusia  adalah sangat jarang. Tiada bukti bahawa penyakit ini berjangkit melalui makanan yang dimasak.

Sebaran melalui;
        Kontak secara terus dengan unggas (ayam, itik dan burung) yang berpenyakit serta hasilannya.
        Najis dari unggas berpenyakit



Soalan: Mengapa perlu mengambil berat tentang influenza A(H5N1)? 
Jawapan:
Jangkitan Avian influenza A(H5N1) dalam kalangan manusia boleh menyebabkan kesan yang teruk dan mengakibatkan kadar kematian yang tinggi.

Jika virus influenza A(H5N1) berubah secara genetik dan memudahkan jangkitan sesama manusia seterusnya masih mengekalkan kapasiti untuk mengakibatkan kesan penyakit yang teruk; impaknya kepada kesihatan awam sejagat amatlah buruk.



Soalan: Apakah tanda-tanda gejala Avian influenza A(H5N1) di kalangan manusia?
Jawapan:
Gejala influenza A(H5N1) ialah demam (biasanya demam panas melebihi 38 ◦C), letih, batuk, sakit tekak dan sakit otot. Gejala awal yang lain ialah sakit perut, sakit dada,dan cirit birit. Penyakit ini boleh menjadi penyakit pernafasan yang teruk seperti kesukaran bernafas, pneumonia dan mengganggu paras kesedaran/ sawan.


Soalan: Jika saya mempunyai tanda-tanda dan gejala setelah berkunjung ke kawasan yang telah didapati positif H5N1, apa yang perlu saya lakukan?
 Jawapan:
 Anda perlu mendapatkan rawatan di hospital atau di klinik kesihatan yang berhampiran dengan kadar segera.

Soalan: Adakah selamat untuk makan ayam, bahan tenusu dan burung liar?
 Jawapan:
Ya, adalah selamat untuk makan ayam yang telah dimasak. Virus ini sangat sensitif apabila dipanaskan. Suhu yang digunakan untuk memasak (melebihi 70◦C) akan membunuh virus ini. Bagi mengelakkan ayam, bahan tenusu dan burung liar tercemar, penyediaan makanan mestilah dengan menggunakan amalan keselamatan makanan dan makanan dimasak dengan sempurna.

Sehingga kini, kebanyakan jangkitan virus influenza A(H5N1) di kalangan manusia dikaitkan dengan penyembelihan unggas dan kontak secara langsung dengan unggas yang sudah disembelih, sebelum proses memasak. Amalan sebegini merupakan faktor risiko tertinggi untuk berlakunya jangkitan di kalangan manusia.


Soalan: Bagaimana influenza A(H5N1) dirawat?
Jawapan:
Dalam kebanyakan kes, influenza A(H5N1) di kalangan manusia akan menjadi penyakit yang teruk dan memerlukan rawatan lanjut di hospital. Ubat antiviral, Osetalmivir/Tamiflu boleh mengurangkan risiko kes menjadi teruk dan kematian.





Semoga membantu.



LOVE,
Mcdaa



No comments:

Post a Comment