Thursday, 2 August 2012

KUIH TRADISIONAL KELANTAN @ BUTIR NANGKA

Assalammualaikum...

Dalam bulan Ramadhan ni @ bulan puasa, macam macam jenis kuih yang pelik pelik mudah untuk didapati dan ada dijual di kebanyakan bazar bazar Ramadhan yang ada di sekitar kawasan aku mahupun korang semua...hehe.

Motif nya aku nak cerita tentang pengalaman aku buat kuih Butir Nangka nih... mesti ramai yang tak kenal dengan kuih nih. Dan kalau dah tak kenal tu, sah sah lah tak pernah tahu apa rasa kuih tersebut. 
Baiklah aku tolong huraikan serba sedikit tentang kuih ni ye... Bahan bahan untuk kuih ni mudah dan ringkas je. Kalau nak tahu, kuih ni guna tepung yang sama untuk buat kuih onde onde atau pun buah melaka. Kuih badak berendam pun sama jugak.

Kuih ni guna tepung pulut, dah tepung nya sama macam buat kuih onde onde nih, maka rasa nya pun adalah hampir hampir sama jugak lah. cuma bezanya kuih butir nangka nih tak ada inti kat tengah macam onde onde, tapi ada kuah santan, kadang kadang ada yang campur dengan gula melaka untuk ganti gula biasa.

 Resepi untuk buat kuih ni korang google lah sendiri, ada macam macam versi pilihan yang korang boleh pilih. Ni rupanya selepas di gentel dan dimasak dalam air yang mendidih. Selalunya orang guna warna hijau, sebab ketiadaan pewarna hijau aku letak pink...cantik gak..huhu

  Cantik kan kuih warna pink terang macam nh...

Ni rupa kuih butir nangka yang dihasilkan oleh aku sendiri..sedap, ringkas dan mudah...


Yang ni pulak rupa bila korang letak gula melaka.

Dan ini adalah rupa normal bagi kuih butir nangka yang sering dimakan oleh ore klate...

okeh lah....itu aje...sekiannnnnnn

No comments:

Post a Comment