Assalam mualaikum.......
Saat ni, perasaan aku tersangat lah hancur berkecai...Tak tahu dari mana aku patut mulakan dulu. Perasaaan sekarang dah musnah, kosong. Hati ni dah hancur luluh dah. Fikiran dah melayang entah ke mana, diri ni terasa bagaikan terapung di awangan, bukan lagi berdiri di atas bumi yang nyata.
Allah swt itu Maha berkuasa, Maha mengetahui setiap perkara dan kejadian yang menimpa umat manusia. Allah swt tidak akan menguji hamba-hamba Nya melampui kemampuan seseorang itu. Ujian dan dugaan dari Nya bukan sekadar untuk membebani Hamba Nya...Percaya bahawa setiap dugaan dan musibah yang menimpa pasti ada hikmah disebaliknya. Tidak seorang pun dari kita ketahui hikmah yang bakal menyusul selepas dugaan yang menimpa kita.
Setiap dugaan yang mendatang juga pasti akan menguatkan lagi kepercayaan kita, meningkat kan lagi keimanan kita serta menambahkan lagi keluhuran hati kita terhadap kebesaran Allah swt. Insya Allah.
Namun pun begitu, aku pasti tidak semua Hamba Nya mampu menempuhi dugaan dari Nya. Disini tahap keimanan kita akan terukur. Kita akan lemah, pedih dengan ketentuan Ilahi. Keredhaan kita dengan setiap dugaan itu belum tentu mampu kita harungi. Hanya iman didada dapat membantu kita menempuhinya. Tapi, seperti aku, insan yang lemah, iman hanya lah sekadar sandaran dan tidak setebal mana, mampukah untuk harungi semua ini??
Aku ada impian, ada matlamat yang aku sandarkan untuk aku terus kan perjuangan dalam hidup. Aku berusaha sedaya upaya untuk impian dan matlamat itu. Aku tabahkan hati, harungi setiap halangan semata mata untuk mengapai matlamat dan Impian yang satu ini. Namun sepatutnya aku harus sedar, Impian dan matlamat hidup aku yang hakiki hanya lah untuk Allah swt. Mungkin kini telah tiba masa nya untuk aku merubah setiap inci pemikiran aku yang selama ini mendampingi hidup ini.
Ya Allah...sesungguh nya dugaan yang menimpa aku kali ni teramat berat untuk aku tanggung sendirian. Bagaimana untuk aku hadapi semua ini dengan kelemahan tanpa sedikit pun kekuatan yang hadir...mampukah aku redha dengan dugaan ini......mampukah aku berserah kepada takdir untuk mementukan segala nya....mampukah untuk aku terus berusaha lagi... semua ini terasa amat berat untuk di tanggung. Aku tak mampu.........
Disaat aku merasakan kebahagian bakal menjadi milik aku, belum pun sempat aku kecapi semua nya musnah. Musnah dengan ketentuan dari Ilahi. Aku tak kan mampu menghalang jika ini sudah suratan dari Yang Maha Esa, Allah swt.
Ketika ini aku sudah tidak mampu mengharapkan sesuatu yang indah lagi. Semua telah musnah dan hancur luluh. Dan aku jugak tak mungkin untuk berharap dan mengharapkan lagi perkara yang selama ini aku kejar. Berserah pada takdir dan waktu untuk menamatkan semua ini. Aku redha..Insya Allah.
Setiap dambaan yang di impikan tidak semesti akan berakhir seperti yang di harapkan. Pasti ada liku liku yang menghalang. Hanya yang kuat, tabah dan beriman mampu mencari sinar dalam kegelapan ini. Untuk aku sendiri, kini ku rasakan pudar dan gelap. Tiada cahaya yang mampu terangi aku di saat dalam kegelapan ini. Tapi aku juga sedar, hanya Allah swt yang mampu pancarkan cahaya dan sinar ke jalan yang sebaiknya untuk aku. Aku hanya perlu berdoa dan kembali kepada Nya dengan rasa penuh kekesalan di atas dosa yang penah aku lakukan, iaitu hanya benar benar mengigati Nya disaat aku di timpa musibah dan dugaan.
Yang pasti kini aku hanya mampu berserah dengan ketentuan dari Nya. Untuk aku berusaha daptkan kembali impian aku tu, mungkin tidak sesekali...
No comments:
Post a Comment