Sunday, 16 June 2013

Work in Food Industries

Assalam mualaikum..

Kali ni pun macam biasa jugak, nk share hal hal yang syok sendiri. Huhu.. dah tak ada benda nak membebel, tambah plak stress dengan persiapan khwin yang tak siap siap pun lagi. Dah buntu nak buat persiapan kahwin.. okey lah hal kawin tu kita letak tepi dulu then enjoy other things pulak..heheh

Wokeh.. sebenarnya nak cerita tentang kerja sekarang ni. Alhamdullillah.. sekarang enjoy dengan kerje dan situasi nya.

 Maklum la kerje dalam industri makanan ni memang akan deal dengan makanan lah. Dah kalau libatkan makanan. Tahu tahu je lah. Dugaan banyak yang tak terlawan, lagi lagi bagi yang dalam proses jaga badan macam aku ni..haihh

Kalo dulu kerja kat kilang air, hari hari duk pau minum air jus, coffee, soya, laici, macam macam air lagi lah.
Dan sekarang ni pulak, masih dalam industri makanan jugak, dan yang ni lebih up skit dari minuman. Banyak terlibat dengan makanan plak. Maklum lah company sekarang ni buat service catering untuk golden lounge di Klia.

Dah kitchen kat tingkat bawah, asal ada amajlis je mesti ada makanan nya. Makanan plak smua nya best best. Mana tak best nya, yang duk masak tu semua nya dari air tangan chef chef yang hebat..huhu.. memang tak yah mimpi nak kurus la aku kalo dah kerje kat sini.

Dah tu pulak, makan lunch ada lah free.. ya di ulangi, memang free of any charge.hahaha.. memang akan bertambah tambah la lemak nya nti.. sekarang pun dah mengembang dah. Risau gak nih, boleh tak maintain badan sebelum sanding nanti..hmm. rungsing gila dah ni. Cuba xnak makan, tp xboleh tolak bila time serve makanan yang best. Try ambik dalam kuantiti yang sikit, tp blah petang lapar lagi.,adeiii..

Dah jo







Ni antara nya lah. Lain lain later lak kita share k..

Monday, 10 June 2013

Aku redha dengan ketentuan Ilahi

Assalam mualaikum.......

Saat ni, perasaan aku tersangat lah hancur berkecai...Tak tahu dari mana aku patut mulakan dulu. Perasaaan sekarang dah musnah, kosong. Hati ni dah hancur luluh dah. Fikiran dah melayang entah ke mana, diri ni terasa bagaikan terapung di awangan, bukan lagi berdiri di atas bumi yang nyata.

Allah swt itu Maha berkuasa, Maha mengetahui setiap perkara dan kejadian yang menimpa umat manusia. Allah swt tidak akan menguji hamba-hamba Nya melampui kemampuan seseorang itu. Ujian dan dugaan dari Nya bukan sekadar untuk membebani Hamba Nya...Percaya bahawa setiap dugaan dan musibah yang menimpa pasti ada hikmah disebaliknya. Tidak seorang pun dari kita ketahui hikmah yang bakal menyusul selepas dugaan yang menimpa kita.
Setiap dugaan yang mendatang juga pasti akan menguatkan lagi kepercayaan kita, meningkat kan lagi keimanan kita serta menambahkan lagi keluhuran hati kita terhadap kebesaran Allah swt. Insya Allah.

Namun pun begitu, aku pasti tidak semua Hamba Nya mampu menempuhi dugaan dari Nya. Disini tahap keimanan kita akan terukur. Kita akan lemah, pedih dengan ketentuan Ilahi. Keredhaan kita dengan setiap dugaan itu belum tentu mampu kita harungi. Hanya iman didada dapat membantu kita menempuhinya. Tapi, seperti aku, insan yang lemah, iman hanya lah sekadar sandaran dan tidak setebal mana, mampukah untuk harungi semua ini??

Aku ada impian, ada matlamat yang aku sandarkan untuk aku terus kan perjuangan dalam hidup. Aku berusaha sedaya upaya untuk impian dan matlamat itu. Aku tabahkan hati, harungi setiap halangan semata mata untuk mengapai matlamat dan Impian yang satu ini. Namun sepatutnya aku harus sedar, Impian dan matlamat hidup aku yang hakiki hanya lah untuk Allah swt. Mungkin kini telah tiba masa nya untuk aku merubah setiap inci pemikiran aku yang selama ini mendampingi hidup ini.

Ya Allah...sesungguh nya dugaan yang menimpa aku kali ni teramat berat untuk aku tanggung sendirian. Bagaimana untuk aku hadapi semua ini dengan kelemahan tanpa sedikit pun kekuatan yang hadir...mampukah aku redha dengan dugaan ini......mampukah aku berserah kepada takdir untuk mementukan segala nya....mampukah untuk aku terus berusaha lagi... semua ini terasa amat berat untuk di tanggung. Aku tak mampu.........

Disaat aku merasakan kebahagian bakal menjadi milik aku, belum pun sempat aku kecapi semua nya musnah. Musnah dengan ketentuan dari Ilahi. Aku tak kan mampu menghalang jika ini sudah suratan dari Yang Maha Esa, Allah swt.
Ketika ini aku sudah tidak mampu mengharapkan sesuatu yang indah lagi. Semua telah musnah dan hancur luluh. Dan aku jugak tak mungkin untuk berharap dan mengharapkan lagi perkara yang selama ini aku kejar. Berserah pada takdir dan waktu untuk menamatkan semua ini. Aku redha..Insya Allah.

Setiap dambaan yang di impikan tidak semesti akan berakhir seperti yang di harapkan. Pasti ada liku liku yang menghalang. Hanya yang kuat, tabah dan beriman mampu mencari sinar dalam kegelapan ini. Untuk aku sendiri, kini ku rasakan pudar dan gelap. Tiada cahaya yang mampu terangi aku di saat dalam kegelapan ini. Tapi aku juga sedar, hanya Allah swt yang mampu pancarkan cahaya dan sinar ke jalan yang sebaiknya untuk aku. Aku hanya perlu berdoa dan kembali kepada Nya dengan rasa penuh kekesalan di atas dosa yang penah aku lakukan, iaitu hanya benar benar mengigati Nya disaat aku di timpa musibah dan dugaan.


Yang pasti kini aku hanya mampu berserah dengan ketentuan dari Nya. Untuk aku berusaha daptkan kembali impian aku tu, mungkin tidak sesekali...


Sunday, 2 June 2013

On her Wedding

Assalam mualaikum..

Juat a short entry. First time update blog gna handphone..agak leceh dan ambik masa yg lama untk aku taip...haihhh. sabar je la.
Al kesahnya sekarang ni tengah musim kenduri kendara. Ramai gak la kawan kawan aku yang langsungkan majlis kahwin mereka dalam musim sekarang nih. Bagi budak budak sekolah sekarng nih musim cuti sekolah. Tapi bagi yang dah abih sekplah dan baya baya aku nih sekarang adalh musim kenduri....hihi.
Kawan rapat aku pun langsungkan majlis pada musim nih. Tapi aku cuma dapat attend satu majlis je..sadis sungguh. Apa boleh buat masa dan keadaan tak mengizinkan. Jauh tu satu hal, tetiba hujung minggu ni xsihat pulak. Badan rasa lemah macam dah demam. Demam la paling menakutkan dalam hidup nih. Serius takut gila. Asal ada rasa rasa ke arah tu je, terus cari panadol, tak pun pastikan dapat rehat yg mencukupi, punya la takut sangat..huhu.
Kalau la sihat walafiat aku berhajat nak balik kampung lagi hujung minggu ni sebab sorang lagi member yang agak ngam ngan aku akan kahwin. Tapi apakan daya tak ada rezeki nak pergi majlis dia..sob sob..

Majlis yg aku attend minggu lepas adalah majlis kawan aku yang agak rapat jugak la. Tak sangka akhirnya dia dah kahwin. Macam cepat je masa berlalu. Kami kenal masa tu form 4, dekat mrsm jeli. Dia housemate aku yang cool lah sebab bila dengan dia, tak de la rasa janggal..apa apa je lah..

Ni malam akad nikah. Cantik sangat veil yang dia pakai time nih. Mula mula tengok terus berkenan dihati..




Overall outfit dan make up sangat sesuai dan cantik mata memandang.huhu..






Tahniah untuk Nik Nurul Akma dan Mohd Ridhuan...akhirnya selamat di ijabkabulkan dan sekarang sudah sah bergelar suami isteri. Semoga kalian akan bahagia dunia akhirat. Insya allah.
Nanti cepat cepat la lahirkan baby comel comel ya..huhu