Sunday 22 September 2013

Life as a Wife =)

Hai Darl.....

Sedar tak sedar sebenarnya dah genap sebulan aku bergelar seorang isteri kepada Mohd Firdaus Bin Zakaria.....yeayyy!!! suka suka...huhu

Alhamdulillah....akhirnya tercapai jugak impian kami untuk bergelar suami isteri dan hidup sebumbung (tapi sekarang nih tak de la sebumbung sangat pun sebab kami duk asing, hujung minggu je baru aku balik jumpa encik hubby...sedihhh woo tinggal laki aku seminggu...kesian kat dia jugak. Tapi apakan daya keadaan masih belum mengizinkan untuk kami hidup sebumbung 24 jam. Saborrr je la...)

Tapi yang sebenarnya kan kita nak cete alam rumah tangga yang sedang kita lalui ni.. Tapi bukan la nak cete 100%. Ada jugak la hal hal yang peribadi dan perlu disimpan. Kalau aku cite dari A sampai ke Z memang nak cari nahas la jawab nya. Bukan setakat nahas dari laki aku je, seluruh alam kot...hahhaha.

Untuk yang belum kawin lagi tu aku memang nak saran kan seratus peratus plus plus supaya korang kawin cepat cepat. Bukan apa, bagi yang dah agak berumur macam aku nih sekarang memang dah masa yang sesuai untuk tamat kan zaman bujang. Dirikan rumah tangga dan bersama sama membina masa depan yang lebih cemerlang gemilang terbilang dan yang penting di Rahmati Allah SWT. Insya allah...sebab itu lah apa yang kita kejar.. Rahmat dan keberkatan hidup dari Ilahi...kan kan..Impian manusia yang Hakiki. Bukan hanya kenikmatan dunia semata mata sahaja...
Cewah ayat yang sangat mendalam maksud nya...see see perubahan yang terjadi setelah bergelar isteri...hehhehe.
Betul...sekarang apa apa hal mesti pikir dulu. Nak buat tu buat ni mesti utama kan apa yang paling utama dulu dan niat sentiasa kerana Allah swt sebab nak dapat ganjaran pahala dan nak topup apa yang kurang sebelum ni.
Maklum la aku ni dulu tak banyak sangat buat amal, amalan kebaikan dulu pun kurang.
Sekarang bila dah kawin baru la mula nak insaf dan beramal. Tu pun buat apa yang termampu dulu..

Bayangkan, bila masak nasi, kemas rumah, basuh pakaian, jaga suami dan sebagainya beserta dengan niat kerana Allah, Insya allah dapat ganjaran dari -Nya...

Walaupun usia perkahwinan kami baru je setahun jagung, tapi Insya allah akan aku usahakan hingga Jannah. Banyak lagi dugaan yang bakal kami lalui dan tempuhi. Tapi tu yang mendatang la. Yang dah berlalu sebulan ni Alhamdulillah...bersyukur sangat dengan kebahagian ini. Sebab sekarang dah yakin sangat dia milik aku sorang je. Pastu dah boleh mula berbakti dan jaga dia 100%. Dah boleh belai dan manjakan dia tanpa rasa bersalah...hehhhehe.

Kan tu sebahagian dari nikmat berumah tangga.....hehhhehe. Gataiiii naaa.
Tapi tak apa la nak gatai gatai pun sekarang nih kan dah sah dan halal...hehe.

No comments:

Post a Comment